Monday, 25 January 2021

Casuarina @ Kuala Kangsar

Sebenarnya kami suami isteri sangat excited bila tahu ada hotel Casuarina di Kuala Kangsar. Sebab kalau dah namanya Casuarina, pasti sangat berbaloi untuk ditempah. 

Lokasi Casuarina @ KK ni sangat strategik dan menarik. Letaknya di atas bukit berhampiran Sg Perak. Dari hotel nak ke taman awam, medan selera dan jeti bot adalah walking distance sahaja. Walaupun dekat, penat juga terutama bagi yang jarang exercise 🤭

Gambar dari Dataran Sayong... Tinggi di atas bukit... Angin dia best! 

Bilik kami yang sangat selesa, bersih dan luas!  Harga bilik deluxe double ni RM160 w/out breakfast. Puashati sangat. 

Balkoni luas... 
Boleh dijadikan lapang sasar 😂

Selain bilik, kawasan hotel juga cantik. Seakan resort... Patutlah Abg Mamat Khalid dan geng Kampung Pisang Bersiri-siri pun stay sini. Nampaklah hari tu Abg Mamat, Ropie and few others. 

Dulu namanya Lanai kalau Ummi tak silap. Sekarang diambil alih oleh Casuarina.

Sebab hotel best, mood pun best juga haha... Ummi lanjer dinner dari coffeehouse... 

Order sandwich and fries je... Sebab main dish dah tapau dari luar. Saja nak fefeeling orang have-have sesekali ahaks!

Clubhouse sandwich ni sangat sedap. Please try if you happen to be here.

Jalan kaki je ke sini... 

Rasanya banyak gambar Ummi ambik di taman awam tu... Tapi mana perginya entah :(

Apapun sangat puashati stay sini. Ummi rekemen hotel ni untuk korang juga 🤗

Boleh baca sini pengalaman kami menginap di Casuarina @ Meru 2019 dan Casuarina @ Meru 2014

6 comments:

  1. Seronok jumpa pelakon dan pengarah Mamat Khalid.
    Amin. Harap-harap dapat pergi KK satu hari nanti.

    ReplyDelete
  2. Wah, lain kali kalau pergi Kuala Kangso bolehlah singgah stay sini, tapi kena tggu pkp berakhir

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi stay kat Casuarina. Cantik bangunan putih dan ID dia.

    ReplyDelete
  4. Boleh pertimbangkan nanti menginap di sini kalau ada sesi berjalan-jalan ke Kuala Kangsar

    ReplyDelete
  5. wahh cantik loksainya..lobi luas..suka la tengok..berapa tu harga semalam tu?

    ReplyDelete