Showing posts with label Noxxa. Show all posts
Showing posts with label Noxxa. Show all posts

Sunday, 3 October 2021

Mana cukup 🀭

Semalam Ummi ke Aeon Wangsa Maju. Kebetulan ada urusan berdekatan, singgahlah cuci mata, cuci poket sekejap :p Cadangnya nak cari seluar baju untuk anak-anak sebab banyak yang dah singkat dan sendat masa kemas almari depa hari tu.

Dekat main entrance kena cek suhu, scan MySejahtera dan sanitize then guard bagi nombor. Ummi dapat no 20. Terus ke tingkat 1, area kanak-kanak & men... Rupanya nak masuk situ kena scan MySejahtera 1x lagi. Pastu dapat pulak kad ni hah ..

Ini yang Ummi cakap tak cukup πŸ‘† Tak cukup masa nak shopping! Dah berbulan tak masuk mall, sekali dapat masuk depa bagi 30 minit je haha... Tapi, takdelah sesiapa nak check pun berapa lama kita dalam tu. Cuma, kita janganlah selfish. Dah dapat barang yang dicari, bagilah peluang orang lain pulak shopping. Ramai pulak yang beratur di luar nak masuk ke situ. 

Sebenarnya Ummi ke Wangsa Maju ni sebab Noxxa Ummi problem. Tengah sedap HP daging, tiba-tiba terpadam semua lights dekat periuk tu. Tukar soket, semua sama je. Katanya 2-3 bulan baru siap. Technician dekat outlet Wangsa Maju takde, kena hantar ke HQ. Kalau hantar direct ke HQ pun kena tunggu 2-3 minggu juga. Malas Ummi nak pening-pening, tinggalkan je la. Biarlah dia rehat sama. Kerja keras sejak beli 3 tahun lepas. Sementelah time PKP, lagilah kerap guna. 

Harapnya semua kembali baik. Banyak kegunaan, banyak juga jasanya dalam memudahkan dan menyedapkan masakan Ummi haha... 



Monday, 28 October 2019

Kari Ayam Sama Betik Muda


Ada satu malam tu, sedang Ummi membantu Abang mengulangkaji pelajarannya, tiba-tiba terdengar siulan angin yang sangat kuat di luar rumah. Bila menjenguk di tingkap, hujan sedang mencurah-curah disusuli angin kencang. Dah kira kategori ribut ni.

Ummi terus ke muka pintu, perhatikan suasana 'havoc' di luar. Gusar juga memikirkan keselamatan keluarga dan jiran tetangga. Dalam hati memang tak putus-putus berdoa agar semuanya baik dan selamat. Alhamdulillah selepas setengah jam agaknya, angin kencang mula reda. Lega hati Ummi.

Esok paginya, Ummi lihat kesan ribut semalam. Ada pokok tumbang dan dahan patah menyembah bumi. Pokok tebu dan bendi Tok di belakang rumah pun rebah juga.

Tak lama kemudian, jiran Ummi Kak Leha telefon. Pokok betiknya tumbang juga. Ada betik muda kalau nak katanya. Wah, rezeki ni. Betik muda boleh di rebus buat ulam atau pun dimasak kari bersama ikan atau ayam.

Di kampung Ummi dulu kalau ada kenduri-kendara selalu juga juadah ni disediakan. Dimasak beramai-ramai secara bergotong royong. Selain betik, boleh juga diganti dengan buah kundur. Kebiasaannya betik dan kundur ni memang ditanam oleh orang kampung jadi sentiasa ada bekalannya. Kadang tu bukan kepunyaan tuan rumah pun, tapi ada jiran yang sedekahkan untuk turut sama berkenduri.

Cara memasaknya sama seperti kari ayam biasa cuma lebihkan kuahnya agar lebih cair. Tak perlu letak kerisik pun. Tapi jangan pandang rendah dengan betik muda ni ye. Dia punya keras tu bila rebus, susah nak bincang haha... Patutlah Ummi selalu perasan lama benar Tok rebus betik muda ni kalau nak dibuat ulam.


Ummi masak guna Noxxa. Mula-mula tumis rempah, bawang, daun kari dan serbuk kari semua hingga wangi. Kemudian masukkan ayam dan secawan air. Kemudian Ummi HP 7 minit. Bila dah bunyi beep tu dengan confidentnya Ummi masukkan santan dan betik. Tukar mode stir fry. Selalu kalau campur kenyang Ummi buat begini juga sebab taknak kentang tu terlalu empuk jika di 'HP' bersama ayam. Selalunya dalam 10 minit tu dah empuk dah kentangnya. Berbeza dengan betik ni, 10 minit dah berlalu masih maintain kerasnya. Ayam Ummi pula dah makin lembut. Sebelum ayam hancur, Ummi keluarkan ayam tu. Kemudian Ummi guna mode HP semula untuk betik sahaja selama 5 minit. Barulah lembut betik Ummi tu :) Takpa, next time dah tahu :) 

[Mental Note: Masukkan terus betik bersama ayam sedari mula dan masak secara HP selama 7 minit.]
Orang berbudi kita berbahasa
Sebekas untuk tuan tanah :) 

Cuba tau!

Ini pun dari kebun Kak Leha juga, ubi kayu. Ummi rebus je. Lepas tu buat lempeng dan sambal bilis. Regukan dengan Kopi O. Nikmat! 



Wednesday, 25 September 2019

Bubur Asyura Kedah (Noxxa Style)


"Sini (Gombak) takdak ka orang jual bubur Asyura?" tanya Tok. 

" Eh, ada ka orang juai bubur Asyura Mak?" Ummi balas dengan pertanyaan juga sebab tak pernah jumpa lagi bubur asyura ni dijual seperti bubur lambuk tu. 

" Di Ipoh ada... Kakcik selalu beli... Kat kawan dia" balas Tok. 

Oh, tempah la tu, homemade. Ingatkan orang jual tepi jalan 🀭 Kat Gombak ni lagi canggih Tok ooi... Tak payah tempah, tak payah beli. Hat depan mata Mak ni boleh buat sendiri tau! Haha... Ada Noxxa semua jadi, kata orang. Eh tak juga.... Kalau malas, tak jadi juga ahaks! 

Ini kali kedua Ummi buat bubur asyura dengan periuk Noxxa dan juga kali kedua guna resepi Kak Noor ni. Cuma bahan-bahan tu apa yang ada sahajalah. Kalau nak buat banyak, gandakan sahaja sukatan tepung/gula dsbnya. Ini cerita bubur Asyura tahun lepas. 

Inilah resepinya yang Ummi ringkaskan untuk kemudahan diri sendiri. Sila rujuk resepi penuh di blog Kak Noor ye. 


Bubur Asyura Kedah {Noxxa Style) 

Bahan A
2 ketul gula Melaka
1 cawan gula pasir
1 cawan air
* Satukan air dan gula Melaka di atas api. Bila gula Melaka larut, masukkan gula pasir. Tunggu hingga gula pasir larut, matikan api. Ketepikan dan biarkan air gula tersebut sejuk.
2 cawan tepung beras
3 cawan santan
Sedikit garam
* Satukan semua bahan A (termasuk air gula tadi) di dalam blender. Kisar sebati untuk dapatkan adunan yang halus/tidak berketul.

Bahan B (HP dengan Noxxa)
Kacang hijau - bersihkan dan toskan.
Keledek - kupas kulit dan potong dadu.
Masukkan kacang hijau ke dalam inner pot Noxxa beserta 1 cawan air. Tutup penutup dan set tombol pada butang "Pressure". Tekan HP mode selama 15x.
Selepas bunyi 'beep', release wap. Masukkan pula keledek dan HP lagi selama 3 minit.

Bahan C
Daun pandan - disimpul
Sagu - rendam sekitar 5 minit dan toskan
Jagung - ambil isinya sahaja

Cara-cara
1. Bila Bahan B telah sedia, tuang Bahan A (adunan tepung & air gula yang telah di kisar tadi) ke dalam inner pot Noxxa.
Masukkan sekali bahan C. 
2. Dengan mode stir fry, mula mengacau bubur ini. Masa mengacau lebih kurang 15 minit sahaja. Adunan ini perlu dikacau sentiasa agar ianya tidak berkerak dan masak sekata. 
3. Bila adunan mula mengeras, OFF periuk Noxxa. Alihkan bubur ke dalam bekas yang disukai. Biarkan bubur sejuk dan mengeras pada suhu bilik.
4. Boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.
Dapat 8 bekas kecil ni. 


Walid kata sedap alhamdulillah 😊
Tok pula kagum sebab sekejap sangat dah siap buburnya hihi... 

Selamat mencuba πŸ€—

Monday, 19 August 2019

Resepi ~ Kambing Bakar Noxxa


Memandangkan peti ais penuh dengan daging korban, terpaksalah Ummi jadi kreatif untuk mengurangkan kesesakan di dalamnya. Tapi nak masak/makan daging hari-hari pun tak berani juga, maklumlah dah tak berapa nak muda 🀭

Sup daging dah, kari daging pun dah. Bila sampai giliran daging kambing pula, Ummi dah tak tahu nak masak apa. Tapi Ummi dapat ilham bila ke kenduri anak Tn Hj Yusuf Ahad lepas, ada lauk kambing bakar. Kambingnya bukan dibakar seekor-seekor tapi dagingnya dihiris nipis-nipis (bite sized) dan siap diperap. Ummi perhatikan pekerja tersebut hanya mengambil daging yang siap diperap tersebut dan grill bila ada permintaan dari tetamu. Masa membakar juga sekejap sahaja.

Esoknya Ummi terus imitate the process. Daging kambing tersebut Ummi perap bersama sos cili, sos cili Thai, sos tiram, kicap manis, kicap pekat serta kiub daging lembu. Gaul sebati semuanya dan perap sekurangnya 2 jam. 

Kemudian Ummi masukkan daging yang di perap tadi bersama kentang dan carrot dalam Noxxa, titiskan minyak zaiton dan set HP mode selama 7 minit. Bila dah bunyi beep, Ummi release wap dan stir fry beberapa minit lagi untuk pekatkan kuah serta masukkan bawang potong. Kalau ada cili benggala boleh masukkan sekali.

Hasilnya...


Close up tak nampak pulak dagingnya πŸ˜…

Resepi... 


Ini pula dalca kambing. Tulangnya Ummi rebus dulu di dalam Noxxa (HP selama 30 minit). Kemudian dalca dimasak di atas dapur gas seperti biasa. Regukan bersama nasi Arab. Pergh sedap baq hang!


Perasan tak paper plate tu? Paip pecah lagi semalam, bekalan air terpaksa ditutup. Malas nak biar pinggan kotor di sinki, kita pakai pinggan kertas je hihi.. Sekarang ni redha ja kalau kata takde air. Dah kerap sangat kat kawasan kami ni, kejap-kejap paip pecah. Semuanya gara-gara kerja penggantian/peralihan kabel TM katanya. Selagi air keluar dalam paip tu, selagi tu Ummi relaks je. Sebab kadang tu kata paip tutup tapi air still running sampai malam. Risau juga bila tadah air dalam baldi banyak-banyak sebab kita ada anak kecil. Tapi dalam tong memang standby air. Tak berani juga nak ambil risiko. 

Alhamdulillah stok daging kambing dah clear. Lega ada ruang untuk simpan ayam/ikan, which is stok wajib dalam rumah kami. Tok suka makan ikan. Angah pula suka ayam. Abang Kakak alhamdulillah macam Ummi Walid juga, semua makan kecuali batu dan kayu... Kata Si Ipin πŸ˜„Stok daging/tulang lembu kita simpan dulu. Ikut pengalaman Ummi, daging korban jika disimpan lama pun masih sedap rasanya. Bila teringin nak makan lauk daging baru kita fikir menunya. 


Thursday, 15 August 2019

Cerita makan-makan dan Sup Tulang Noxxa


Isnin petang selepas Asar kawan-kawan Walid mula tiba. Dua orang datang bersama keluarga manakala seorang datang sendirian. Selain mereka, kami juga menjemput keluarga Zahra dan Aisyah. Acara makan kecil-kecilan sahaja.


Menu utama bihun sup Kedah style. Ummi masak sup daging korban dan celur mee dan bihun. Rencah lain cuma daun sup, daun bawang, tauhu goreng dan bawang goreng. Sos merah Ummi tak sempat buat. Cuma sediakan sos cili dan sos cili Thai. Selain tu Ummi masak Nasi Tumis Pandan, sambal tumis bawang, ikan bilis dan telur rebus. Timun lupa nak potong! Agak kalut sedikit petang tu jadi saja yang tertinggal :(

Sup Tulang Noxxa Style 


Untuk sup daging/tulang tu Ummi rebus dalam Noxxa PC selama 35 minit. Kemudian Ummi panaskan minyak dalam periuk lain dan tumis bawang, halia serta rempah ratus. Sengaja Ummi tak masak terus dalam Noxxa sebab Ummi tidak mahu kuah yang terlalu berlemak dan berminyak dengan air rebusan daging/tulang tersebut. Nisbah air dan air rebusan daging yang Ummi gunakan ialah 3:1. Ummi letak air banyak-banyak untuk dapatkan kuah yang cair. Jangan lupa masukkan sup bunjut. Untuk perisa, Ummi letak 2-3 ketul kiub lembu. Bila kuah sup dah sesedap rasa, Ummi masukkan semula ke dalam Noxxa. Sebelum tu Ummi keluarkan daging dan baki air rebusan. Yang tinggal dalam Noxxa hanya tulang 'gear box', bahagian yang Walid dapat sebagai petugas korban. Kemudian daging yang direbus tadi Ummi hiris kecil dan top-up dalam kuah bila perlu. Sengaja Ummi buat begitu untuk mengelakkan daging terlalu empuk bila periuk Noxxa dibiarkan dalam mode 'keep warm'.

Persembahan pidato dari Adik Nadeen 😁


Seronok Ummi bila melihat tetamu berselera menjamah hidangan yang disediakan walaupun semuanya serba sederhana. Apa daya, waktu persiapan agak singkat, ini sahaja yang mampu kami sediakan. Kalau ikutkan hati, Ummi nak tempah kuih dan sebagainya tapi sebab 'last minute' takut menyusahkan orang pula. Musim raya masing-masing ada hal... 

Terima kasih kepada semua yang hadir. Ada rezeki kita jumpa lagi naa...

Thursday, 25 October 2018

Bubur Asyura Kedah



Untuk pengetahuan, bubur asyura ni sinonim dengan kedatangan bulan Muharram. Umi pun tak pasti apa kaitannya bubur asyura dengan bulan Muharram tapi ianya seolah tradisi bagi orang kampung Umi untuk kacau bubur asyura bila tiba bulan Muharram. 

Tradisi mengacau bubur asyura ni masih diteruskan dan dilalukan secara gotong royong di kampung Umi. Biasanya jiran-jiran berpakat untuk buat bubur asyura ni dengan sama-sama menyumbang duit atau membeli sendiri keperluan yang ditetapkan. Ada juga yang buat bubur asyura ni secara individual tapi still semangat tolong menolong tu Ada. Contohnya A nak buat bubur asyura secara individual, B akan datang tolong kacau. Bila tiba giliran B, A pula akan datang tolong. Biasanya bubur asyura ni dimasak di dalam kawah atau kuali besar. Sementelah nak menunggu buburnya kering kena sentiasa dikacau. Sebab itu perlukan bantuan jiran tetangga. Kaedahnya seperti mengacau dodol. 

Ikutkan Umi tak berhajat pun nak buat bubur asyura ni tapi bila Tok request Umi buat je lah. Guna periuk Noxxa je. Tak sampai sejam dah boleh makan. Senang kerja Umi itu yang rajin nak buat tu. Umi ikut resepi dan ajaran Kak Noor Sajian Dapur Bonda minus all the kacangs - masukkan apa yang ada je... Next year kalau buat Umi nak kueangkan gula, too sweet for me. Maybe 1/2 or 3/4 gula putih dah cukup plus 1 ketul gula nisse. Umi tak guna gula kabung, takde stock. 

Silap Umi tak ratakan permukaan bubur tu sebab tu menggerutu je permukaannya :( 

Alhamdulillah jadilah walaupun tak secantik bubur asyura Kak Noor tu. Umi ni amatur je hihi... Tapi rasanya sedap. Itu yang penting 😝 tak sangka pulak anak2 pun suka. Tahun depan Umi buat lagi ye :D 

Wednesday, 10 October 2018

Yeah! Dah ada periuk Noxxa πŸ˜„



Alhamdulillah periuk Noxxa (Noxxa Pressure Cooker ~ NPC) idaman hati Umi dah ada dalam genggaman. Chewah! 



Once dah dapat periuk tu, I wasted no time to try and use. Hari-hari masak guna Noxxa je. Segala macam resepi nak dicuba :D sebelum ni kalau guna NPC Tok Umi takat masak nasi je. Tak berani & tak confident nak guna barang orang huhu... Barang sendiri lainlah, boleh trial & error dengan penuh keyakinan haha... 

Nasi lemak.

Nasi impit & rendang ayam.
 Sebelum ni Umi selalu failed bab rebus nasi impit ni. Selalu keras dan kasar teksturnya. Tapi dengan NPC ni alhamdulillah cantik hasilnya. 

Rebus telur puyuh nak buat sambal pun guna NPC πŸ˜…
Cantik telurnya tak pecah. 

Kambing bakar. Tak puas makan hari tu sebab sikit sangat. Kena repeat menu dia. 
Bihun goreng. Second time buat baru jadi ikut selera Umi. First time bihun agak keras dan liat.

Quite a failure sebab nasi tu keras & kering. Pucat pulak tu :p

Ayam percik merecik. Terbaik πŸ‘

Mostly resepi Umi guna resepi sendiri je cuma Google cara nak guna NPC tu je. Memang sangat memudahkan kerja NPC ni. 

Kari kambing.

Kari kambing ni Umi hidang masa Walid balik OS hari tu. Senyum sampai ke telingalah dapat makan lauk favorite. Mesti dalam hati cakap "Tak rugi beli Noxxa untuk Umi" πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ 

Thanks a lot B 😘😘😘