Tuesday, 21 April 2026

Photodump Week 16, 2026

Taklimat UPSA/PPT. Pertama kali anak² F1 ni nak ambil ujian hifz dan maharat, kenalah ada taklimat khas. Ustaz buat outdoor

Bekalan air tiba² terputus. Dalam 2 jam kemudian ada semula. Tergerak hati nak tadah dulu airnya, sebab biasanya air baru sampai ni keruh. Terbukti ramalanku benar belaka. Mujurlah tak guna terus airnya untuk cuci pinggan atau memasak. 

Jadual KESUSRAI 2026

Penampilan istimewa Kakak di KESUSRAI. Dia yang bersemangat nak ke sana bagi sokongan kpd Adik dan nak jumpa cikgu² kesayangannya. 

Ada tulisan Banting (warna merah) di roundabout ni. Sempat ambil gambar dari dalam kereta yang sedang bergerak saja. Rasanya kunjungan sebelum ni belum ada tulisan Banting tu. Kunjungan tu pun tak ingat dah bila, mungkin masa melawat Auntie Shad di Telok Panglima Garang kot. Tapi, ada sesetengah tempat yang masih boleh recall

Pekan Banting ni Ummi masih ingat. 

Masjid ni menyerlah betul binaan dan warnanya. Lokasi berhampiran SAM Tengku Ampuan Rahimah. 

Projek Sains Kakak, nak uji dan buktikan ketumpatan bahan dalam makanan/minuman. Sempat buat sebelum hantar balik asrama. 

Jemputan Rumah Terbuka Masjid Al Khairiyyah yang terpaksa skipped this year

Tersangkut dalam jammed di Tol Gombak. Kita nak tumpang lalu je, bertembung pulak dengan orang² Pantai Timur nak balik ke Lembah Klang. 

Sampai SG, terus dinner di AK Cafe. 

Abang beraya di rumah guru halaqah. Ustaz tempah fridge magnet sebagai tanda kenangan untuk setiap seorang. Gambar ni masa F3, cukup 11 orang anak² halaqah Ustaz. F4 sorang pindah ke MRSM. 

Semua (Batch 08) dah mohonkan? 






Monday, 20 April 2026

Wedding @ D'Attap Ballroom, Kuang

Jemputan minggu lepas; 

10/4 Kenduri Tahlil di Mantin, kami tak dapat pergi sebab ke Banting, bagi sokongan dekat Adik yang joined KESUSRAI.

Ahad 11/4 ada open house masjid. Sepatutnya Walid kena tunjuk muka juga di booth surau (setiap surau bawah kariah masjid diberi satu booth dan serve 1 menu). Tapi sebab dah ada AJK lain yang bertugas jadi kami skipped jamuan raya masjid ni dan terus ke Kuang untuk raikan jemputan Cg Azmaliza. 

Majlis ni meraikan anakanda CA (pengantin lelaki) dan pasangannya. 

Kami sampai waktu puncak, dengan hujan lebat lagi... Syukur dapat parking dekat juga dengan dewan. 

Nama tempat ni D'Attap Ballroom, Kuang. Tak jauh dengan Sugeh tempat Dato' Aliff Shukri tu. Dekat sini ada 3-4 event places sebelah menyebelah. 

Tempat cantik dan nampak baru. 
Cuma, sebab peak hour + hujan lebat, crowded sikitlah dalam ni. Semua orang nak cari tempat berteduh dari hujan. Lengkap dengan surau dan bilik air juga. 


Nak ambil gambar pun payah, merata² ada tetamu :) 

Makanan sedap sangat 👍🏻
Sebabkan tetamu tengah ramai, tidaklah kami berlama². Hujan pun makin reda jadi terus minta diri. 

Sempat snapped gambar pasangan  pengantin yang cute ni... Mungkin dah berkawan dari kecil agaknya. 

Nak dijadikan cerita lagi, gambar ni juga ada di blog sis Ezna. Sis Ezna makan kenduri belah pengantin perempuan, kami pula dijemput oleh ibu pengantin lelaki. Kecik je dunia kan? 

Sekali lagi, terima kasih banyak CA atas jemputan. Door gift yang menarik dari tuan rumah ; teh Boh Kaw, tisu (trend sekarang kan, bagi tisu dlm bekas bulat ni) dan mangkuk kaca kecil. Kids dapat kuih bahulu yang dipek dalam kotak cantik. 

Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹
Baarakallahu la kuma wa jama'a baina kuma fil khair 🤲🏻



Air Bertakung @ MRR2

Cerita semalam... 
Buka TT pagi tadi ada orang share video 'mini taufan' dekat area Selayang. Kami pun nampak dari jauh kejadian tu... 

Nampak pelik dan menakutkan. 

Ada seketul awan besar dekat kawasan ni, bergerak² dan berpusing² di tiup angin kencang. Kemudian nampak aliran hujan turun. 

Jalan kami lalu ni (MRR2) hala Sg Buloh belum hujan tapi angin dah mula kuat. 

Ni dekat Condo JL99

Belum sampai Taman Metropolitan, hujan turun lebat selebatnya. 

Ni area Kepong

Opposite MRT station tu, air dah bertakung. 
Lane kiri je boleh lalu, perlahan².  Trafik jadi perlahan. 

Berani betul si King ni redah air tu...
Ada1 kereta lain, laju juga lalu dekat air bertakung di lane paling kanan tu, tup² enjin mati. Bumper depan pun pecah. Air masuk enjin dan mungkin dia tak expect air dalam kot atau terlanggar sesuatu ke dalam air tu... Semoga dipermudahkan urusan owner-nya. Kena hati² dan banyak sabar bila berdepan dengan situasi begini. Pesanan untuk diri. 

Akhirnya sampai juga kami ke destinasi. Nak turun dari kereta tak boleh, hujan lebat dan kawasan parkir pun digenangi air jadi berkelah dalam kereta saja. Ummi bawa keropok keping dan wedges saja. Hujan² makan simple gini pun sedap dan nikmat :) 


Sunday, 19 April 2026

Membawang

Ummi up status ni ... 

Ada yang menyambut 😂

Cik Ayu tanya, Ummi jawab :D 
Lepas kenyang perut ni, Ummi bersilat di dapur. 

Sebenarnya Abang jemput kawan² Gexxin dia datang rumah Sabtu kelmarin. Jadi Ummi   prep bahan² masak tu beberapa hari awal, sebab Ummi ni 'awai tak kalut' type of person

Selasa lepas hantar Adik ke sekolah Ummi singgah market beli ayam seekor. Balik rumah terus Ummi merendang. Sejukbekukan. Rabu Ummi buat sambal tumis bilis, pun Ummi sejukbekukan. Khamis Ummi siapkan rencah rendang untuk 2 ekor ayam lagi. Jumaat sambung buat rencah untuk masak mee pula selain pergi pasar beli ayam 3 ekor. Buat persiapan sikit² begini taklah rasa penat sangat. Dulu Ummi boleh je buat sekali gus semua persiapan dalam sehari, sekarang Ummi pilih buat sikit². Kita susun tugasan ikut masa dan mood :) 
Lebih tenang dan kurang tekanan. Pinggang pun takdelah kejung sangat 😆


Adik | Tugasan Sejarah

Akhir² ni Adik banyak dapat tugasan subjek Sejarah. 

Ini tugasan Family Tree. 
Nampak simple tapi susah juga nak ikat tali tu 😅
Syukur dapat idea, lekatkan dulu dekat lidi then tutup dengan hiasan bentuk ❤️ tu. 

Ini pula buku scrap Sekolah Saya. 


Tak susah mana tapi nak kena buat comb binding. Kenalah juga campur tangan Ummi. Tapi sebab Abang ada, dialah jadi runner bawa ke kedai untuk binding

Bila Cg share gambar ni beserta caption tu, terus rasa kembang (baca: bangga). Terasa Cg sangat hargai hasil usaha dan penat lelah anak² semua. Semua yang hantar ikut tarikh ditetapkan Cg bagi markah 100. Yeay! 

Ni tugasan Seni pulak. Nampak senang tapi serabut juga tengok Adik nak siapkan. Tapi bagus latihan ni semua, dapat bina kemahiran berfikir, cari idea, jadi kreatif dsbnya. Cuma kalau last minute tu baru nak buat dan perlu pulak bantuan Ummi (nak beli barang, kena print etc) boleh jadi gaduh jugalah haha 😆 




Saturday, 18 April 2026

Jamuan Raya 2026

Sekali kan saja cerita jamuan raya anak³. 

Angah 

 SHRMZB dari Angah :) 

Jamuan raya tahun ni berkonsepkan gerai dan semuanya di satu tempat sahaja. Tahun lepas di kelas kalau tak salah Ummi. Setiap pelajar dapat kupon untuk ambil makanan tertentu seperti nasi minyak dan ayam Masywi. Ini untuk pastikan setiap pelajar dapatlah makanan utama ni. Makanan lain² tu tiada had, asalkan mampu makan dipersilakan. Kenyang seharian kata Angah 😁

Tahun ni banyak gambar Ustaz/Ustazah share. Gambar kelas ada, gambar batch pun ada. Yang takde gambar halaqah sebab guru halaqah ada urusan di luar sekolah. 

Kakak

Ada gambar dengan guru kelas kedua dan kawan² puteri je. Guru kelas pertama pun takde dalam gambar ni. Ada urusan di luar rasanya. 

Mak² bab teropong anak memang handallah kan? Nampak belakang pun boleh cam tu anak kita :D 
Mak² online kenal tak Kakak yang mana?  
😁

Kakak dapat duit raya dari sekolah, guru kelas Ustaz S ni dan guru pelatih masa sambutan raya hari tu. Sebelum balik raya, guru halaqah bagi duit raya juga. Yang best nya masa majlis ni nama Kakak dipanggil untuk lucky draw. Sayangnya, Kakak tengah makan di Dewan Makan, sayup² je dengar. Tak sempat nak cuci tangan dan lari ke tempat perhimpunan bila panggilan ketiga tamat. Bukan rezeki Kakak nak dapat duit raya RM50 😌

Adik 

Cantik poster ni 👍🏻

Adik (Darjah 4) kena bawa ayam goreng/ayam gunting. 

Awal pagi menggoreng ayam la kita... 

Nak pakai tema matcha-strawberry 💚🩷

Bersama rakan² selepas dan guru² kelas; Cg Aisyah & Cg Zainab. 

Makanan lebih yang dibawa balik. Cikgu memang suruh bawa bekas untuk tapau. 

Alhamdulillah selesai sudah jamuan raya. Syawal pun dah berlabuh, dengan pelbagai cerita manis. 


Friday, 17 April 2026

Photodump Week 15, 2026


Keputusan SPM boleh dibuat semakan semula rupanya. Bayaran RM100/subjek. Abang buat juga untuk satu subjek (B+) kot la boleh naik gred tapi nampaknya rezeki Abang situ saja. Kekal dengan gred B+. Takpe, dapat gred ni pun dah syukur sangat, meningkat jauh dari trial hari tu. Yang masih menunggu keputusan semakan semula ni, semoga berjaya 🤲🏻

Abang nervous menunggu sesi tasmik di open day UNITEN. 

Ummi pula kelaparan dalam kereta 🤭
Syukur ada food truck jual makanan. Beli sebekas buat alas perut sebelum ke rumah Paklong AP. 

7/4 Aircond lama tukar baru. 

Aircond lama ni compressor rosak. Hujung tahun lepas kos repair RM900. Sebelum puasa repair lagi, RM400. Bertahan cuma 24 jam, then start panas balik. Ada bocor halus pada compressor tu katanya. Akhirnya kami decided beli baru. Sebelum² ni pun dah beberapa kali repair dah. 

Penyeri laman. Balik dari kampung hari tu kekuningan juga daun pokok ros Ummi ni. Ummi pruning mana yang kuning alhamdulillah kembali subur pokoknya. Tambahan pula sekarang kerap hujan 🤲🏻