Wednesday 30 January 2013

KEK CHEESE BERSALJI


Boleh dibilang berapa kali saya membuat kek. Maklumlah, saya baru je dihadiahkan mixer (nanti saya citer, episod akan datang, in sha Allah). Sebelum ni teringin tapi bila belek je resepi, baca je "Putar dengan kelajuan sederhana sehingga....." terus tak jadi. Alasannya? Takde mixer...:). Padahal masa dulu-dulu mak buat kek pukul ngan tangan je pun telur tu. Heheeh.. Pastu bakar atas kayu api, letak sabut kat atas tudung periuk. Tak payah oven bagai. Okey je kek mak buat, sedap & habis gak. 

Satu lagi, pada saya cheese cake ni mesti susah nak buat. Itu persepsi saya sebab selalu jumpa cheese cake ni kat hotel-hotel je. Entah pape je... Namun, kita tak akan tahu susah/senang atau boleh/tidak sehinggalah kita melakukannya. Betul? 

Inilah hasilnya...:) 

W/pun ropa mu kurang cute, tapi rasamu tethap menjadi pojaan hathiku.
 
KEK CHEESE BERSALJI
Sumber Rujukan: BICARA KAK NOOR

BAHAN-BAHAN

Untuk Kek 
·         6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
·         100 gram gula halus
·         100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) - akak guna shelf raising flour - saya pun guna self raising flour
·         60 gram tepung jagung (maizena)
·         50 gram air sejuk (dr peti ais)
·         1 sudu teh baking powder- tak letak - saya letak
·         2 sudu makan ovelet
·         75 gram mentega (dicairkan)

Untuk Krim
·         1 kotak cream cheese philadelphia - saya masukkan lebih kurang 250 gm (tatau sebenarnya berapa berat sekotak cheese tu, kotak besar ke kecik so main taram je...:)
·         1/2 tin susu pekat manis- akak letak 1 cwn (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2)

Untuk Topping
·         1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) - saya beli yang dah siap parut, kat Bagus ada jual...:)

 Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.

2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.

3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.

4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.

5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.

6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.

7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.

8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.

9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

Comotnya kek saya...:) Tapi takpa, next time boleh beli spatula kek etc. Ini percubaan pertama, harap dimaafkan...:)

 Alhamdulillah, menjadi jugak kek saya w/pun tak segebu gebas kek kak noor. Dan tak setebal mana saljinya sebab saya letak sikit cheddar cheese parut tu. Main tabur je. Excited nak buat, tak baca betul2 arahan tu...:) Patutnya kita tabur cheese parut tu sampai menutupi semua lapisan krim ye puan-puan. 


 Apa-apa pun, En Suami suka and puji. Itu sudah cukup membahagiakan.  


Bagi yang rasa was-was tu, jangan takut. Cuba je.. Kalau PH yang baru2 nak kenal ngan keju bagai ni boleh buat, anda PASTI boleh. Yeah! Kasi semangat sikit. 

Bila dah experience sendiri dan nampak hasil rupa bentuknya macamana, next time kita tau kat mana nak improve. Kalau perasan kek saya yang lapisan bawah tu, keras sikit. Tanya anak buah saya yang keja chef kat hotel  X tu dia kata maybe 'fat' dia turun ke bawah - terlebih putar atau timbangan tak tepat agaknya. Yang penting saya dapat pengalaman baru. Next time, should be better.

Selamat Mencuba!

Tuesday 29 January 2013

Teaser ~ Projek Hujung Minggu


Dah lama tak update blog, maklumlah tuan tanah bercuti. Bila saya cuti, blog pun ikut sama bercuti...:) 
Kebetulan cuti Maulud Nabi dan Thaipusam bersambung-sambung makanya cuti-cuti Malaysia la jawabnya. Kemana kita? 

For me, i took the opportunity untuk berehat serehat-rehatnya, spending time with my beloved yang baru balik outstation berhari-hari and mengasah bakat memasak saya. Tak lama lagi boleh masuk MasterChef kot...(wink wink).

So, projek 1 hari 1 resepi saya telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya...:) 
Resepi 1 ~ Snowy Cheese Cake
Resepi 2 ~ Nasi Lemak Mak Style
Resepi 3 ~ Siakap Kerabu Mangga
Resepi 4 ~ Ayam Bakar 'Hanis'
Resepi 5 ~ Pulut Seri Kaya

5 hari 5 resepi, kalau cuti sebulan, boleh dapat 30 resepi nie...:)

Untuk resepi, nanti saya buat next entry ye.. ini teaser je...:) 


Few months back, kami BERPIKNIK DI LAKE GARDEN, MAKAN NASI LEMAK. This time around kami piknik lagi, dekat Taman Tasik jugak, tapi taman tasik lain pulak. Kali ni makan nasi goreng pulak. 

Enjoy the pics ya! 


Mula-mula jogging dulu keliling tasik. Nampak tangga nie, gagahkan diri naik. Sambil naik kira anak tangga... Tau berapa? 50 anak tangga, sampai atas rasa nak tercabut lutut.. itulah, 'selalu sangat' bersenam.. 

Masa ni saya kat atas, Abang plak sedang berusaha nak naik anak tangga tu. Half way je sebab saya turun, takut dia jatuh sebab tangga tu menegak skit, silap2 boleh jatuh especially kalau silap balance badan atau terlepas pegang holder tu.



 Habis 2 round pusing (erk 1 1/2 round je sebenarnya..), aktiviti diteruskan dengan menyantap. Aktiviti paling best dalam hidup...:) Abang tengah sibuk susun bekalan sambil mulut berbunyi , " Umi, lapar la lapar..."

Nasi Goreng Campak-Campak je...:) Regukan dengan teh O & keropok goreng. Minta maaf le orang yang lalu lalang ye...:)
 Then we off to PJ, memenuhi jemputan walimah pertama untuk tahun ni. Thanks Shy for inviting us. The 'ayam goreng berempah' was superb!