Thursday, 28 June 2018

6 Syawal ~ Beraya dari pagi sampai malam!



Pagi tu Umi goreng bihun untuk breakfast. Dua bungkus sekali goreng. Almaklumlah kat rumah Tok Umi ni rakyat ramai; ada 4 keluarga. Dengan bala tentera kecik lagi memang wajiblah masak banyak. 

Kali ni keluar beraya dengan Tok Umi & Tok Ayah serta maklong. As usual, kanak2 riang tu semua ikut except Anis & Asyraf. Makngah depa ni dah jadi macam cikgu disiplin... tak kira anak sapa, kalau tak behave makngah 'fire' je πŸ˜† nasiblah ampa, sapa suruh ikut kui kui kui...


First rumah ke rumah Aunty Aisyah, kawan Tok Umi. Anak2 melepak depan TV tengok cerita P Ramlee. Umi pun samalah jadi guard kat situ. Rumah AA banyak barang, risaulah Umi kot-kot ada yang terlanggar πŸ˜… 

Alang2 dah ada kat Aloq Staq, Umi ajak Walid 'lari' sekejap ke Pekan Rabu. Semalam dah usha sepasang baju kurung ni, tapi tak rasa nak beli. Balik rumah tu asyik dok teringat je, confirm kena beli lah. Dah beli tu barulah tenang hati nak sambung beraya haha... Ala, baju murah je. Sepasang tak sampai rm40 itu yang rasa rugi kalau tak beli :p

Dari situ kami ke rumah kakngah, sepupu Walid. Memang langkah kanan. Menantu kakngah yang kerja chef tu tengah masak! 


First Umi ambik pulut durian tu. Tunggu dulu ye nasi goreng, kejap lagi Umi makan. 
Memang tak tahan tengok kuah durian tu. Angah hirup gitu je. Lepas tu sambil berborak, makan pulak cekodok jagung dengan kopi O. Terangkat! 

Dah kenyang, jom kita ke rumah kakyah pula. Kakyah baru nak siang ayam buat bihun sup. Takde rezeki kami :( tapi merasa juga koktail air tangan Jihah. Kira dessert lah tu. Main course kat rumah kakngah tadi hehe... 

Malam tu pula beraya di rumah maklong.


Ada gulai batang pisang. Tapi tetap tak boleh lawan air tangan orang Baling bab gulai nan satu ni πŸ˜‰ 

Some even said that gulai ni hanya 'jadi' jika dimasak di Baling! Memang special menu ni. The pride of Baling. 

Bila bab makan bergilir-gilir kat rumah adik beradik ipar duai ni selalu hati Umi terjentik. Umi pun teringin juga nak jadi host makan2 macam ni. Every time kami balik kampung maksu & maklong memang kerap menjamu kami. Seronok! DOA lah untuk kami ada rezeki beli rumah di Kedah pula, boleh take turn buat makan2 dengan family. Aamiin.

Nanti kita makan kat rumah makngah di ehem ehem pulak ye... 


Tuesday, 26 June 2018

5 Syawal ~ Ke Pekan Rabu yang baru



Tempat jatuh lagi dikenang. Inikan pula tempat bermain. Pekan Rabu ni ibaratnya 'tempat bermain' zaman Umi sekolah dulu. Sebulan sekali dapat outing, ke Pekan Rabu lah kami budak2 asrama. Ataupun tempat singgahan sewaktu balik dari kampung. Nasi ayam, bihun sup dan semestinya ABC itulah kegilaan pengunjung Pekan Rabu dari dulu hingga sekarang. 

Sekarang Pekan Rabu dah dibangunkan semula. Lebih teratur, bersih dan modern. Namun masih mengekalkan jenis perniagaan yang sama; pakaian, makanan tradisi, kraftangan, buku/,kitab agama, cenderahati dsbnya. Kalau ada yang nak mencari Songkok Tun, disinilah tempatnya.



Sebelum ke Pekan Rabu kami singgah beraya di rumah member. Seronok anak2 dapat bebas berlari berkejaran di halaman rumah kampung yang luas. Dapat main buaian lagi. 

Seronok main buaian ye

Dari Pekan Rabu ke jitra, singgah dulu beraya di Titi Gajah. Jumpa buaian lagi sekali, pakat terkam nak naik. Alamak buaian Tok Arif dah patahlah πŸ˜… 

 Balik ke rumah mak mentua terus singsing lengan baju. Kakngah dan keluarga sedang menanti. Umi pun tumpang menjamu selera mee tomyam yang Tok Umi masak. Sedap! 

Main bunga api di malam hari.



Tidur ramai-ramai depan TV. Ada juga kenangan depa. 


Sunday, 24 June 2018

4 Syawal ~ Ada Apa di Tanjung Dawai?




Pagi raya keempat tu hujan di SP (Sg Petani). Ikutkan hati nak tarik selimut je tapi bila difikirkan rugi pula... Duduk tempat orang (SP) baiklah kita jalan-jalan... Nak tidur kat rumah pun boleh :) 

Nak beraya rumah kawan2 mostly yang local (stay @ Kedah) ni dah start kerja dah. Yang dok beraya tak ingat dunia hehe ni perantau macam kami ni lah πŸ˜„

Dah lama teringin nak ke Tg Dawai, port shopping ikan masin & hasil laut kegemaran orang Kedah dan juga pelawat dari luar. Dari kecik lagi Umi dah dengar tentang Tg Dawai ni tapi tak pernah sekali pun sampai. Masa kenduri pakcik dulu pernah juga cuba explore tempat ni tapi 'tersesat' ke Pantai Merdeka, which is the opposite of Tg Dawai. Dari SP ke Tg Dawai dalam 30-35 km kalau tak silap. Dekat je.

Boleh naik bot disini untuk ke Pantai Merdeka.
Jeti nelayan. Sebelah je dgn jeti Tg Dawai. 

On the other side is Pantai Merdeka. 


Arked. Ada kedai, food court & toilets. 

Ingstkan anak buaya, rupanya biawak πŸ˜…

Kali ni sampai juga kami ke Tg Dawai alhamdulillah. Hujan lebat sampai kena berpayung. Bumped into Walid's friend; orang KL tapi datang ke Kedah hantar rombongan pengantin. Hah kan Umi dah cakap, Tg Dawai ni tempat tumpuan... Depa tengah makan laksa & ais kacang kat situ. Hujan kot... Tapi mana boleh miss laksa Kedah kan πŸ˜‹ 

Kami ronda sekejap dalam arked Tg Dawai tu. Ambik gambar dekat jeti then beli ikan masin dekat satu kedai ni. Excited sungguh Umi tengok ikan masin yg baru, nampak segar je... Ada macam2 dalam kedai ni; produk tempatan macam kicap Mudim & rempah Cap O tu wajiblah ada. Selain tu ada produk dari Thailand spt asam katok, buah kana, jeruk dll. Rambang mata juga Umi nak pilih.

Kedai tepi jalan.
Dalam arked tingkat 2 pun ada jual hasil laut macam ni. Harga sama je ikut kata akak jual kuih dalam arked tu. 

Berkilat lagi ikan masinnya. Tanda ianya masih baru.
Yang siap ikat macam ni dijual 3 peket 10 ringgit. Yang timbang pun ada. 





Jajan favorite time kecik2 dulu.



Masa Umi praktikal di Bank Islam dulu ada sorang kakak ni selalu suruh beli rempah Cap O ni bila Umi balik kampung. 

Hasil tangkapan Umi of course belacan tumbuk mesti beli. Buat air asam sedap pakai belacan ni.





Teringin juga nak makan mee udang kat situ tapi kebanyakan kedai masih ditutup, cuti raya. Ada juga buka belah petang hingga ke malam. Takpa, next time kita mai lagi insha Allah.





On the way balik kami singgah di Kompleks Pelancongan Hutan Paya Laut Sg Merbok. Kalau menghala ke SP, sebelah kanan jalan utama. Boleh singgah sini.



 Ada restoran atas sungai, bot pelancong and view pun cantik kalau sekadar nak bergambar. Since hujan, kami tak explore sangat tempat ni. Restoran tu pun buka sebelah petang. Tapi boleh disewa untuk private event; wedding ke bday party ke...


Nice view πŸ‘







Sejuk punya pasal, sampai jadi selimut tudung kakak tu πŸ˜†

Petangnya kami pi makan kenduri aqiqah anak member di Tikam Batu. First time Umi sampai di pekan Tikam Batu ni. Dok dengaq nama ja sebelum ni.

Angah & Adik pakai baju maksu sponsor. 
Depa dia pakai baju maklong sponsor. 
Dah jadi tradisi kami bertiga (maklong, Umi & maksu), tiap kali raya sedekah baju kat anak2 penakan.  Seronok tukar-tukar hadiah macam ni.

Kuih serabai makanan tradisi orang Kedah.

Thanks Pak Yin for having us πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Saturday, 23 June 2018

3 Syawal ~ Photoshoot dulu before beraya di 'Berlin'



Pagi raya ketiga tu ada family photoshoot. Awal-awal lagi Tok Umi dah pesan, pakai baju melayu siap bersampin songkok semua. Sampai rumah petang raya pertama tu Umi terus basuh baju raya. Takut tak sempat kering hehe... 

Alhamdulillah semua bagi kerjasama yang padu 😜 photoshoot pukul 9, belum breakfast lagi ni. Nak makan cepat kenalah setel ambik gambaq cepat-cepat πŸ˜‰ everything went well except for our family photos. Kakak yang selalu ready smile bila ambik gambaq this time menangis teresak-esak. Makin Umi tanya makin kuat dia menangis huhu... Rupanya Adik ambik gelang tangan dia πŸ˜… bila tunjuk gambar yang dah siap, dia malu sendiri :) next time jangan buat lagi ye kakak. Nanti tak cantik πŸ˜‰ 

Dah siap photoshoot terus serbu rumah maksu. Dah pukul 10 time ni. Maksu jamu nasi beriani dengan rendang itik dll. Alhamdulillah sedap belaka.



Sayang maksu ketat-ketat 😘😘😘

Around 11 baru bertolak balik ke Berlin aka Baling kihkih... Rumah first of course lah rumah makngah, kakak Umi. Seronok dapat jumpa semua anak2 & cucu2 saudara except family Ti. Depa baru bertolak dari kl. 

Buah tangan dari makngah selain tempoyak dan ikan pekasam :) 

Jeles Umi tengok cili makngah ni. Tak payah beli kat kedai dah kata makngah. Umi tanam setakat ni belum berhasil lagi. Asyik kena serang dengan bena putih 😒 

Kemudian ke rumah Tok Ngah, satu-satunya mak saudara Umi yang masih ada. Tok Ngah ni kakak Tok Wan (arwah Pak). Umur dah 93, sebaya Tun M. Rasa nak menitik air mata bila Tok Ngah masih ingat Umi. Penglihatan, pendengaran dan pergerakan makin slow tapi mulut masih ramah macam dulu2 juga. Umi peluk Tok Ngah kuat2 before berpisah. Ada umur panjang  dapat jumpa lagi insha Allah. 

Then singgah rumah Pak Long Li. Pak Long meninggal hujung tahun lepas kalau tak silap Umi. Kami tak balik time tu. Datang berziarah tengok Mak Long Dah. Alhamdulillah sihat dia. Kali pertama kami datang time baru lepas kahwin. Kena halau dengan pak long sebab dia kata dia tak kenal kami! Mujurlah Mak long cam Tok. Kami pun tak kenal pak long ni tapi sebab Tok Ayah suruh jejak kasih kami ikut je. Ada bau bau bacang dengan keluarga Tok Ayah. Bila dah tahu perkara sebenar memang ramahlah pak long melayan kami. Habis satu kampung dia bawak kami pusing ke rumah saudara mara yang ada kaitan dengan Tok Ayah. Al fatihah untuk pak long. 

Kemudian baru balik ke kampung Umi. Singgah rumah arwah Tok Lang, jumpa Maklang Di. Dijamu rambutan dan durian. Memang rezeki anak2...


Sebelum ke SP, singgah di kubur Tok Wan sekejap. Dari jauh Umi kirimkan DOA untuk Tok Wan. Huwaaa rindu 😭😭😭

Friday, 22 June 2018

2 Syawal ~ Jom Pi Kodiang!



Pagi tu Tok Umi tanya "kakngah nak masak apa hari ni?" Laju je Umi cakap " hari ni nak pi beraya". Semalamkan kami sampai lewat petang tak sempat nak ke mana-mana pun. Tapi Umi preparelah breakfast. Idaklah menonong keluar gitu je. 

With Ammar, their cousin.

Sampai je simpang ke rumah Tok Kodiang nampak kereta paksu dah nak keluar beraya. Teruslah konvoi ke rumah Tok Long Im. Esoknya kena sound dengan Tok Kodiang sebab tak singgah rumah dia πŸ˜… 

Riuh rendah budak2 ni berlari sana sini sebab rumah Toklong ni halamannya luas. Ada tangga tinggi. Gigih Umi dengan paksu perati depa. Takut ada yang terjun tangga!


9 dari 11 cucu Tok Ayah. Susun ikut umur. Inipun task Umi & paksu jugak. Walid dok bersembang tak habis-habis. Maksu pulak jadi camerawoman. Inspired by this photo agaknya bila beraya di rumah Lang Yah, Tok Ayah suruh cucu2 dia posing kat tangga juga πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ 


Superlove this gambaq. Kakak & Alya sebaya tapi cik alya bam-bam. Hantu nasik. Kakak pulak selim melim hehe...


Anak musang yang diselamatkan oleh cucu Tok Long. First time Umi tengok musang w/pun umi ni anak kampung piau (sejati). Jinak tapi takut juga sebab gigi tajam. Dalam takut tu pegang juga. Bersih & cantik je bulunya. Tapi demand. Nak makan tembikai & pisang je. 

Dari rumah Tok Long terus ke rumah Tok Ngah Mah, adik Tok Long. Bertembung dgn Maklong BM & the gang. Kami nak masuk, depa nak keluaq :) sempat maklong bagitau dia nak pi beraya di rumah Tok Umi petang nanti. 


Budak2 ni pi bantai main gerek Tok Ngah πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡ berkumpul ramai-ramai gini macam-macam akal depa ni. 


Then gerak ke rumah Tok Lang Chen & Tok Ngah Man. Tok Long, Tok Ngah, Tok Lang semua ni sepupu Tok Ayah, pangkat datuk/nenek saudara dengan Abang & co. 


Abang posing depan rumah moyang dia, arwah Nyang Mat. Excited dia nak bergambar. Sebab bila sebut susur galur nama dia tu akan end up dgn nama Mat. Dah lama dia nak kenal " Mat" tu 😊 


Dari Kodiang kami ke Siputeh. Dekat je... Ke rumah Tok Cik Dat. Kaum bapa je yang tinggal dok berborak. Umi dengan maksu ke belakang rumah. Ada bendang. Wajiblah posing kat situ kan. Pastu post gambaq kat insta/FB 😝 



On the way balik jitra, singgah rumah sepupu Walid. Jamah kuih raya sikit je sebab dah kenyang dah. Paksu maksu pergi kait buah pelam (mangga) belakang rumah. Balik tu Tok Umi buat juice mangga+cordial grape+ susu. Uish sedap rupanya. 

Alhamdulillah 6 buah rumah berjaya dikunjungi dalam masa 1/2 hari. Balik rumah terus Umi masuk dapur. Tadikan dah beraya sakan... Sambil-sambil basuh pinggan Umi suruh Walid beli bahan untuk buat mee kari. Nak jamu Maklong BM petang nanti. Tok Umi buat nasi minyak hari tu tapi lauk dah nak habis kata maklong biras Umi. 

Malam tu barulah maklong & keluarganya sampai. Cuak juga Umi kalau depa tak mai. Food dah ready semua ni. Alhamdulillah semua kata sedap mee Umi tu 😁