Lama sudah kami menunggu... Katanya Tok Wan ke Parit Panjang. Masa untuk berangkat hampir tiba. Nak sangat jumpa Tok Wan sebelum kembali ke kampus. Akhirnya dalam terpaksa, bangun juga. Tangan Tok Ummi kucup. Tok menangis teresak-esak, ralat Ummi tak dapat tunggu hingga Tok Wan balik. Apakan daya, jadual perjalanan bas tak boleh diubah. Kemudian Ummi salam pula Pakcik, kucup tangannya. Sampai di tempat menunggu bas, Ummi masih meninjau-ninjau manalah tahu Tok Wan muncul di sebalik jalan yang sedikit berbukit itu. Namun, Ummi hampa.
Terjaga dek bunyi alarm telefon, hilang lenyap semua wajah kesayangan Ummi. Yang pedih, wajah Tok Wan yang sangat Ummi rindukan tak juga muncul dalam mimpi malam tadi. Betapa sakitnya rindu yang terpendam.
Ironinya, hari ni genap 20 tahun Tok Wan pergi selamanya. Dan rindu terhadap lelaki pertama dalam hidup ini tak pernah padam. Adakalanya surut sekejap, adakalanya menjadi tak tertahan-tahan.
Semasa kecil Ummi lebih rapat dengan Tok Wan berbanding Tok. Kalau diimbas, karakter Tok Wan seumpama watak Tok Dalang dalam siri Upin & Ipin. Itulah kerjanya; melayan kanak-kanak dan menjadi tunggak orang kampung. Jika ada kematian, kelahiran, Tok Wan-lah jurugegasnya; cari waris di kebun, panggil misi (nurse), jemput bidan, buat report polis dsbnya sebab Tok Wan biasanya yang jaga kampung waktu kaum ibu dan bapa di kampung keluar bekerja. Tok Wan tak boleh buat kerja berat. Arwah penghidap asma kronik dan pernah dijangkiti penyakit tibi.
Ummi ingat lagi... Habis waktu sekolah, Tok bawa Ummi dan Pakcik ke hospital untuk melawat Tok Wan. Kami hanya dibenarkan mengintai Tok Wan di sebalik tingkap nako, tak boleh masuk ke wad. Tok akan menghabiskan masa melawat dengan menemani Tok Wan manakala Ummi dan Pakcik menghabiskan masa dengan bermain di koridor dan tangga hospital. Sampaikan kakitangan hospital pun dah kenal kami berdua. Cerita Tok, waktu Ummi bayi, setiap kali melawat nurse akan ambil Ummi di pintu wad untuk dijaga. Tok Wan pula hanya mampu melihat Ummi dari jauh, tak dibenarkan menyentuh apalagi memegang atau mendukung Ummi.
Banyak kenangan Ummi dengan Tok Wan. Walaupun tak kaya harta, Tok Wan kaya dengan kasih sayang. Tak puas rasanya bermanja tapi Allah lebih sayangkan Tok Wan. Moga di sana nanti, Allah temukan semula Ummi dengan insan-insan kesayangan Ummi ni; Tok Wan, Tok & Pakcik 👐👐👐
Rindu sangat-sangat 😭
Ya Allah sedihnya.
ReplyDelete:(
DeleteBila terlalu rindu hingga twrbawa2 dlm mimpi kan PH. Rindu pd insan2 kesayangan yg pergi meninggalkan kita mmg pedih, tak pernah surut..kalau boleh nak jumpa selalu walau hanya dlm mimpi....
ReplyDeleteRindu pada org yg dah tiada ni, dapat bertemu dalam mimpi sajalah pengubatnya huhu...
DeleteRindu itu suatu seksa. Mudah-mudahan bertemu kembali dengan insan-insan tersayang di jannah!Aamiin.
ReplyDeleteAamiin aamiin aamiin
DeleteTersentuh baca entri ini. Al-Fatihah buat insan-insan tersayang yang telah pergi.
ReplyDeleteTq Farrah.
DeleteAl-Fatihah buat insan tersyang yg telah pergi.. be strong PH
ReplyDeletemari gabung bersama kami di Aj0QQ*com x-)
ReplyDeleteBONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
BONUS REFERAL 20% seumur hidup. ;-)