Wednesday, 13 January 2021

Wedding 2021 ~ Tahniah Hj Bro!

Girangnya hati bila mendapat undangan ke majlis perkahwinan anak Tn Hj Bro, rakan jemaah yang dikenali sewaktu sama-sama menjadi Sahabat Tabung Haji, 7 tahun lepas. Walid paling teruja sebab sejak kembali dari tanah suci, belum ada kesempatan bertemu Hj Bro. Hanya bertanya khabar di alam maya. Hj Bro ni dah macam mentor Walid. Apa-apa nak tanya pasal career progression, selalu rujuk dengan Hj Bro. 

Lokasi majlis... Sebelah siangnya kami recce dulu tempat ni sebab tak familiar with the area. 

Ummi terpaksa wakilkan Abang ke majlis tersebut sebab menemani anak-anak di rumah. Jauh lokasi majlis dari rumah. Bimbang pula dengan keselamatan mereka di rumah jika ditinggalkan tanpa pengawasan orang dewasa. 

Makin segak anak ummi ni 😊



Bersama-sama Walid di meja 11 ialah Hj Adi dan Hj M, kedua-duanya juga Sahabat Tabung Haji. Kira reunion-lah ni. Hj M ni datang jauh dari Dungun semata-mata ingin meraikan mempelai. Salute! 


برک الله لکما وجمع بين کما بالخير ❤️

Selamat sudah majlisnya. Tahniah buat pasangan mempelai dan Hj Bro sekeluarga. Semoga diberkati Allah sentiasa hendak-Nya buat seluruh keluarga. أمين 



4 comments:

  1. Seronoklah jumpa balik rakan jemaah haji.

    ReplyDelete
  2. majlis perkahwinan sekali re union ye PH , selamat pengantin baru buat pasangan mempelai

    ReplyDelete
  3. lama tk pi wedding..last pi wedding sebelum pkp mac 2020 dlu

    ReplyDelete
  4. Tahniah untuk pengantin. Semoga berbahagia sampai syurga. Aaminn

    ReplyDelete