Friday, 8 January 2021

Warung Soto Pasir Penambang, Kuala Selangor

Balik dari urusan sekolah Abang semalam, singgah makan soto di Warong Soto Pasir Penambang, Kuala Selangor. Dari Tg Karang menghala ke pekan Kuala Selangor, kedainya di sebelah kiri jalan. Ke depan sikit, ada pula kedai mee udang. Lain kalilah 😋

Terkenal kedai ni... Keluar paper, kira terkenallahkan... 



Sedap sotonya. Kuahnya pekat memikat. Ayam pula diberi dipotong besar-besar, bukan dicarik-carik. Lengkap dengan begedil yang enak. Kira lengkap sempurnalah sotonya. Nak lagi sedap, tambahlah cili kicap yang disediakan. 

Selain soto, ada juga menu lain seperti nasi goreng. 

Kedai ni selesa; parking luas, service laju dan ada pelbagai jualan produk IKS seperti kerepek, kuih bakar, tapai... Aiskrim dan durian crepe pun ada. Oden pun ada! 

Kami juga tumpang solat di surau yang disediakan. Besar suraunya, lengkap dengan tempat wudhuk. Bilik air Ummi tak jenguk pula. 

Harga pun berpatutan: 1 mangkuk soto + 2 pinggan nasi goreng kampung + 1 pinggan nasi goreng ayam + 2 gelas sirap & 2 gelas teh ais + 1 aiskrim potong = RM31. 50. Air kosong, air suam ambik je kat Coway. Curlass haha... 

Jemput singgah 🤗



10 comments:

  1. Memang sedap warung soto ni.. pecal ayam sedap 😊. Persinggahan wajib kalau ke kuala selangor

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya soto jawa. Rindu lak soto johor 🥺

    ReplyDelete
  3. Sedapnya soto. Lama betul tak makan soto sejak PKP last year. huhu

    ReplyDelete
  4. sedapnya dpt pekena soto... nk bergedil lebih & kicap pedas berapi.. perghh

    ReplyDelete
  5. Terliur tengok! Sedapnya makan soto panas2, letak cili kicap tu lebih sikit uishhh 🤤

    ReplyDelete
  6. dahlah tengah lapar, nampak pulak soto semangkukkkkkkkkk

    ReplyDelete
  7. Sedapnya Soto. Lama tak makan ..

    ReplyDelete
  8. Sisyat selalu juga makan kat sini bila keluar g site. Mmg sedap. Die punye kedondong asam boi. Fuhh..hehe

    ReplyDelete
  9. kiv dulu kedai ni dalam list.. ada rancangan nak down memory lane ke kuala selangor nnt blh singgah..

    ReplyDelete