Saturday, 16 January 2021

Resepi ~ Muffin Vanilla Kismis Gebu by NinaMirza

Bila tiba je PKP, baking mood pun laju ja mai. Macam auto-tuned hihi... Ternampak Nina share resepi Muffin Vanilla Kismis Moist... Elok sungguh kejadian muffin Nina, tergoda Ummi. 

Tanpa berlengah, terus cuba. Satu, sebab bahan-bahan yang diperlukan semua sedia ada di pantry. Kedua, method-nya sangat simple. Hanya kacau adunan dengan sudip kayu dan whisk sahaja. Tak perlu guna mixer.

Resepi: Muffin Vanilla Kismis Gebu
Sumber: Nina Mirza

Bahan A
2 cawan tepung gandum 
3 sudu kecil baking powder 
1 cawan gula 
Secubit garam 

Bahan B
1 biji telur 
1 sudu kecil esen vanilla 
1/2 cawan minyak sayuran - Ummi guna minyak jagung
1 1/4 cawan susu segar - Ummi guna susu full cream jenama Dutch Lady

Bahan C (hiasan) 
Kismis
Chocolate rice

Cara-cara 
1. Ayak tepung gandum dan baking powder.
2. Campurkan gula dan garam ke dalam tepung yang telah diayak. Satukan semua bahan hingga sebati. Buang lubang di tengah. Ketepikan. 
# Ummi guna senduk kayu je 
3. Di dalam bekas lain, sediakan bahan B. Pecahkan telur dan kacau rata guna whisk. Kacau lembut sahaja.
4. Masukkan esen vanilla. Kacau. 
5. Masukkan minyak jagung. Kacau. Dan akhirnya masukkan suau segar dan kacau sebati dengan whisk. Maknanya bahan B ni dimasukkan satu persatu hingga semuanya sebati.
6. Tuang bahan B di bahagian tengah (lubang) bahan A tadi. Kaup balik hingga sebati (tidak lebih 20x) supaya adunan tidak terlebih gaul. Biarkan seketika, dalam 5 minit. 
# Ummi ikut petua Nina ni, menjadi alhamdulillah.
7. Sediakan acuan muffin. Dalam masa yang sama, pastikan oven dipanaskan pada suhu 180°C selama 20 minit.
8. Kaup balik adunan 1-2 kali lagi (secara bulatan) dan tuang ke dalam acuan muffin 3/4 penuh. Buat sehingga habis adunan.
# Ummi dapat 8 cup muffin.
9. Tabur kismis dan chocolate rice.
10. Sedia untuk dibakar. 
# Untuk oven Ummi, suhu 190°C, 25 minit.

Inilah hasilnya, semalam. Gebu gebas kata orang sekarang :D

Gemuk betul muffin ni. Berchinta nak habiskan sebijik pun haha... 

Dek kerana mudah dan sedap, sebelum Maghrib tadi Ummi bakar lagi haha... Telur pun sebiji je guna, takdelah rasa sayang sangat hihi... Kedekut telur pulak, almaklumlah PKP :p

Tapi, kali ni Ummi masukkan dalam loyang kek. Terus jadi kek vanilla kismis hah 😁

Sebelum naik tidur tadi, dah tinggal separuh loyang dah. Bila masuk dalam loyang ni, ketebalannya, kurang jadi tak muak sangat nak makan. Ummi potong bite sized lagilah laju tangan-tangan comel tu berebut-rebut. Alhamdulillah menjadi kesukaan anak-anak. 

Tqvm Nina. Moga Allah balas perkongsian Nina dengan kebaikan yang berterusan أمين 💐💐💐


4 comments:

  1. Letak dalam loyang jimat kertas kek cawan.
    Hehe ada ramai tukang makan dan sedap memang semangatlah boleh buat lagi.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya muffin vanilla. Kalau saya buat ni, keluar jew dari oven rasa nak ngap terus hihihiii.

    ReplyDelete
  3. Teringin pulak.. dapnye mkn pns2

    ReplyDelete