Wednesday 30 May 2018

Ye ke cuci mata?


Bermula 25/5 hingga 3/6 ni ada jualan gudang Anakku di Dewan Beringin Sri Gombak. Weekend hari tu Umi ajaklah Walid 'melawat kawasan'. Dah dekat je pun, kita pergilah cuci mata kononnya. Takde maknanya kalau perempuan pergi tempat shopping cuci mata je kan? Of courselah ada je yang dibelinya. 


Sama juga dengan Umi. Ikutkan baju raya anak2 semua dah siap termasuk pakaian casual tapi itulah kalau dah ada depan mata yang elok2 dengan harga mampu milik untuk rakyat marhaen macam Umi ni, Umi belilah  1-2 helai untuk anak2 dan anak2 buah pelam ciku durian langsat semua kat jitra tu 😁😁😁 

Talkum tu rm9.90. Kat Big rm11.90 (offer).
Wajiblah beli kat sini kan. Jimat 2 ringgit tu :p





Ramai orang hari tu. Almaklumlah gaji dah masuk pastu weekend pulakkan. Memang perfect timing untuk shopping keperluan raya. Ada yang murah, harga lelong dalam 5-10 ringgit je tapi ada juga yang even dah 70% discount pun still mahal juga 😢 

Then kami ke Giant Taman Permata pula. Walid nak tengok (survey) kasut. Ada satu pakcik ni buat handmade kasut kulit. Walid pernah beli dulu and selesa sangat. Itu yang nak repeat beli. 


Dapat bubur lambuk percuma dari Giant & Adabi. Walid dapat sebekas. Umi pi dapat 2 bekas haha... Sedap tau bubur lambuk ni. 10 periuk depa masak utk agihan kepada pelanggan Giant. 

On the way balik tu sempat pulak menyinggah di kedai kereta. Hah yang ni baru betoi cuci mata 😙 bak kata Walid, kita survey je dulu. Free je hikhik... Eh tapi sekarang harga kereta tengah 'murah' sebab depa dah revoke GST. Ribu riban jugaklah save duit. Tapi tulah, kalau harga seratus dua boleh juga melaram kereta baru. Ini ratus ribu la pulak. Ratus ribu rupiah mokcik adalah kihkih... 

Shopping shopping juga. Jangan lupa Ramadhan dah hampir ke pertengahan ni. Tak lama lagi dia akan tinggalkan kita. Jom pakat tambah amal! 


Tuesday 29 May 2018

Seminar Dana & Modal Niaga serta e-Usahawan



Umi joined kursus ni pada 5 May lepas. Umi among a few participants yang takde produk or services untuk diniagakan. Majoriti peserta memang peniaga/usahawan. Ada yang datang sejauh Penang dan Bandar Muadzam Shah hanya untuk kursus ni. Kagum betul Umi dengan semangat depa. Ada satu couple ni siap bawak anak kecil sebaya Adik untuk join kursus ni. Malah ada seorang ni Umi nampak beg dia penuh dgn bekalan makanan untuk anak2nya sekitar usia 6-8 tahun. Betul lah orang kata, usahawan ni jiwanya mental. Umi yang tinggal sekitar gombak ni pun berpuluh kali fikir nak pergi ke tidak :( memang tak berjiwa usahawan huhu... 

Bila Umi borak2 dengan peserta lain rupanya jumlah kehadiran yang tinggi tu sebab kursus ni berkaitan dana perniagaan. Ramai yang nak cari peluang meluaskan perniagaan masing2. Umi pun teruja juga bila dapat tahu rupanya FAMA menyediakan pelbagai bantuan dan inisiatif utk usahawan yang menjalankan perniagaan berkaitan pertanian. Bantuan untuk kedai runcit, food truck semua ada. Kot ada yang berminat bolehlah dapatkan info dari website FAMA. 



Bila masuk slot e-Usahawan ni Umi mulalah hilang minat 😅 bukan tak menarik tapi Umi memang tak minat bab teknikal. Diajar cara buat FB page, create Instagram akaun dsbnya. Masing2 kena buka phone dan buatlah apa yang coach suruh. e-Usahawan ni kursus yg ditaja oleh MDEC untuk para peniaga nak kuasai pasaran thru platform socmeds. Trainer pun dilantik oleh MDEC dikalangan mereka yg berjaya dalam online businesses. Coach kami hari tu Coach Mel, owner kakitravel ke kakijalan macam tulah. W/pun Umi tak berapa minat bab ni tapi ada jugaklah ilmu yang Umi kutip terutama berkaitan satu apps ni untuk kita buat iklan di socmeds. 

Lepas Zohor Umi balik. Mula tu nak tunggu juga sampai habis. Nak dengar pasal business OEM tapi Umi malas nak join sekali lagi slot e-Usahawan tu... Lagipun time ni dah drag masa. Dengarnya pukul 7 baru habis kursus.

Door gift.
Suka kakak perfume tu nama dia 😍
Apapun tahniah pada penganjur. All the best to my fellow participants that day. You guys memang hebat 👍👍👍


Sunday 27 May 2018

M Motel @ Meru



Sambung cerita balik mengundi hari tu. Ahad tu we still unable to decide nak balik ke tidak but still we searched for a hotel area Ipoh/Meru as a back up. In case we decided to go back then we already have a place to stay that night. Nak drive straight to jitra memang tak larat dah sekarang ni. Dulu masa moda-moda pi Penang balik hari pun takde hal. Sekarang sementara nak sampai Ipoh pun mokcik dah tersengguk-sengguk. Walid pun 2x5 juga hehe... 

Mula tu check Valya Hotel tapi over budget. We need one big room or 2 rooms sebab bawa Tok sekali. Kalau kami anak beranak je bilik kecik pun still OK. Lagipun kami cuma nak singgah tidur je. Next morning nak rush balik kampung. Tak berbaloi pulak nak dok hotel mahal2 for a short period. 

Then Umi teringat satu hotel bajet baru, M Motel @ Meru yang Umi pernah tengok review dalam blog PinkyMomma kalau tak silap. OK juga tengok reviewnya so kitorang decided book hotel ni. Thru booking.com RM99 for a double bed room kalau tak silap. Tapi kami call direct hotel to get more info/help. Since the hotel takde lif, kami request nak bilik bawah sebab ada baby & senior citizen. 


Umi rasa owner hotel ni suka warna pink.
Sana sini pink even the iron pun pink 😊

Teruja Umi bila buka je pintu. OK sangat biliknya. Kemas, bersih dan baru. Kami book family room. Basically bilik ni 2 bilik (connecting rooms) so memang selesa sangatlah. With rm125 we got 4 beds, 2 bathrooms with facilities including kettle, iron, small size iron board and mini bar in each room. Jarang hotel bajet provide facilities macam ni kan esp the iron & mini bar. Even hotel bintang-bintang pun kadang tu iron kena request or kena gosok baju dekat iron room. 3-in-1 tea/coffee set pun ada cuma toiletries je kena bawak. Towel disediakan. TV channels include RTM & TV3 bersama adik beradiknya 😉 
Kalau boleh Umi nak cadangkan disediakan juga sejadah sebab arah qiblat dah ada. And also the toiletries, if possible.  





Water pressure memang kuat. Memang best mandi shower ni. Macam mandi ayaq terjun 😝


Alhamdulillah tidoq lena kami malam tu. Esok pagi time check out tengok kereta di tempat parking tu dah almost double. Means ramailah yang singgah bermalam di hotel ni. And for us memang kami puashati sangat stay sini. Harga sangat berpatutan. Memang akan jadi regular port bermalam kamilah lepas ni kalau balik kampung :) 


And guess what? 
On the way balik ke kl lepas mengundi tu kami sekali lagi checked in di hotel ni 😆 See? Punyalah suka Umi & Walid dengan hotel ni. Selang sehari repeat stay kat sini. For the second time still we booked a family room. Harga sama, rm125. Dapat connecting rooms juga cuma bilik berbeza but still on the ground floor. Tapi malam tu tak boleh lena sampai ke pagi! Nothing to do with the room but berjaga tunggu result election 😁😁😁 

Esok nya pukul 10 baru pakat nak bersiap. Itupun sebab perut dah lapar. Kalau tak memang nak bermalasan je dalam 
bilik. Nak-nak pulak dapat cuti extra 2 hari sempena kemenangan PH hari tu. 


Do contact them for booking. 
Kalau tak silap Umi, Pn Fadhilah ni owner hotel ni. Tumpang bangga Umi sebab muda lagi orangnya, dah ada bisnes macam ni 
👍👍👍 
Wishing you and your team all the best! 

Wednesday 23 May 2018

Adik Turns 2


Alhamdulillah dah 2 tahun anak Umi. Makin keletah, makin nakal and banyak cakap :) 


Sebab dia ada Abang kakak nampaklah progress dia sangat cepat. Apa yang Abang kakak buat, main, makan minum semua dia nak ikut. Bab bergaduh pun boleh tahan. Asyik nak menang je especially dengan kakak. Selamba je gigit or tarik rambut kakak bila berebut something. Kesian kakak bila kena tarik rambut meraung dia 😰😰😰


Sekali lagi Umi order brownies dengan Dylla Zayri. Bila tanya Adik nak kek birthday macam Umi (RV cake) ke macam Angah (brownies) dia cakap "kek nies" :D nak brownies la tu 😁


Berbuka semalam Umi masak nasi goreng dengan ayam goreng ala KFC  je. Sebab depa request macam tu. Dah jadi menu wajib pulak budak2 ni kalau sambut birthday je nak makan ayam goreng dengan nasi goreng. Senang keja Umi hihi...
Tapi Umi up sikit kali ni, buat tomyam campur utk kuah.  


Brownies tu Umi hantar sikit dekat aisyah, anak jiran yang birthdaynya selang sehari dgn Adik. Dibalasnya dengan kek, kurma 2 kotak dan coklat. Allahu! Segan pulak. Kita bagi sikit je. Tapi itulah aturan rezeki, semuanya dari Allah. Alhamdulillah. 

To Adik, we love you so much. Please don't grow too fast! Tak puas lagi nak peluk cium sakat Adik 😆😆😆




Sunday 20 May 2018

Tok Yah, Umi & Kurma


Buah tangan dari surau ofis Walid. 

Al kisah sewaktu di Madinah Umi ditempatkan sebilik dengan 2 orang warga emas; Makcik Intan (60-an) dan Tok Yah (70-an, sebaya Tok). Seronok dan syukur sangat Umi berkongsi bilik dengan kedua-dua warga emas ni. Tak banyak kerenah tapi macam2 keletah yang menghiburkan hati Umi. Seolahnya mereka berdua dihantar untuk menghiburkan Umi yang tengah sarat rindukan anak2 terutamanya kakak yang ketika itu baru berusia 10 bulan, masih menyusu badan. 

Sedikit pesanan, bagi rakan pembaca blog Umi yang dah menerima jemputan ke tanah suci tahun ni, mulakan berdoa dari sekarang agar diberikan teman sebilik yang saling memahami, bertolak ansur serta hormat menghormati. Nampak macam remeh tapi kadang kita diuji dengan kerenah rakan sebijik yang pelbagai. Ujian yang kita anggap kecik ni kadang menggganggu kelancaran ibadat kita. Ada yang bermasam muka dan tidak bertegur sapa dek kerana salah seorang pergi bersendirian ke masjid, tidak mengajak temannya bersama! Bab ke masjid pun boleh bergaduh. Belum lagi masuk bab aircond, bilik mandi, sidai kain dsbnya. Memang kena banyak sabar dan berlapang dada. 

  Banyakkan  bangun malam dan merintih di hadapan-Nya. Sebut satu-satu yang kita hendakkan. Kalau ada masa, hayati tulisan Prof Kamil dalam buku "Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman". Didalamnya diajar cara untuk kita berdoa secara specific dan jujur. Alhamdulillah Umi dapat semua yang Umi nak, lebih baik dari Umi gambarkan. 

Berbalik kepada cerita Tok Yah tadi... Suatu hari balik dari Masjid Nabawi, Umi nampak Tok Yah dalam keadaan gelisah, macam lalok pun ye 😁 

Umi: Awat Tok? 
M.cik Intan: Tok mabuk pinang! 
Umi: Hah??????

Antara terkejut dan geli hati sempat pula Umi ketawa. Makcik Intan pula makin galak menyakat Tok Yah. Serious Umi tak sangka pulak boleh jadi gitu kalau mabuk pinang haha... Macam orang ketagih rokok atau air  ketum lagaknya. 

Credit source.

Kebetulan Umi ada beli kurma merah (kurma muda) sewaktu berziarah ke Masjid Quba. Umi tertarik dengan warnanya yang merah berseri lalu Umi beli beberapa tangkai. Tapi bila digigit kelat! Nak buang sayang lalu Umi simpan dalam peti ais. Umi ambik beberapa biji dah hulurkan pada Tok Yah. Jadilah kurma muda tu sebagai pengganti sirih pinang buat Tok Yah. Dapat jugaklah hilangkan ketagihan dia 😁😁😁

Credit source. 

Bila tiba di Mekah,  Umi mula jatuh cinta dengan ruthab (kurma basah) yang awalnya di jual sekotak 5 riyal sahaja. Umi simpan dalam peti ais dan jadikan kudapan setiap hari. Habis sekotak, beli lagi. Namun selepas wukuf harganya melambung sekitar 25 riyal sekotak! Ramai yang beli untuk dibawa balik ke tanah air masing2. Permintaan tinggi melonjakkan harganya.

Bagi yang taknak makan nasi time sahur tapi nak kekal bertenaga di bulan puasa ni cuba blend kurma & susu. Tak kisahlah fresh/full cream/low fat milk mana2 yang disukailah. Pastu jerang sekejap atas api. Kalau nak minum terus pun boleh. 

Bagi yang nak diet boleh juga buat minum time sarapan. Memang kenyang tau. Tapi tunggu lepas Ramadhan ye kalau nak SARAPAN minum susu kurma ni 😜  bulan puasa ni minum time sahur ye 😘

Friday 18 May 2018

Ayam Percik yang Merecik!



Hahaha....kemain lagi tajuk entry Umi hari ni 😂😂😂 

Hari ni hari minggu mesti mak-mak plan nak masak best-best sedap-sedap untuk berbuka kan? Hah apa kata try masak ayam percik merecik ni. Umi masak untuk berbuka semalam. Alhamdulillah menjadi even baru first time buat. 

Resepinya dari blog SAYAIDAY. Google-ed sana sini  cari resepi terus berkenan dengan resepi Cik Puan Iday ni sebab nampak mudah dan sedap. Memang betul mudah dan cepat je nak masak. Lagi pula beliau ajar step by step. Bahan-bahan pun memang bahan wajib ada kat dapur je. Cuma semalam Umi tak letak daun kunyit, takde stok. Kalau letak mesti lagi harum dan sedap ayam percik Umi semalam agaknya. 

Aren't they look gorgeous 😉

Onto the penanggang.
Daun pisang tu pembalut tempe. Ahkak recycled je dik! 

Ini resepi yang Umi dah simplified, ikut kefahaman dan kemudahan diri sendiri. Sila ke SINI untuk full recipe & cooking methods. Thanks Iday yang budiman for sharing the delicious and super easy recipe 👍👍👍 



Selamat mencuba! 


Menu berbuka semalam. Masih mengekalkan konsep ala buffet macam tahun lepas but with lesser and modest food. Macam Umi cakap sebelum ni, Umi taknak besarkan nafsu dengan makan minum berlebihan tatkala berbuka sebab puasa tu sendiri adalah medium untuk kita menundukkan nafsu serta merasai kesusahan mereka yang diuji dengan kelaparan, kebuluran serta kesusahan. A self reflection/muhasabah. But at the same time Umi still nak raikan Abang & Angah yang berpuasa. Try to strike the balance between modesty and variety. 

Start day 2 puasa juga Umi mula guna bekas plastik (tupperware) untuk serve food. The reasons are jimat masa, jimat resources and easy utk Umi simpan dalam fridge lepas berbuka. Once cooked, Umi transfer dalam tupperware terus letak atas meja buffet. Nak tutup pun senang sebab ada lid. Day 1 Umi letak dalam mangkuk/pinggan/piring but it took me some time to kemas and basuh. From the plate to the tupperware then into the fridge.  Now it's easier because I can keep the leftover directly from the table into the fridge. I'm now anything for a sustainable living. Memang dari awal tahun dah berazam nak practice 5Rs; refuse, reduce, reuse, repurposed & recycle. Let's save the world peeps! 

Another reason is I want to spend more time on tikar sejadah  instead of in the kitchen 😊

Eh, jangan lupa try resepi ni ye 😘


Thursday 17 May 2018

Hari Guru 2018



Baru nak up cerita hari guru tahun ni...terbabas sikit sebab meraikan tetamu istimewa, Ramadhan al Mubarak yang hadir sejak semalam.

Sekolah Abang & Angah dah sambut hari guru Rabu lepas. Tengah exam tapi Rabu tu no exam hehe... Tapi Pasti kakak postpone sambutan hari guru sebab tengah revision week. Kelakar pulak macam nak exam besar je sampai kena postpone hari guru  padahal preschool level je 😜 

Tahun lepas Umi hadiahkan kurma untuk cikgu-cikgu sempena hari guru. Umi yang hadiahkan ye, sebab anak2 tukang pass je haha...yang pening nak pikiaq hadiah apa nak bagi Umi ni lah. Saban tahun sejak Abang masuk Pasti Umi dah terkena penyakit pening cari hadiah ni 😁 memang lah cikgu-cikgu tak harap/minta pun hadiah tapi Umi buat lebih kepada kebaikan anak2 Umi. Agar depa tahu menghargai, menghormati dan meraikan jasa dan pengorbanan cikgu. Harapan Umi kebaikan yang dibuat ni kembali kepada kita. Bak kata Ustaz Pahrol, memberi untuk menerima. Bukan harapkan balasan material, tapi redha & DOA dari cikgu-cikgu mereka. 





Tahun ni Umi malas nak fikir panjang. Umi pergi kedai Ameena Bee beli stationary set je untuk cikgu. Balik rumah Umi balut cantik-cantik letak reben. Then masukkan dalam paper bag. Untuk cikgu-cikgu kelas Abang Umi bagi pen dan letak dalam kotak doorgift yang Atok Bomba bagi masa wedding anak dia tempohari. Kotak tu memang Umi simpan elok-elok. In fact, paper bag pun Umi re-use je. Jom selamat kan bumi yeah! 

Angah buat persembahan sempena hari guru. Dapatlah bekas hijau tu. Kurma tu pulak Lady Boss bagi. Sedang elok tupperware tu Umi buat bekas simpan kurma tu 😁

Terima kasih buat semua yang bergelar guru, formal mahupun tidak. Hatta kita sebagai seorang ibu juga adalah  seorang guru. 

Wednesday 16 May 2018

Ahlan ya Ramadhan!




Alhamdulillah syukur dipanjangkan lagi usia untuk memasuki madrasah Ramadhan sekali lagi.

Credit source.
Seiring pertambahan usia, Ramadhan bukan lagi untuk suka-suka, seronok menjamu nafsu dsbnya. Tapi lebih kepada menggunakan 'hadiah' Allah yang satu ni untuk menambah amal, mencuci dosa dengan taubat, mendekati-Nya dengan DOA dan amalan soleh yang pahalanya berlipat kali ganda dari sebelas bulan yang lain. 

Ada rasa tamak dalam diri untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan demi meraih rahmat, maghfirah, pelepasan dari api neraka serta beroleh syurga yang dijanjikan. Aamiin. 
Credit source.

Selamat menyambut Ramadhan buat semua. 

Credit source.

Monday 14 May 2018

GE14 ~ Cerita Mengundi Kami



Alhamdulillah GE14 dah selamat dilaksanakan pada 9/5/2018 (Rabu). Tahniah pada semua rakyat Malaysia yang telah menjalankan tanggungjawab masing2. 

Hampir seminggu berlalu nampaknya suasana kembali tenang & reda. Penat bersengkang mata menunggu election result sampai pukul 4-5 pagi, berdebar menunggu angkat sumpah PM yang baru, tunggu announcement barisan kabinet dsbnya w/pun memenatkan but at the same time menyeronokkan! First time menyaksikan perubahan kerajaan, dari BN ke PH. The transition process pun alhamdulillah smooth.  Kepada yang menang harapnya menunaikan segala janji yang telah dibuat dan menjaga amanah yang diberi dengan sebaik mungkin. Jangan sampai janji dicapati sudah 😇😇😇

Newspapers sold out on Thursday.
On Friday Walid borong semua. Sampai sekarang belum habis baca haha...cerita semua sama je kan 😉

Honestly months before the Parliament was dissolved, jika diminta memilih satu hashtag Umi akan pilih #ihavedecided. Bukan dah decide nak undi siapa tapi decided tak mau balik mengundi. That time Umi rasa macam semuanya sama je. Kutuk sana kutuk sini. Ada yang dah diberi mandat, betrayed our trust, ada yang berebut jawatan dsbnya from both sides of the divides. Yang sengsara rakyat yang makin hari makin terhimpit dengan pelbagai isu especially kos sara hidup yang semakin menekan, di segenap sudut. 

However, once the Parliament dissolved aura election tu mula mai haha... Especially after the nomination day. Dengan segala poster, buntings, banners, bendera sana sini meriah sungguh. Mulalah Umi bisik-bisik dekat Walid ajak balik mengundi. Mula buka cerita lama, GE13 hari tu Umi tak balik mengundi sebab tengah 'mabuk' pregnantkan kakak... Last time mengundi tahun 2008. Abang pun dalam perut time tu 😆

Yang geramnya boleh Walid lupa dia balik dengan Abang & Angah je time GE13 tu. Umi sampai sekarang ingat lagi. That day gas memasak habis. Puas call sana sini minta hantar kan gas tapi semua kedai tak boleh deliver, tak cukup pekerja. Lastly Umi angkat dengan Tok tong gas tu, bawak ke kedai. Masa pergi ok sebab ringan. Bila dah balik nak masuk ke dapur Allah struggle sungguh. Memang tawakkal sungguh time tu sebab kandungan Umi masih fragile. Baru first trimester. Alhamdulillah nothing bad happened. 

But Walid was not easily sold 😉 sebab anak2 supposedly exam on 11/5. Kalau balik kampung mesti tak sempat buat revision kan... Another concern of course la money kan. Nak puasa, nak raya banyak pakai duit nanti. But we made a wise decision and become a part of the history yeaha! Dapat cuti extra lagi, rugilah siapa yang tak balik kampung hari tu kan kihkih... 

On the voting day, Walid took the first turn. Sejam setengah beratur nak mengundi. Then baru balik kampung Umi bawak Tok mengundi. Umi mengundi kat tempat lain. So 3 tempat mengundi kami serbu. Since dah petang, Tok & Umi tak payah que pun. Terus masuk bilik mengundi sebab takde orang. Selesai mengundi terus bertolak balik. Lega dan seronok dapat tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat.  


DOA Umi moga negara kita terus maju jaya. Aamiin.