Tenang, damai dan indah sekali. Kami sekeluarga berpeluang bercuti di Tanjung Piai Resort, suatu kepuasan kerana dapat menjejakkan kaki ke salah satu tempat dalam 'wish list' kami. Merasa jugak menjejak kaki ke penghujung benua Asia. Bukan Malaysia, Asia tu...:)
Tepat jam 4.30 petang kami tiba di resort selepas mengharungi perjalanan lebih kurang 9 jam. Resortnya terletak di atas air. Excited but at the same time quite worried, memandangkan saya punya 2 hero yang tengah lasak. Hubby dah warning, jaga kids betul2, takut anak-anak jatuh dalam air. Dalam hati terfikir gak, napelah aku pilih tempat nie. Takpe, adventurous skit!
|
Lega rasanya bila nampak signboard resort nie... |
Mana resortnya? Hubby terpaksa turun recce dulu dengan Abang, kerana hanya nampak jeti nelayan, dari sini. Kami cuba masuk menggunakan kereta melalui jambatan sempit ni, rupanya tidak berjaya.
|
Parking kereta di sini, then jalan kaki melintasi jambatan kecil ini. Ada security bertugas di malam hari untuk menjaga kereta |
Bayangkan, dengan 2 luggage bag plus extra 'handbag', Opal yang hanya mahu didukung, terpaksalah kami berjalan kaki berbondong-bondong membawa segala kelengkapan untuk menginap di sini. Sehinggakan Abang pun terpaksa tarik beg sendiri...:)
|
Selepas jambatan, terpaksa berjalan kaki lagi melalui jalan kecil ini. Dekat 500m jugak rasanya untuk sampai ke resort |
|
Perjalanan diteruskan lagi dengan menelusuri titian ini. Dah nampak bumbung resort...:) |
Kami terus ke bilik yang disediakan, dibilik paling hujung. Panorama memang indah, nampak laut luas dan kota Singa dari tingkap bilik kami. Malangnya, tombol pintu tidak boleh di kunci. Petugas resort berjanji untuk menukar tombol.
|
Keadaan bilik, not bad. Bilik double RM138 kalau tak silap. |
|
Our room is inside this building |
|
Tunggu punya tunggu, takde juga petugas datang repair, bila follow up
semula mereka datang check dan tukarkan kami ke bilik sebelah. Ingatkan
dah boleh kuak lentang sini, aircond pulak problem. Selepas 9 jam dalam
mobil, tiada yang lebih diimpikan kecuali dapat meletakkan badan
seminit dua... sabar sabar...
Tukar
lagi ke bilik sebelah satu lagi. OK la tapi lampu bilik air tak
berfungsi. Tapi sebab malas nak susahkan diri sendiri (barang-barang dah
unpack), kami redha je lah. Masuk toilet terpaksa bawak handphone...:)
|
The
iconic view of Tg Piai resort. Tak sah datang sini tak amik gambar
nie..:). Boleh nampak kapal-kapal besar yang lalu lalang juga Singapura
dari sini |
Kami bertembung dengan sekumpulan anak-anak kapal, hilang sedikit gusar & cuak saya. Mulanya saya fikir hanya kami sekeluarga akan bermalam di situ, rupanya anak-anak kapal ini memang menghuni di sini. Lega sungguh!
|
Terdapat beberapa unit 'chalet' yang bersebelahan dengan unit yang kami menginap - dihuni oleh anak-anak kapal |
|
Jeti nelayan bersebelahan resort - yang bercat oren itu ialah warung |
|
Nampak titik oren di hujung titian? Itulah saya, yang cuba dikejar oleh Opal. Sejauh itu jugalah perlu berjalan untuk ke resort |
Siapkan diri anda dengan stamina yang kuat jika hendak ke sini...:)
Malam harinya, kami mengambil keputusan untuk mencuba seafood di resort ini. Untuk ikan siakap 3 rasa, ketam black pepper, sotong goreng tepung, sirap bandung & nasi putih harganya RM80.40. Untuk 2 orang dewasa rasa agak mahal tapi portion makanan boleh dikongsi untuk 3-4 orang. Jadinya, lebih ramai lebih meriah & jimat gitew ...:)
|
Ketam Black Pepper - must try! Sedap sangat-sangat |
|
Siakap 3 Rasa |
|
Baby sotong goreng tepung |
Secara peribadi, saya harap pihak pengurusan resort dapat meningkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan memandangkan resort ini ada potensi untuk dimajukan. The staff are all very cooperative but the facilities must be well maintained at all times. Menu untuk sarapan juga mungkin boleh dipelbagaikan dan disediakan secara buffet, rather than ala carte. Juga it is very much appreciated if the resort can provide shutter services to the carpark esp untuk angkut barang-barang. Another thing is signboard untuk ke resort perlu diperbanyakkan untuk memudahkan pengunjung ke sini.
Nonetheless, this trip is a memorable one for all of us. We enjoyed our stay here and truly it is an amazing vacation.
wah,bestnya!!!! klau pegi lg ajk ea?
ReplyDeleteThanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeletePhục vụ cho nhu cầu vận chuyển container bằng đường bộ ngày càng lớn, vận chuyển xăng dầu bằng đường sắt và vận tải, gửi hàng hóa vận chuyển xe máy bắc nam bằng đường sắt cũng đã xây dựng nên những qui trình, dịch vụ vận chuyển hàng hóa bằng các toa xe chuyên dùng chuyên nghiệp và có hệ thống. Đảm bảo mang đến chất lượng tốt nhất cho khách hàng sử dụng dịch vụ.