Friday, 22 January 2021

Melawat Kilang Kicap Tamin & Kraftangan Perak

Hari kedua di Kuala Kangsar, kami mengambil kesempatan untuk ke Kilang Kicap Tamin. Kilang ni terletak di luar pekan Kuale; menghala ke Ipoh/Sungai Siput. Macam nak patah balik ke KL ikut jalan biasa. Jaraknya +- 1/2 jam dari hotel penginapan kami. Terus check out sebab nak balik ke Baling pula. 

Sengaja kami ke sini untuk melihat cara penghasilan kicap. Rugi pula tak melawat sebab bukan semua tempat ada kilang kicap kan? We love to discover a special/unique place or thing to have an added value in every trip we made. 
Sayangnya, lawatan tidak dibenarkan kerana PKPB (ke PKPP di Perak that time).  


Tempat pemprosesan kicap agaknya... Ummi dapat jenguk di sebalik pagar je...

Ini mungkin bekas soya diperam agaknya. Pernah tengok proses penghasilan budu dalam Majalah 3, bekas-bekas besar beginilah digunakan untuk 'peram' ikan bilis hingga terhasilnya budu. Lebih kurang begitulah, Ummi pun ingat-ingat lupa. 

Selain kilang di Kuala Kangsar ni, Syarikat Tamin juga ada kilang di Batu Gajah; khusus untuk pengeluaran sos (cili, tomato dsbnya) jenama Tamin. Semua kakitangan kilang adalah Muslim. Hj Tamin, pengasasnya telah meninggal dunia dan syarikat ini diuruskan oleh anak-anak arwah. 

Walaubagaimanapun kami dibenarkan masuk ke kedai yang menjual produk Tamin. 

Stok belum ditambah sebab kata pekerja, sekarang tak ramai orang berkunjung ke kilang. Ialah PKPB kan... 

Ummi purposely cari kicap 3-in-1 ni untuk dijadikan buah tangan keluarga di kampung. 

Jom kita ke Kraftangan Perak pula.. Letaknya berhadapan Kilang Kicap Tamin (across the road)

Masuk adalah percuma. 

Barang-barang pameran dijual pada kadar tertentu dan berpatutan ... 

Bunga daun getah. 
Kecik-kecik dulu suka simpan daun dalam buku, tunggu hingga kering dan kemudian digubah menjadi bunga. 

Pelbagai bentuk dan nama labu sayong 

Alhamdulillah dapat discover Kuala Kangsar, walaupun tak semua tempat menarik kami jejaki. 

Antaranya plan nak naik bot menyelusuri Sungai Perak tak kesampaian. Petang hari pertama, hujan. Pagi sebelum check out pula bot belum beroperasi walaupun katanya pukul 9 dah mula. Takde rezeki :(

Nonetheless, Kuala Kangsar checked

10 comments:

  1. Rupanya kilang kicap Tamin di Kuala Kangsar.
    Perjalanan yang penuh bermanfaat.

    ReplyDelete
  2. ada lagi kilang tamin ni ye PH

    ReplyDelete
  3. Besar juga kawasan kilang dan kraftangan ni. Lepas PKP semua ni, ada masa dan rezeki boleh singgah lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. انشاء الله
      Banyak tempat dalam wish list ni tapi apapun kita bagi keadaan reda dulu.

      Delete
  4. Antara tmpt yg teringin nk pegi.. kuala kangsar tp xde rezeki lg.. ownernya xda jumpa ke? Hehehe

    ReplyDelete
  5. dl p kuala kangsar x sempat jln bnyk tempat

    ReplyDelete
  6. Bagus juga adakan lawatan ke kilang kicap di tempat sendiri. Tak pernah tengok kilang kicap dan proses buat kicap. Yang selalu ditengok, tempayan kimchi dalam rancangan masakan di tv.

    ReplyDelete
  7. Izin promo ya Admin^^

    Bosan gak tau mau ngapain, ayo buruan gabung dengan kami
    minimal deposit dan withdraw nya hanya 15 ribu rupiah ya :D
    Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa x-)
    - Telkomsel
    - GOPAY
    - Link AJA
    - OVO
    - DANA
    segera DAFTAR di WWW.AJOKARTU.COMPANY ....:)

    ReplyDelete