Friday 4 January 2019

Kedai Hikmah Food di Batu Caves


Dah lama Ummi berhajat nak ke Kedai Hikmah Food ni. Akhirnya 1 Januari 2019 sampai juga Ummi ke sini. 




Kedai ni menjual pelbagai jenis processed food macam fish ball, fish cake, crab stick dsbnya termasuklah segala jenis taufu, frozen kuih, sos dll. Kalau nak buat yong tau fu atau steamboat mai la sini beli bahan-bahannya. Malah kedai ni pun terkenal dengan produk yong tau fu halal termasuk kuahnya juga dijual di sini.






Rambang mata jugaklah Ummi nak memilih barangnya. Rasa tamak menguasai diri; semua nak beli :) tapi Ummi cadangkan pihak kedai upgrade lagi in term of keceriaan kedai. Mesti lagi ramai pelanggan datang.


Malam tu 'ber yong tau fu lah' kami


Sudi-sudikanlah;


Hikmah Food Specialities 
No 19 & 21 Jalan TIB 21
Taman Industri Bolton
68100 Batu Caves
Selangor 


10 comments:

  1. bagusnya. dia jadi hub untuk kita cari makanan halal..
    product2 macam ni kalo da tahu halal tu memang senang hati membeli =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah dapat beli tanpa was-was. Makan pun makin bertambahlah hikhik :)

      Delete
  2. Wahhh....tak jauh dah ni. Boleh lah beli fish cake, fish ball, taufu yg terjamin halal 👍👍

    ReplyDelete
  3. Silakan k.laili...
    Sabtu & public holiday pun buka.

    ReplyDelete
  4. ada perasan kedai ni kat bolton.. tapi tak pernah singgah.. boleh la singgah nanti

    ReplyDelete
  5. Sebelah utara ada tak pembekal makanan frozen ni?

    ReplyDelete
  6. Salam, selain batucaves ada tak cawangan dbangi atau nilai

    ReplyDelete
  7. Ada cawangan di melaka ke tak

    ReplyDelete