Sunday 31 December 2017

Angah's orientation day



Segak pula nampak anak bujang Umi sorang ni 😆 masa belikan baju sekolah hari tu mata Umi masuk habuk haha... Rasa cepat sungguh masa berlalu...tup-tup baby Umi sorang ni dah masuk darjah satu. 


Hari ni awal dia bangun. Nak pulak makan, selalu minum Milo segelas dah kira setel sarapan dia untuk ke Pasti. Tapi Umi perasan juga sejak dah bersunat ni selera makan dia makin bertambah. Alhamdulillah risau juga kalau angah ni tak larat nak galas beg sekolah hikhik... 

Pergi orientasi hari ni dengan Walid & Abang je... Kesian Angah. Umi tunggu rumah. Ada kontraktor tengah buat kerja. 



Alhamdulillah all went well for him. Ikutkan schedule sampai t/hari tapi habis awal. Just sesi pengenalan dan briefing je. Dapat buku teks tadi. Rezeki Angah buku teks dia dapat kebanyakannya buku baru. Selebihnya buku yang baru setahun diguna. Kira Angah orang kedua guna buku tu.... Harapnya bersemangatlah nak belajar ye Angah. 

All the best ye sayang on your new school term, new school actually. Pandai2 lah bawa diri ye. Jangan kacau orang nanti cikgu denda haha... 

Saturday 30 December 2017

Rumah Makanan Pak Long


Lepas hantar Tok di rumah pakcik, kami teruskan perjalanan ke jitra. Baru pukul 11.30 awal lagi nak lunch pun. Lagipun Walid cakap nak makan bawal goreng panas kat Butterworth. 

Tapi itulah... Elok je masuk highway semua masing2 start lapar :( belum lepas terowong menora pakat kalut tanya Umi "mana nasi lemak bungkus tadi?"... Nasi lemak bungkus tu baki breakfast tadi. Adalah 3 bungkus... Suaplah anak2 burung berempat tu. Tinggal sebungkus untuk Walid sebab Walid cakap lapaq! Entah bila masa Walid makan pun Umi tak perasan, tau-tau je Walid hulur  Tupperware kosong kat Umi 😁 

Bila sampai di Butterworth anak2 semua tidur...terus lah ke depan sikit sampai Sg Dua sebab dah tau port makan kat situ. 
Perut dah berjoget dah, bukan takat keroncong lagi dah haha... Nampak je first kedai lepas trafik light tu terus ajak Walid singgah. Nama kedai ni ala2 kat seberangkan... Kita di sini panggil kedai makan @ restoran, tapi di 
Bandung panggeknya rumah makan ye buk 😉


That time dah pukul 2.30 lebih kurang tapi lauk pauk masih banyak. Ada juga Umi nampak ikan2 mentah untuk dibakar (ikan bakar petai).  Tak sure itu untuk lunch or dinner nanti. Umi dah tak tanya dah, terus senduk nasi 😊




Pilihan Umi simple je; telur ikan goreng dengan ulam daun putat. Bismillah terus makan. Kalau berpeluang makan nasi di Penang ni, pleaselah jangan lupa letak kuah kari. Tak kisahlah kari ayam ka ikan ka daging ka sebab sangat lah sedap. Rempahnya rasa lain...

Kedai ni baru je beroperasi bulan 10 hari tu. Patutlah sebelum ni tak pernah nampak. 


Parking memang luas. Surau pun ada. Nak makan mee udang pun boleh mai sini. Staff pun friendly... biasa lah orang Penang kan friendly :) 

Conclusionnya memang sedap makan kat sini. Harga sangat berpatutan. Bil kami hari tu cuma rm35 (4 pinggan nasi + lauk +sayur serta air 5 gelas).  Umi rasa murah sebab kalau kat KL ni harga tu kadang baru lepas untuk breakfast @ makan bihun sup Kedah

Next time boleh revisit this place. From PLUS hiway tu ambik exit sg dua. First kedai lepas trafik light menuju sg dua. Kedai sebelah kiri. Sila terjah 😉


Thursday 28 December 2017

Basikal baru yeay!


Dah lama anak2 minta dibelikan basikal. Tapi Umi Walid tunggu masa yang sesuai dulu. Sekarang ni birthday 4 beradik tu semua dah lepas baru boleh beli. Kalau beli untuk angah dulu, (bday bulan 3) kesian pula dekat kakak & Abang sebab bday depa bulan 10 & 11 respectively. Final exam hari tu pun masing2 dapat good score. Bersunat pun dah setel kira ni reward untuk depalah bagi pencapaian sepanjang tahun 2017 ni. Jimat duit Walid semua all-in-one je 😁
Lagipun hadiah kecik2 dah bagi setiap special events tu, ini kira mother of all gifts  lah... 

Suka betul tauke kedai tu, 4 bijik basikal Walid borong sekaligus. 


Kami beli di kedai Power Rider, Taman Sri Gombak. Banyak choice kat situ. Kalau singgah sini jangan lupa beli burger kat belakang tu. Daily Burger. Sedap tau! Sempat lagi promote haha... 

Bukti pembelian 😅

Inilah aktiviti depa sekarang...


Adik tu even belum pandai kayuh pun nak juga basikal. Mak pak dia pun belikan juga haha... Yang tukang tolak basikalnya Umilah. Sakit habis pinggang Umi sebab kena tunduk. Basikal tu rendah, padan dengan size Adik je. Bila kita stop dia cry. Kenalah tolak pusing2 sampai dia puas.

Jaga elok2 ye basikal masing2. Kalau rosak Umi Walid tak beli dah 😎. 




Wednesday 27 December 2017

Drama Hari Krismas


25 December 2017.

Kira-kira jam 4.15 pagi telefon Umi berdering. Bila angkat, dengar cemas suara Yue, anak buah Umi buat panggilan dari kampung. 

"Maksu...Tok taktau jadi apa... Sesak nafas, menggigil... Keluaq masuk bilik ayaq nak buang air tak boleh... Ni kami nak bawak pi hospital"

Umi bingkas bangun. Duduk sekejap. Tarik nafas. Kemudian perlahan-lahan Umi buka pintu bilik terus turun ke tingkat bawah. Ambik wudhuk dan solat sunat. Lepas berdoa baru Umi rasa lapang. 

Terus Umi call paklong. Tak berangkat, lalu Umi texted him and pakcik. 

Bila Umi dapat info terkini dari Yue, Umi rasa sedikit lega. Melalui gambar yang diterima, keaadaan Tok nampak stabil. Umi capai Yasin dan baca. (Tips : bila sampai ayat yg dihujungnya ada perkataan 'mubin', ulang 3 kali ayat ni sambil berdoa untuk kesembuhan & kemudahan orang yang sedang sakit). 

Lepas subuh, Umi dimaklumkan keadaan terkini Tok. Kidney shutdown kata Ah, anak buah Umi yg bertugas di hospital selayang yang kebetulan balik bercuti di kampung. Bacaan HB Tok hanya 4. Too low. Options yang diberi samaada cuci darah (dialysis) atau tebuk perut untuk keluarkan cecair (kotor) yg terkumpul dalam badan. Hasil muafakat adik beradik, kami pilih option ke-2. Tak sanggup rasanya biarkan Tok buat dialysis memandangkan usia dan keuzurannya. 

Terus Umi maklumkan kepada kaum keluarga dan saudara mara Tok di kampung tentang keaadaan Tok. Umi dan paklong pula on standby mode; if anything became worst kami akan pecut balik kampung. Alhamdulillah cucu-cucu, anak2 buah dan sepupu2 Tok semuanya datang berziarah. Sekurang-kurangnya lega sikit makngah yang keseorangan (disamping Yue & Ah) berhadapan saat genting ni. Pakcik time ni masih on the way dari Thailand. 

Selepas menerima satu beg darah keaadaan Tok makin pulih. Hasil ujian & pemeriksaan susulan, Tok disahkan sihat. Masalah hanya berpunca dari kekurangan darah (anemia) dan air (dehydration) sebab Tok hilang selera makan juga mengalami sleep deprivation. Alhamdulillah syukur sangat2. 

Menjelang petang, Tok dah boleh discharge. Banyak hikmah yang Umi nampak dari ujian ni... Apapun, semuanya sudah berakhir. At least for now. 

Moga Tok terus sihat. Doakan ye :) 

Cucu kesayangan, lena diribaan Tok. 

Monday 25 December 2017

Staycation @ Impiana Hotel Ipoh



Balik dari kampung hari tu kami singgah bermalam di Hotel Impiana Ipoh. Staycation kata orang sekarang :) 



Inilah bilik kami, deluxe twin. Dapat bilik hujung, memang besar lah spacenya. Budak2 ni siap main nyorok-nyorok 😇 





In term of keluasan bilik tu memang puashati sangat. Their hospitality pun should be commended. Dari lobi hingga ke bilik semuanya friendly and helpful. Minta extra towel takdan 5 minit depa hantar...

However, facilities dalam bilik ni dah outdated or no longer in good condition. Tilam pun dah rasa keras, dah tak empuk dah 😅 . Actually kami dah bagi feedback on this matter and they said that they will refurbish the hotel. 


Kita makan bekai dulu. Banyak sungguh stock makanan kami; maksu & Tok Umi bagi bekal sampai tak termakan. Sebelum bertolak balik tu kami sarapan di rumah maksu. Dia masak nasi butter, rendang itik, sambal kepah kering dll... 


Dahi kakak benjol jatuh tangga tiime kenduri tu. 

 Takde hal nak makan dalam bilik hotel pun sebab sekarang ni kalau travel @ stay dekat hotel Umi memang standby pinggan cawan susu garfu semua.... Lebih selesa makan dalam bilik sebab senang nak monitor anak2. Tikar memang sentiasa standby dalam kereta.  

Petang tu bawa depa mandi pool. 






Tak ramai orang dalam kolam lagilah best. Berendam dalam kolam tu sampai depa tutup kolam tu pukul 7 malam. Ikutkan hari Umi pun nak berendam juga tapi changing room under construction. Celop kaki je lah... 

Malam tu keluar sekejap cari food then balik bilik lepak je. Memang taknak jalan mana2 pun just nak enjoy the comfort of a hotel. Kalau nak keluar ke Gerbang Malam yg terkenal di ipoh ni pihak hotel ada sediakan transport. Kami tak join pun. 



Breakfast untuk Umi & Walid dah included dalam room rate (+-RM183) tapi Abang kena bayar rm15 untuk breakfast. Angah dapat complimentary even dah 6 tahun sebab badan kecik. Makan tak banyak 😁 

Lepas tu sambung mandi pool. Naik bilik sambung mandi dalam bath tub pulak. Biaqlah depa nak berendam... 

W/pun sekadar bermalam di hotel anak2 nampaknya happy sangat. Itu yang priceless even tak bawa jalan cuti-cuti Malaysia pun tahun ni. Tahun depan kita pergi bercuti insha Allah.


Saturday 23 December 2017

Pertama kali ke SMAP Kajang



Ramai juga kawan2 uni Umi yang belajar di SMAP Kajang ni. Sekolah ni antara sekolah yang gah di Selangor selain KISAS. Dah lama Umi teringin nak tengok sekolah2 ni sebab sering disebut-sebut oleh kawan2.
  

Adalah rezeki Umi ke SMAP Kajang ni 2 minggu lepas. Pergi makan kenduri... Jadilah, dapat juga tengok sekolah ni. Umi siap pancing anak2 suruh belajar di sini. Ada rezeki depa siapa tahu kan? 


Selamat pengantin baru buat Abid & Adibah. Pengantin lelaki ni anak bekas jiran Walid time kecik2 dulu. Majlisnya simple je tapi sangat tertib dan touching :) touching bila abang pengantin lelaki sendiri yang bacakan DOA untuk mempelai. Abang sulong pula mewakili bonda depa bagi ucapan untuk tetamu dan mempelai. Pakcik Zainal, jiran Walid dulu meninggal awal tahun lepas. W/pun tanpa kehadirannya nampaklah anak2 arwah mampu menggalas tanggungjawab masing2. Rasa touching je tengok anak2 depa semua 'menjadi'. 


Time Umi Walid kahwin dulu depa semua kecik2 lagi. Ingat lagi arwah sekeluarga adalah tetamu terakhir majlis resepsi kami. Dah hampir pukul 10 baru depa sampai 😀 

Elok je Umi bangun nak ambik makanan, nampak Datin Seri Dr Wan Azizah kat belakang Umi. Terus approached ajak bergambar 😆. Kajang kan kawasan k.wan... Humble and ceria je orangnya. Kipas tangan tu memang tak tinggal. Dah trademark beliau kan... 

Sebelum balik, singgah solat dulu dekat surau SMAP ni sambil ambik aura hehe... 

Moga beroleh mawaddah, rahmah dan sakinah dalam rumahtangga buat Abid dan pasangan. 


Thursday 21 December 2017

Bihun Sup Kedah sedap di Batu Caves



Hari tu jalan-jalan area Batu Caves Center Point survey water heater ternampak pulak kedai ni...sekali pandang je terus terjah. Bihun sup Kedah ni memang street food favorite Umi & Walid. Setiap kali balik kampung mesti pekena bihun sup ni. Port bihun sup kat jitra yang kami suka was a stall dekat Digi Jitra tu tapi dah katup. But berlambak ja kedai yang juai bihun sup Kedah ni di jitra. Takde hal... 

Tapi kat klang valley ni baru hat ni yang first Umi jumpa a dedicated kedai for bihun sup Kedah. They are already here for 2 years. Asyik JJCM jauh-jauh tapi hat belakang rumah tak perasan pun! 



Ikutkan kedudukan kedai ni betul2 di belakang TMG supermarket tu. Kalau nak short cut, park je kereta dekat TMG then cross ikut belakang tu. Tapi kami parked depan kedai, which is kena drive pass TMG then 'kona' kiri. First simpang amik kiri. Kedai pun sebelah kiri, cari sampai jumpa 😜 

Bihun sup Kedah ni warna kuning tau. Hampa jangan dok buat pelik pulak 😊

Sambai merah ni wajib 'boh' naa... Lagi banyak lagi sedap. 

Jangan lupa 'gu' dengan ayaq oren bancuh. Habaq lagu tu takut satgi depa pi buat fresh oren pulak  😁 

Kedai ni buka dari pukul 7 pg - 10 malam. Ahad & public holidays tutup. Untuk breakfast ada nasi lemak kuning, another favorite food for Kedahan. Lauk campoq untuk lunch pun ada. Ayaq menet pun ada :) pulut ikan masin ada jugak.. Tapi Umi belum try lagi semua ni sebab hari tu makan bihun ja. 


Looking forward for another visit soon. Esok sabtu bulih kot no 😉

Wednesday 20 December 2017

Mana pengantin?


Minggu lepas kami balik kampung. Buat kenduri sunat depa ni dengan sepupu depa, haziq. Ikut perancangan awal nak sunat kan depa bertiga sekali tapi bila fikir balik susah juga nak travel balik ke KL lepas sunat. 2 orang pulak tu... 


Lauk pauk jangan cakap, sedap2 belaka. Lauk kampung... Ada itik masak hitam, kari daging, kerabu rebung, pekasam ikan puyu, daun belalai gajah goreng belacan, ulam2, sambal belacan... Umi tak ambik pot pun kali ni pasal menu, semua serah kat maksu je. Janji sedap haha... 


Sedap sangat itik masak hitam ni 

Pekasam ikan puyu ni rm25 sekilo.
Mak Kodiang beli dari orang kampung dia. 

Ulam ni paling win bagi Umi.
Ada nangka muda, pucuk putat, ulam raja, tomato dll. 

Ni pula dessert & fruits... Cream puff yang maksu order ni sedap... Licin awal2 lagi... Pisang tu Tokcik Pah sedekah. 


Cucuq udang kuah kacang 😋

Seperti biasa, kaum ibu makan before solat jumaat. Kaum bapa after jumaat. Sebelum tu buat tahlil dulu. 


Kali ni Umi tak jemput kawan2 Umi pun macam majlis aqiqah Adik hari tu. Walid adalah jemput 3-4 orang kawan2 dia. Selebihnya jemputan Tok Umi & paksu/maksu. Kenduri pun dibuat di rumah depa. 

Sesuatu yang baru bagi Umi, setiap kali tetamu nak ziarah Abang, Angah & haziq depa mesti tanya "pengantin mana?"... Mula2 tu confused juga takut orang tersalah kenduri 😁 rupanya budaya kat sini kot budak2 yang baru sunat tu digelar pengantin. Yelah, special day depa... Seronok sakankah budak2 ni setiap kali orang jengok, dapat duit. Even Abang & Angah yang dah baik luka sunat hari tu pun  menempel je sebelah haziq tunggu angpau 😄 actually dalam kad jemputan memang Tok Umi letak nama depa sekali pun... Itu yang depa dapat juga habuan :)

Inilah pengantin nya 😘

Sapa jangan kacau Angah nak kira duit....kemain! 

Alhamdulillah majlis lancar, makan minum semua cukup.  Thanks semua anak cucu tok ayah 💝