Showing posts with label Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts

Thursday, 21 October 2021

Pokok Peluru Meriam

Salah satu khazanah alam yang unik kami temui di Taman Botani Putrajaya ialah pokok Peluru Meriam. Ummi tak pernah tahu akan kewujudan pokok ni sehinggalah hari bersejarah itu :D 

Nanpak tak buahnya seakan peluru tu? 

Eh, bukan Ummi sesaje reka namanya. Memang tertulis gitu ...

Sat, nak perbesaq...

Nampak? 

Jumpa sebijik buah yang gugur tepi longkang. Buahnya dilitupi bulu-bulu halus dan baunya sedikit kurang menyenangkan. Lepas pegang buah tu, tangan pun rasa gatal sikit. 

Saiz dan beratnya seakan peluru yang digunakan dalam sukan lontar peluru. Abang pernah jadi wakil sekolah dalam sukan lontar peluru di Sukan SRAI. Tiber 😂😂😂

Walaupun tak tahu apa kegunaannya, tapi pastinya pokok ni antara khazanah alam yang patut dipelihara. Sekurang-kurangnya dapat juga dikenali oleh generasi akan datang.

Sunday, 17 October 2021

Staycation @ Shaftsbury, Putrajaya

Melalui carian di Internet, kami memiliih Shaftsbury Residences Putrajaya sebagai tempat bermalam untuk staycation kali ni. Letaknya berhadapan Alamanda Putrajaya. 


Perlu daftar masuk semua ahli keluarga (dengan memberi butiran nama & KP) sebelum diberi pelepasan masuk ke sini. Itupun kita sebagai quest tidak bebas keluar masuk condo kerana pihak pengurusan menggunakan facial recognition untuk urusan keluar masuk. Access card hanya sebagai kunci rumah. Dekat main entrance kena scan muka juga.  

Jadi, untuk masuk ke dalam premis sama ada call pengurus homestay atau tumpang sekaki bila ada penghuni condo masuk (pengesahan melalui face ID 👆). Both are a bit troublesome :( Tapi, bak kata pepatah; masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Kita ikut je...  Peraturan ni untuk keselamatan dan keselesaan penghuni condo. 

Put the issue aside, unit yang kami sewa ni sangatlah selesa dan cantik. Terasa macam check in di hotel berbilang bintang ahak! 

Living and dining area...

Dapur dilengkapi electric stove, kettle and other appliances. 

Mesin basuh ni sekali dengan dryer. 

Master bedroom. Cantik sangat. They hired an ID we guessed. 

Built in wardrobe ni bercermin, menampakkan ilusi bilik lebih luas. Towel, iron  dan sejadah turut disediakan. 

Bilik kedua. Walaupun kecil tapi selesa. 

Bilik ayaq pun cantik dan bersih. Ini shared bathroom. Ok je untuk kami 6 beranak. 

 
Sayangnya, pool yang cantik ni tak dibuka waktu kami stay di sini tempohari.

Selain tu, kalau nak stay sini kena sediakan baki touch & go yang mencukupi untuk bayar parking. Setiap kali keluar masuk, kena bayar parking ye. 

Walaubagaimanapun, kami puashati dan sangat selesa berada di sini. Berbaloi dengan harga RM171/night yang kami bayar. 






Saturday, 16 October 2021

Sepagi di Taman Botani, Putrajaya

Jom ikut bersama meneroka keindahan Taman Botani Putrajaya. Kali pertama kami sampai di sini, jadi sangat teruja untuk explore di samping menghirup udara segar. 

Bergambar di hadapan Astana Morocco. Tempat ni sedang dibaikpulih. 

Singgah di Taman Paku Pakis, sambil berehat sambil bersarapan roti yang dibawa. 

Hanya kami berenam melalui trek ni. Kebanyakan pengunjung lain pilih laluan di tepi tasik. Peluang baik untuk kami bebas meneroka secara santai. 

Terjumpa pondok misteri 😅 Terbayang tempat ahli sihir jahat dengan penyapu terbangnya sedang menunggu di dalam haha .. 

Singgah bergambar di sini...

Selepas melepasi Taman Heliconia dan teduhan pokok-pokok menjalar, kami sampai di Bukit Palma, puncak tertinggi agaknya di sini. 

Subhanallah, what a breathtaking view! 

Ada rumah kampung, terus teringat rumah pusaka peninggalan arwah Tok Wan... Rumah papan yang bertangga, ada tingkap besar semuanya menggamit kenangan.

Taman Kaktus...
Jalur cahaya di celahan pokok. Sangat mendamaikan. 

Setiap pokok ada tanda namanya. 

Berhenti sekejap di sini, Abang nak tasmik dengan Ustazah. 
Adik3 pula panjat bukit, tak lepas-lepas nak takluk  bukit kecil tu:D 

Naik bukit, turun bukit akhirnya barulah jumpa tasik. Serius cantik tempat ni. 

Bunga keembung pelbagai warna di dataran berhampiran tasik. Again, mengingatkan kepada kenangan zaman kanak-kanak. Pokok keembung menghiasi hampir serata rumah. Mudah bercambah biji benihnya. 

Di sini juga ada kedai makan, tandas, vending machine, tempat duduk dsbnya. 

Jalan punya jalan, akhirnya kami sampai di Pahang 😆

Astaka ini juga sedang diselenggara. Hanya dapat bergambar dari jauh. 

Alhamdulillah, sepagi yang sangat indah 💚




Friday, 15 October 2021

Cuti-Cuti Putrajaya 2021

Cuti-Cuti Putrajaya masa Lembah Klang beralih fasa PPN hari tu. First staycation after months of travel/cross district restrictions. Bagi anak-anak hirup udara luar dari Gombak  :D 

Dari Gombak ke Cyberjaya dulu sebab belum pernah ke sini. Nak juga jejak kaki, sekali pun jadilah. Adalah modal nak sembang haha... 

Menarik dan tenang je Cyberjaya ni. Well planned city macam Putrajaya juga. 

Kids Tech Center ni tutup. Katanya banyak aktiviti berfaedah untuk kanak-kanak di sini. 

Dash Box Hotel pun masih ditutup, jadi private quarantine center masa ni. 

Cari Animonsta Studio, 2-3 kali Waze bawa ke office MAGIC ni. Agaknya dalam office complex ni kot. Nak masuk tak boleh jadi terus ke Putrajaya. 

Recce dulu tempat bermalam...

Then, beli lunch di Nasi Lan Kedah, Precinct 14. Masih tak dibenarkan dine in jadi tapau saja nak family set RM70++. Set ni untuk 4-5 orang makan. Sampai ke malam makan baru habis. Portion besar 

Di Precinct 14 ni juga ada Mydin. 2x Ummi mai shopping kat sini hehe .. lama dah tak masuk mall 🤭 Jumpa tempat tak crowded and feel safe, sakanlah... 

Tak beli apa pun, ini ja ..

Malam tu ambil angin malam ni sekitar Putrajaya. 3-4 kali pusing Seri Perdana tapi PM tak jemput masuk pun 😆

Singgahlah di Jambatan Seri Warisan.

Cantik betul view kat sini... 
Ada rezeki nak stay di Zenith Hotel yang berkilauan tu. Mesti best dapat tengok view tasik yang indah ni. 

Tengah sedap kami ambil angin di tepi tasik tu, tiba-tiba dengar siren polis. Celapak naik ke atas jambatan semula. Tak pastilah pengumuman suruh beredar ke atau sekadar ingatan supaya jaga jarak sebab ramai berkumpul atas jambatan untuk ambil angin. Tapi, semua nampaknya patuh SOP. Ada jarak antara setiap keluarga dan berpelitup muka semuanya. Sebab tu kami berani turun kereta di sini. 

Esok pagi-pagi kami keluar beriadah. Putrajaya ni kan banyak taman awam. Pilihan kami di sini...

Seronok sangat beriadah di Taman Botani ni. Nanti Ummi share ye.

Selamat berhujung minggu! Hati-hati balik kampung tu 😘