Monday, 4 January 2021

Sibuk sikit

Satu perkara yang merungsingkan Ummi di penghujung tahun 2020 ialah penempatan Abang ke sekolah menengah. Asyik memikirkan dan menguruskan perkara tersebutlah yang menghadkan produktiviti Ummi. Kemain Ummi haha...

Alhamdulillah hari ni dah dapat tawaran dari sekolah yang kami harapkan. Buat masa ni memang akan terima tawaran ni sebab SBP, MRSM dan SMISTA masih belum nampak bayang lagi bila nak dapat iv ataupun ujian khas kemasukan. 

Banyak perkara perlu diuruskan seperti urusan perpindahan dari SMK feeder ke SABK, urusan dgn PPD, persiapan persekolahan, kemasukan ke asrama dsbnya. Tapi hati dah tenang, dah nampak hala tujunya jadi lebih mudah untuk merancang. 

Tahun ni semua anak-anak Ummi dah masuk sekolah. Persiapan depa pun nak kena buat juga. SRAI pun dah buka kedai buku. Esok lusa bolehlah Ummi ke sekolah. 

Mek ni dah tak sabar nak ke sekolah 😊

Ini posing dengan baju Kakak. Saja suruh try. Nanti beli sepasang je lagi uniform. Cikgu Pasti belum bagi tarikh lagi bila perlu ke sekolah untuk pembayaran yuran dan pembelian buku-buku. Tunggu aje lah. 

Hasil congak, banyak juga belanjanya untuk sesi persekolahan kali ni. Terutamanya untuk Abang yang nak masuk asrama dan Adik sebagai murid baru Pasti.
 انشاء الله ada jalannya :) 

Lagi satu, sibuk unpack kain baju. Ahad bertemu Ahad kami bermusafir di minggu akhir bulan Disember lepas. Balik ke rumah banyaklah urusannya. Yang paling Ummi risaukan ialah pokok-pokok Ummi tapi nampaknya semua sihat walafiat haha... Ayu pun sihat juga, dah sarat nampaknya... Satu hal pulak nak menguruskan 'cucu' 🤭



10 comments:

  1. Alhamdulillah dapat juga sekolah berasrama. Sekolah itu di Kedah ke?

    ReplyDelete
  2. Banyak urusan ye menjelang nak buka sekolah, takpe..buat pelan2 dan teratur moga selesai dgn baik semuanya.
    Amboi..Ayu namanya..kemain sedap landing tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah selesai satu bab kak. Yg ke depan pun انشاء الله dipermudahkan.

      Ayu tu dah jadi ahli keluarga dah ibaratnya kak :D

      Delete
  3. 1st time ke sini... salam kenal tuan rumah... kakmim follower ke-94

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal kakmim 🤗
      Terima kasih sudi jadi follower 💐

      Delete
  4. Ayu ni pun kena p skola juga 😂 Bljr cara tangkap tikus, cara prthnkn diri dr dbuli meow lain

    ReplyDelete
  5. Banyak urusan awal tahun ni. Semoga dipermudahkan segala urusan akak dan keluarga. Aaminn

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah . Semoga dipermudahkan urusan ..

    ReplyDelete
  7. sek asrama selalunya beberapa bulan lepas sesi skolah dibuka.. insyallah ada rezeki pasti akan dapat.. didoakan mana yg terbaik =)

    ReplyDelete