Saturday 20 July 2013

Asam Rebus Keladi Kedah Style

Srupp....
To be honest, I am craving for this menu dah lama but rasa macam tak pandai nak buat esp tang nak siang keladi. Risau takut salah handle gatal pulak nanti. But since mama is here with us, I took the chance to learn from her. Resepi ni saya copy dari member sekolah, Cik A

Resepi: Asam Rebus Keladi Kedah Style
Sumber: Cik A

Bahan-bahan
Bawang me rah
Cili kering
2 cm belacan
Udang kering - rendam
Asam keping
Daun kesom
Lada hitam
Batang keladi - rebus
Isi ikan - rebus dan tumbuk kasar

Caranya
1. Semua bahan ditumbuk halus kecuali asam keping dan daun kesom.
2. Masukkan bahan tumbuk bersama air dan asam keping.
3. Rebus hingga mendidih.
4. Masukkan isi ikan, gula dan garam
5. Masukkan batang keladi dan daun kesom .
6. Tutup api.

Mudahkan? Harus ku buat berkali-kali lagi lepas ni.:)


Thursday 18 July 2013

Rezeki Ramadhan....menang GA dari blog Dessert of Life


Hamper tajaan Nia Souq

Alhamdulillah, rezeki Ramadhan....may be jugak rezeki baby...:). Ini 1st time saya masuk pertandingan GA ni. Sebelum ni teringin baik join tapi tak pandai esp bila ada syarat kena copy banner GA tersebut. I don't know what is it all about...:) Maklumlah belum habis belajar ilmu blogging....he he... 

Tapi yang bestnya pertandingan anjuran DoL ada 2 kategori, A & B.  Saya masuk kategori B sebab simple je syarat-syaratnya. Oklah untuk amatur macam saya. 

Alhamdulillah, rezeki saya untuk menang. Hadiahnya pun dah sampai ke tangan 2-3 hari lepas. Hari ni boleh berbuka dengan kurma dari Nia Souq nie. Kebetulan kurma dari Yayasan Bukhari dah habis.. rezeki.. rezeki.
Ada 3 jenis kurma, buku panduan, kalendar Ramadhan dan sejadah kecil
After winning this competition (macam poyo je...:) risik-risik rupanya tuan empunya blog ni my junior at Uni dulu. How sweet kan? Lebih 10 tahun tak pernah bersua muka, tetiba bertemu di alam maya. Mungkin ini hikmah yang tersirat kenapa digerakkan hati saya untuk menyertai GA nie. Sebelum ni saya memang follow blog dia, dalam hati dah terasa-rasa macam kenal je... tapi berat mulut nak bertanya. Rupanya telahan saya betul. Thanks a lot Nina! Juga kepada penaja hadiah, Nia Souq. May Allah bestow His blessing on us in this beautiful month and always. 

Monday 15 July 2013

Cerita 1, 2, 3 Ramadhan 1434H


Berbuka di lantai hospital

Ahlan ya Ramadhan!
Ramadhan Kareem everyone!

Disamping sedang menyesuaikan diri dengan fasa baru dalam hidup, Ramadhan kali ini dimulakan dengan ujian kemalangan kecil menimpa Abang. W/pun kemalangan berlaku 30 Jun tapi surgeri hanya dibuat pada 10 Julai. Makanya 1 Ramadhan kami sekeluarga sambut di Pusrawi. Satu pengalaman juga ingatan dari Yang Maha Penyayang.

Saya sempat menyediakan juadah berbuka seawal jam 9 pagi. Jam 12 t/hari Abang perlu mendaftar masuk wad. Menu? Asam pedas ikan pari, ayam goreng, sambal goreng tempe dan ulaman. Alhamdulillah...

Selepas surgeri, Abang tidak dibenarkan pulang kerana masih perlu diperhatikan oleh pihak hospital. Jadi sekeluarga terpaksa bermalam di Pusrawi. Esoknya bersahur dengan nasi sejuk dan bun. Kenangan terindah....:). Jam 4 petang Abang dibenarkan pulang. Kami hanya membeli juadah berbuka di kantin hospital kerana kesuntukan masa untuk memasak.

3 Ramadhan sekali lagi kami ke Pusrawi untuk follow up. Alhamdulillah semuanya baik baik saja untuk Abang. Hari ini kami mengambil giliran untuk menjamu orang berbuka puasa do surau. Lega...talk perlu bergegas untuk masak. Maklumlah appointment sebelah petang, terpaksa menempuh trafik yang merangkak-rangkak di Jalan Tun Razak sesuatu yang sangat menguji kesabaran.

Kini sudah seminggu Ramadhan bersama kita, semoga keberkatannya sentiasa meneduhi kita. Dan semoga kita diberi kesihatan dan kelapangan sentiasa bersama kita agar peluang yang datang setahun sekali ini dimanfaatkan sepenuhnya.