Saturday 30 November 2019

Sepetang di Tanjung Emas


Kami sampai di Tanjung Emas kira-kira jam 5.10 petang. Banyak perubahan yang berlaku disini sejak kali pertama Ummi menjejakkan kaki ke sini lebih 10 tahun dulu. Yang masih di situ adalah Medan Selera yang Ummi pernah duduk makan rojak petis dengan maklong dulu. Tapi zaman tu belum ada smart phone, nak bergambar guna kamera. Lepas tu kena bawa ke kedai gambar untuk dicuci. Generasi sekarang tau ke cuci gambar tu apa? Hihi... 


Kami ke sini sebenarnya untuk naik Muar River Cruise. Ikut informasi yang Ummi dapat, katanya bot terakhir untuk menyusuri Sg Muar ialah jam 5.30. Sudahlah parking nun jauh di tepi Medan Selera, orang pula kemain ramai. Ada juga pengunjung berbaju cantik sedondon, agaknya baru balik dari makan kenduri. Boleh di katakan sambil berjalan sambil berlari kami petang tu. Punyalah semangat Ummi nak naik bot sambil tengok matahari terbenam. Sampai saja di kaunter ticket, katanya trip untuk hari ni dah habis. Frust gila Ummi time tu haha...



Tunggu matahari terbenam. 


Masjid Sultan Ismail di seberang sungai. 

 Mencabar betul lalu kawasan ni. Anak-anak merengek nak naik remote controlled car dengan nak main bubble. Jenuh Ummi Walid kayuh kaki,jalan laju-laju haha..


Dataran Tanjung Emas 

Ambil angin petang je lah. Nak ubat hati Ummi, Walid ajak pekena rojak petis dan mee bandung. Rugilah siapa datang Muo tak rasa dua jenis makanan ni selain nasi beriani.

[Baca sini: Jamu selera di Muara Bariani House



Sedap alhamdulillah.

Malas nak balik ke hotel, kami terus ke Sabak Awor untuk menikmati makan malam.

Friday 29 November 2019

Muara Bariani House, Muar


Pst... Kami baru balik dari Muo 😁 Tahun lepas dah plan nak ke Muar, tapi tidak diizinkan-Nya. Kali ni last minute plan, menjadi pula.


Dapat juga kami sekeluarga menjejakkan kaki ke Bandar Maharani (Muar) iaitu Bandar DiRaja Johor. Muar juga telah menerima pengiktirafan sebagai Bandar Terbersih di Asean pada 2018. Memang bersih. Tak jumpalah sampah bertsepah tepi jalan. Hatta daun kering yang tak disapu pun susah nak jumpa. Alangkah bahagianya kalau satu Malaysia ni bersih macam Muar.


Ini itinerary yang Ummi buat untuk misi JJCM kami. Tapi bila dah sampai tu teringin pula nak rasa beriani gam yang jadi trademark di sini. Katanya ada satu kedai nasi beriani yang sedap, tapi kami tak jumpa. Tanya En Waze pun tak tau. Akhirnya kami berhenti di Muara Bariani House. 





Order 4 set nasi berserta lauk ayam, kambing dan daging masak beriani. Lagi satu ayam masak merah. Hidangan ni disertakan sekali dengan acar timun dan dalca. Ummi kopek telur pindang sebiji. Sedap juga makan dengan nasi beriani.
Nasinya sedap, generous with kismis & gajus. Sepinggan nasi tu boleh share 2 orang, big portion. Tapi lauknya sikit:( sepinggan nasi dengan saiz lauk tu, tak match. Separuh nasi tu baru padan dengan size lauk tu maksudnya.

Telur pindang yang menggoda. 

Kedai ni tak ramai orang pun. Mula tu was-was juga kami nak masuk, takut tak sedap sebab tak ramai pelanggan. Tapi Walid sempat pula tanya seorang rider food delivery tengah tunggu order katanya sedap dan ramai orang order thru them. Memang betul pun. Waktu kami menjamu selera tu memang adalah riders food delivery yang keluar masuk kedai ambil food yang ditempah. Ada juga pelanggan yang singgah untuk tapaw food. Kedai ni juga ada menyediakan khidmat katering.



Ada dewan acara juga



Dah kenyang makan tu, terus kami ke hotel. Alhamdulillah dapat checked in awal. Sampai hotel, terus berehat sampai terlepas bot untuk menyusuri Sungai Muar 🤭

Wednesday 27 November 2019

Penutup Sesi Persekolahan yang Manis


Ingin Ummi coretkan sedikit kenangan manis di akhir sesi persekolahan untuk kenangan dan tatapan anak-anak di masa hadapan. Tau tak, anak-anak memang peminat setia blog Ummi. Sebab ada gambar depa :D

Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) yang baik

Seronok dapat hadiah dari Ummi Walid
Tahniah anak-anak ❤️

Alhamdulillah ketiga-tiga mereka mencatat keputusan PAT yang membanggakan. Walaubagaimanapun there are still rooms for improvement especially for Abang who'll be sitting for UPSR next year. Untuk subject teras memang kena pulun esp BM. Mula tu Ummi hairan juga kenapalah BM 1 boleh dapat C, tapi bila Ummi tengok balik paper BM 1 memang tricky. Tak macam kita dulu, soalan straight forward dan pemarkahan sekarang pun sangat rigid. Abang pula bukannya jenis yang teliti, memang senanglah hilang markah.

Kalau dah BM 1 pun C, BM 2 (penulisan) takkan dapat A kot 😅 tapi takpe, BM ni kelemahan Abang lebih pada teknikal dan kena polish writing skill esp how to kembangkan ayat. Subjek Sains, Math & BI Ummi nampak peningkatan. Cuma takut masa tak menyebelahi Abang kalau tak usaha dari sekarang, time cuti sekolah ni.


Untuk subjek PSRA alhamdulillah ada 7 Mumtaz. Untuk Mumtaz, skor markah ialah >90%. Subjek agama inilah sebenarnya yang membantu Abang dapat no 1 tempohari. Alhamdulillah. Peratus keseluruhan juga meningkat dari 77.4% pada Peperiksaan Pertengahan Tahun kepada 82.4%. Ada orang kata, nombor (kedudukan) tak penting, yang penting peratusan. Betul juga tu. 

Proud of you Abang 😘

Angah pula memang Ummi impress dengan result dia. Ummi tak bandingkan dengan orang lain, tapi Ummi bandingkan dengan result dia tahun lepas. Alhamdulillah peningkatannya sangat ketara. Jika dilebihkan usaha dan kurang melawan Ummi mesti Allah bagi no 1 :D nak suruh dia belajar macam nak berperang. Ambik buku selak helaian demi helaian dari awal sampai last page, "OK, Angah dah baca habis". Amboi senangnya dia study. Makan hati je Ummi dengan dia :p tapi bila dapat result excellent haha...


Suka gambar ni sebab tu post kat sini hihi... Ada sambutan Maulidur Rasul kat sekolah, kena pakai baju melayu.

Yang ketiga, permata hati seorang ni memang rajin belajar. Tak perlu suruh, ada inisiatif sendiri baca buku. Anak perempuan kot... Bila Kakak dapat tempat pertama, dia layak ke Ujian Setara Kawasan Gombak. Tahun ni hanya tempat pertama 6 & 5 tahun sahaja layak ambil Ujian Setara.

Kakak nampak nervous :) 

 Tahun lepas Kakak no 2 tapi dapat ambil Ujian Setara dan rezeki dia sampai ke peringkat negeri. Baca sini: Kakak berjaya ke Ujian Setara peringkat negeri.
Walaubagaimanapun tahun ni rezeki Kakak hanya setakat peringkat kawasan. 

Interview Pengawas
Abang ni dah lama bercita-cita nak jadi pengawas. Tahun lepas pergi interview, tak dapat. Tahun ni pun dapat interview dan shortlisted. Adalah kemajuan sikit hihi.. Dalam 8 orang, ustaz pilih 4 orang. Sekali lagi, bukan rezeki Abang untuk jadi pengawas. Takpe Abang, dapat shortlisted pun Ummi Walid dah bangga. It means that the teachers noticed you, ada bakat ada potensi cuma takde rezeki. Tahniah buat Amirul, Acap, Khalid & Ariff yang terpilih.

Angah pun sama... Dapat juga interview. Tapi tak berjaya. Takpe, Angah ada banyak masa lagi. Tahun depan boleh cuba lagi. Gaya tu dah ada tapi banyak lagi nak kena perbaiki dari segi sahsiah dan penampilan.

Badminton Tournament 



Abang ni memang aktif. Apa saja aktiviti sekolah dia nak join. Kali ni joined pertandingan badminton sekolah pula. Main di Dewan Komuniti Ibu Kota. Cikgu angkut naik kereta, bersempit 14 orang dalam Innova Cg Talib haha... 

Comel je diorang ni bertarung sesama sendiri :D 

First round Abang menang dengan Muiz, 30-27. Second game, kalah dengan Afiq 8-30 haha... Kecik je Afiq ni tapi lincah. Wakil sekolahkan.. At the end, Umar jadi johan. Adam no 2 dan Afiq no 3. Semua ni wakil sekolah.

Sekejap je, dah nak habis minggu pertama cuti sekolah. Cepat je rasa masa berlalu kalau cuti ni. Kan? 

Tuesday 26 November 2019

Jamuan Akhir Tahun


Sesi persekolahan dah berakhir, tapi Ummi baru nak share pasal tajuk ni. Almaklumlah banyak sungguh aktiviti dua minggu terakhir persekolahan hari tu. Tak terkejar Ummi nak buat entry 😅 

Dah jadi tradisi, setiap kali akhir sesi persekolahan pastilah ada jamuan akhir tahun. Tahun ni turn Angah dulu. Hari Selasa ke Melaka, hari Rabu jamuan. Mujur juga dia larat bangun pagi tu padahal malam tadi dekat pukul 10 baru sampai rumah. Mandi, makan itu ini pukul 11 baru tidur. Dia bagi tau "Cikgu suruh Ummi buat Mac & Cheese". Ah, sudah! Ingatkan nak goreng mee je tapi cikgu request lain pula. Jangan kata masak, makan pun jarang-jarang Mac & Cheese ni. Tapi sebab taknak hampakan Angah, Ummi masaklah juga. Resepi cari di Google je. Honestly tak berapa sedap pun kejadiannya haha... Masak pun awal pagi, kalut nak siap itu ini, nak masak lagi memang ke lautlah hasilnya.



Abang pula Cikgu assigned menu, ayam goreng. Ikut Ummi nak singgah beli kuih je kat mana-mana gerai sebab that week turn Ummi hantar depa pi sekolah. Tapi dia nak juga bawa ayam goreng, takut cikgu marah bawa menu lain haha... Ummi beli Ayamas je lah. Pagi tu goreng guna Noxxa. Ummi tak pandai sangat goreng ayam ni, takut tak masak bahagian dalamnya. Bercinta jugalah nak tunggu ayam tu masak :D 


Untuk jamuan Pasti, Kakak requested buah-buahan je. Dia tak nak bawa heavy food nanti tak habis katanya. Mudah kerja Ummi. I luv u, Kakak haha... Cikgu pun pernah ingatkan jangan bawa banyak2 nanti tak habis. Yelah, anak-anak tadikakan, bukannya makan banyak sangat pun. Kata cikgu, selalu kalau kuih muih memang jadi rezeki jiran-jiran sebelah menyebelah tadika. Nugget, sosej itu memang licin kata cikgu. Ada juga yang bawa jajan. Ummi open bab ni walaupun ada orang anti jajan. Cuma, prinsip Ummi, Ummi tak akan bawa, tapi kalau orang bagi tu ambiklah. Tidaklah Ummi nak condemn sebab kadang tu perkara ni berkait dengan bajet juga. Kita hargai niat depa. Sebagai ibu, tanggungjawab Ummilah untuk tapis mana yang elok atau tidak esp bab halal haram. Kalau logo haram tu pelik je, terpaksalah buang. Mujur anak-anak pun faham.

Bila bab jamuan ni, Ummi selalu niatkan makanan yang disediakan tu sebagai sedekah. Bila bersedekah tu, sambil-sambil tu niatkan juga agar anak-anak kita disenangi oleh guru-guru dan kawan-kawan. Sebab tu seboleh mungkin taknak berkira bab jamuan ni. Biar sikit (kuantiti) tapi yang terbaik (kualiti) Ummi boleh sediakan.

Monday 25 November 2019

Sambut menantu lagi, alhamdulillah ❤️


Mujur juga majlis graduasi Kakak selesai awal. Sekitar jam 11.30 pagi acara penyampaian hadiah dan sijil untuk Pasti Kakak tamat. Cepat-cepat kami undurkan diri untuk ke majlis perkahwinan anak Kak Zana. Ini kali kedua kami dijemput ke kenduri perkahwinan anak beliau. Alhamdulillah ingat juga beliau pada kami sekeluarga 😊 


Baca sini: Sedapnya Roti Cicah Sup Cendawan di majlis perkahwinan anak beliau yang lepas. 

Sunway Batu Caves ke Batu Muda tidaklah jauh. Kami sampai sedang elok kata orang sebab baru je nak menjamah makanan, kedua mempelai berjalan masuk ke dewan. Anggun dan segak kedua-duanya.
Ummi suka suasana majlis ni. Tenang, intim dan romantis. Boleh makan dan berbual sesama tetamu dengan santai. Muzik dan lagu yang dimainkan oleh DJ juga sedap di dengar.





Nice setting...
Tak ingat nama caterer tapi sedap sangat lauk pauknya.


Amboi...kemain pick up linenya :) 

Cenderahati dari tuan rumah. 


Mujur Kakak tukar baju, cantik jugalah gambar di photo booth ni. 

Tahniah kepada pengantin serta Kak Zana sekeluarga. Terima kasih atas jemputan.

Sunday 24 November 2019

Abang naik pentas...


Hari Apresiasi Tahun 6 & Anugerah Kecemerlangan Murid 2019 (HAKEM 2019)
22 November 2019 


Alhamdulillah ada rezeki Abang naik pentas tahun ni. Masa mula dapat first paper, BM 1 Ummi dah give up on him sebab dapat CEMERLANG. Cemerlang tu ikut pangkal huruf ye  🤭


Ingatkan dah takde rezeki Abang dapat anugerah tahun ni. Tapi  setiap hari memang berdoa agar Abang dan Angah dua-dua dapat naik pentas, supaya lebih bermotivasi dan bersungguh dalam pelajaran. Tapi, belum rezeki Angah nampaknya walaupun banyak sangat peningkatan dalam pelajarannya. Sekolah depa ada Peperiksaan Akhir Tahun untuk Tahap 1 juga. Keputusan PAT inilah yang menentukan dapat anugerah atau tidak. Selain anugerah akademik, ada juga anugerah baru diwujudkan iaitu Anugerah Sahsiah Terbaik. Dari darjah 1-6 ada penerimanya, lelaki seorang, perempuan seorang. Sejuk hati bila ada anugerah sebegini. Bukan hanya kecemerlangan akademik yang dirai, tapi juga kecantikan akhlaq anak-anak juga diiktiraf.


Majlis dimulakan dengan meraikan anak-anak T6 yang akan tamat sekolah. Segak semuanya berjalan masuk. Sebak dah Ummi ni, walaupun ada setahun lagi sebelum Abang tamat sekolah. The biggest winner of the day pastinya Adik Uwais Al Qarni yang meraih pelbagai anugerah dek kerana kecemerlangannya dalam UPSR dan PSRA. Sebagai pelajar terbaik PSRA Negeri Selangor Uwais dapat durian runtuh semalam. YB  Hilman Idham bagi insentif RM1000 untuk Uwais. Alhamdulillah rezeki dia. Moga jadi inspirasi untuk adik-adiknya esp batch Abang yang akan ambil UPSR dan PSRA tahun depan.


Tahniah Uwais 👏👏👏

Abang ni pun kena lebihkan usaha dan lebih fokus untuk UPSR tahun depan. Seram juga Ummi bila dapat tahu ramai murid harapan tak dapat straight As tahun ni Apapun berbalik pada rezeki dan kehendak-Nya jua. Yang gagal dapat 6A pun bukan tak usaha, cuma tak ada rezeki. 

Takut pula Ummi nak letak harapan tinggi-tinggi, takut Abang rasa terbeban pula. Tapi itulah, sejujurnya tetap berharap agar dia dapat result yang cemerlang. 



Allahu yusahhil 


Tahniah Abang!