Tuesday, 5 January 2021

Perihal i-Sinar

Amboi kemain bersinar-sinar status updates kawan-kawan di WhatsApp semalam. Maklumlah keputusan permohonan i-Sinar dah diketahui semalam. Khabarnya ramai yang memohon dah diluluskan permohonannya.

Credit source. 

Ummi ni masih berkira-kira. Ikutkan keperluan alhamdulillah setakat ni cukup dan mencukupi. Alhamdulillah, pendapatan dan punca pendapatan kami tidak terjejas sepanjang PKP. Syukur sangat.

Tapi, dari sudut kehendak tu teringin pula nak tukar sofa dan beli dryer baju. Tiber... Maklumlah sekarang ni kan musim hujan:p Ada pula kawan Ummi nak pergi beli emas Kuala Pilah sebab katanya emas di sana lebih murah. Ada yang dok bercuti sakan dah sekarang ni. Duit pun belum disburse. Sebab tu lah kena pandai bezakan antara keperluan dan kehendak. Takut satgi hangus begitu saja duit simpanan hari tua kita tu. 

Sewaktu i-Lestari diperkenalkan, Ummi mohon dan lulus. Selain dari back up sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti kehilangan pekerjaan (nauzubillah) sebab awal PKP dulu banyak perkara di luar jangkaan, niat Ummi waktu tu untuk menampung perbelanjaan perubatan arwah Tok sekiranya diperlukan. Alhamdulillah bab makan minum, ubat-ubatan arwah Walid mampu. Tok pun penerima BRIM. Makcik pun rajin  menghulur. Manalah tahu sekiranya tiba-tiba Tok perlukan wheelchair ke, terpaksa dialysis ke, Ummi plan untuk guna duit i-Lestari tersebutlah. Cuak juga sebab arwah Pakcik yang jadi tulang belakang Tok tiba-tiba 'pergi' jadi sekurang-kurangnya Ummi ada back-up dengan duit i-Lestari tu untuk kegunaan Tok. Seboleh mungkin, taknak susahkan Walid. Di samping tu, Ummi pun nak juga menabur budi pada Tok dari segi kewangan. 

Cuma, untuk i-Sinar Ummi masih belum punya alasan yang kukuh untuk keluarkannya. Bukan berlagak, cuma rasa sayang pula nak keluarkan kali ni. Sebab Ummi ni tak bekerja, duit EPF Ummi takkan bertambah (kecuali dgn dividen) sebab tiada caruman bulanan. Lainlah orang yang bekerja dan mencarum, setiap bulan duit EPF-nya bertambah. Boleh top-up balik orang kata. 

Ada juga orang berhujah, confirm ke masih hidup sehingga hari tua? Gulp! Ini yang buat Ummi serba salah huhu... Tapi, kalau dah ditakdirkan tak sampai ke umur persaraan, Ummi hadiahkan je lah duit dalam akaun EPF Ummi tu kepada waris-waris Ummi. Bukan rezeki Ummi lah tu. Tapi itulah, bila dengar ada orang lulus i-sinar ni, Ummi pun teringin jugak nak mohon. Siapa taknak 10k kan? Tapi itulah, ujian kita, keperluan kita berbeza-beza. Skrip hidup masing-masing tak sama. Roda hidup kita ni pun sentiasa berputar. Hari ni di atas, esok di bawah. Hanya Dia yang Maha Tahu. Jadi, fikirlah dengan bijak Ummi ye. 

Kawan-kawan macamana? Kalau takat nak beli sofa/dryer macam Ummi ni tak payahlah ye :p Ummi pun masih waras, jangan risau hahaha...



8 comments:

  1. Boleh tunggu untuk beli sofa dan dryer tak?
    Rasa tidak payah keluar duit kut takut akan datang ada perkara luar jangkaan yang penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Gurau je NA. Idak le nak keluarkan duit tu sekadar utk penuhi kehendak. Unless terdesak baru kita fikir utk keluarkan.

      Delete
  2. Tak apa..taknak keluarkan tu adalah pilihan Umi..

    ReplyDelete
  3. semoga di manfaatkan untuk jangka masa panjang bagi yang berjaya membuat permohonan i-sinar ni kan PH :)

    ReplyDelete
  4. Bersinar sinar akaun memasing. Alhamdulillah boleh digunakan demi kelansungan hidup. Akaun saya tak bersinar, tak apply. Cukuplah i-lestari je :)

    ReplyDelete
  5. Saya tak layak mohon sebab masih lagi dok kerja dan majikan mencarum tiap bulan 😅

    ReplyDelete
  6. Tak rasa lagi nak buat keluar walaupon dah lama tinggalkan alam pekerjaan

    ReplyDelete
  7. saya apply sikit laaa bukan nilai max tu..
    saja gataiii hehehe..

    ReplyDelete