Saturday 31 October 2020

Diari Tok ~ Minggu 1

31/10/2020 genap seminggu Tok jatuh sakit. Keadaannya tak banyak berubah. Adakalanya boleh duduk bersembang, adakalanya hanya terbaring kelesuan.

Asal kejadian pada 25/10/2020 tempohari pun elok lepas sarapan tiba-tiba pening katanya. Terpaksa diurut dada dan belakangnya kerana sukar bernafas. Kemudian Tok muntah-muntah dan pening. Sebelah malam pula Tok kejutkan kami sekitar jam 1 pagi. Sekali lagi Tok sesak nafas. Tok minta kami bacakan Yasin untuknya 😭 Malam kedua pun sama, sukar bernafas tapi sekejap saja. Malam-malam seterusnya Tok tidur lena alhamdulillah. 

Tadi pula Tok duduk berehat di sofa. Bangun hendak ke bilik, hampir terjatuh mujur sempat dipegang Angah. Pantas Ummi sambut tangannya takut terjatuh. Tapi itulah Tok. Bila rasa sihat sikit, suka bergerak sana sini. Yang paling risau bila Tok ke bilik air. Tapi, hari ni Tok mula pakai lampin dewasa. Makan minum pun dalam biliknya sahaja. 

Ummi dan anak-anak pun dah seminggu jugalah 'berkampung' di tingkat bawah, siang malam... Tak berani tinggalkan Tok berseorangan. Setiap malam bila terjaga dari tidur, Ummi akan intai Tok di biliknya. Bila nampak ada gerakan badan Tok atau helaan nafasnya baru Ummi sambung tidur semula. Ummi risau  :(

Kepada keluarga dan sanak saudara di kampung pun dah dimaklumkan akan keadaan Tok. Selalunya Tok tak sihat sehari dua je tapi kali ni berlarutan hingga seminggu.

Alhamdulillah pagi ni Tok boleh bangun, ke bilik air bersihkan diri dan ambil wudhuk. Moga Tok terus sihat. Jika sebaliknya, Ummi mohon dipermudahkan segalanya untuk Tok dan kami semua. 

Credit source. 

Terima kasih banyak atas doa semua 💐




Friday 30 October 2020

Sambutan Maulidur Rasul 2020

Hari ni anak-anak cuti sempena Maulidur Rasul semalam (29/10/2020). JAIS bagi cuti tambahan satu hari. Tapi, bila PKPB ni cuti ke tidak sama je :) Cuma, hari ni tiada tugasan yang cikgu bagi.

Semalam pihak JAIS anjurkan sambutan Maulid Nabi ni secara maya. Anak-anak diminta berselawat dan maklumkan kepada guru sekiranya tugasan sudah selesai.


Nanti pihak sekolah akan sediakan laporan kepada JAIS. Bagus jugakan... 
Rekod kelas Abang... 

Alhamdulillah ada juga program bermanfaat yang anak-anak buat sebagai meraikan sambutan kelahiran Baginda SAW. Semoga Baginda Rasulullah sentiasa menjadi suri tauladan pada anak-anak hendaknya. 

Thursday 29 October 2020

Happy 7th Birthday Kakak ❤️

Semalam sambut birthday Kakak yang ke-7. Ada cake, ada KFC kira celebrate-lah tu bagi keluarga kecil kami 😊

Kek coklat beli di kiosk AgroBazar je. Ummi hias serba sikit bagi nampak rupa kek birthday 😁

Set mandian dari Ummi. Sejadah muka tu dari Angah. Tapi, sejadah tu sebenarnya Ummi punya haha... Asal ada hadiah je... Nak bawa diorang keluar beli hadiah untuk Kakak pun tak boleh, PKPB :( Yang masih berhutang hadiah dengan Kakak ialah Abang & Walid. Habislah Abang, minggu depan birthday Abang, Kakak tak bagi hadiah 😂

Adik bagi belon :p

Ikutkan plan asal nak ke PD. Dah booking hotel pun, 3H2M sebab last time pergi sekadar balik hari. Kononnya kali ni nak enjoy lama-lama kat PD. Tapi, bila kes Covid-19 mula cecah 3 angka selepas PRN Sabah pada 26/9/2020 kami mula pertimbang untuk batalkan tempahan. Beberapa hari sebelum PKPB di Selangor/KL ni terus buat cancellation. Ada rezeki lain kali boleh pergi, Insha Allah. 

Sayang Kakak ❤️

Tuesday 27 October 2020

Resepi ~ Ayam Bakar Ala Bazar

Sejak kebelakangan ni menu dinner kami ringkas-ringkas je. Ada sekali tu Ummi goreng nasi (leftover from lunch), Maggi kuah ala asrama (rendam air panas je) dan roti canai segera + kuah sardin. Dah macam menu sarapan pun iye juga 😂 

The other day, Ummi bakar ayam je. Kalau ikut resepi asal, ayam bakar ni katanya ala bazar. Ala Kenny Rogers pun iye juga katanya. Mudah je resepi n. Bakar guna air fryer je. Bahan pun sedia ada di dapur... 


Resepi: Ayam Bakar ala Bazar 
Kredit: Pn Sitijua Jua

Bahan-bahan 
Ayam - dibersihkan dan dilumur dengan sedikit garam 
1 sudu kicap (manis/pekat) 
Sedikit rosemary (Ummi tambah) 

Bahan kisar halus
Halia
Bawang merah 
Bawang putih 
Bawang Holland 
Lada hitam biji
Kiub ayam 

Cara-cara 
1. Perap ayam bersama bahan kisar. 
2. Letakkan 1 sudu kicap. Gaul sebati. 
3. Perap semalam dan simpan dalam peti ais. (Ummi perap ayam sebelah pagi dan bakar sebelah malam) 
4. Keluarkan ayam dan masukkan dalam ketuhar atau air fryer. Untuk air fryer, bakar pada suhu 170°C selama 30 minit. 

Selamat mencuba 🤗



Monday 26 October 2020

Tok tak sihat :(

Sehari dua ni Tok tak berapa sihat. Asyik tidur, baring je. Makan tak berapa lalu. Kalau dah telan pun, nanti 'keluar balik' :( 
Petang semalam nampak OK, boleh duduk berborak elok masa Anas datang ziarah. Malam tadi pun tidur elok je.

Pagi ni tak larat semula.... Gitulah, orang tua umur-umur Tok ni kadang sihat kadang tak.

Ummi bawa ke klinik tadi pun Doc kata perut masuk angin agaknya. Sejak kebelakangan ni memang Tok kurang makan. BP slightly high tapi demam takde. Buat juga test gula alhamdulillah normal. Jantung slow sikit, Doc suspected virus infection. Dapatlah antibiotik. Kalau tak lega juga kena datang semula untuk buat blood test. Hopefully Tok will recover soon. 


Doakan ye 🤗

Friday 23 October 2020

Abang ~ Proses Permohonan ke Sekolah Menengah

Bermula bulan lepas sibuklah ibu ayah yang ada anak di Tahun 6 (T6) mengisi borang permohonan untuk anak-anak masuk ke sekolah menengah (SM). Satu pengalaman berharga buat Ummi Walid. 

Sebagai rujukan dan kenangan, Ummi kongsikan proses permohonan Abang ke sekolah menengah. Bukan satu dua borang, hampir 10 borang termasuk permohonan atas talian (online) yang diisi. Ada yang wajib diisi, ada yang pilihan sendiri. Ada yang diuruskan oleh pihak sekolah seperti feeder school dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan atas inisiatif ibu ayah sendiri seperti MRSM dan SBP. 


Dah besar anak Ummi 😍


1. Permohonan untuk Feeder School (diuruskan oleh pihak sekolah) 

Permohonan ke feeder school wajib diisi oleh setiap murid sekolah rendah (sepanjang pengetahuan Ummi) sama ada sekolah kebangsaan atau sekolah swasta seperti SRAI. 

25/8 Dapat borang permohonan feeder school. Perlu diisi dan dihantar sebelum/pada 28 Ogos 2020 (tarikh tutup permohonan). 

Dalam borang permohonan, ada 3 pilihan feeder school yang diberikan i.e SMKSP, SMKSG & SMKGS. Pilih sekolah ikut keutamaan kita asalkan salah satunya adalah pilihan yang diberi oleh pihak sekolah. Kami pilih SMKSP sebagai pilihan utama manakala 2 lagi sekolah pilihan ialah SMKSK dan SMKH. Untung kalau dapat SMKSP sebab ianya sekolah berprestasi tinggi dan ada kelas aliran agama (KAA). 

2. Permohonan (online) ke MRSM (diuruskan sendiri) 


Permohonan dibuka dari 24 Ogos hingga 4 Disember 2020. 

31/8 kami buat permohonan. Untuk kali pertama mendaftar, kita diberi kata laluan (password). Simpan password yang diberi untuk sebarang urusan berkaitan permohonan ini; amendment, semakan dsbnya. Berbanding permohonan ke sekolah khusus, MRSM memberi peluang kita memilih 5 aliran/lokasi. Mulanya kami isi aliran teknikal untuk pilihan pertama (ikut kehendak Abang), tapi pada 23/9 kami buat amendment kerana dimaklumkan jika tidak memilih aliran Ulul Albab (UA) sebagai pilihan pertama maka tidak akan dipanggil untuk temuduga aliran (UA). Rugi pula rasanya jika tidak mencuba sedangkan Abang ada potensi dalam hafazan. 

Setiap calon akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM). Tarikh UKKM adalah seperti berikut; 
> 21 - 27 September ✔️
> 5 - 8 Oktober > 12 - 15 Oktober ✅
> 23 - 26 November 
> 7 - 10 Disember 

UKKM bulan Oktober ni sepatutnya bermula pada 5-6 Oktober tapi dianjak ke minggu depannya. Malangnya, ada yang clashes date dengan tarikh ujian ke sekolah khusus (Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus-PKSK). Jadi, terpaksa reschedule. Dan dengarnya ramai yang ditempatkan di pusat ujian bukan pilihan. Contohnya pusat ujian pilihan di BMI-Unikl Gombak tapi ditempatkan di MRSM Trolak, MRSM Kuala Kangsar, Kuala Kubu Baru dsbnya. Ditakdirkan pula Selangor, KL dan Putrajaya PKPB jadi hanya 2 hari pertama sahaja calon-calon dari Lembah Klang ni dapat ke UKKM. Negeri-negeri lain selain Sabah, UKKM berjalan seperti dijadualkan. 

3. Permohonan KAA dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaa(SABK) - diuruskan oleh pihak sekolah 

11/9 Abang bawa balik 6 keping borang permohonan KAA dan ke SABK termasuk Sekolah Agama Menengah (SAM) dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS). 

Ada 2 parts borang ni... 
A. Borang permohonan ke KAA dan SAM Tanjung Karang (SAMTAK). 

Kenapa SAMTAK? Sebab lepasan SRAI sekolah Abang ni automatik penempatannya di SAMTAK, jika memilih SAM. Ini directive from JAIS. Maknanya setiap SRAI dah ditetapkan penempatan SAM. 

Borangnya simple saja, kena pilih KAA first atau SAMTAK first. Jenuh juga Ummi risik-risik dengan cikgu, ibu-ibu lain. Ada orang jenis isi dulu, dapat offer nanti baru fikir balik. Ummi pula kalau boleh taknaklah sekadar isi, biarlah ditimbang dulu pro & cons setiap pilihan yang perlu dibuat. 


B. Borang permohonan ke SABK (SAM & MITS) 

Walaupun lepasan sekolah Abang ni secara automatik akan diserap ke SAMTAK jika pernohonan berjaya tapi tetap juga diberi peluang memohon SAM lain iaitu SAM Muhammadiah (SAM-ONE) dan SAM Bestari Subang Jaya (SAMBEST). SAM-ONE satu-satunya SAM yang menawarkan Kurikulim Bersepadu Tahfiz (KBT). SAM lain menggunakan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD). Manakala SAMBEST pula untuk high achievers. 

Selain itu, murid-murid SRAI juga menerima borang permohonan ke MITS. Sama juga seperti SAM, ada MITS tertentu yang telah ditetapkan oleh JAIS untuk setiap SRAI. Pilihan MITS sekolah Abang ialah MITS Kuala Langat manakala pilihan lain ialah MITS Sabak untuk kedua-dua aliran Turath dan Dini (borang berasingan). Jadi untuk KAA dan SABK ni ada 6 borang kesemuanya. Lenguh jari jemari mengisi borang sampaikan tersalah tulis! Oh ya, permohonan untuk semua ni telah ditutup pada 18 September lepas. 

Memandangkan tahun ni UPSR & PSRA dibatalkan, jadi permohonan akan dilihat pada prestasi Peperiksaan Akhir Tahun Darjah 3, 4 & 5. Antara kriterianya ialah mesti lulus subjek Bahasa Arab (BA) untuk ketiga-tiga tahun tersebut. Nampaknya kena jugalah memastikan rekod peperiksaan anak-anak sentiasa 'cantik'. Nak kena ingatkan Angah supaya usaha lebih. Untuk Abang, alhamdulillah tidak pernah gagal subjek BA. 

4. Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

16/9 Hari Malaysia... Kami isi permohonan ke SBP pula. Tahun ni permohonan ke SMKA juga dimasukkan di bawah KPM. Single entry point berdasarkan PKSK. Untuk ke SMKA, akan ada satu lagi ujian iaitu Pentaksiran Murid Aliran Agama (PMAA). Kalau pilih Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) pula akan ada ujian hafazan. Ingatkan lagi senang bila tiada UPSR, tapi tidak juga 😅 Dengan pelbagai uncertainties, misinformation, first timers experience dsbnya, banyak cabaran terpaksa dihadapi. Memang special batch corona ni :) 

22/9 Bila dapat maklumat katanya PMAA hanya akan dijalankan ke atas murid yang memilih SMKA sebagai pilihan pertama sahaja, terpaksalah kami buat pindaaan. Mujur permohonan masih dibuka. Tarikh tutupnya 2 Oktober. Untuk SBP, kita boleh mohon 3 sekolah sahaja.

Sepatutnya tarikh PKSK Abang 15/10 di SBPI Gombak tapi disebabkan PKPB terpaksa ditunda hingga ke satu tarikh lain. 

Tq Kira ❤️

5. Permohonan ke Sekolah Menengah Integrasi Sains & Tahfiz (SMISTA-MAIWP) 

Permohonan ke sekolah menengah agama di bawah seliaan MAIWP dibuka pada 12 hingga 25 Oktober 2020.
 
18/10 Kami isi permohonan ke sekolah MAIWP. Ada tiga pilihan yang diberi iaitu SMAWIP KL, SMAWIP Labuan dan SMISTA. Hanya satu pilihan dibenarkan jadi kami pilih SMISTA kerana menawarkan KBT. 


Alhamdulillah selesai bab permohonan. Sekarang tunggu panggilan ujian dan interview. Moga ada rezeki Abang untuk ke sekolah yang bagus. Bagus untuk dunianya dan akhiratnya Insha Allah. Doakan ye 🤗

Wednesday 21 October 2020

Kisah Mesin Basuh

Elok selesai bab kereta Walid (baca: SINI), selang sehari kemudian mesin basuh pula buat hal 🙆‍♀️ Tak boleh on. Panggil technician katanya motherboard rosak. Nak replace around 300 including labour cost. Ikutkan Walid nak repair tapi Ummi dah give up dengan mesin basuh ni. Banyak sangat problems, sampai dah tak ingat berapa kali dah! Pernah tukar absorber (sebab mesin tak pusing), spinner pun pernah tukar (sebab spinner malfunction), pernah tersumbat sebab syiling 50 sen dan macam-macam lagi. Ada sekali tu boleh on macam biasa tapi baru beberapa saat air masuk, mesin senyap je. Sampaikan technician tu pun pening 😂 Dia tak dapat detect problem so suruh Ummi trial & error je. Alhamdulillah esoknya kembali berfungsi seperti biasa. Hinggalah Khamis lepas senyap terus haha... 

Menumpang kasih di dobi layan diri :) 

Bila ada masalah nak tunggu technician datang pun ambil masa juga. Hari ni report, esok atau lusa baru datang. Kalau nak kena tukar spare part, tunggu lagi 2-3 hari baru dapat repair. Rimas Ummi bila tengok baju kotor dalam bakul. Tapi apapun Ummi puji technician dia very helpful even though sometimes he is as clueless as i am 🤣 

Then, repairing costs... Koman-koman pun sekali dia datang 'tengok' (check) melayang RM50 :( Kalau barang kena ganti, tambah lagi fulus 😇😇😇 

Banyak menguji kesabaran betul jenama mesin basuh yang khabarnya #1 di Europe.  Terpikat jugalah selain motor warranty 9 tahun. Lama tu... Tapi pandai depa, motor memang tak pernah rosak. Part lain tu yang selalu buat hal. Indah khabar dari rupa :( Mungkin di Europe tu lain standard-nya ataupun ranking tu untuk peralatan eletrik yang lain. Mesin basuh ni yang paling singkatlah berbakti kepada kami. Dalam 3-4 tahun je. 

Mesin basuh yang paling lama berbakti ialah mesin basuh pertama kami. Jenama Samsung, semi-auto. Our best friends tong-tong duit sorang RM100 sebagai hadiah kahwin. Nostalgia betul. Sayang sungguh Ummi dengan mesin basuh ni. Adalah kot 7-8 tahun berjasa. 

Kemudian kami beli pula mesin basuh jenama LG, fully auto. Kali pertama Ummi guna mesin basuh auto. Seronok, tak payah transfer pakaian dari washer ke spinner. Kerja membasuh jadi lebih mudah dan cepat. 

Dan pada 17 /10/ 2020 beli mesin basuh baru. Kali ni pilih jenama Sharp. Harga slightly above 1k untuk kapasiti 9kg. Harapnya dapat berkhidmat lama untuk kami. 

Please be good to us. 





Tuesday 20 October 2020

Again!

Credit: source. 

Menitik air mata Ummi tengok gambar ni. Masih terasa penat dan sukarnya bila takde air semalam. Dalam pukul 11 pagi (19/10) bekalan air stopped dan pagi tadi around 10.30am bekalan mula pulih. Alhamdulillah syukur. Satu hari satu malam, hampir 24 jam tapi sengsaranya hanya yang mengalaminya sahaja yang faham. Mendidih je rasa bila ada yang buat lawak pasal bekalan air ni. Depa tak rasa bolehlah gelak dan buat lawak 🙄

Saat diuji begini bila Allah hantar orang macam Ustaz Ebit ni hati jadi sejuk je. 

Credit: source. 

Walaupun kami bukan penerima air ni tapi Ummi tetap tumpang lega bila ada yang beroleh manfaat dari bantuan ustaz. Laju ustaz buat kerja dan selalu tindakannya di luar kotak. Ummi doakan agar beliau sentiasa dilindungi-Nya, diberi kesihatan yang baik serta ilham dan kemudahan untuk terus membantu sesiapa sahaja yang memerlukan. 

Moga hari-hari mendatang lebih baik bagi kita semua. Fed up tau dengan isu air ni. Makin menjadi-jadi pulak :(





Sunday 18 October 2020

Program Sains, Teknologi & Inovasi di PPAS

Sebenarnya banyak program yang telah dan akan dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). Kumpulan sasaran ialah remaja 13 tahun ke atas yang berada dalam kumpulan B40. Penyertaan semuanya percuma. Sengaja diletakkan tahap umur agar yang menyertai program-program ni faham apa yang diajar dan untuk membuka minda mereka tentang sesuatu topik. Contohnya peluang kerjaya dalam bidang muzik, programming dsbnya. 


Menarik belaka program-programnya... 



Tapi, disebabkan PKPB di Lembah Klang serta peningkatan kes positif Covid-19 sejak kebelakangan ni, rasanya program-program ni ditangguhkan. Ummi pun tak pasti library buka ke tak. 

Walaubagaimanapun Abang sempat joined program berkaitan Lego Ahad 11/10 yang lepas. Dengar je Lego memang excited dia. Walaupun umurnya 12 tahun, tapi pihak PPAS Gombak benarkan. Ialah, topik Lego..  Kebanyakan kanak-kanak sekarang tahu tentang Lego.

Malah, waktu pendaftaran Angah pun dibenarkan ikut sekali. Ummi bawa dia sebagai peneman, terus jadi peserta. Ada juga ibu ayah yang turut serta. Bagus betul.. Ummi pun diajak sama oleh urusetia tapi sebab banyak urusan lain, terpaksa tolak. Lagipun Ummi tak minat Lego. Kalau topik PowerPoint Presentation nak juga tambah ilmu :)

Tanya Abang dan Angah, apa yang dipelajari? Main Lego-lah Ummi. Buat pokok, buat burung dll... Okey-lah tu, dapat juga input dan exposure. Bak kata ibu seorang peserta ni, "Dari duduk rumah tengok TV, main games better send them here". Trainers pun khabarnya pernah bekerja di Legoland. Hari-hari kerjanya 'main Lego' kata Abang 😂😂😂. Ummi pun tak tahu nak panggil apa kerja depa, tapi they have to create new design/creation from the Lego set... Something like that. Bak kata P Ramlee dalam filem Bujang Lapok "kerja main-main, cik salmah..." :D 


Friday 16 October 2020

Resepi ~ Ayam Tandoori


Out of nowhere, tiba-tiba rasa nak makan ayam tandoori. Terus 'Google resepi'. Alhamdulillah semua bahan ada kecuali yoghurt. Tapi takde hal sebab ada susu cair dan limau nipis. Campur sahaja kedua bahan ni. Nisbah lebih kurang 1/2 cawan susu cair bersamaan 1 sudu makan jus limau nipis atau lemon. Kacau sebati nanti susu tu akan berketul seakan yoghurt hasil dari tindakbalas kimia yang berlaku. Ini pun hasil carian di Google juga :) 

Berbalik kepada resepi ayam tandoori, seeloknya diperap ayam bersama bahan perapan lebih kurang 4 jam untuk rasa yang lebih padu. Tapi Ummi perap sekitar 1-1 1/2 jam saja. Pukul 5 perap, pukul 6.30 dah masuk air-fryer. 

Resepi: Ayam Tandoori 
Sumber: RASA
Kredit: Pn Tahrunnisah Jali

Bahan A
4 ketul ayam (whole leg) - dibasuh dan dikelar kasar -7 ketul ayam (multi parts) 
2 sudu besar minyak masak 

Bahan B
1 sudu teh serbuk cili
1/4 sudu teh garam 
1 sudu makan jus limau nipis/lemon

Bahan C
6 sudu teh yoghurt asli - guna campuran 1/2 cawan susu cair + 1 sudu makan jus limau nipis 
2 sudu teh pes halia + bawang putih ( 5 ulas bawang putih & 3 inci halia dikisar atau ditumbuk halus
2 sudu teh serbuk cili 
1/2 sudu teh garam masala - guna garam biasa
1 sudu teh serbuk ketumbar 
1/2 sudu teh serbuk lada hitam 
1/4 sudu teh serbuk kunyit 
1 sudu teh pewarna merah 

Homemade yoghurt 😁

Cara-cara 
1.Satukan Bahan B hingga sebati dan lumur pada keseluruhan ayam termasuk bahagian yang dikelar (dalam kelaran). Perap seketika. 
2. Dalam bekas lain, campurkan semua, Bahan C hingga sebati. Jangan tambah sebarang air ye.

3. Lumur campuran Bahan C pada ayam sehingga habis. 
4. Masukkan 2 sudu minyak masak dan gaul rata. 
5. Perap ayam sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dibakar. 

6. Bakar pada suhu 230°C selama 25-30 minit (ikut oven masing-masing) 
#Ummi bakar dalam air-fryer pada suhu 200°C selama 30 minit. Selepas 15 minit pertama, kalih ayam dan sambung bakar. 

Untuk tips membakar rujuk SINI

Ayam Tandoori ni Ummi regukan dengan roti paratha jenama Kraft. Pertama kali beli jenama ni, sedaplah! 

Untuk kuah, ada lebihan lauk asam pedas ikan kacang siang tadi, onz je. Pernah nampak Nabil makan roti canai dengan asam pedas dalam satu rancangan di TV. Jadi, Ummi pun tirulah :D 

Ada lebih, rezeki Walid-lah, bawak ke ofis. 

Selamat mencuba! 





Thursday 15 October 2020

Lepas satu, satu...

Credit: source. 

King, kereta Walid berasap minggu lepas. Katanya masa tengah tunggu traffic light bertukar hijau, nampak asap. Member ingat ekzos kereta depan. Tak sedar kereta sendiri berasap 🙄. Tapi alhamdulillah sempat sampai ke rumah dengan selamat :) Rupanya air kering. Ada leaking somewhere in the engine. Sementara nak tunggu weekend, nak bawa ke workshop Ummilah jadi driver Walid, hantar dan jemput di LRT. 

Walid belanja chapati, upah jadi driver dia haha... 

Rupanya ada leak di radiator. Terbang jugalah ratus-ratus huhu... 

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari... Isnin lepas, elok je belok keluar ke exit Terminal Putra, kata Walid terasa macam bunyi angin keluar di tayar. Sebab nak cepat kejar train, tak check pula katanya apa yang terjadi. Balik kerja, kereta masih OK. Alhamdulillah sampai juga ke rumah dengan selamat. Bila checked, tu dia... 

Terpacak besi apatah dekat tayar tu. Nak tampal tak boleh sebab besar dan dalam tusukan besi tu, nak tak nak terpaksa ganti dengan tayar baru. 💸💸💸 lagi :( 

Apa nak buat, duit dalam poket tu milik orang lain. Allah dah aturkan gitu. Anggap saja ini ujian. Tak besar mana pun jika nak dibandingkan dengan orang lain. Ada yang hilang kerja, diuji sakit, tak cukup makan pakai dsbnya... 

Wednesday 14 October 2020

Sebelum PKPB...

Bermula tengah malam tadi, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB/CMCO) telah berkuatkuasa di seluruh negeri Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya sehinnga 27 Oktober 2020.


Selain secara tak sengaja PANIK, ada beberapa urusan lain yang sempat kami selesaikan semalam.

First thing first, pulangkan buku di PPAS Gombak. Sekarang Ummi dah jadi ahli PPAS, jadi selalulah pinjam buku. Maksima 10 buah buku setiap kali pinjam. Tempoh pinjaman 3 minggu. Sepatutnya tarikh pemulangan 18/10 tapi disebabkan PKPB, khuatir library tutup baik pulangkan dulu. Manalah tahu PKPB ni extend lagi. Nanti-nanti boleh pinjam semula.


Lepas balik sekolah pula, singgah makan di kedai. Abanglah asyik dok mengungkit dah lama tak makan di luar. Last week Angah dengan Adik ikut kami berdua minum petang di Syed Nabi, Abang tidur. Jadi semalam lunch di luar. Hari-hari makan masakan Ummi dan Ibu (Makcik Kantin) sesekali belanja makan di luar, nampak benar berselera hihi...  




Walid pun Maghrib semalam kemain semangat nak ke surau. Yelah, lepas ni dah tak boleh ke surau dan masjid untuk sementara waktu. Dihadkan untuk 6 orang sahaja setiap kali solat. 

Moga keadaan kembali terkawal. 

Tuesday 13 October 2020

PKPB bukan PKPD

Bangun dari afternoon nap semalam Ummi tengok banyak betul message di phone. Di WhatsApp group geng mak-mak riuh-rendah bersembang, sekolah tutup katanya. Ooo... Selangor, KL & Putrajaya kena lock down... 

Credit: Source. 

Dalam kepala terus terbayang kawad berduri, polis, askar berkawal, ada road block kat traffic light depan tu. Sempat juga berangan dapat bakul makanan (bantuan makanan) seperti di beberapa kawasan di Sabah.

Usai solat Asar, Ummi terus ke dapur. Masak nasi dan bakar ikan. Mujur pembantu-pembantu Ummi; Rice Cooker & Air Fryer tu cekap. Ummi tekan-tekan je, boleh tinggal pi kedai 😜

Dalam kepala ni tengah buat grocery list yang perlu di stock up. Texted Walid, minta izin nak ke kedai. Sampai di Speedmart, parking full. Jiran Ummi, Sya lagi awal sampai hihi... Pusing-pusing ada parking depan Freshmart. Bolehlah...

Takdelah beli apa sangat; gula, susu, Milo, tepung, sardin dan biskut je... Sebab fikirkan anak-anak kalau tak sekolah asyik nak mengunyah je... Nampak kek pisang, capai terus masuk bakul. Tiba-tiba dengar " Along, Along ambik kek pisang ni ke? Along nak makan ye? Allah! Ummi tersalah bakul rupanya 😂😂😂

Nampak macam panik betul Ummi ni kan? Tapi rasanya Ummi ni mamai haha... Sebab bila balik rumah, Ummi scroll balik info baru perasan... Rupanya PKPB, bukan PKPD 🤦‍♀️ Itulah Ummi, tidoq lagi lepas Asar!

Credit: Source. 

Walau apapun situasinya Ummi doakan kita semua sentiasa dilindungi dari wabak ini dan sentiasa diberi kemudahan dalam setiap urusan. Pastinya ramai yang akan terjejas sama ada PKPB atau PKPD. الله يسحل.

Credit: Source.