Showing posts with label JJCM. Show all posts
Showing posts with label JJCM. Show all posts

Saturday, 25 July 2026

Breakfast @ Restoran Tuu Dok Ko, Batu Caves

Pagi tadi breakfast di Restoran Tuu Dok Ko untuk ke sekian kalinya. Suka makan di sini. Selain makanan sedap dan service pantas, ada pelbagai pilihan makanan. Ada goreng² (masakan panas), masakan bersup (bihun, kue tiew, mee etc), laksam, nasi ayam dan semestinya nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu dan roti canai Melayu. Awal² pagi semua makanan ni dah ada, itu yang best tu. 

Kami order roti canai sorang satu. 
Roti lembut, kuah pun sedap.
Saiz rotinya tidaklah besar jadi masih ada ruang untuk makanan Iebih berat seperti nasi lemak 👇🏻

Ummi makan nasi lemak telur mata, Walid nasi lemak gulai ayam. 

Mee goreng pilihan Adik. 
Ummi yang kecur tengok mee goreng panas² ni. Memang sedap, mewah dengan sayur dan rencah; udang, fish balls, fish cake. Adik makan sikit je sebab banyak sayur. Rezeki Ummi Walid le hehe ... Dia nak roti canai pulak. Layan... 

Suasana dalam restoran agak padat, penuh dengan pelanggan. Tapi order makanan semua sampai cepat. Memang cekap para pekerja restoran ni. 

Walid sila bayar 😁




Friday, 24 July 2026

Catatan 9 Safar 1448H

Muka banyak senyum, dapat air Tealive idaman hati. 

Kasut Ummi tu dia pakai... 
Kisahnya dia pakai sandal ke sekolah. Half way baru perasan. Mujur ada sport shoes Kakak dalam kereta Walid tu, pakai aje la walaupun besar. Syukur cikgu pun tak perasan 😁
Masa nak ke Tealive ni dia tukar, pakai kasut Ummi pula. Besar memang besar tapi dia kata better than pakai kasut sukan Kakak tu. 

Kemudian kami ke satu kedai nasi beriani ni. Tapau lunch. Adik order nasi beriani ayam masak merah. Ummi pula nasi beriani ayam goreng berempah. 

Puashati dengan ayam masak merah ni...

Tapi sedih tengok ayam goreng berempah ni :( 
Tak memenuhi jangkaan dan presentation pun failed. Mujur ada rasa. 

Adik ubatkan kecewa Ummi dengan bawak balik hadiah lagi, alhamdulillah. Kali ni dia dapat tempat ketiga kuiz Bahasa Arab sempena Minggu Bahasa Arab. Tahniah Adik  👏🏻

Si Abang outing ke pantai lagi. 
Makan kepok lekor kali ni 😋

Bubur Caca.
Favorite arwah Tok Wan ni. Arwah Tok buat sendiri je 'caca' tu, bancuh tepung kemudian lenyekkan di atas penapis jarang (lubang pada penapis tu besar²). Tepung yang dilenyek akan jatuh ke dalam besen berisi air. Sama macam buat homemade cendol. Bubur caca Tok takdelah berwarna warni tapi tetap sedap di tekak kami. Airtangan ibu kan, mestilah the best in the world :D 

Sunday, 12 July 2026

Early Dinner @ Nas Bistro

Usai membeli barang keperluan dan print tugasan anak³, kami singgah di Nas Bistro. Alang² dah lewat petang, terus dinner aje. 

Menu baru; Ayam Penyek Classic pilihan Angah. Sedaplah 👍🏻
Sambal hijau tu pedas, tapi buat kita nak menambah² makannya. Sambal merah ni masam² sikit, rasa tomato barangkali. Diberi juga sup kosong semangkuk. Satu set ni harganya RM12.90. Berbaloi dari segi rasa dan porsinya. 

Walid order rojak. 
Sedap dan porsinya juga besar. Mengenyangkan 👍🏻
Ummi order nasi goreng kampung tapi minta bungkus je. Masih kenyang. 
Anak dara berdua macam biasa megi. Sorang megi sup, sorang megi goreng. 

Perasan tak bibir Angah tu? Bengkak macam kena gigit serangga. Tapi dia kata takde pulak kena gigit dengan apa² serangga. Bangun tidur petang tu tengok dah jadi gitu. Risau juga sebab pagi dia keluar dengan kawan, main bola dekat padang. Kot la tersengat dengan lebah ke... Sebab dia kata tak sakit, biarkan dulu. 

Tapi, malam tu Ummi perasan dagu pun bengkak. Macam orang buat plastic surgery tak jadi dah Ummi tengok, pelik jadinya muka Angah. Apalagi bergegas ke klinik la dalam pukul 11 malam tu. Doc kata most probably allergy. Dapatlah ubat 2 jenis. Alhamdulillah semalam balik asrama dagu dah okay, dah surut bengkaknya. Bibir masih bengkak tapi dah tak ketara bengkaknya alhamdulillah. Sepanjang pengetahuan Ummi Angah ni takde alergik tapi tak tahulah kalau ada benda pelik yang dia makan masa keluar tu. Tapi itulah dia cuma makan roti canai dan kopi ais. 

Lepas ni kena lebih hati² la Angah ye. Kadang persekitaran pun boleh jadi penyebab. 


Saturday, 11 July 2026

Breakfast Roti Puri

Mulanya rasa nak makan roti bakar, tapi terpandang pamphlet atas meja ada pelbagai roti yang boleh di-order antaranya roti puri. 
Jom la order 1 set... 

Ada 2 biji roti puri setiap set. 
Kuah ada 3 jenis; kari, dhal dan potato chutney

Walid order mee goreng telur mata.
Sedap, tapi Ummi lagi suka mee goreng kedai satu lagi.

Lembut dan gebu roti puri ni. Sedap alhamdulillah. Ini pertama kali rasanya Ummi order roti puri di kedai mamak. Lepas ni boleh order lagi. Ringkas tapi mengenyangkan juga.  

Our breakfast port this morning.
Untuk anak², beli ayam goreng untuk diregukan dengan nasi goreng yang Ummi dah masak di rumah. Depa nak golek² atas katil di hari minggu. Kasi can Ummi Walid dating di hari minggu gitewww 😉




Sunday, 14 June 2026

Lunch @ Taj Hadramawt Express, Sri Gombak

Hari tu makan berdua dengan Walid. Masa birthday Ummi kot. Kali ni bawa anak⁴ makan bersama, sempena birthday Adik dan meraikan Abang yang nak sambung belajar. 

Sentiasa berkasih sayang dan saling menjaga ye anak⁴ ❤️

Menu kami hari tu...

Chicken Mandy 

Lamb Maghdoub 

Dua² ni sedap. Tak tau nak pilih yang mana lebih sedap sebab kami suka dua² nasi ni. Daging kambing dan ayam ni pun dimasak sempurna. 

Dihidangkan bersama air asam dan kuah kari sayur. Air asam je la Ummi panggil. Lupa dah nama dalam menu tu. Resit pun dah buang 😅
Air kami pilih Adani tea dan air mineral. 

Adik nak puding karamel.
Just nice manis dia tu

Angah nak kunafa.
Sedaplah bagi Ummi kunafa ni.

Jumlah keseluruhan dalam RM200 tapi dapat diskaun. Walid bayar dalam RM185. 
Alhamdulillah terima kasih banyak Walid belanja 😘
Semoga lancar, mewah dan berkat rezeki kita selalu 🤲🏻 

Thursday, 4 June 2026

Ahmad's Fried Chicken Sri Gombak

Balik dari BSP, singgah Ahmad's Fried Chicken Sri Gombak. Buka early this year, rasanya. Ummi ada ambil gambar iklan depa nak cari staff masa tu. Bagi info dekat Abang, kot dia nak cari kerja part-time. 

Pertama kali masuk sini. 
Lengang, takde customer
Kedai selesa juga.  
Ada pilihanlah untuk warga SG nak makan ringan² sambil lepak²/hang out

Beli ayam sorang seketul. 
Yang spicy tu sedap. Kalau ori, Ummi lagi suka ayam Muiz. Cheesy wedges Ahmad's ni sedap 👍🏻 
Dua menu ni je kami try. Ini pun take away je. Ikutkan kenyang makan 2 kenduri hari ni, tapi sebab dah janji dengan anak⁴, proceed je beli. 

Ahmad's Fried Chicken Sri Gombak 
G-103A, Jalan Prima SG 3/2
Prima Seri Gombak
68100 Batu Caves, Selangor. 
Waktu operasi: 10 pg - 12 mlm

 Malam tu makan aiskrim sambil layan Hantu Kak Limah Balik Rumah. 

Alhamdulillah, it was a perfect day 🥰



Sunday, 24 May 2026

Dinner @ Nasi Kandar Beratur 786, Seberang Jaya

Jumaat malam, bersiaran dari Pulau Mutiara. Sampai sana 9.30 malam. Terus ke kedai nasi kandar favorite, Nasi Kandar Beratur 786, area Seberang Jaya. 

Lukisan/gambar menghiasi di dinding restoran. 

Bukan tipikal kedai mamak. Most of the workers are Malays. Sebab tu kami panggil nasi kandar Melayu :D Dan taste wise pun, nasi kandaq Penang ni tak sama dengan nasi kandar di KL/Klang Valley. 

Pilihan tekak masing². 
Portion nasi 1 mangkuk kecil, just nice. Tak terlalu kenyang apatah lagi sengkak. 

Daging Denggi takpe, jangan demam denggi sudah :p

Harga makanan. 
Kakak kata, lega Kakak tengok ada harga gini. Taklah terkejut kena charge mahal..
Kesnya dia  ambil lauk sotong, dekat satu kedai mamak di SG tu, tau² harga RM30 sekoq.  Sampai sekarang trauma 😆

Kedai tutup pukul 12 mlm. 


Tq Walid for the treat 😘

 




Sunday, 17 May 2026

Minum Petang @ Nas Bistro, Sri Gombak

Tujuannya nak keringkan baju, tapi satu rumah ikut 😁
Bila dah ikut, tak kan nak tunggu dalam kereta je kan... Jom la ngeteh...

Kelmarin kot nampak blogger Atif post pasal makan tosei. Kemudian ada sorang lagi blogger makan tosei juga (Mama Tisya ke?, maaf lupa) makan tosei jadi Ummi pun teringinlah juga ... Hebat betul pengaruh rakan se-blogger ni :D 

Walid order roti naan of your business :p 

Menu tetap Adik, megi goreng telur dadar. 

Abang makan mee goreng mamak. Terpaling sedap antara semua menu. 

Ingatkan malam tu pakat tak nak makan nasi dah, tidak ye...

Ummo goreng ayam, goreng kacang buncis + hati dan panaskan sambal tumis nasi lemak. 

Telur dadar Abang goreng, gebu dan sedap . Good job Abang 👍🏻
Boleh je nak masak simple² gini, tapi jenis nak kena bersuruh baru nak buat. Ummi ni pulak tak sabar nak pass senduk dah, dah penat hari² masak. Penat fikir menu 😅
Sekali sekala makan makanan orang lain masak, sedap pulak rasanya. 



Saturday, 9 May 2026

Layan Oden di Kala Hujan Mencurah²


Cerita Jumaat kelmarin...
Dropped off Abang Angah di masjid untuk solat Jumaat. Malas nak balik rumah sebab hujan lebat. Kalau balik kena keluar semula, terpaksa hadap traffic jam lagi. Solusi mudah, tunggu saja depa selesai solat Jumaat sementelah hanya ±½ jam saja lagi solat Jumaat selesai. 

Port selesa, You Mart & Coffee.  

Tanpa megi, harganya RM8.90. Ummi minta megi, bayar extra RM1.90/sekeping (tak sure apa penjodoh bilangannya 🙏🏻)

Ouch, so hot
Adik cuti, sekolah jadi tuan rumah KAMIL Zon. Kelas, dewan, surau jadi tempat pertandingan dan persiapannya sedari Jumaat. 

Adik nak ramen. Cheese slice RM1/sekeping. Konsep macam FM tu la, nak add on apa² add la duit sekali. Gitewww :D 

Belum habis menikmati makanan kegemaran Gen Z ni, Angah call. Dah habis solat katanya. 

Hujan tak berhenti² sampai ke petang... 

Rajinkan diri buat cucur sayur lawan dengan teh o panas. Nikmatnya alhamdulillah. 

Cucur sayur; satukan hirisan bawang merah & cili merah, daun bayam, garam, serbuk kunyit sikit untuk warna dan tepung gandum sikit, beserta air peti ais. Tepung dan air sekadar untuk lekatkan semua bahan. Nak rangup, tambah sikit tepung jagung. Tepung beras pun boleh, tapi keras sikit. 

# Hujan berterusan hingga ke malam.