Dari Mehans Enterprise kami melintasi Dataran Sayong menuju kembali ke Jambatan Sultan Abdul Jalil untuk ke Bukit Chandan, menziarahi Masjid Ubudiah.
Rupanya ada pelbagai tarikan lain lagi di Bukit Chandan ni. Nak tahu? Jom ikuti perjalanan kami...
1. Masjid Ubudiah
Masjid Ubudiah... Akhirnya sampai juga kami ke masjid yang tersohor ini.
Subhanallah Masha Allah, Tabarakallah... I was mesmerised with the design, structure and how magnificent the mosque is. Sebelum ni hanya tengok gambar. Tapi bila berdiri di hadapan masjid ni, الله اکبر terpesona sungguh!
Dari segi saiz, tidaklah besar sangat pada pandangan Ummi. Tapi, pesonanya sangar memukau. Fakta sejarah yang dipaparkan di sini menambah 'gah' pada masjid istimewa ini.
Terdapat makam diraja bersebelahan masjid. Di hadapan masjid pula berdiri megah Maahad Idrisiah, sekolah agama terkenal di Negeri Perak.
Rumah lama ni yang terletak dalam compound masjid turut menarik perhatian Ummi...
Perjalanan kami teruskan... Dari atas bukit, di sebelah kiri nampak Sungai Perak terbentang indah. Di seberang sana, kelihatan Dataran Sayong dan Jambatan Sultan Abdul Jalil yang baru sebentar tadi kami lalui.
Suka sangat dengan gambar ni 😍
Manakala di sebelah kanan pula, kami ternampak bangunan indah yang dipagari tembok batu. Rupanya itulah Istana Iskandariah yang tersergam indah.
Dapat bergambar di pintu istana pun jadilah :)
3. Istana Kenangan (Muzium DiRaja Perak)
Teruskan lagi perjalanan... Laluan sehala rupanya... Rezeki kami, rupanya tak jauh dari situ letaknya Istana Kenangan, yang terkenal dengan keindahan rekabentuk dan keunikannya yang tidak menggunakan walau sebatang paku pun dalam binaannya. Memang ada dalam wish list Ummi untuk melawat istana ni yang juga dikenali sebagai Muzium DiRaja Perak.
Mengikut catatan sejarah, istana ini adalah tempat bersemayam sementara DYMM Sultan Iskandar Shah sementara menunggu Istana Iskandariah disiapkan pembinaannya.
Anyaman kelarai yang sentiasa menarik perhatian Ummi.
Sudut pameran di bawah rumah... Bahagian atas tidak ditutup untuk lawatan semasa tempoh PKPP.
Pejabat muzium. Mungkin bekas rumah pekerja istana dahulu...
Landskap yang menarik dan terjaga.
Jangan lupa menerokai keindahan masjid & istana di Bukit Chandan Kuala Kangsar ni. Pemandangan yang indah di atas bukit sangat mendamaikan.
Seronok lawat banyak bangunan bersejarah.
ReplyDeleteBestnya berpeluang melawat tempat-tempat begini 😊
ReplyDeleteAnak kakmim yg sulung suka tmpt2 bersejarah mcm ni.. tu yg teringin nk ke sini
ReplyDeletemari gabung bersama kami di Aj0QQ*com x-)
ReplyDeleteBONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
BONUS REFERAL 20% seumur hidup. ;-)