Thursday 30 January 2020

Kuih Bulan dah sampai!


After a few delay, finally sampai juga moon cakes yang Ummi order :) 

Cantik packagingnya. Ada peluang untuk dikomersilkan. 

Hari tu kan Ummi order semua perisa sebab nak try. So far, perisa yang Ummi suka is pandan salted egg. Dah lama Ummi teringin nak rasa what is the taste of salted egg in a kuih. Selalu makan telur asin rebus, makan dengan nasi kerabu etc. Sedap pula bila diadun dan dijadikan inti kuih bulan. Bagi Siti, the seller pula dia suka inti durian. Taste masing-masingkan.

My favourite; 

Satu Ummi bagi jiran, lagi satu belum buka :) Macam biasalah, Ummi order, Ummilah kena habiskan. Depa kat rumah ni jangan kata nak makan, rasa pun takmau!

Top left; kacang merah, durian
Bawah; pandan salted egg 

Sedap ke? Sedap, sebab baker ni memang pakar buat kek. Patutlah Toktam tempah 5-6 biji kek pelbagai perisa untuk majlis aqiqah cucunya tempohari.
[Baca sini: Majlis Aqiqah Sumayya

Dari segi rasa, Ummi pun tak tau nak describe macamana hehe... Macam pastry juga kot. Kalau intinya sedap, sedaplah kan? Lepas tu, kalau dilihat pada teksturnya, inti kuih bulan ni lebih tebal dari keknya (bahagian luar) jadi rasa inti lebih dominan dari rasa kek yang membalutnya. Kalau kita makan kuih pau, kuihnya lebih tebal dari intikan? Yang ini, inti lebih tebal dari kuihnya.

Kalau ada yang teringin nak rasa tu, bolehlah order. Sambutan hangat juga kata Siti. Ramai rupanya yang berminat nak merasa kuih bulan ni. Macam Ummi, dah rasa ok, done. Wish list, ticked. Next, please haha...



Tuesday 28 January 2020

Dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali...


Lembaran ke-26, Bab 1, Hikayat 2020 (Ahad) / 1 Jamadil Akhir 1441H


Pagi tu arwah keluar rumah seperti biasa. Kali ini destinasinya ke Gong Badak, Terengganu. Menjadi rutin arwah sebagai Regional Manager bagi Kelantan, Terengganu & Perak untuk berulang-alik di ketiga-tiga negeri ini. Biasanya selang 2 minggu sekali arwah akan keluar samada ke Kelantan atau Terengganu selain tugasan harian di Perak. Adakalanya arwah memandu kereta, tapi kebanyakan masanya beliau akan menunggang motorsikal kesayangannya, Si Tiger. Jika diimbas kembali, arwah memang banyak menghabiskan masa di atas jalan, sedari muda arwah suka mengembara.

Si Tiger, peneman setia arwah.
Moga kau jadi saksi arwah terkorban dalam musafir untuk menyara keluarga. 

Dikhabarkan sekitar jam 10 pagi arwah memintas  sebuah konvoi 4 kereta yang dalam perjalanan untuk ke sebuah majlis perkahwinan. Ditakdirkan, sejam kemudian rombongan inilah yang menemui arwah terbaring tidak bergerak di atas jalan, dihempap Si Tiger. Bagaimana, bila ianya terjadi, hanya Dia yang Maha Mengetahui.


Terima kasih dik, kerana post yang viral ni kami dapat gambaran kejadian, dapat lihat apa yang terjadi kepada arwah. Ianya membuatkan kami percaya bahawa arwah telah ditimpa musibah, telah dijemput kembali kepada Pencipta-Nya. Kerana post ini juga berita kematian arwah diketahui oleh rakan taulan, sahabat handai jauh dan dekat. Moga Allah membalas jasa adik sekeluarga. Begitu juga kepada geng motor dari Kelantan yang kebetulan lalu dan menemani arwah sehingga pihak berkuasa dan pasukan perubatan tiba. Moga kebaikan hati kalian akan menyelamatkan kalian dari musibah seperti yang dialami arwah.

Jauh di tengah hutan Hulu Terengganu ajal arwah. 

 Terima kasih Insp Syukri dari Balai Polis Hulu Terengganu yang menguruskan kes serta Dr Hafifi dari Hospital Besar Hulu Terengganu yang mengendalikan post mortem untuk arwah. Terima kasih kepada keduanya kerana membenarkan mayat arwah dituntut oleh rakan sekerjanya dan memahami  bahawa jarak perjalanan yang jauh dari Ipoh ke Hulu Terengganu akan melambatkan urusan akhir arwah. Terima kasih Suzy, rakan sekerja arwah yang sanggup menggalas amanah sebagai wakil keluarga dalam membuat pengecaman jenazah, menuntut jenazah dan menguruskan segala urusan berkaitan kes arwah di tempat kejadian. Pastinya ia menuntut komitmen dan kekuatan yang besar. Juga kerana kesanggupan Suzy dan kawan-kawan mengiringi van jenazah dari Hulu Terengganu ke Ipoh sebagai syarat pelepasan jenazah. Pastinya perjalanan dari jam 9.00 malam hingga 5.00 pagi tersebut adalah perjalanan yang panjang, sarat dengan emosi. Jazakallahu khairal jazak.


Semalam, sekitar jam 10 pagi telah sempurna urusan akhir arwah. Selamat disemadikan di sebuah tanah perkuburan di Lahat. Melihat kehadiran ramai sahabat handai dan rakan taulan, tahulah kami arwah sangat disenangi dan disayangi ramai. Terima kasih Sdr Wazi Abdul Hamid, lagenda motor negara yang sudi hadir ke perkuburan, rakan-rakan dari Perak Bikers Club, rakan-rakan alumni SMS Sultan Muhammad Jiwa, alumni UiTM, bekas rakan sekerja, rakan-rakan sekerja dan kakitangan Marry Brown juga saudara mara jauh dan dekat. Terima kasih kerana berkongsi kesedihan. 

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. 

Khusus untuk kakitangan Marry Brown, terima kasih atas kasih sayang yang ditunjukkan. Terima kasih kerana menguruskan jenazah dari awal hingga akhir. Thank you so much Pn Halina & team. Khas untuk Ku dan isteri, Diana jasa kalian akan kami kenang selamanya. Terima kasih kerana bertindak sebagai pendamping, peneman setia kepada balu arwah. Terima kasih Ku kerana menjadi sebagai perantara antara keluarga, pihak berkuasa dan pihak Marry Brown. Dari arwah hidup hingga arwah tiada, Ku setia sebagai orang kanan arwah. Terima kasih.

Terima kasih Pit, rakan sekerja arwah sewaktu di Cinta Sayang dan kemudian bersama di Marry Brown. Susuk tenang ini nampak sangat sedih, berdiri setia di tepi perbaringan arwah. Saat beliau mengucup pipi arwah, mengalir air mata ini. Bertuah arwah memiliki sahabat sesetia ini. Terima kasih kerana menemani anak-anak arwah di dalam van jenazah, saat arwah dibawa ke kubur. Terima kasih segalanya. Jazakallahu khairal jazak.

Akhirnya, buat saudara mara jauh dekat. Kalian telah memaknai sebuah ikatan yang dinamakan sebuah keluarga. Walau kita jauh dari segi jarak dan suasana, saat hiba begini kita kongsi bersama. Kehadiran dan sokongan kalian meringankan beban kami. Terima kasih kepada saudara mara, sahabat-sahabat yang bertanya khabar, mengutus takziah dan doa. Kami amat menghargainya.

Syukur ya Allah, atas segala kemudahan yang diberikan dari awal hingga akhir urusan. Cantik aturan-Mu. Arwah dijemput pulang pada hari Ahad (cuti hujung minggu) yang bersambung pula dengan cuti umum Tahun Baru Cina (Isnin) memudahkan urusan semua. Yang dalam perjalanan dari kampung di Kedah dapat singgah menziarahi arwah. Yang tinggal di Lembah Klang juga ada cukup masa untuk turun ke Ipoh. Semasa hidup, arwah sentiasa memudahkan urusan orang. Alhamdulillah hari akhirnya dipermudahkan pula oleh-Nya.

Ya Allah! Berilah kami kekuatan, kesabaran dan kemudahan untuk menghadapi hari-hari mendatang tanpa arwah.

"You look like him. Exactly!" kata rakan arwah.

"Ye, sebab arwah Abang saya"
😭😭😭

Al fatihah untuk arwah Pakcik. 



Wednesday 15 January 2020

Majlis Permuafakatan Ibu Bapa, Guru & Murid T5 & T6


Sabtu, 11 Januari 2020


Tahun ni Majlis Permuafakatan Ibu Bapa, Guru & Murid T5 & T6 (majlis muafakat) ni diadakan pada hari Sabtu. Tahun lepas hari jumaat. Jadi kali ni ramai ibu ayah yang dapat menghadirkan diri alhamdulillah. Banyak input yang dapat diperolehi bila hadir ke majlis sebegini terutamanya bagi kami ibu ayah anak-anak Tahun 6.



Antaranya program-program yang pihak sekolah aturkan untuk anak-anak nak menghadapi UPSR dan PSRA, program tuition percuma tajaan Yayasan Selangor, halatuju anak-anak ke tingkatan 1 dll. 

Halatuju anak-anak selepas UPSR...




Memang sangat bagus program sebegini.

Anak-anak yang dapat 8A dalam UPKK tahun lepas turut diraikan. Untuk Abang, Insha Allah bulan 3 nanti 😉

Tahniah semua 🌹🌹🌹

Moga segala yang dirancang akan berjalan dengan lancar hendaknya. Sekarang pun tuition UPSR dan PSRA anjuran sekolah sudah bermula.. Selain tu sekolah dengan bantuan kewangan dari PIBG sudah pun melanggan akhbar Didik. Alhamdulillah moga segala usaha ni membuahkan hasil yang diharapkan.

Monday 13 January 2020

Restoran Asli Muaalaf, Pontian


Ingat lagi  tak cuti Deepavali tahun lepas kami ke Melakakan? 

Dari Melaka kami terus ke Pontian, ikut Walid ada tugasan luar daerah (outstation). Tiba di Pontian sekitar jam 2.30. Perut memang minta diisi. Jadi terus Walid bawa kami ke satu restoran terkenal di Pontian, Restoran Asli Muaalaf yang terkenal dengan lauk asam pedas.


Lauk pauk hanya dimasak bila ada order. Malah, ikan/seafood yang disediakan juga adalah segar dan pelanggan boleh pilih sendiri. Konsepnya seperti kedai ikan bakar. Bezanya restoran ini beroperasi pada waktu tengahari, dari pukul 11 pagi hingga pukul 3 ptg (lebih kurang).

Waktu tu Pontian sedang dalam mood by-election. Walaupun PRK di Tg Piai tapi jirannya Pontian turut mendapat tempias. Kebanyakan hotel, bank, ibu pejabat parti semuanya berpusat di Pontian. Masuk sahaja ke dalam restoran, kami lihat ada, team biru sedang memenuhi restoran. Dalam ramai-ramai tu ada juga satu meja team merah. Bila makin ramai team biru, maka team merah angkat kaki. 'Tidak lama kemudian, nampaklah 2 orang bekas menteri, orang kuat team biru masuk dan menjamu selera. Suasana' panas' ketika ini kerana hanya beberapa hari lagi adalah hari penamaan calon PRK Tg Piai.

Ummi serahkan kepada Walid untuk order makanan memandangkan Walid dah beberapa kali ke sini bersama rakan-rakan sekerjanya.

Total semua ni RM 88.00. 


Inilah hidangan makan tengahari kami; asam pedas ikan merah, telur dadar, sayur campur dan udang goreng tepung. Alhamdulillah berbaloi simpan perut dari Melaka sebab masakannya sangatlah sedap. Kenyang dan puas hati sangat.

Pilihan ikan/seafood yang ada...

Ini pula lala...

Restoran ini diusahakan oleh seorang saudara baru (muallaf) , bertepatan dengan namanya, Restoran Asli Muaalaf dengan sedikit  perbezaan pada ejaan muallaf. Restoran ni sentiasa menjadi tumpuan disebabkan keenakan masakannya terutamanya asam pedas, memang sedap.


Restoran Asli Muaalaf
No 21G Jalan Delima 1
Pusat Perdagangan Pontian
Pontian, Johor Darul Takzim


Bila perut dah kenyang, barulah suka hati :) baru seronok nak ke Taman Negara Tg Piai
[Baca sini: Tanjung Piai 2.0]

Sunday 12 January 2020

Perbelanjaan Sekolah Sesi 2020


Semalam baru sempat buat 'kunci kira-kira' perbelanjaan sekolah untuk tahun ni. Besar juga belanjanya bila 3 orang anak masuk sekolah. Syukur sebab bukanlah serentak kena keluar duit. Ummi mula siapkan kelengkapan sekolah anak-anak sejak bulan 10 terutamanya untuk Kakak.

Inilah jumlah keseluruhan ketiga-tiga mereka.


Yang sebelah kiri jumlah perbelanjaan kelengkapan sekolah (uniform, buku) manakala yang sebelah kanan yuran sekolah, ikut darjah masing-masing. Perbezaan tidaklah besar kecuali murid tahun 6, ada yuran kelas tambahan anjuran sekolah.

Perbelanjaan Abang paling banyak sebab Ummi langsaikan terus duit yuran tuition anjuran sekolah berjumlah RM40 sebulan (UPSR & PSRA) selama 8 bulan.

Untuk Kakak pula, banyak duit dilaburkan untuk membeli kelengkapan sekolah serba baru. Memang kena beli baru sebab anak perempuan pertama masuk sekolah. Tak boleh nak pakai baju seluar abang-abangnya :) 

Yang paling sedikit perbelanjaannya, buah hati nombor 2.

Bayar yuran sekolah 2/1 tempohari. Tiga orang anak, tiga orang cikgulah Ummi mengadap. Bawa sampul duit, kosong tak berbaki! Tapi alhamdulillah lega bila dapat selesaikan segala yang wajib. Tinggal nak bayar yuran bulanan berjumlah RM75 seorang (makan tengahari, PIBG & keselamatan). Setakat ni kami advance 2 bulan sahaja (Jan & Feb) dulu. Untuk yuran bulanan ni, sekolah minta sekurang-kurangnya parents setelkan untuk bulan January dulu. Nak bayar lebih dialu-alukan, ikut kemampuan masing-masing.

Cantik pula jumlahnya; RM1234

From time to time, akan adalah lagi bayaran itu ini yang perlu dikeluarkan. Abang contohnya ada kem UPSR, langganan Didik dsbnya yang semuanya perlukan duit. Insha Allah akan diusahakan. Moga Allah sentiasa murahkan rezeki untuk kita semua, demi anak-anak.


Untuk anak-anak, belajar rajin-rajin. Part yuran, duit belanja Ummi Walid uruskan. Tugas Abang, Angah & Kakak belajar bersungguh-sungguh, jadi orang yang berguna dan berjaya. Bayar balik pengorbanan Ummi Walid dengan kebaktian dan kejayaan okey?

Thursday 9 January 2020

Nostalgia Buah Keranji


Minggu lepas Ummi ke Pasar Pagi Greenwood, dibuka setiap pagi Ahad berhampiran bus stand Greenwood.
Teruja sungguh Ummi bila terjumpa seorang peniaga yang membawa hasil kampung yang 'rare' antaranya buah keranji, ubi keling dan kulit lembu. Sangka Ummi beliau orang sekampung dengan Ummi, rupanya beliau dari Pahang. Patutlah ikan patin sungai pun ada..

Buah keranji; besar dan kecil 

Ini pula ubi keling dan cendawan sisir, juga punya nostalgia tersendiri dalam hidup Ummi. 

Yang hujung dalam bekas biru tu kulit lembu yang sudah dibersihkan. Ummi belum pernah makan kulit lembu. Biasa orang masak apa ye kulit lembu? 


Buah keranji popular kerana disebut dalam pantun Melayu yang berbunyi seperti berikut tapi ramai yang tak kenal buah ni kan? 



Sorong papan tarik papan

Buah keranji dalam perahu
Suruh makan saya makan
Suruh mengaji saya tak tahu

Dah lama sangat Ummi tak jumpa buah ni. Sekali sekala balik ke Baling adalah juga ternampak di Pekan Ahad, pekan sehari di Baling. Tapi itulah, nak balik ke Baling tu dah jarang sangat sementelah Tok pun duduk dengan kami.

Buah keranji ni pernah jadi buah favourite Ummi sewaktu zaman kanak-kanak dulu. Waktu tu buah-buahan hutan atau buah-buahan kampung sahaja yang mampu dijamah. Kebanyakannya dipetik di sekeliling kampung seperti jambu batu, jambu air, buah kerian, buah asam jawa, buah macang, semuanya jadi kudapan kami anak-anak kampung. Paling mewah bila tiba musim durian, rambutan, langsat, manggis... Berkampung atas pokoklah kami 'D

Buah keranji pula selalunya dibawa balik dari hutan belantara oleh arwah Pak Teh. Beliau gemar berburu di hutan. Selain daging rusa, kijang, kancil, landak hasil hutan seperti petai, buah keranji dsbnya juga dibawa balik. Setiap kali Pak Teh dan rakan-rakannya balik dari berburu kami akan berkumpul di rumahnya untuk sama-sama menikmati hasil hutan tersebut. Kebiasaannya sebahagian dari hasil tersebut akan dijual, selebihnya akan dijamu kepada orang kampung. Penduduk kampung akan bergotong-royong memasak di sebelah petang biasanya. Di sebelah malam, kami akan beramai-ramai bergerak ke rumah Pak Teh. Masing-masing memegang lampu suluh atau pelita minyak di tangan. Zaman tu kemudahan elektrik masih belum ada di kampung kami.

Seingat Ummi buah keranji dijual semurah 50 sen secupak. Dibungkus dalam surat khabar seperti kacang putih. Kami anak-anak akan berebut-rebut membeli buah keranji dan kemudian akan makan bersama-sama. 

Aduh, rindu Ummi pada kenangan zaman silam.

Wednesday 8 January 2020

Halal Mooncakes


Ada tak kat sini yang teringin nak merasa kuih bulan macam Ummi? Ummi ni dah lama teringin nak makan kuih bulan (mooncake) sebenarnya. Bukanlah nak makan sangat tapi nak rasa. 



Alhamdulillah sekarang dah ada usahawan Muslim yang mengusahakan perniagaan kuih bulan. Dapatlah cater demand from Muslim customers. Last year kalau tak silap Ummi, akhbar The Star featured a story about a Muslim lady in ipoh yang mengambil tempahan kuih bulan ni. Katanya sambutan sangat menggalakkan dari Muslim customers. Tapi Ummi tak order sebab fikirkan jauh. Lagipun tak ada contact number that lady.

Finally my craving for moon cakes will be satisfied soon. Muncul seorang lagi usahawan Muslim yang buat mooncakes. Tak jauh pun, dekat area Sungai Buloh je. Boleh delivery, boleh juga kalau nak diposkan. Poslaju kan ada :) 


Look at my 'ketamakan'... 
Semua flavours Ummi order sebab nak rasa.
Siti... Kakngah nak order all flavours, yang bulat-bulat tu 😆😆😆

Kalau yang berminat nak dijadikan gift kepada clients pun good idea juga kan? Selalu bagi limau, this year kita 'up' sikit.

Kuih loyang, kuih tradisional kita pun ada juga. Suka tengok anak muda yang tak lupa jati diri macam ni. Yes, penjual moon cake ni muda lagj orangnya. Buat hantaran boleh, buat pelamin boleh, gubah bunga boleh, buat kuih boleh. Serba boleh orang kata.


Jom order!

Tuesday 7 January 2020

Restoran Syed Nabi, Prima Sri Gombak


Di Sri Gombak ni restoran apa yang tak ada? Semua ada tau; restoran melayu, restoran mamak, fast food chains dsbnya semua ada. Yang mungkin tak ada, duit je huhu....

OK, petang tahun baru tu saja keluar ke Sri Gombak. Pergi stationery shop, pergi kedai kasut itu je. Tok nak beli sandal baru. Then, Walid ajak makan chapati. Kalau nak makan chapati, silalah ke Restoran Syed Nabi (RSN) ni. Sebelah je dengan Family Mart yang sentiasa sesak dengan pelanggan tu.


Manalah kenyang makan chapati kan? Ummi order nasi terus haha... Saja nak try nasi bajet kat sini. Kalau 'menu goreng-goreng' tu sedap juga tapi nasi putih Ummi belum pernah cuba. Kalau dekat Ameena Bee tu sedap nasi bajetnya. Ummi ni suka je nasi bajet sebab murah. Bayar RM5 dapat nasi, lauk, sayur & air. Sekali sekala bila malas masak tu Ummi layan juga esp bila berdua dengan Adik je.


Set nasi bajet; nasi putih, ayam goreng & sayur harganya RM5.00. Kalau lauk ikan harganya RM 5.50. Dapat air sirap percuma.
Sedap? Bolehlah... Tapi dari segi portion, memang kenyang or maybe sengkak kot nak habiskan nasi tu. Nasi Ummi tak habis pun.

Menu goreng-goreng

Tok order nasi goreng ikan masin, share dengan Angah. Kakak dengan Adik pula kongsi mee goreng.

Chapati Walid order tu Ummi tak pastilah sedap ke tidak. Ummi kusyuk layan nasi bajet, bila toleh ke Walid chapatinya dah 'yillek' 😂😂😂 
Sedaplah tu kan?

Berapa harga Ummi pun lupa nak tanya Walid. Yang Ummi tau, Tok bagi duit suruh bayar :D

Itulah kisahnya, asalnya nak minum petang je, terus early dinner.

Friday 3 January 2020

Day 1 OK, Day 2 KO 😂



Semalam bermula sesi persekolahan bagi tahun 2020. Ada gimik ke di sekolah anak-anak sempena tahun baru? Sekolah SRAI macam biasa je. Cuma ada surprise untuk murid-murid yang datang awal. Sekolah sediakan 100 set stationery untuk murid-murid. Alhamdulillah depa bertiga dapatlah sorang satu. Belum pukul 7 dah sampai sekolah semalam. Rezeki awal pagi :)


Alhamdulillah syukur Abang ditempatkan di kelas pertama. Untuk Tahun 6 kedudukan kelas berdasarkan keputusan PAT lepas. Moga Abang lebih semangat belajar dan fokus. Rakan-rakan sekelas tahun ni semuanya hebat-hebat belaka. 
Tahun ni murid lelaki diwajibkan pakai tali leher.
Segak juga nampaknya :) 

Angah pula naik Tahun 3. Semalam balik monyok. Pagi tadi baru buka cerita... Salah seorang kawan rapat dia dah tukar sekolah. "Aqil pindah sekolah tak cakap pun dengan Angah" katanya sedih. Katanya dia cari nama Aqil di setiap kelas tapi takde, maknanya dah tukar sekolahlah tu. Takpe Angah, ramai lagi kawan Angah kan? Alhamdulillah balik tadi nampak ceria je.

Lain pula dengan Kakak...
Semalam ceria gembira dia di sekolah. First day semangat berkobar-kobar; orang pertama sampai di kelas, orang pertama juga dalam barisan kelasnya time perhimpunan. All went well for day one alhamdulillah.


Masuk hari kedua ada drama 😅 Pagi ni Walid je hantar depa ke sekolah, temankan depa sarapan semua. Lepas makan tu katanya Kakak muntah. Tapi Walid tinggalkan je sebab Kakak ni jenis tak makan heavy food di awal pagi. Kalau makan dia akan muntah.

Ceria je kan? 

Dalam 7.30 Abang call bagitau Kakak demam. Terkejut juga Ummi tapi Ummi dah agak. Kakak buat perangai ni :) dia kalau nervous or susah hati dia akan menangis dan muntah. Ummi suruh masuk kelas je. Dalam pukul 8.15 cikgu kelas telefon pula. Katanya Balqis tak sihat, ada di bilik rawatan.

Ummi pergi tengok OK je. Tak demam pun tapi menangis taknak masuk kelas. Dia nak Ummi tunggu dia kat sekolah. Bila Ummi cakap tak boleh, dia kata ada je parents lain tunggu haha... Lama jugalah Ummi memujuk, barulah reda tangisnya.

Ummi jumpa guru kelas bagitau Kakak sihat. Cuma taknak masuk kelas je. Minta cikgu tengokkan sebab hari ni sekolah half day je. Alhamdulillah Kakak survived :D Ummi pun taknaklah bagi muka, nanti kita juga yang susah. Taknaklah Ummi masuk darjah satu semula 😆😆😆

Bila slow talk dengan dia, rupanya dia belum ada kawan haha... Macamanalah nak ada kawan, rakan meja sebelah pun dia tak tegur. Tahu nama tapi tak reti nak mulakan perbualan. Alahai Kakak... Insha Allah everything will be OK ye sayang. Kakak kan strong! 

Wednesday 1 January 2020

Wawasan 2020


Ini bukan Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Tun M sewaktu jadi PM kali pertama dulu. Tapi ini wawasan 2020 versi Sdn Bhd, versi Ummi sendiri. Saja letak tajuk catchy 😁

Ada few plans/projects yang Ummi rancang dan target untuk buat tahun ni. Malas nak cakap pasal azam, asyik tak tercapai je especially azam nak kurus 🤭

Here are the things yang Ummi dah plan for this year; 

1. Nak susun buku sekolah anak like this;

Credit source. 

Petang tadi dah beli plastic files. Pilot project untuk Kakak dulu sebab dia masuk darjah satu. Umminya terlebih excited, semua benda baru nak test kat dia :)

2. Nak kumpul duit macam ni;

Credit source. 

Ummi memang suka tengok duit. Siapa tak suka duit kan? Haha... Ini antara cara mudah dan fun untuk kumpul duit. Ada yang Ummi dah buat, ada yang Ummi nak try buat contohnya kumpul syiling. Jom!

3. Nak kemas rak buku secantik ni;
Kemaskan? Love sangat.

Credit source. 

4. Nak cantikkan bawah sinki;
Kemas je bawah sinki ni kan? Extendable rack ni ada dijual di Shopee, Lazada. Senang nak cari...

Credit source. 


5. Nak collect all these plants to freshen our home;

Credit source. 

Ada satu dua pokok yang dah ada. Untuk permulaan Ummi nak cari pasu cantik for them.

Inilah sebahagian perancangan Ummi. Untuk semua ni Ummi tidaklah tetapkan timeline, tapi Insha Allah Ummi nak buat untuk tahun ni. Kita tengoklah berjaya ke tidak ye. For that, please bear with me all year round 🤗

Happy New Year 2020!