Friday 29 November 2019

Muara Bariani House, Muar


Pst... Kami baru balik dari Muo 😁 Tahun lepas dah plan nak ke Muar, tapi tidak diizinkan-Nya. Kali ni last minute plan, menjadi pula.


Dapat juga kami sekeluarga menjejakkan kaki ke Bandar Maharani (Muar) iaitu Bandar DiRaja Johor. Muar juga telah menerima pengiktirafan sebagai Bandar Terbersih di Asean pada 2018. Memang bersih. Tak jumpalah sampah bertsepah tepi jalan. Hatta daun kering yang tak disapu pun susah nak jumpa. Alangkah bahagianya kalau satu Malaysia ni bersih macam Muar.


Ini itinerary yang Ummi buat untuk misi JJCM kami. Tapi bila dah sampai tu teringin pula nak rasa beriani gam yang jadi trademark di sini. Katanya ada satu kedai nasi beriani yang sedap, tapi kami tak jumpa. Tanya En Waze pun tak tau. Akhirnya kami berhenti di Muara Bariani House. 





Order 4 set nasi berserta lauk ayam, kambing dan daging masak beriani. Lagi satu ayam masak merah. Hidangan ni disertakan sekali dengan acar timun dan dalca. Ummi kopek telur pindang sebiji. Sedap juga makan dengan nasi beriani.
Nasinya sedap, generous with kismis & gajus. Sepinggan nasi tu boleh share 2 orang, big portion. Tapi lauknya sikit:( sepinggan nasi dengan saiz lauk tu, tak match. Separuh nasi tu baru padan dengan size lauk tu maksudnya.

Telur pindang yang menggoda. 

Kedai ni tak ramai orang pun. Mula tu was-was juga kami nak masuk, takut tak sedap sebab tak ramai pelanggan. Tapi Walid sempat pula tanya seorang rider food delivery tengah tunggu order katanya sedap dan ramai orang order thru them. Memang betul pun. Waktu kami menjamu selera tu memang adalah riders food delivery yang keluar masuk kedai ambil food yang ditempah. Ada juga pelanggan yang singgah untuk tapaw food. Kedai ni juga ada menyediakan khidmat katering.



Ada dewan acara juga



Dah kenyang makan tu, terus kami ke hotel. Alhamdulillah dapat checked in awal. Sampai hotel, terus berehat sampai terlepas bot untuk menyusuri Sungai Muar 🤭

3 comments:

  1. tq again for sharing.
    tak pernah makan sini.
    sebab kalau ke muar, gi sarapan sate :)
    will try someday :)

    ReplyDelete
  2. This is such a great resource that you are providing and you give it away for free. I love seeing websites that understand the value of providing a quality resource for free. View stories of any user anonymously. Pictame2 pictame. The more Instagram followers a person has the more popular they will be on this site.

    ReplyDelete