Wednesday 30 September 2020

Bengkel Cikgu Bob

Sabtu lepas Ummi daftarkan Abang joined Bengkel Cikgu Bob. Cg Bob ni pakar subjek BM dan antara tenaga pengajar awal akhbar Didik keluaran Berita Harian. Sayangnya bila UPSR dibatalkan, akhbar Didik yang diterbitkan setiap Isnin dihentikan pengeluarannya. 

Kali ni fokus bengkel ialah bahagian C (Artikulasi Penulisan) dalam Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang akan diambil oleh pelajar-pelajar yang memohon untuk menyambung pelajaran ke SBP/SMKA di bawah KPM. Markah bahagian C ni 10%. 

Ummi risau sebenarnya subjek BM ni. Sebab prestasi Abang kejap OK, kejap KO 😇 Ada sekali tu, tahun lepas score dia bawah 50%. Padahal darjah 4 dulu naik pentas untuk kategori matapelajaran terbaik BM 2 (Penulisan). Over confident gamaknya. 

Lagi satu, subjek BM sekarang very technical pada pandangan Ummi. Banyak beza dengan time Ummi belajar dulu. Sekarang, hampir setiap perkataan tu ada makna, kegunaan tersendiri. Contohnya menghadiahi dan menghadiahkan. Kedua-duanya digunapakai dalam situasi berbeza. Zaman Ummi dulu rasanya tidaklah detail seperti sekarang. Asalkan maknanya sampai, boleh digunakan. Sebab tu bila ada peluang, kami hantar Abang ke bengkel atau seminar. Ini pun kali kedua Abang ikut program Cikgu Bob. 


Ini pula masa kali pertama Abang ikut program Cikgu Bob, tahun lepas... Program diadakan di Masjid Saidina Hamzah, Batu Muda. 

Parents pun ada joined time ni. Masing-masing bersemangat nak membantu anak-anak meraih kecemerlangan di samping mendapatkan ilmu sebab subjek BM ni tak semudah yang disangka. Walaubagaimanapun jika tahu teknik dan mampu tackle soalan, Insha Allah ianya akan jadi mudah. Dalam kelas ni ada murid berketurunan India, dalam 5 minit sahaja selesai buat ulasan berdasarkan gambar (Section B kalau tak silap) berdasarkan fotmat UPSR. 

Dalam kelas terbaru, ada seorang murid tu hanya ambil masa 20 saat untuk siapkan intro karangan. Seboleh mungkin Ummi nak Abang faham konsep ni. Takdelah ambil masa yang terlalu lama untuk siapkan sesuatu karangan sebab masa yang diberi hanya 30-45 minit je. 

Diharapkan adalah sesuatu (ilmu) yang Abang bawa balik dan boleh apply dalam peperiksaan nanti. 




Tuesday 29 September 2020

Resepi Viral ~ Puding Roti Pelangi

Biasalah, hobi mak-mak.... Belek resepi, nampak mudah dan bahan semua ada lajulah mencuba :) Ditambah pula hasutan manja si Angah "Ummi buatlah, Angah tolong..." Tolonglah sangat, tolong makan adalah 😁


Resepi: Puding Roti Pelangi
Sumber: Keluarga
Kredit: Pn Zura Zul

Bahan A
20g agar-agar tali - dicuci
5 cawan air 
3/4 cawan gula - sedang elok manisnya
 # Di dalam periuk, masak agar-agar bersama air hingga larut/hancur. 
## Masukkan gula dan kacau hingga gula larut. 

Bahan B
4 keping roti putih - buang kerak tepi dan carikkan kecil-kecil
1 tin susu cair / segar
2 s/b marjerin
2 s/b tepung jagung
Secubit garam 
1 penutup botol esen vanilla
1 biji telur
Pewarna pilihan

Cara-cara 
1. Satukan semua bahan (kecuali pewarna) dan kisar halus.
2. Masukkan ke dalam adunan agar-agar tadi. Kacau sentiasa hingga sedikit likat (jangan sampai mendidih). Tutup api.
3. Ceduk/senduk adunan ke dalam cawan untuk diwarnakan. Sukatan 1/2 - 1 cawan untuk setiap warna. Baki adunan akan digunakan sebagai 'base' puding, biarkan di dalam periuk.
4. Tambahkan pewarna pilihan ke dalam setiap cawan. Ummi guna warna merah, hijau & kuning. Warna merah campur dengan adunan asal warna cream jadilah pink 😍
5. Basahkan loyang/bekas puding (untuk mudah keluarkan puding nanti). Tuang adunan berwarna tadi secara berselang-seli. Buat hingga habis adunan berwarna. Biarkan ia sejuk dan mengeras/beku sedikit.

6. Tuang baki adunan ke dalam loyang. Kalau adunan ni pun dah keras, nyalakan semula api, bagi adunan cair semula. 
# Pastikan adunan warna-warni tadi dah beku baru di tuang baki adunan (plain) supaya cantik puding kita.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan 2-3 jam sebelum dipotong.
8. Masa nak potong, terbalikkan puding. Bahagian warna-warni di sebelah atas manakala bahagian plain di bawah.

Selamat mencuba 🤗

Monday 28 September 2020

Suri Restaurant & Catering, Danau Kota


Sabtu lepas kami berdua bersama Abang dan Adik singgah makan tengahari di Suri Restaurant & Catering. Abang baru selesai bengkel bersama Cikgu Bob di Batu Muda kemudian perlu ke tuition di Jalan Gombak. 

Nasi bamboo tiada, ganti dengan nasi putih. 

Ingatkan restoran nasi campur tapi tidak sebenarnya. Restoran ni menyediakan menu secara set. Antaranya set nasi putih + asam pedas, nasi putih + daging masak lemak dsbnya. Ada juga set nasi lemak, ayam percik... Untuk menu ala-carte order start pukul 1 tengahari.

 

Ini pilihan kami... 


Set daging masak lemak tu pilihan Ummi. Walid pilih ayam percik manakala Abang makan nasi lemak sotong. Set nasi putih tu dihidangkan bersama ulam, sambal belacan dan telur masin. Harga dari RM10- 12 untuk set nasi putih ni bergantung kepada lauk yang dipilih.

Daging masak lemak ni sedap sangat. Lemak, pekat, memikat haha... Semangkuk tu boleh share dengan Walid & Abang juga, rasa sorang sikit. Besar jugalah portion-nya. 

Untuk semua ni bersama 4 gelas air dan sepinggan nasi tambah harganya RM34. Alhamdulillah bagi Ummi berbaloi sebab sedap, selesa dan service pun pantas. 


Sunday 27 September 2020

Resepi ~ Rendang Ayam Pencen (Noxxa)

Ini kali pertama Ummi beli dan masak ayam pencen. Harga seekor ayam pencen di Pasar Sri Gombak cuma RM10 seekor. Teringin nak rasa dan cuba buat rendang. Khabarnya ayam pencen ni sedap dibuat rendang ataupun kari. 


Ummi masak rendang. Sedap! Isinya kenyal, saling tak tumpah macam daging itik. Begitu juga tulangnya, keras macam tulang itik. Walaupun Ummi stir-fried dalam 1/2 jam juga nak keringkan kuah rendang tu, tapi isi tak hancur dan relai dari tulang seperti ayam biasa. Walid dah pesan, lain kali beli lagi ayam pencen ni. Baik boss 😁

Resepi: Rendang Ayam Pencen
Sumber: Puan Hazel

Bahan-bahan 
1 ekor ayam pencen 
1 kotak santan 
2-3 sudu makan kerisek
Daun kunyit - dihiris halus 
Asam keping 
Garam
Gula (2 sudu besar brown sugar + 1 sudu besar gula pasir) 
Rempah 4 sekawan 
Minyak untuk menumis 
2-3 sudu cili kisar 

Bahan kisar halus
1 labu bawang besar 
3 ulas bawang putih 
1 inci halia 
1 inci kunyit hidup 
1 inci lengkuas
Cili merah 
Cili padi 
5 batang serai

Cara-cara 
1. Masukkan minyak masak ke dalam inner pot Noxxa. 
2. Tekan stir-fry button. 
3. Bila minyak panas, tumiskan rempah 4 sekawan hingga naik bau. 
4. Masukkan bahan kisar dan cili kisar. Tumis hingga keluar minyak dan naik bau.
5. Masukkan ayam dan gaul sebati. Off stir-fry button.
6. Masukkan sedikit air, hingga paras ayam. Masukkan brown sugar dan asam keping. (Boleh letak gula kabung/gula melaka)
7. Tutup periuk dan tekan HP button 50 minit.
8. Bila dah beep, keluarkan wap dan buka penutup Noxxa. Masukkan santan, kerisek,  daun kunyit, garam dan gula pasir (jika perlu).
9. On semula stir-fry button dan biarkan kuah rendang kering. Dalam masa yang sama sesuaikan rasa rendang. Bila rasa dan kuah dah OK, off stir-fry button. Siap!

Sambil Noxxa buat kerja dia, Ummi pula naikkan periuk kukus di atas dapur. Ummi masak pulut kuning untuk diregukan dengan rendang ayam pencen tersebut. 


Perfect combination 😋


Thursday 24 September 2020

Buku MommyHana

Setiap kali nampak iklan buku MommyHana terpampang di billboard MRR2 berhampiran susur keluar Sri Gombak tu, Adik akan cakap "Ummi, adik nak buku tu..." Mata Ummi pula selalu tertancap pada iklan Sabella, gambar Kak Ella pakai baju merah menyala tu 😍

Bila Ummi survey, harganya >100 ringgit. Tak pasti berbaloi atau tidak jadi Ummi KIV dulu permintaan Adik.

Tup-tup Nur Iman Marketing buat promo sempena birthday founder produk ni. Harganya cuma RM69, for a limited period of time. Ummi pun grabbed satu untuk Adik. 

Seronok dia belek buku tu. Buku tu jenis interaktif. Tekan-tekan butang berbunyilah ia. Ada abjad, haiwan, doa, bacaan Al Quran, aktiviti dsbnya. Adik suka sangat. 
 
Buku ni pakai bateri ye.. 

Yang paling best dia boleh ikut, sebut dan faham maksud sesuatu perkataan esp English words. Semalam dia sebut hippopotamus dengan sangat lancar. I was impressed sebab orang dewasa pun kadang silap sebut perkataan tu 🤭 The other day, dia datang kat Ummi masa tengah sidai baju. "Ummi, serigala tu wolf kan? Alhamdulillah dia belajar sesuatu dari buku tu. Selain BM dan BI buku ni juga ajar anak-anak perkataan-perkataan B. Arab. 

Cuma bila dah lama tu, dia bosanlah. Asyik keluar benda yang sama je hihi... Biasalah tu kan. 

Satu dua hari ni rajin mewarna pula. 

Bagi Ummi bagus buku ni. Pada harga promo tu berbaloi untuk dibeli. 

Wednesday 23 September 2020

UPKK 2019 ~ A Happy Ending, Alhamdulillah

UPKK 2019 ~ Proses Semakan, Keputusan & Pengalaman Kami. 

Bagi majoriti pelajar dan ibubapa dah lama tutup buku bab UPKK ni kan? Berbeza bagi kami (dan segelintir murid) yang terpaksa melalui proses semakan keputusan UPKK atas beberapa sebab. Ada yang hendak memperbaiki keputusan, ada yang terpaksa berjuang kerana terdapat kesilapan teknikal dsbnya. 

Di sini Ummi kongsikan pengalaman dan perjuangan kami mendapatkan semula A yang 'hilang' akibat kesilapan teknikal dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA 2019 yang diduduki Abang tahun lepas. 

UPKK menjadi satu-satunya peperiksaan besar diambil Abang sepanjang persekolahan sekolah rendah selepas UPSR dibatalkan. Batch Covid-lah katakan :) 

18/12/2019 
Keputusan UPKK diumumkan.


Terperanjat besar Ummi nampak C tu. Dua hari berturut-turut Ummi checked keputusan. Waktu ni kami sekeluarga berada di Butterworth mengikut Walid bertugas di luar kawasan. Jadi, kami tak tahu subjek apa yang gred C tersebut. Slip keputusan perlu diambil di sekolah. Bila orang tanya result Abang, Ummi cuma bagitau 7A... Berat sungguh nak sebut C tu 😅 Walaupun kami terima result tu tapi dalam hati rasa ada kesilapan. A mother's instinct I guessed. Jujurnya dalam hati dok berharap agar keputusan thru SMS ni silap, di slip 8A sebenarnya. 

Apapun keputusan tersebut tetap diraikan. Baca sini: Result UPKK Abang

Result trial Abang. 

23/12/2019
Ummi bersama Abang ke pejabat sekolah untuk mengambil slip peperiksaan. Terkejut besar Ummi, Abang pun sama bila tengok C tersebut untuk subjek Al Quran. Something must be wrong here.

Benar telahan Ummi. Melalui Cg M, Ummi dimaklumkan ada 'kesilapan sistem' pada markah Abang. Kata Cg M, cikgu-cikgu pun terkejut bila tengok slip peperiksaan Abang. Dalam 94 orang calon, Abang satu-satunya murid yang dapat gred C, subjek Al Quran. Belum pernah rasanya murid SRAI dapat C subjek Al Quran ni. 

Untuk makluman, ada 3 subjek dalam UPKK yang pemarkahannya dinilai oleh pihak sekolah; Amali Solat, Al Quran dan Penghayatan Cara Hidup Islam (PCIH). Orang kata 3 subjek ni A dalam tangan sebab pihak sekolah (guru) yang bagi markah. Teruk sangat kalau dapat C sementelah Abang murid SRAI. Celik Al Quran dan masuk kelas Aulad Huffaz, inisiatif JAIS juga untuk melahirkan generasi hafiz/hafizah (penghafaz Al Quran).

Jadi, kami decided untuk buat semakan. Maklumkan terlebih dahulu kepada guru penilai kumpulan Abang, Ustaz AA. Benar bagai diduga, terdapat kesilapan teknikal dalam borang markah Abang. Sepatutnya jumlah markah = bahagian A + bahagian B. Tapi markah Abang, hanya diambil bahagian A sahaja. Patutlah C!

Kami tak salahkan sesiapa because thing like this happens. To err is human. Kami ambil sikap berlapang dada dan redha dengan ujian ni. Nak berkeras, marah-marah takut nanti hilang berkat, hilang redha guru. Lagipun perjuangan baru nak bermula. A long the way semestinya perlu sokongan dan bantuan pihak guru/sekolah.

26/12/2019

Borang permohonan ditandatangani oleh guru besar. Keesokannya, kami pos borang tersebut melalui Poslaju.

31/12/2019

Follow up pertama. Dapat bercakap dengan PIC UPKK di JAIS, Pn Mastura (Pn M). Memandangkan pemarkahan subjek Al Quran dibawah bidang kuasa sekolah, pihak sekolah diminta mengeluarkan surat maklumkan bahawa terdapat kesilapan dalam pemberian gred dan disertakan sekali borang markah sebenar calon.

Alhamdulillah pihak sekolah bertindak pantas dan terus issued surat.

2/1/2020

Usai urusan hari pertama persekolahan 2020, terus kami pecut ke Shah Alam, pejabat JAIS. Hantar by-hand surat tersebut. Pn M tiada di office.

4/1/2020 
Follow up ke-2. Dimaklumkan oleh Pn M bahawa surat telah beliau terima dan keputusan semakan akan dikeluarkan pada bulan Mac.

Maka, menunggulah kami dengan penuh sabar.

Awal Mac 2020 
Keputusan semakan masih belum dikeluarkan. Cadangnya selepas cuti sekolah (14/3-22/3) kami akan follow up semula. Namun, disebabkan PKP Fasa 1 terpaksalah kami menunggu lagi untuk menghubungi Pn M.

15/5/2020 

Hanya di fasa PKPB ni barulah kami dapat berhubung dengan Pn M. Katanya keputusan semakan telah dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAID Gombak) untuk diserahkan kepada sekolah, sebelum cuti sekolah bulan Mac tempohari lagi. Pihak sekolah kemudian akan maklumkan kepada ibubapa. 

Bila di rujuk pada Ustaz AA, pihak sekolah belum dapat sebarang maklumat. Jadi, kami mohon Pn M hantar soft copy surat melalui email untuk rujukan kami. Alhamdulillah permohonan semakan kami diluluskan. Surat kelulusan telah dikeluarkan pada 6 Mac 2020 lagi. 

Walaubagaimanapun Ummi minta juga jasa baik pihak sekolah dapatkan original copy dari PAID Gombak. Yang diberi hanya lampiran ni 😇😇😇 

Memang belum tenang hati Ummi jika dapat sekadar lampiran sebegini. Ingatkan dapat slip keputusan yang baru. Rupanya tiada slip baru yang diberi sebaliknya segala pembetulan akan dimasukkan terus ke dalam sijil sebenar UPKK. Jadi, kami hanya mampu untuk terus berdoa dan bersabar. Selagi urusan ini belum bernoktah, selagi itu kami berada dalam ketidaktentuan. Moga banyak pahala sabar Allah bagi :)

Token dari pihak sekolah untuk Abang sempena kejayaan semakan tersebut. Alhamdulillah, Abang dapat RM50, sama macam straight As scorers yang lain. Terharu sebab pihak sekolah tak lupakan Abang. 

26/8/2020 


PK HEM maklumkan sijil sebenar akan diserahkan kepada murid-murid esok harinya. Tak lena Ummi tidur malam tu. What if sijil Abang masih ikut result < semakan? Letih membayangkan proses yang terpaksa dilalui semula.

27/8/2020 
Alhamdulillah dalam sijil sebenar tertera 8A. Sujud syukur kami sekeluarga. 

 Terima kasih kepada semua yang terlibat, yang menyokong dan mendoakan urusan ini. 

Gambar sekadar hiasan. 

Syukur, akhirnya dapat tutup buku bab UPKK ni with happy ending 💚.

Tuesday 22 September 2020

Resepi ~ Kek Pisang

Baru 2 hari rasanya Ummi simpan pisang montel Tok Ayah kirim tempohari, tengok-tengok dah masak ranum. Separuh Ummi nak buat lempeng kononnya. Tapi tak jadi. Apalah Ummi masak lempeng pisang pun failed 😂 Entahlah, dua-dua pan melekat. Hancus lempeng Ummi. Last-last Ummi buat cekodok je :D

Then lagi 4-5 biji Ummi buat kek pisang. Kali ni Ummi cuba resepi baru dan puashati dengan hasilnya. I'm gonna keep this recipe as a keeper recipe. Sepatutnya diletakkan sekali serbuk coklat tapi stok takde, Ummi olah ikut bahan yang ada sahaja. 

Kek Pisang Coklat
Credit: Pn Junnjuney Samsudin

Bahan A
Pisang 5-6 biji dilenyek kasar*
3/4 cwn gula perang ( gula biasa pun boleh) 
Telur 3 biji
Minyak masak secawan
2 sudu besar susu pekat
Secubit garam

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar serbuk coklat ( diayak dalam bekas adunan pisang tadi) - tak letak 

Bahan hiasan 
Walnut, badam hiris, coklat chips. 

Cara-cara 
1. Mula-mula, semua bahan A di atas disatukan dan dikacau rata ( saya kacau guna garfu je).

2. Kemudian kita sediakan pula bahan B.* Semua bahan dikacau rata hingga tepung sebati. (Kalau ada tepung naik sendiri pun boleh terus guna dan tak payah letak dah soda bikarbonat dan baking powder lagi.)

3. Seterusnya bolehlah masukkan adunan ke dalam loyang. Jangan lupa alas loyang dengan baking paper untuk mudah dikeluarkan nanti.

4. Sebelum bakar tu taburlah apa-apa topping yang disukai atas adunan. Saya letak badam hiris + walnut + coklat cip.

5. Bakar suhu 160 selama 40 minit atau bergantung pada oven masing-masing.

Cara Ummi

Ummi lenyek dahulu pisang. Ketepikan. 

Kemudian Ummi blend semua bahan hingga halus. Kemudian baru satukan pisang yang telah dilenyek dengan bahan-bahan lain yang telah dikisar. 

Tepung gandum Ummi ayak bersama soda bikarbonat dan baking powder. 

Chef cilik kusyuk menolong 😍

Steps seterusnya tu samalah... Campur bahan A dan tepung. Gaul sebati kemudian masukkan ke dalam loyang. Ummi cuma tabur coklat chips je atas adunan. Then, bakar. Bila dah masak tu, keluarkan kek dan sejukkan seketika. 

Tapi, kek Ummi tak sempat sejuk dah kena potong. Assistant Chef tak sabaq nak makan! 

Ini pula kek pisang Maksu. Member dia siap bagi pisang minta Maksu tolong buatkan. Bab baking cake Maksu lagi pandai. Ummi ni kadang jadi kadang tak kalau membakar kek :(


Selamat mencuba! 


Monday 21 September 2020

Sambutan Kemerdekaan ke-63

Alhamdulillah ada rezeki anak-anak menang lagi dalam pertandingan anjuran sekolah. Sempena sambutan hari kemerdekaan ke-63 pihak sekolah telah mengadakan pelbagai pertandingan; deklamasi sajak, menulis esei, mewarna, kuiz dsbnya. Ada yang dibuat di dalam kelas, ada juga secara maya.


Yang paling menarik ialah acara Snap & Win bertemakan hari kebangsaan. Angah beria-ria nak join contest ni tapi Ummi tak ada idea nak buat macamana. Nak cari baju bertemakan merdeka dsbnya bukan mudah bagi orang tak berapa kreatif macam Ummi ni. Pemenang ditentukan melalui bilangan 'like' di FB. Adoi, lagilah takde harapan sebab Ummi ni jarang bersosial di FB 😅 Yang menang pun kemain bergaya dia, from top to toe bergaya dengan baju warna2 bendera Malaysia.  

Abang cuba nasib dalam acara deklamasi sajak. Ummi tolong rekod video dan submit pada cikgu. Tak masuk top 6 pun huhu... Tapi pemenangnya, Adam H memang superb videonya. Editing 5🌟. Intro ada laungan merdeka dari Tunku Abdul Rahman. Kata ibunya, depa ke Tugu Negara, Muzium Negara dan Taman Botani utk shooting. Worth the effort. Congrats Adam & family. 

Walaubagaimanapun anak-anak Ummi tak pulang tangan kosong. Kali ni ketiga-tiga orang dapat hadiah. Alhamdulillah lega Ummi sebab masa Sambutan Awal Muharam 
tempohari, Angah tak menang apa-apa. Bukan apa, risau dia terasa hati :(

Angah dapat tempat ke-5 kuiz online (darjah 3). Itupun mula tu murid lain yang turun. Almaklumlah ada 4-5 orang Naufal darjah 3 tu haha... 

Tabung manggis tu cute 😍

Abang dapat tempat ke-2 esei English. Johannya Aqil AI. Ummi suka hadiah Abang dapat ni. Boleh guna sampai besar Thesaurus ni. Ummi pun boleh tumpang 🤗

Mek ni menang tempat pertama kuiz online utk darjah 1. Tahniah Kakak. 

Hadiah dia termasuk baju sukan yang dipakai tu. Design baru ni baru seminggu dua mula dijual di koperasi. Jimat duit Ummi, Kakak dapat free je haha.. 

Paling best, setiap pemenang dapat sijil.
 
Tahniah anak-anak 💐💐💐

Sejak pandemic Covid-19 ni tak banyak aktiviti yang dapat dibuat di sekolah. Jadi, bila ada peluang sebegini memang Ummi galakkan anak-anak join. Dapat exposure, dapat pengalaman dan kalau ada rezeki, dapat hadiah :) 

Sunday 20 September 2020

Dah berputik!

Pagi tadi Ummi luangkan masa menjengah 
pokok betik yang patah tempohari. Dah bertunas kembali alhamdulillah. Ada member sebelahnya, pokok betik juga pun dah mula nampak tampuk bunga. Moga ada rezeki kali ni. 

Kemudian Ummi saja-saja belek pokok nangka yang makin meninggi tu... Eh, sekali ternampak ada putik buah!


Teruja sungguh Ummi. 

Tapi ada juga putik yang dah kering, yang warna hitam tu... Tak tahulah kenapa... 

Kata Tok baru nak belajar berbuahlah tu. Ooo.... Mungkin ye juga sebab putiknya di hujung ranting, bukan di batang pokok seperti selalu Ummi nampak bila pokok nangka berbuah. Lekat ke tidak buahnya والله اعلم.  Rezeki di tangan Tuhan :)

Alang-alang tu Ummi share sikit update kebun... 

Ini pokok taugeh Abang. Untuk projek subjek RBT, belajar kaedah hidrofonik. 


Adik pun tak nak kalah, nak tanam taugeh juga. Ini bukan taugeh dah, dah jadi pokok kacang dah Adik ooi 😂

Friday 18 September 2020

Che Na Homestay, Pontian

 Sambung balik cerita ke Pontian bulan 7 hari tu. Baca sini: Pontian lagi...

Kami memilih Che Na Homestay  sebagai tempat penginapan. Harga biasa RM180 semalam tapi sebab kami booked untuk 4 malam, dapat special price, RM150/semalam. Alhamdulillah top up sikit untuk cover lodging claim.

Besar rumah ni. Semi-D 3 bilik tidur + 2 bilik air. 

Ruang tamu besar. Anak-anak memang sukalah sangat. Boleh baring, bergolek tengok TV. 


Masa ni masih dalam PKP fasa 4 kot, jadi PdP secara online masih berjalan. Setiap hari Ummi on laptop dan suruh depa buat homework dulu. Ada satu tugasan tu kena record video berwudhuk. Di Che Na Homestay  ni lah kami selesaikan tugasan Kakak. Ada juga kenangan :)

Bilik tidur... Master bedroom dan bilik tidur ke-2 berkongsi bilik air. Kedua-dua bilik dilengkapi penghawa dingin.

Bilik ke-3.

Extended kitchen. Ruang memasak yang luas.

Bahagian luar rumah... Pagi-pagi main badminton, bola... Lepas tu setiap kali main itulah bulu tangkis & bola tu terlepas ke rumah jiran sebelah 😇😇😇 Tapi jiran tu baik. Tolong kutip dan baling semula ke homestay. Tq madam. 

Memandangkan homestay ni dilengkapi dengan dapur gas, peti sejuk serta mesin basuh jadi tugas memasak dan membasuh Ummi berjalan seperti biasa. Masak pula bukan main, macam-macam menu Ummi buat. Almaklumlah Che Na ni juga pembekal ayam/daging tersohor di Pontian ni haha... Macam-macam Ummi order. Siap order bawa balik Gombak lagi.

Che Na ni friendly. Jumpa sekali pun dah mesra. Boleh buat kawan kata orang. Cantik bergaya orangnya. Ex-staff Malaysia Airlines kan 😉

Seronok menginap di sini. Tapi jangan harapkan kesempurnaan. Homestay ni letaknya di jalan utama jadi nak keluar masuk kereta tu kena hati-hati sebab jalan sibuk. Buka je pagar terus main road. Make sure gate berkunci jika ada anak-anak kecil macam kami. Lagi satu, homestay ni gayanya old school sikit. Seolahnya kita balik kampung rumah orang tua kita. Pintu bilik airnya takde selak jadi terpaksalah kami guna survival skill supaya tidaklah asyik terbuka. Maklumlah shared bathroom. 

Tetamu tak diundang di hari terakhir 😅

Kawasan luar rumah pun perlu dibersihkan supaya nampak lagi menarik dan selamat. Walaupun begitu, sedikit kekurangan ini tidaklah mencacatkan. Hanya perlu ditambah baik untuk keselesaan pemyewa.