Showing posts with label Adik. Show all posts
Showing posts with label Adik. Show all posts

Friday, 25 September 2026

Singgah Ninso

Rabu. 

Sejak minggu lepas Adik ajak ke Ninso. 
Hari ni baru ada kesempatan. 

Happy dia...

Langkah kanan... 
Ada promosi sampai Ahad ni, semua barang RM2.20. Jom Adik, ambik bakul! 

Inilah barang yang dia cari...beads untuk buat gelang. Stoking tu Ummi suruh ambil sebab dia suka pakai stoking kalau keluar rumah. Keluar main, suruh hantar barang ke rumah jiran ke, dia pakai stoking. 

Untuk Kakak, Ummi belikan stoking dan hand sock. Boleh tukar-tukar sebab puteri wajib pakai stoking dan hand socks di sekolah/asrama. Minggu ni call sekali je, sibuk dengan latihan sketsa sempena Minggu Sahabat, anjuran PRS. 

Ummi: Kakak join ke?
Kakak: Aah Kakak jadi orang sakit mental 
(Sketsa ni berkaitan mental health katanya.)


Beli study table untuk Adik. 

Mek ni dah rasmi dah... 
Satgi bergaduh la dengan Adik tu 😂


Ini untuk Ummi...
Kain lap untuk letak dalam kereta (kain lama kena muntah Angah), scoop utk buang poop bulus dan berus cuci bilik air. Takde apa yang spesifik pun nak beli, just grabbed je la apa yang rasa perlu. 

Bulan depan (Oktober) Ninso ni akan buka 24 jam. Laku agaknya cawangan di Greenwood ni. Ke semua Ninso akan beroperasi 24 jam? Siapa tahu tolong komen ye.



Thursday, 24 September 2026

Borong Tudung

Mama Iman buat jualan tutup kedai. Banyaklah tudung, inner, kaftan dsbnya yang dia lelong. 

Dia jual ikut set begini.
Bukan pergi ke kedai pilih². Sebab dia iklan dalam WA group jual beli, mudah untuk kita order set yang berkenan. Itu yang diletak code untuk setiap set tu. 

Hasil tangkapan Ummi.
Set tudung bawal bidang 55 cotton 6 helai ( 1 set 6 helai) dan tudung bawal bidang 45 untuk Adik. Set bawal Adik ni 8 helai/set. 
Harga? 
Murah sangatttt!
Sebab dia nak letgo je semua. Hatta display rack pun dia nak bagi percuma je. Kalau ada pick up truck mau Ummi usung bawak balik dah 🤭

Untuk Kakak tak beli sebab dia pakai shawl, plus dia ada shopping online jubah dan seluar tidur. 

Tudung baru dah ada, kena beli baju la pulak kan :p 

Wednesday, 23 September 2026

Teh Tarik di Malam Hari

Teman Adik tonton Didik TV, kebosanan lalu Ummi ke dapur rebus teh. Tiba-tiba teringin teh tarik pulak. Normal je kan, sebab kalau pergi mamak malam-malam pun order teh tarik jugak. Kan? 
Tapi Ummi lagi suka teh ais sebab teh tarik mamak kadang pekat sangat.

Onz tak onz teh tarik Ummi ni? 

Jadual siaran Didik TV khusus untuk Matriks T4. 
Malam tu kami tonton untuk subjek Bahasa Melayu. Malam tadi subjek Bahasa Inggeris Ummi rekod je sebab Adik ada tuition online. 

Dibincangkan contoh-contoh/format soalan... 

Abang pernah kena potong markah dengan Ustaz Wan Shahrul dulu. Jawapan betul tapi dia tulis BETUL tu huruf kecil. Cikgu kata kena ikut arahan sebiji-sebiji baru dikira jawapan yang ditulis tu betul. 

Bahagian penulisan. 

Risau juga sebab masa menjawab hanya 1 jam 15 minit. Walaupun bukan karangan penuh, tapi nak mencari idea dan menulis tu ambil masa juga. Yang baik-baik aja untuk Adik dan kawan-kawan seangkatan ie murid-murid Tahun 4 semua. 


Saturday, 19 September 2026

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan SRAI


Jumaat lepas sekolah Adik buat majlis Sambutan Penutupan Bulan Kemerdekaan. 

Boleh pakai pakaian bertemakan Merdeka. 
Ada juga pertandingan pakaian tercantik bertemakan Merdeka tapi Adik tak nak masuk. Ummi tengok gambar pemenang² pakaian tercantik ni memang all out semuanya. Kreatif dan cantik belaka. Tahniah semua! 

Gambar dengan kawan-kawan sekelas. 
Kebanyakannya memang pakai pakaian kebangsaan. Bagus anak² ni. Semoga sikit sebanyak bila diadakan majlis begini dapatlah menjentik rasa kecintaan kepada mereka, generasi pewaris negara 🇲🇾.

Abang pun ada juga program Merdeka. 
Group dia kena pakai baju kuning katanya. Sempatlah keluar ke bandar cari baju. Jumpa jersey Harimau Malaya RM30 kot, okaylah tu. Dapat saguhati rasanya untuk Pertandingan Perbarisan Merdeka ni. Satu lagi acara Sayembara Puisi. Abang jadi penonton je. 




Thursday, 17 September 2026

Sushi Pulak 😅

Tugasan yang Adik dapat tidaklah sukar macam tugasan RBT Angah tempohari; hasilkan beg ergonomik. Tapi tetap mencabar sebab jangankan Adik, Ummi pun tak pernah buat sushi sendiri. 

Tugasannya berkaitan kepelbagaian bentuk makanan. Cikgu bahagikan kepada 3 kumpulan;

Team Sushi
Team Sandwich 
Team Vietnam Roll 

Adik Team Sushi. Bagus team dia, ada koordinasi kerja dan pembahagian tugas untuk bawa barang dan kelengkapan. Dari 3 team ni, hanya 2 teams siapkan tugasan sebab 1 team lagi tak bawa bahan/peralatan. Depa joined team sushi, tolong apa yang patut sebab team sushi pun ada member yang joined pertandingan nyanyian Merdeka waktu yang sama. 

Adik kata dia nak bawa ramen, untuk isi sushi. Laju je ye volunteer bawa ramen, kesukaan dia kan... Ummi okay je asalkan jangan suruh bawa nasi sushi tu. Ummi tak pernah masak, hatta tak pernah pun pegang beras sushi/ beras sumo tu. Risau takut tak jadi pulak kalau Ummi yang masak. Plus Isnin tu Ummi kena hantar Adik ke sekolah sebab Walid ke Putrajaya. Kalutlah nanti. 

Tup-tup dia pakat dengan Syirah, dia bawa nasi sushi. Syirah pula tukang beli berasnya. Katanya si A tak dapat bawak. So Adik ambil tanggungjawab. 

Jumaat malam Syirah hantar beras dan rice paper ke rumah. 

Ummi pun nak tak nak kenalah tolong Adik masak hihi ... 

Testing dulu secawan beras... 

Dia macam ketam ajar anak jalan luruslah ye 😂😂😂
Ummi pun tak pandai jadi kita hantam sajalah Labu :p

Boleh la, huduh-huduh (hodoh², tak berapa kemas) kata orang Kedah. Asal nampak rupa je la Dik...

Ahad malam Ummi suruh Adik masak siap-siap nasi sushi ni. Risau takut esok pagi tak sempat nak sejukkan, nanti basi pulak kalau tutup bekas panas-panas. Risau ye nak bawa benda makan ke sekolah sejak ada kes keracunan makanan yang melibatkan nyawa beberapa tahun lepas tu. 

Belum gaul cuka, takut terlebih masam pula kalau diletak cuka semalaman. 

Jenis seaweed yang digunakan. Seaweed ni kawannya bawa. Ummi simpan gambar di sini supaya senang nak refer.

Hasil kerja Adik dan kawan-kawan sekumpulan. Alhamdulillah jadilah esp untuk pertama kali buat. Good job anak² 👍🏻👍🏻👍🏻

Ini pula khabar beg ergonomik Angah tu.
Dah selesai submit dan present kena buat poster pula untuk iklankan produk ni. Untung ada AI, senanglah nak hasilkan poster begini. Beg ni dia bawa pergi prep kata Angah. Nak juga Ummi tengok rupanya selepas dijahit, tapi asyik lupa nak pesan supaya Angah bawa balik. 

Benda kecil bagi orang lain, tapi bagi Ummi tetap satu pencapaian, pengalaman. Dek kerana anak², Ummi juga belajar cara menghasilkan tote bag dan masak nasi sushi. Flip tudung sikit :p

Monday, 14 September 2026

Rezeki dari Jiran II

Jumaat pagi...

Cik Minah (mak Kak Alya) singgah di rumah. 

"Nak kongsi rezeki sikit,"  katanya sambil menghulur sebungkus plastik. Sekilas pandang 
Ummi ingatkan nasi lemak 😅
Nampak putih-putih gitu kan... 

Rupanya kelapa yang siap dimesin. Alhamdulillah rezeki pagi Jumaat. 
Setiap bungkus ni anggarannya sebiji kelapa. Kelapa ni dibawa Cik Minah dari kampungnya di Kuale (Kuala Kangsar). Siap mesin, masuk plastik dan simpan dalam freezer. Banyak hasilnya jadi bawa balik ke sini untuk disedekahkan kepada jiran-jiran. 

Yang dalam balang tu acar buah. Airtangan Cik Minah ni. Selalu nampak dia up video masak acar buah kalau balik kampung. Seronok jadi orang pencen, boleh balik kampung selalu :D 

Kebetulan Ummi baru selesai rebus ubi kayu pemberian Cik Leha tempohari. Rezeki Cik Minah la ubi kayu rebus tu. 

Keychain comel dari Lili yang comel :D
Baru balik dari Cameron Highlands katanya. Adalah souvenir untuk Geng Main dia. 

Selain keychain, ada juga jajan dan tomato cherry. Bertambah stok sayur Ummi minggu ni :) 

Alang-alang masuk sekali cerita buah tangan dari kawan-kawan Adik yang pergi bercuti cuti sekolah baru-baru ni.

Keychain kebaya nyonya tu tentulah dari Melaka, pemberian Aurora. Keychain penyu dari Insyirah yang bercuti di Ganu dan coklat Daim dari Fatih. Ingatkan pergi Langkawi tapi katanya dia ke Pulau Pangkor :D 

Alhamdulillah macam-macam nikmat Allah bagi. Kecil besar, sikit banyak semuanya rezeki untuk disyukuri. 


Friday, 21 August 2026

Last Minute


Hampir² Adik terlepas kelas pertama tuition online anjuran PIBG dengan kerjasama sebuah Pusat tuition ni. Takde update apa² jadi kita relax je la. Hinggalah dekat Maghrib semalam tiba² PIC share details kelas. Kelas akan bermula jam 8.00 malam. Barulah kalut Ummi pun nak regi Adik 😅 

Sebabnya dah jawab survey sebelum ni, masih memikir nak regi Adik atau tidak. Ummi ingat depa akan contact semula untuk confirmation dsbnya. Sehari sebelum pun parents diminta vote untuk pilihan waktu kelas. Then, senyap gitu je. 

Kelas pertama, subjek Sains. 
Adik dah makan laksa balik sekolah, jadi tak la lapar wpun belum dinner. Tapi, tengah² kelas tu dia minta nasi jugak 😁

Ummi Walid pula masa dinner sembang² la macam biasa. Walid bagitau dia ada meeting back to back dari pukul 10 pg - 5 ptg keesokan harinya. Jadi Ummi suggest bawak bekal nasi la. Jimat masa dan boleh rehat lama sikit lunch time tu. 

Makanya, sementara nak tunggu Azan Isyak, tenggek periuk masaklah kari ayam untuk lauk Walid esok. Kari ayam kerisek, tanpa santan. Mujurlah ayam tak beku sangat, baru masuk freezer lepas masak lauk dinner tadi. 

Bangun pagi masak nasi, goreng telur dadar dan masak sayur; pak choy bawang putih. 

Alhamdulillah walaupun last minute, Adik sempat joined tuition dan Ummi sempat masak lauk untuk bekal Walid. 

Monday, 17 August 2026

Adik | Hari Bicara Prestasi SRAI 2026


Cerita Jumaat lepas juga.
Selesai taklimat Matriks T4, barulah kami ke kelas Adik untuk ambil report card. Lambat tahun ni report card day SRAI. UPSA bulan 6 rasanya (tak ingat dah 😅) tapi bulan 8 ni baru dibuat perjumpaan ni. Adalah pelbagai kekangan khususnya dari segi masa yang membuatkan jarak UPSA dan Hari Bicara Prestasi ni jauh. Ummi pun tak ingat dah markah² Adik dapat hari tu :) 

Ada nombor giliran, lebih teratur urusannya. 
Sambil menunggu giliran, sempatlah berborak dengan ibu² kawan sekelas Adik. Adalah beberapa orang yang Ummi kenal rapat. Yang baru berkenalan pun ada. Seronok bertukar² cerita. 

Alhamdulillah prestasi Adik membanggakan. Tapi kena usaha kuat lagi terutamanya subjek² agama. Kawan² Adik pun ramai dah mula tunjukkan prestasi sebenar esp boys, jadi Adik tak boleh leka. Kena usaha lebih 💪🏻
Bab tulisan pula Cg Z tegur, minta Adik kemaskan tulisan. Boleh kan Adik? 

Yang baik² saja untuk semua hendaknya 🤲🏻 


Sunday, 16 August 2026

Adik | Taklimat Matriks Tahun 4


Program Jumaat lepas.

OOTD 
Sampai awal sempatlah snapped gambar sini sana termasuk pakaian yang dipakai, untuk memastikan takde 'siaran ulangan' :D 

Tujuan program ini ialah memberi taklimat kepada Ibu bapa murid² Tahun 4 tentang Matriks Pembelajaran Tahun 4 (Matriks T4) yang pertama kali diperkenalkan oleh KPM. Peperiksaan ini bakal diadakan pada 6-8 Oktober 2026 nanti. Ianya peperiksaan Awam; wajib kepada semua murid Tahun 4 SK, soalan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan dijalankan secara serentak. Untuk sekolah swasta, optional tapi bagi SRAI, pihak JAIS wajibkan setiap murid ambil. Ianya melibatkan 4 subjek teras;

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik 
Sains 

Gred standard sekarang 82 ke atas baru A. 

Matriks T4 ni bukan ganti UPSR tetapi menguji tahap literasi dan numerasi murid Tahun 4.Ianya juga bukan penentu halatuju ke Tingkatan 1.  Melalui dapatan dari peperiksaan ini, pihak sekolah akan mengenalpasti sekiranya perlu intervensi untuk mengukuhkan penguasaan murid dalam subjek⁴ ini. 

Jotted down some points... 

Jadual waktu peperiksaan. 

Sekarang sekolah sedang fokus untuk PSRA,  jadi untuk Matriks T4 ni kena tunggu PSRA habis dulu. Tak banyak masa dah ikutkan. Tapi sekolah pun kena prioritize. 

Sebab ini baru kali pertama Matriks T4 diperkenalkan, bentuk atau format soalan belum ada contoh. Salah satu usaha kami, beli akhbar Didik untuk Adik. Ini baru keluaran kedua jadi yang terlepas jangan ralat. Boleh beli edisi seterusnya yang disisipkan dalam akhbar Berita Harian setiap Selasa. Kita usaha mana yang mampu, selebihnya berdoa agar dipermudahkan urusan dan diberi kejayaan untuk anak² kita semua. 



Friday, 14 August 2026

Breakfast w Him ❣️

Walid cuti hari ni, ada program di SRAI. 

Program 8.30 pagi, belum pukul 7 kami dah sampai. Sebabnya Adik sekolah seperti biasa. Kena datang awal, Adik bertugas hari ni. SRAI ni perhimpunan mingguan setiap pagi Jumaat. Nak balik dulu pun tak berbaloi sebab kalau keluar semula nanti confirm jalan jammed. 

Mujur ada warung nasi lemak berhampiran. 
Apa² pun jom isi perut dulu...

Kami order roti kosong 1, roti telur 1. Roti kosong tu untuk Ummi, tapi waiter tu ingat untuk sorang makan kot, dia hidang sekali. 

Mungkin dia nampak ada sepinggan nasi lemak lauk sardin depan Ummi. Sebenarnya order roti kosong tu sebab nak rasa. Sedap roti dan kuahnya. Roti canai Melayu; manis² sikit rotinya. Yang tebar roti tu perempuan. Jarang jumpa tapi ada je kan orang perempuan pun mahir tebar roti canai. 

Nasi Lemak ni banyak nasinya. Makan sorang separuh la, baru adil dan saksama :D 

Lama juga lepak di kedai ni. Jumpa pula parents Aleesa, panjanglah sembangnya. 




Monday, 10 August 2026

Catatan 26 Safar 1448H

Hari ni pun cuaca mendung... Tapi tak bererti hujan  turun 😁

Hasrat nak basuh cadar bilik tidur Abang terpaksa tangguh dulu. Kalau basuh cadar ke tuala ke suka ianya kering kerana cahaya matahari. Puashati sebab betul² kering dan takde lembab². Wangi dan segar jadinya. 

Bekal French toast dan karipap daging Ramly 2 ketul je untuk Walid pagi ni. Mood belum timbul, sejak cuti bekal minggu lepas 😅

Nangka yang dituai tempohari masih berbaki. Ummi buat serawa (pengat) sikit, selebihnya bagi Cik Ros RELA. Serawa tu pun bahagia dua, separuh bagi Cik Ana. Ummi sorang je makan di rumah ni. 

Abang melawat sekolah angkat hari ni. Untuk Koko, Abang join Sukarelawan. Nanti kena buat program di sekolah ni. Ni baru first meeting katanya. 

Adik bawa balik kerja RBT. 
Kali ni kena menjahit pulak, buat tempat letak surat. Bahan semua disediakan (bayaran bahan termasuk dlm yuran sekolah/buku). Setiap orang dapat set yang sama. Ummi cuma tunjuk cara jahit, selebihnya Adik buatlah sendiri. Jahitan cantik ke tidak takpe, baru kali pertama pegang jarum. Minggu depan baru kena hantar, sempatlah nak gosok dulu katanya bagi hilang kedut. Good job Adik.