Sunday 30 September 2018

Menuju Peperiksaan Akhir Tahun




Umi sebenarnya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada mama Afiq yang bersusah payah organized & sponsored bengkel untuk persediaan menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) nanti. Actually mama afiq buat untuk afiq & rakan sekelasnya tapi Abang & few others from other classes dijemput sama. Alhamdulillah. Cuma bawa badan (dan stationery) je. Totally FOC. Kos semua mama afiq tanggung. Baik kan? Umi hanya mampu balas dengan DOA 😘 



Ini kelas minggu lepas, Kem B.Arab & Tajwid. Kem ni diadakan di Darul Faqih, Gombak. 

Credit mama afiq.


Kem kedua, Kem BM & BI this weekend. Kali ni dibuat ni Akademi Fateh Hakim, Gombak.

Credit source. 


Credit mama afiq.

Bila tanya Abang, dia cakap seronok sangat attended both classes. Ikutkan Abang ada trip ke Melaka dengan akademi bola dia this weekend. Mula tu dia nak pergi Melaka. Umi pun siap pujuk Walid bagi izin. Dah bagi nama pun kat coach. But at the same time, Umi 'cucuk jarum' juga suruh pergi kelas ni sebab dia memang lemah sikit English. Tapi Umi tak paksa sebab trip to Melaka tu pun menarik. Cuma bayar rm10 je. Makan minum tambang semua akademi tanggung. Abang pun tak pernah join trip dgn akademi dia sebab last year dia bersunat. 

Finally dia decided to join the classes. Sebab katanya Umi dah janji nak bagi  sepuluh ringgit for every subject yang dapat 100% 😄 Definitely it was a good decision Abang 👍👍👍 proud of you haha... 

Bawa balik goodies macam-macam. Suka dia. Adik-adik lagilah suka 😁

Ini dapat Top 6 Tajwid last week. 

May Allah give His best reward to you & your children mama afiq. Aamiin..
Luv u dear. 
💝💝💝 

Saturday 29 September 2018

Tak jadi pergi Muo :(



Kisah bulan 3 hari tu... Nak juga rekod di sini. Ah, anak buah Umi yang kahwin hari tu pun dah berbadan dua. Alhamdulillah, cepat rezeki dia. Nanti kalau cucu saudara Umi tu tanya kenapa Toksu tak pergi kenduri ibunya, refer sini je lah 😁 

Bila tahu je tarikh wedding di Muar, sebelah lelaki tu Umi terus booking homestay. Mula tu katanya 31/3. Bulan 1 Umi dah booking w/pun depa belum nikah lagi time tu. Punyalah excited nak raikan pengantin hihi... Lagipun Umi tak pernah bermalam/bercuti di Muar. Pernah sampai sekali, long long time ago tapi sebab pergi balik hari, car pool pulak dengan paklong & maklong pendeklah langkahnya. 

Umi booking di Homestay Al Raudah. Ownernya baik sangat melayan Umi. Tup-tup dalam bulan 2, Ah bagi tau majlis sebelah lelaki 17/3. Alhamdulillah ada kosong lagi di HAR tu. 

Cantik kan HAR ni...
Credit owner. 

Credit owner. 

Makin hampir dengan majlis, Umi terfikir nak tukar date. Ikutkan check in sabtu, lepas majlis so Ahad plan nak jalan-jalan di Bandar Muar. Tapi bila difikirkan 17/3 tu start cuti sekolah takut tak sempatlah pulak nak join rombongan pengantin. Depa semua gerak jumaat pagi. Nak dijadikan cerita, homestay tak available jumaat tu. Dah ada orang booking untuk kerja kahwin kata empunya homestay. Gelabah juga Umi mencari ganti sebab lagi 2 minggu je majlisnya.

Alhamdulillah ada juga homestay yang available, Casa D'Azirul. Umi siap bayar deposit tapi sayangnya Walid terpaksa ke Mumbai. Ikutkan plan asal sempat je ke Muo tapi Puan Boss suruh pergi minggu cuti sekolah tu. Nak buat macamana "saya yang menurut perintah" kenalah akur huhu... Duit deposit tu pihak Casa kembalikan, alhamdulillah. Jika ada yang mencari homestay di Muo, mungkin boleh cuba kedua-dua homestay ni. Senang berurusan dengan kedua-dua owner ni. 

Bukan setakat bab penginapan, bab pakaian pun Umi dah prepare. Nak melaram di kenduri Ah ni. Nak eksyen dengan orang Muo lah kononnya haha... 

Baju Kakak & Adik ni patut pakai kenduri tu.
Sudahnya kita melaram di Ganu :) 

Harapnya adalah rezeki bercuti/berjalan-jalan di Muo in the future. Dengarnya banyak tempat makan best di Muo 😘

Wednesday 26 September 2018

Kompleks Kraf Noor Arfa sesuai untuk seisi keluarga...



Banyak pengalaman manis yang kami kutip sewaktu melawat Kompleks Kraf Noor Arfa tempohari. Selain dapat melihat proses menenun kain, anak2 juga gembira sebab dapat mewarna batik, memberi makan ikan serta melawat mini zoo. Kali terakhir Umi ke sini sekitar 9-10 tahun lepas, tempat ini hanyalah menjual dan menghasilkan produk batik. 

Bangunan sekarang lebih besar dan selesa dengan pelbagai kemudahan asas yang disediakan; surau, bilik air, wakaf dsbnya. Difahamkan pihak NACC juga menyediakan bilik mandi untuk mereka yang ingin menumpang mandi terutamanya rombongan pelawat dari luar yang datang dalam kumpulan besar. Juga terdapat chalet di kompleks ni bagi yang ingin menyewa. 

Tenun kain.


Di sekitar kompleks tu ada kolam ikan. Seronok lah anak2 memberi makan ikan di sini. Harga makanan ikan cuma RM1 sepeket. 

Dalam kompleks pula adalah tempat pameran dan jualan batik. Ramai yang mengatakan harga di NACC ni lebih mahal, mungkin betul. Tapi bagi yang nak membeli belah dengan selesa, disinilah tempatnya. W/pun ramai pengunjung tapi tidaklah terlalu sesak sebab kedainya luas, berhawa dingin juga ada SA yang sangat membantu. 


Mana satu pilihan Umi? 

Aktiviti mewarna batik ni dicaj RM15 untuk sekeping gambar. Setiap set dibekalkam dengan 3 warna asas; biru, merah & kuning. Instructor akan ajar anak2 tentang campuran color untuk hasilkan warna sekunder. Good exposure untuk anak2 bereksperimen dengan warna. 



Cantik tak?

Bayaran masuk ke mini zoo yang dipanggil Funland ni ialah RM5 (dewasa) dan RM3 (kanak-kanak). Kecil sahaja zoonya dan menempatkan haiwan peliharaan yang biasa kita lihat seperti ayam serama, itik, arnab dan birds.  Yang rare ialah landak. W/bagaimanapun anak2 Umi sangat happy dengan exposure ni. 



Kandang rabbit. Boleh belai dan sentuh rabbits dalam ni. Umi pun teruja 😆 rabbits ni pun sangat lah jinak. Memang minta dibelai hehe... 




Definitely we had fun here 👍👍👍

Tuesday 25 September 2018

Nasi Kandar Line Clear, Sri Gombak


Bertambah satu lagi 'koleksi' restoran mamak di Sri Gombak ni. Kali ni Line Clear pulak enter the market. Umi Walid pun dah pi 'rasmi' weekend lepas. Sajalah nak try. Orang kata Line Clear ni lejen :D 

Sedap 👍👍👍
Nasi, sayur, ayam RM7.50. 

Nasi kandar dia the best bagi Umi nak compared dengan other mamak restaurants di SG ni. Kuah campur dia sedap, macam Umi selalu makan dulu-dulu... Light gitu kuahnya. Tak rasa thick dengan rempah or sesetengah kari mamak tu rasa masam and pekat sangat. Umi suka yang ni. Kalau siapa pernah rasa nasi kandar Penang faham lah kot apa yang Umi cakap ni. Ada beza nasi kandar kat ibu kota ni dengan nasi kandar Penang esp kuahnya, in term of taste and thickness. 


Lokasi restoran ni berhadapan Big Supermarket. Waktu operasi 10 pagi - 10 mlm, bukan 24 hrs ye. 

Selain nasi kandar, kami order mee goreng & Maggi goreng serta roti telur. Mee & Maggi goreng tu so-so je. Nasi dan roti sedap. Total RM29 termasuk minuman dan telur mata 2. Ok jugak kan harganya... 

Happy faces. 


Monday 24 September 2018

Home 2 Hotel, Kemaman



Disinilah kami bermalam di Kemaman tempohari. Hotel bajet je... Cukuplah sekadar nak melepaskan lelah :)

Lobi yang luas dan selesa. Untuk security, pintu utama hotel akan dikunci jam 11 malam. Nak masuk lepas tu kena call pihak hotel. Ada no tel disediakan. OK jugakkan. 




Tapi yang bestnya hotel ni ada lift. Sesuai sangat untuk kami yang bawak banyak barang w/pun nak tidoq semalam je :D Entah lah, Umi memang tak reti nak travel lite-lite ni. Sejenis yang tak pakai kain baju berulang kali in one occasion. 

Kasut je dah berpasang-pasang 😅


Kami booked family room, RM138.00. Satu katil single, satu katil queen. Sedang elok untuk kami 6 beranak. Cuma satu je Umi nak komplen, lampunya aduhai dim sangat. Naik rimas Umi. Rasa terlebih romantik haha... 



Toiletries tak disediakan cuma adalah bath foam yang jenis tekan-tekan tu. Tapi depa lupa refill kot, Umi tekan tak keluar-keluar :D mujur bawa sendiri bath foam. Tapi yang best, bilik airnya besar dan air shower sangat lah laju. Heaven! 


Ada juga coffee 3-in-1, teh & gula disediakan. Air panas/sejuk depa letak water dispenser. Mini bar pun ada. Kira complete jugaklah facilities yang disediakan. 

Hotel pun bersih dan kemas je. Parking banyak depan hotel sebab area shoplots. Siang mungkin full parking tapi bila malam kosonglah sebab kedai/ofis tutup. Dobi 24-hrs pun ada, at the end of the shoplot. Alhamdulillah selesalah kami bermalam di sini. 

Sebelum checked in sempat lah ambik angin di pantai ni. Singgah sekejap je sebab private beach rasanya. Takde parking pun unless masuk dekat designated area. Lagipun dah penat time ni. 


Sunday 23 September 2018

Sedap-sedap food di Ganu...susah nak move on 😜


Dah 2 minggu ke 3 minggu dah kami balik dari Terengganu, tapi masih teringat-ingat keenakan makanan di sana. Selain list tempat menarik untuk kami lawati, kami juga listkan food yang kami nak makan di Ganu selain ICT dan nasi minyak

1. Lemang di Kijal. 

Bagi Umi biasa je lemangnya. Mungkin tak pandai pilih, lemangnya keras dan berkerak. Tapi serundingnya sedap. Satu set ni RM10 je. 

Di sini tempat khusus untuk jual lemang. Kami tak survey mana peniaga yang sedap dsbnya, terus beli je. Bagi yang inginkan kepuasan mungkin boleh survey dulu. 


2. Akok, Kg Serating 
Senang je nak locate penjual akok. Bak kata Walid, nampak berasap tepi jalan tu orang jual akoklah tu. Malah trademark penjual pun macam tu "bau asap eeh...." Nampak je signage macam tu, dah dekatlah tu :)


3. Sata, Marang. 
The best sata ever kot... Sedap betul sata ni, terasa ikannya. Lagipun yang membuat/menjualnya warga emas. Airtangan orang tua-tuakan sedap. Sama juga, banyak gerai yang jual sata. Pilih je mana yang berkenan :)


4. Jagung 
Dekat gerai jagung ni ada dijual air nira. Umi try sebotol but 'cannot go' haha...minum 2-3 teguk je. Too sweet for me. Walid langsung tak sentuh :D 


5. Roti Paung. 
Please try this sweet and fluffy homemade bun. Serious sedap. And please beli banyak. Kami hari tu beli satu je, memang tak cukup! 

The bunting reads "dulu...tengah jalan, lening... tepi jalan. Comel je 😁 


Semua yang Umi cerita ni, gerai tepi jalan. Bagus sebab setiap area tu akan jual produk yang sama. Kalau area jual jagung, semua jual jagung dan air nira. Kalau area jual akok, semua akok. Kiranya kalau terlepas, sempat lagilah beli kat gerai depan as long as belum masuk kawasan lain. 

Alhamdulillah dapat merasa semua yang diidamkan. 

Friday 21 September 2018

Kenduri #19/18 ~ Cantik tarikh wedding Nuzul (NK) 💝


Ramaikan yang kahwin tarikh 18-8-18 hari tu... Termasuklah NK dan pasangannya, Z. Wedding depa diadakan di sebuah lokasi yang cantik di atas bukit, DZ Homestay di Jenderam Hilir. 

Cantik homestay ni, ala-ala resort. Kalau nak buat training/retreat/family day nampak macam ada facilities yang lengkap; surau, dewan makan dll. 



Tak perasan tertekan mode B&W dekat camera. Ginilah hasilnya :D 

Selain excited nak raikan pasangan mempelai kami bersemangat nak ke kenduri NK ni sebab tak pernah sampai ke Jenderam Hilir. Ingatkan jauhlah sangat rupanya atas sikit je dari Teras Jernang, Bangi tu. Thanks to Waze, senang jugaklah jumpa tempat ni. 

Melihat pada jemputan, katanya kenduri ringkas meraikan pengantin, usai solat zohor. Dengarnya macam kenduri kesyukuran kecil-kecilan je. Rupanya meriah sungguh kendurinya. Tetamu ramai, makanan pelbagai jenis; nasi putih, nasi kerabu, bihun sup, laksa, kuih muih berjenis-jenis... Air pun sejuk panas 2-3 perisa/jenis. 

Sup daging ni sedap sangat. Mula tu Umi makan dengan nasi putih, lepas tu repeat. Ratah je :) 

Laksa/bihun sup di pek macam pasar malam tu, siap dengan segala aksesorinya. Tinggal tuang kuah je. Senang. 


 Nak jumpa pengantin pun kena beratur! Ramai sangat kengkawan dia nak bergambar. Sekarangkan semua orang ada smart phone, masing-masing nak selfie lah, wefie lah. Umi selit je mana yang sempat. Itupun bergambar dengan ex-officemates je w/out pengantin. Tak kuasa nak beratur haha... Janji dapat jumpa pengantin. 

Jauh Walid parked keta kat bawah bukit tu. Umi tunggu kat atas takut keta tak larat naik. Terlebih muatan 😂😂😂 


Tahniah untuk keduanya. Moga beroleh rahmah, mawaddah dan sakinah dalam rumahtangga yang dibina.