Sabtu 9/1, Ummi dan Walid singgah ke majlis pembukaan rasmi MTM Mart Taman Samudera milik kawan kami, Abe.
Alhamdulillah tumpang gembira dengan rezeki kawan-kawan.
Hari tu masa tempah planner Abang,
Abe dah maklumkan dia nak buka kedai. Excited Ummi mendengarnya. Macam-macam feedback Ummi bagi berkaitan Muslim mart. Antaranya lampu malap, ambience tak segar, takde price tag dan tiada receipt lengkap (yang ada senarai item & harga setiap barang). Ummi concern bab resit ni sebab kita boleh semak (dan rekod) details setiap pembelian disamping buat perbandingan harga.
Alhamdulillah bila menjengah ke MTM Mart terang benderang lampunya :D Produk pun disusun cantik dan ada label harga pada rak. Bila buat pembayaran, resitnya pun lengkap. Suka, suka...
Macam-macam produk bumiputra yang dijual di sini. Dari makanan kering hinggalah ke produk sejuk beku; dari jenama besar seperti Saji, Agromas, Adabi dan Jalen hinggalah jenama yang sedang meningkat naik semuanya tersusun kemas di rak pameran.
Bihun Tamin ni Ummi suka. Bila dimasak, lembut tapi tak hancur. Suka masak bihun Singapore dengan bihun tamin ni.
Senanglah nak buat siakap stim limau lepas ni 😁
Ummi rasa sikit masa lagi MTM Mart akan masukkan lebih banyak barang sebab nampak masih ada empty freezers & chillers. Kalau ada cake & dessert corner best jugak. Sebab nanti MTM Mart akan buka cafe dalam premis ni. Hybrid mart kata Abe. (Psst, saya suka fruit tart & carrot cake Abe 😉)
MTM Mart di corner lot, parking luas. Tak perlu risau. Dulu premis ni disewa oleh Kobeta. Sign board pun masih ada. Sign board MTM Mart dah naik, cuma terlindung di sebalik khemah vendor. Semasa hari pelancaran tu, ada food sampling by vendors.
Selamat maju jaya untuk Abe. Moga dipermudahkan segala urusan dan diberi keluasan rezeki selalu.
Jom bagi sokongan kepada Abe;
MTM Mart
No 550 & 551, Ground Floor, Jalan Samudera Utara 1,
Taman Samudera
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan
Nampak luas.
ReplyDeleteSemoga maju dan berkembang. Insya Allah. Seronoklah dapat beli-belah dekat rumah :)
Alhamdulillah.. swmoa perniagaan sahabat PH akan terus berkembang maju. Aamin2 Ya Mujib.
ReplyDeleteAlhamdulillah..Semoga perniagaan terus maju. Aaminn
ReplyDeleteMenarik tu banyak produk bumiputera.
Wah! tahniah!
ReplyDeletealhamdulillah.. more kedai muslim products dapat dibuka. kita kena belajar dari kedai2 lain juga untuk improvement..
ReplyDelete