Tuesday 29 March 2016

Ayam Penyet Surabaya & 'kenduri maya'



Baru2 ni Umi (mil) warded for a few days sebab masalah paru2. Cuaca kat Kedah sekarang sangat panas dan kering mungkin antara penyebabnya. 

Once discharged, Umi decided nak buat kenduri kesyukuran, belanja anak cucu makan. However since kami kat kl tak dapatlah nak berkumpul anak beranak serentak. Kami nak balik pun macam tak berbaloi, tambahan dgn keadaan saya yg tengah sarat. Akhirnya jadilah 'kenduri maya'. Kami dinner at the same time but at different places. Depa makan mee udang di Hutan Kampung, Aloq Staq. 


Kami pula pilih restoran yg baru dibuka di sri-gom ni, Ayam Penyet Surabaya. 


Ini menu yg kami pilih, nasi ayam penyet utk saya & Abang, nasi ayam bakar utk B dan set lele (ikan keli) utk Angah. Setiap set dihidangkan dgn sambal, terung goreng belado, tauhu goreng, tempe goreng bercili, timun & salad serta air mineral cup. Harga RM11.90 setiap set. 


Abang & Angah
Balqis demam so nak berkepit dgn Walid je


Bagi penggemar nasi ayam penyet macam saya, saya rasa sedap sangat food ni. Tapi bagi B so-so je. Sebab dia suka makan nasi berkuah, at least sup kosong pun jadilah. Dah try minta tapi memang tak disediakan hehe... Abang pulak even suka makan pedas tapi tak mampu nak tahan pedas sambal ayam penyet ni. Pedasnya memang berapi. 

Nak repeat ke? Of course I will hehe... Saya memang addicted sikit dgn Indonesian food ni since visit ke Bandung 2011 hari tu. Maklumlah pegi meeting dgn orang besar Bandung, so we were treated like a VIP :) dibawa makan minum di tempat yg best2 sampai jatuh hati dgn food depa. 

Alahai rindunya kat team BIFIS... Kabare kalian? 


Monday 28 March 2016

Selamat Pengantin Baru Hj Akmal & Pasangan



Semalam kami ke Ijok, meraikan hari bahagia Hj Akmal dan pasangannya. Hj Akmal ni kami kenali sewaktu sama2 terpilih menjadi sahabat Tabung Haji (sukarelawan TH) sewaktu di tanah suci. Orangnya masih muda, sekitar 25 tahun tatkala mengerjakan haji dua tahun lepas. Baru lepas graduate, kalau tak salah dari Australia. Bukan calang2 anak muda. 

Ingat lagi dulu jika nak ke k.Selangor atau ijok alahai terasa sangatlah jauh. Tapi sekarang dah ada hi-way LATAR dalam 45 minit kami dah sampai di rumah kenduri. Dari templer ke exit ijok terpaksa melalui 3 toll booths yg setiap satunya dikenakan caj RM2.50. Kejap2 kena bayar toll hehe... Macam hi-way Guthrie jugak. Takpelah janji masa perjalanan dah save banyak. 

Aduhai melihat je lauk kenduri rasa tak sabar nak menjamah. Kebetulan memang perut tengah lapar, laju je Mak buyung makan :) pastinya saya tak melepaskan peluang utk makan pecal & sambal jawa yg menjadi signature dishes orang jowo :) 

Terima kasih Hj Akmal atas undangan istimewa ni. Moga mahligai yg dibina dirahmati Allah dan kekal hingga ke jannah. Aamiin. 

Thursday 24 March 2016

Makan Kenduri di Taman Layang-Layang Kepong



Sabtu 19/3 kami ada 2 jemputan kenduri, satu di Taman Layang-Layang (Taman Metropolitan) Kepong. Satu lagi di JB. Memandangkan saya tengah sarat kami hanya ke Kepong. Tak larat nak travel jauh dah. 

Majlis diadakan secara open air tapi deko sangat cantik & sweet. Cuaca agak redup tapi faham2lah dalam keadaan El Nino ni bahangnya sangat terasa. Berpeluh2 kami menjamu selera. Kebetulan kipas yg disediakan hanya stand fan. Dah tu berpusing sehala je. Untunglah couple yg duduk betul2 depan kipas tu :) Angah yang jarang berpeluh pun dah keluar peluh. Balqis pulak pipi dah macam pakai blusher. Abang toksah cakaplah, lencun! 


W/bagaimanapun menu sangat sedap; ayam, kambing, lembu, fish fillet, aiskrim, kuih muih complete la semua. Tuan rumah nampaknya sangat berbesar hati mengadakan majlis ni. Selain makanan yg enak, tetamu juga dibekalkan dgn pelbagai jenis cenderahati. Moga murah rezeki mereka sekeluarga. 

Door gift yg cantik berbalut tu di dalamnya berisi glass canister yg sangat cantik

Terima kasih Tn Hj Jamil sekeluarga atas undangan yg diberi. Selamat pengantin baru kpd pasangan mempelai. Moga berbahagia hingga ke syurga. 

Tuesday 22 March 2016

Happy 5th Birthday Angah!


Buah hati pengarang jantung kami 


21/3 genap 5 tahun usia Angah. Mula tu plan nak celebrate this weekend. Tapi tengah2 dok siang ayam pagi semalam terasa rajin pulak. Terus saya rendam beras pulut nak buat pulut kuning dan masak kari ayam. Umi dia yang teringin sebenarnya :) 

Settled hal di dapur terus call hubby minta izin nak keluar beli kek dan birthday gift. Tak susah pun cari hadiah utk dia, beli lori mainan je. At least dia happy even hadiah tu murah je. Beli pun dekat2 rumah je. Kek birthday kali ni saya beli di Pistachio. Oklah keknya murah satu hal, sedap pun sedap. Dan lagi satu sizenya sesuailah utk family kecik kami. Itu pun masih boleh share dgn jiran sebelah. 



Balik dari kedai terus saya masak pulut kuning. Petangnya pulak call KFC delivery, malas dah nak keluar. Sementara tunggu delivery boy sampai, tiup dan gantung belon dgn Abang. Hias sikit2 je bagi cantik time amik gambar. Once KFC dah sampai saya goreng pasta. Elok je B sampai rumah everything was ready. 




Happy birthday Angah! We love you to the moon and back, dunia & akhirat. 

Saturday 19 March 2016

Melaka 2016 ~ day 2


Makan kat hotel tapi botol susu tak tinggal :)

Seawal jam 8 kami dah turun bersarapan di coffee house hotel. Anak2 dah tak sabar nak mandi pool. 

Lepas breakfast teruslah ke swimming pool. Kecik je kolamnya tapi oklah utk budak2... Bukan depa kisah pun kecik ke besar, janji dapat main air. Pool utk adult pun ada. Angah paling awal keluar kolam, dia tak tahan main air lama2. Maybe sebab ada history bronchitis kot masa baby dulu. Mandi kejap pun bibir dah biru. Yg paling paling lama berendam was Balqis :) puas dipujuk baru naik. Suka sungguh dgn swimming pool. 


Mula tu plan nak round bandar Melaka. Tapi semua macam seronok je nak lepak kat hotel. Sempat jugak Walid tidur seround :p pukul 12 baru kami checked out. 

Terus ke dataran pahlawan. Ingat nak lunch dekat restoran asam pedas yg femes tu tapi dah crowded sangat. Dengan panasnya lagi, nak cari parking lagi. Terus cancel. Then kami ke area muzium samudera, nak beli souvenir kat kedai2 depan muzium tu.  Anak2 ajak naik 'kapal besar' tu, layankan aje lah w/pun tengah terik. Habis tour kapal tu beli souvenir sikit then terus kami shoot balik. Ada event lain pulak menanti di Shah Alam pukul 3.30. 

Muzium Samudera
Posing with Hang Tuah
Balqis takut sampai menangis tengok patung2 dlm tu hehe 

The end :p. 

Short trip but a meaningful one. Mahal hadiah birthday saya tahun ni hehe. Tqvm B. Next year kita pi Maldives nak? Hahaha...


Monday 14 March 2016

Melaka 2016 ~ day 1


Hujung bulan February lepas kami ke Melaka. Trip ni kiranya birthday treat utk saya from my beloved hubby. Selain tu, tujuan utama nak makan ikan bakar hehe... Dah jadi tradisi pulak bila kandungan masuk 6-7 bulan kami ke Melaka makan ikan bakar. Nak kata mengidam tu tak jugak, tapi at least adalah alasan nak pegi Melaka :) 

Sebelum ke Melaka singgah dulu ziarah Mak di rumah Abang. Lately Mak tak berapa sihat. Baru2 ni detect kidney problem. Moga Mak kuat dan sihat seperti selalu.

Around 10 kami gerak ke Melaka. Sampai lunch time terus makan dekat satu kedai ni. Saya tak ingat nama tempat ni tapi tak jauh dgn pejabat pos besar Melaka. Nama kedai Lot Lapan Lima. Ada nasi campur, nasi beriani, nasi ayam and special menu ayam goreng. Utk kami 5 beranak total kos RM38.15 termasuk GST. Hai ada jugak GST... 


Lepas makan ronda sekejap Melaka town. Nak singgah area taming sari tu tapi anak2 dah pakat mengantuk. Panas terik pulak tu. Orang pun ramai, parking takde. Pegi hotel je la. Masa call utk confirm booking tu hotel cakap check in pukul 3, sekarang baru pukul 2. Just try our luck. Alhamdulillah dapat check in awal. 

Lepas solat konon nak tidur jap. Tapi aircond problem, tak sejuk. Macam dah preset on fan mode. Tak rasa dingin. Kat luar pulak cuaca panas rasa berkuap je. Kids pun pakat main, xnak tido dah. Mula tu nak bagi mandi pool tapi sbb diorang tak tido & the parents pun penat, mandi kat bath tub je la. Berendam la Abang & Angah puas2.

After asar kitorang gerak ke umbai. Alahai jem la Melaka ni. Sana sini sangkut. Sampai umbai terus kami ke restoran feveret, Parameswara. Pernah try one of the stalls yg kat depan tu tapi saya lebih suka parameswara. 

Kami sampai around 6 lagi tapi meja mostly dah penuh sbb ada group booking. Tak dapatlah nak duduk area seaview. Saya terus pilih food. Menu dah prepare kat rumah lagi hehe... Masa menunggu dalam 1/2 jam je kot sbb belum ramai lagi.


Siakap bakar bersambal, sotong goreng tepung, butter prawn & ketam black pepper. 

Yang best makan ikan bakar Melaka ni serve with nasi lemak. Memang tak dapat kat tempat lain. Maybe next time kena slash 1-2 menu kot sbb yg ini pun semput nak habiskan. Tambahan Angah langsung tak nak makan, dia mamun lagi sbb sempat  nap sekejap je dlm keta. Yang kelakar Abang yg kaki makan pun surrender tak larat nak ratah esp ikan tu. Total kos RM 104.00. Rasanya berbaloi & cheaper la kalau compare dgn kl. 


Dulu selamba je habiskan 2 bungkus nasi lemak ni tapi skrg termengah2 nak habis kan. Faktor usia kot :p 

Belum pun kami habis makan dah ada orang tunggu nak book meja. Mujur kami awal so dapatlah makan dgn selesa. Better juga kalau book dulu sebelum datang kan. Here is the no; 


Kononnya malam tu nak naik river cruise tapi masing2 dah pancit, kitorang lepak kat bilik je. Trip ni pun utk santai2 je bukan nak melancong sangat pun. 

Jumpa lagi! 

Wednesday 9 March 2016

Gerhana Matahari


Credit
Khabarnya gambar ni diambil di Ranau, Sabah. Cantikkan? 

Hari ni 9/3 berlaku gerhana matahari, satu fenomena yang berlaku setiap beberapa tahun sekali. Sana sini orang bercerita dan berkongsi gambar gerhana matahari ni.

Secara peribadi tahun ni kali pertama saya berpeluang menunaikan solat sunat gerhana. Lepas hantar Angah ke sekolah terus ke kafe MR, beli sarapan. Minta k.ros masukkan sekali sudu. Dia pun tanya, nak ke mana? Saya cakap nak ke masjid, solat sunat gerhana. Masuk dalam kereta tak putus2 saya baca 'doa Nabi Nuh' dgn harapan mudahlah dapat parking di masjid nanti. Sampai area masjid saya nampak kereta dah penuh kiri kanan jalan. Macam takde chance je nak parking dekat masjid. Saya tak larat nak jalan kalau kena parking atas bukit. Maklumlah mak buyung. Dengan Balqis lagi... But alhamdulillah sampai depan gate masjid ada parking space. W/pun terpaksa double park tapi tak mengganggu kereta sebelah. Syukur sangat tak perlu jalan jauh. 

Kebetulan dlm waktu yg sama SS Dato' Dr Zulkifli al Bakri, mufti WP baru sampai. Saya perasan cuaca dah bertukar kelam/redup masa tu tapi tak sempat nak dongak ke langit sbb nampak ustaz pun dah bergegas masuk dalam masjid. Agaknya nak kejar waktu afdhal solat, ketika kemuncak gerhana pagi tadi (sekitar jam 8.24 pg). On the way nak ke dewan solat di tingkat atas dengar tok bilal bagi penerangan tatacara solat sunat gerhana. Mujur semalam saya dah baca di group wasap, taklah blur sangat. 


Elok pakai telekung & stokin solat, ustaz angkat takbir. Kelam kabut mokcik. Yg best Balqis pun ikut solat. Secara ringkasnya tatacara solat sunat gerhana spt berikut:

1. Niat ~ sahaja aku solat sunat gerhana dua rakaat makmum kerana Allah Taala
2.  Baca doa iftitah
3. Baca fatihah
4. Baca surah 
5. Rukuk
6. I'tidal
7. Baca fatihah kali ke-2
8. Baca surah kali ke-2
9. Sujud
10. Duduk antara 2 sujud, sujud sekali lagi & bangun utk rakaat kedua
11. Ulang no 3-8 utk rakaat kedua
12. Pastu sujud & bagi salam seperti biasa


Usai solat, diikuti dengan khutbah ringkas dan doa. Antara intipati khutbah yg disampaikan oleh ustaz tadi antaranya bulan dan matahari beredar mengikut putaran masing2. Tapi Allah Maha Berkuasa untuk menjadikan keduanya gerhana. Gerhana ini hanyalah sebahagian kecil tanda kebesaran Allah. Sedangkan kiamat nanti lagi dahsyat; bintang2 berguguran, langit runtuh, bumi digulung dsbnya. Allahu Akbar!

Gambar kiriman biras saya sewaktu acara solat gerhana di sekolahnya pagi tadi.
Sayangnya di sekolah Abang hanya murid tahap dua dijemput solat sunat gerhana tadi.

Mengikut kiraan falak, gerhana matahari seterusnya akan berlaku pada tahun 2019. Moga ada kesempatan utk menyaksikan sekali lagi tanda keagungan-Nya. 

Tuesday 1 March 2016

Renew Driving License


Kalau tak silap tujuan JPJ menetapkan peraturan agar tarikh renew lesen memandu kita sama dgn tarikh lahir adalah agar kita tak lupa utk renew bila tamat tempohnya. Birthday kita mesti kita ingatkan tarikhnya. So tak ada alasan lupa renew lesen. Tapi kalau nak lupa tu lupa jugak :p. Macam kes saya, few days after my birthday baru teringat lupa nak renew lesen. Masa tu on the way nak fetch Abang kat school. DOA banyak2 dalam hati janganlah ada roadblock. Kot la nasib tak baik. 

The next day tu lepas hantar Angah ke school terus ke pos ofis. Punyalah awal pukul 8 dah sampai :) since my birthday was over tak boleh renew setahun, kena renew utk 2 tahun terus. RM62.10 termasuk GST. Setahun pun tak ingat inikan pula 2 tahun. By the way hopefully this entry would serve as a reminder for me to renew my driving license when it's due, in 2018. Hahaha...