Tuesday, 29 December 2020

Kafe Gulawe, Sri Gombak

Puas juga pusing sana, pusing sini sekitar Sri Gombak tu nak cari kedai makan yang dah buka untuk sarapan. Jam baru sekitar 7.15 pagi. Kedai favourite di food court tutup pula hari Ahad. Restoran Nur baru separuh pintu dibuka. Maknanya belum ready untuk terima pelanggan. Pilihan yang ada restoran mamak. Jadi, jomlah ke Thaqwa. Ada juga nasi lemak bungkus. Bila travel Ummi suka ambil makanan berat. Kenyang perut suka hati kekdahnya. 

Tapi, dah tertulis rezeki kami hari tu di Kafe Gulawe yang letaknya di hujung jalan. Kat sini memang menu sarapannya nasi belaka; nasi minyak, nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu dsbnya. Menu pantai timur. 

Ingat tak Kafe My31 Kueh dulu tu? Dah tukar owner rupanya. Sebelum Kafe Gulawe ni ambil alih, namanya Kafe Ikan Singgang. Kami ada ke sini Februari lepas. Tak buat entry pun sebab konsepnya sama dengan My31 Kueh. 

Ini susun atur Kafe Ikan Singgang dulu... 


In fact, Kafe Gulawe ni masih mengekalkan konsep yang sama iaitu menyajikan hidangan pantai timur. Cuma, susun atur berubah sikit. Ummi suka owner kafe yang ni, ramah dan mesra. 

Sekarang nasi & kuih susun di luar kafe. Kat dalam tu ada nasi lemak & nasi kerabu dari dapur kafe sendiri.
Nasi-nasi ni dibawa dari Kelantan setiap hari. Kata owner, pukul 12 t/mlm dibawa dari Kelantan, around 6 am sampai KL. Dihantar dengan van. Van tu kemudian dipandu ke Johor pula untuk deliver ke sana. "Every day without fail" katanya. 

Harga setiap bungkus nasi ni RM6. 

Nasi minyak ayam pilihan Ummi. 

Tingkap kayu tu legend. 

Ada set menu nasi putih juga... 

Nanti bolehlah cuba nasi putih pula. Tengok harganya not bad. 

Senang-senang singgahlah ye. Buka awal kafe ni. 

5 comments:

  1. Oh kalau saya pilih nasi kerabu atau nasi dagang.
    Kadang-kadang suka sarapan nasi sebab nanti makan lewat petang untuk malam.

    ReplyDelete
  2. Kecur, sy penggemar masakan Kelantan. Van tu dipandu ke Johor, hantar ke mana ya?

    ReplyDelete
  3. oh dh bertukar2 kedai dh dr kueh dulu..tp menu tetap pantai timur

    ReplyDelete
  4. Menariknya cafe dia dengan seni bina kayu. Nampak klasik dan tradisional :)

    ReplyDelete
  5. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    ReplyDelete