Monday, 26 June 2017

Eid 2017 ~ Raya Pertama


Selamat hari raya!

Seronok Mak beraya dengan sebahagian dari cucu-cucunya. Dah lama tak rasa suasana meriah macam ni.  
Untuk tahun kedua berturut-turut tahun ni kami sekali lagi beraya di kampung Umi. 

Pagi raya kami solat raya di masjid kampung Umi. Alhamdulillah both Adik dan Kakak tak meragam cuma Adik asyik nak beriba je. Kakak pulak lena :) masjid kampung Umi sekarang ni dah pasang air-cond. Zaman Umi dok mengaji kelas agama di masjid ni dulu, kipas pun sesetengah ruang je. Dah berpuluh tahun pun... 


Aktiviti wajib lepas solat raya. Dulu Umi yang beratur, sekarang anak2 Umi yang meneruskan tradisi. Umi dulu dapat lima kupang (50 sen) ja. Depa la dapat sorang 3-4 ringgit. 


Tempat singgahan pertama rumah k.di. sedih tengok rumah pusaka tinggalan pak yang hanya menunggu masa untuk  menyembah bumi. Semak samun dah bertukar jadi hutan. Hmm...

Abang sempat lah berguru dgn paklang duan cara mengait buah jering. W/pun sekadar pegang galah, dia punya excited macam dah masuk MBOR :)


Sampai di rumah ke-2, rumah tok imam sekali lagi kami dijamu nasi. Nasi minyak bersama gulai batang pisang. Mana nak dapat gulai batang pisang raya-raya ni ooi... Haruslah makan w/pun di rumah k.di tadi semua pakat selamba je makan nasi putih. Sebelum keluar solat pun dah breakfast nasi goreng aduhai...  


Kemudian kami ke rumah m.lang. Kat tangga batu rumah m.lang port kami amik gambaq raya tahun ni. Legend tangga ni. Menu? Nasi daging... Dah 3-4 kali nasi dah ni. 

Siapa suka makan petai?
Inilah bunga petai.
Kecik2 dulu Umi suka ambik bunga petai ni buat microphone :)

Sampai rumah bang hi pun ada nasi juga. Ikutkan tergoda juga tengok nasi putih bersama kari ikan, ulam dsbnya tapi masing2 dah tahap sengkak, makan laksa je. 


Jumpa cucu saudara Umi, Erissa bam-bam. First time tengok ni. Kat KL tak sempat gi ziarah. Jumpa time raya ni je. 

Kemudian kami ke sg limau, rumah m.ngah. pintu tingkat semuanya bertutup dapat, takde orang lah tu. Terus balik ke home stay dan berehat sambil menunggu Aqim datang ziarah. 

Tak banyak sangat ziarah tahun ni. Kami hanya ke rumah mak saudara/sepupu sahaja. Konvoi dengan abg cik, masing2 anak kecik2 lagi so ada waktu depa meragam, nak tidoq dsbnya jadi kita slow and steady je. Bawak Mak sekali, tak laratlah nak lenjan macam dulu2. 


 

Tuan puteri ni sangat berani. Mercun pun dia main.
Umi takat handal main bunga api je. 

Malamnya kanak2 riang sambung main mercun. Ketuanya? Pakcik & Makcik. Depa pulak yang pulun main hahaha...
Umi pun main juga, bunga api yang dawai tu. Cucuh lepas tu sangkut kat pagar. Ikutkan hati nak baling atas pokok macam kecik2 dulu tapi takut tersangkut atas kereta orang pula :D seronok tengok bila bunga api tu menyala atas pokok. Sparkle macam pokok krismas hehe... 

Sunday, 25 June 2017

Eid Mubarak


Credit: Source

Mohon ampun maaf jika ada salah silap, terkasar bahasa dari kami sekeluarga.

Monday, 19 June 2017

Biskut Chocolate Chips Famous Amos



Masa Umi kecik2 dulu setiap kali raya  kakak ipar Umi, Kak M akan bawak balik biskut chocolate chips ni untuk kami. Setahun sekali dapat makan biskut modern macam ni terasa mewah! Maklumlah orang kampung. Kami hanya biasa dengan kuih bahulu, kuih bangkit, kuih siput, peneram, kuih kapit... Zaman tu oven pun takde. Kuih muih hanya dibakar di dalam takung iaitu tin biskut yang di belah dua. Diatasnya ditutup dengan tudung periuk beserta api sabut. Zaman tu semua DIY :) 

Umi sebenarnya dah pernah cuba buat biskut ni beberapa tahun lepas. Tapi tak menjadi. Biskut nya agak lembik dan lemau. Masa tu resepi ambik dari majalah. Smartphone belum ada. Kalau tak senang sikit Umi nak Google :)

Kali ni Umi try lagi. Ikut resepi K.Azie Kitchen. Alhamdulillah resepi k.Azie jarang mengecewakan. Tips yang diberi sangat berguna especially for a cook noob like me :p

I copy & paste your recipe here ya k.Azie. May Allah bless you with good health and rahmah always. 

Credit : Azie Kitchen.
Mula-mula satu kan bahan A. Butter tu biarkan lembut/cair pada suhu bilik. Kalau plan nak buat pukul 10, pukul 8 tu eloklah keluar kan siap2 butter.

Minyak jagung Umi gantikan dgn minyak canola. Second batch Umi buat, Umi guna minyak zaiton pula sebab minyak canola dah habis. 

Serbuk koko Umi tiba2 time nak guna baru perasan dah expired. Bulan 12 tahun lepas lagi. Umi ganti dgn serbuk Milo je. Pun boleh. Cuma cerah sikitlah biskut nya. 

Cream of tartar pun Umi takde. Umi ganti dengan cuka. Tapi ayak dulu lah bahan yang perlu diayak baru tambah cuka. Kalau letak dulu, macam mana nak ayakkan. Ada cecair (cuka) dalam tu. 

Lepas tu gaulkan kedua-dua bahan. Simpan dalam fridge 1/2 jam untuk sejukkan adunan. Dalam masa yang sama, panaskan oven. 

Basil tangan Angah

Sudukan adunan kecik2 je sebab biskut ni akan mengembang sekali ganda. Jarakkan sikit antara satu sama lain. 

Bakar pada suhu 160°C selama 20 minit. Dah masak, sejuk kan dulu biskut sebelum dimasukkan ke dalam bekas. 

Dua hari berturut2 Umi bakar biskut ni sebab sedap! Cuba lah ye. 

For full recipe and tips, please klik HERE.
Again thank you so much k.azie. 

Dah siap masuk bekas untuk bawa balik kampung. 

Sunday, 18 June 2017

Kembara Bumi Perth



Alhamdulillah setelah 2 minggu bermusafir di bumi kangaroo, Walid akhirnya kembali ke sarang :) sepanjang ingatan Umi ini kali pertama Walid outstation di bulan puasa. 

Mulanya bila dah confirm Walid kena pergi Perth tu teringinlah juga Umi nak ikut. Kebetulan cuti sekolah. Tapi baru je congak kos renew/buat passport untuk kami anak beranak yang boleh cecah rm1,200 terus terpadam hasrat murni Umi. Baik lah Umi beli sofa raya kan? 


Bila teman Walid pergi beli winter clothes dekat Winter Time malam sebelum berangkat tu langsung tak teringin nak ikut dah. Walid beli winter coat selai, sweater selai dan glove sepasang dah seribu lebih! Bayangkan kalau untuk 6 orang? Maka berguguranlah mimpi2 indah Umi nak makan fish n chips di Kailis yang femes tu!


Mixed seafood

Tapi yang kelakarnya winter coat tu tak guna pun. Glove lagilah tak payah. Suhu dalam 9-10°C. Mujurlah semua items tu claimable, takde lah ralat sangat spent >1k. 


Walid travel dengan 3 orang colleagues dia.; 2 Chinese, 1 Indian. 1Malaysia gitu hehe... Since he was fasting, tak banyak sangat lah tempat menarik yang dia visit. First day tu ikut jugaklah depa pi melawat 'tuan tanah' , Mr Kangaroo. Takkan dah sampai Oz tak tengok kangaroo kan. Bukan ada kat tempat lain pun. But then there was issue on finding halal food outlet and surau/musolla/masjid. He ended up solat atas padang je di Fremantle. And for iftar makan fish n chips tu le. So next day onwards he discovered the city on his own. Solat siap2 di apartment then baru keluar jalan-jalan and cari makan. Luckily kawan2 dia semua faham. Depa untunglah merata jugaklah pergi sightseeing. Tapi takpe lah mana tahu ada rezeki Walid bawa Umi pergi Perth in the future. Kita jalan dua ye B :) 

Lunch time. Santai je depa makan. 

Cantik bandar Perth ni. Selamat dan bersih. Even malam2 Walid keluar beli food jalan kaki sorang2 pun selamat. Public transport memang superb. Free bus services, train, taxi semua reliable.






Ada member Umi di Perth bagitau di Malaysian Hall ni ada free iftar and terawih every night tapi jauh juga untuk Walid berulang alik dari apartment nya so memang tak sempat singgahlah. Ini pun Walid pergi Sunday, the Hall tutup. 



Bila dah pandai naik public transport ni panjanglah sikit langkah Walid hehe... Tapi pusing2 bandar je la. 


Self service convenience store. Pilih barang, scan harga then bayar thru machine; cash or card. Canggihkan.





Spiderman pun ada hah :) 

Ini pula masjid Perth. Mostly jemaah are Pakistanis. Walid solat jumaat kat sini lah. Kecik je masjid nya. Azan memang takde lah. Solat jumaat depa fixed at 1 pm even masuk waktu around 12.15. Time rehat sama je every weekdays so tunggu lunch time at 1.00 tu baru solat jumaat. Hari biasa Walid bawa sejadah and solat di ofis je. Ada bilik kosong tumpang lah solat sebab dekat ofis tu pun semua none Muslims so surau not provided.


Pelbagai bangsa dan warna kulit. Bersatu dibawah kalimah yang satu. Suka tengok. 

Kadang tu Walid berbuka di ofis je bila banyak kerja. Makan lah biskut dengan air dulu. Nanti baru pergi cari nasi.


Ini kalau Tok Umi tengok gambar ni mesti nangis ni :D Hari tu bila tengok gambar Walid makan nasi dgn lauk je, takde kuih muih bagai Tok Umi dah touching dah. Hehe...


,Geram je Umi tengok Walid letak gitu je biskut tu huhu. Kot la nak alas dgn kertas ke tisu ke hehe...

Apapun alhamdulillah Walid dah kembali. Dah start kerja pun hari ni.


Friday, 16 June 2017

Nak lembutkan hati anak2? Jom ikut tips ni...


Penyejuk mata penawar hati Umi & Walid

Tips ni Umi dapat dari majalah Mingguan Wanita versi online. Mak-mak betul Umi ni, baca MM :). Zaman baca URTV ke Mangga ke dah laaaaama berlalu hikhik... 

Selalu kita dengar antara surah/ayat favorite untuk kita baca bagi melembutkan hati seseorang ialah surah Taha ayat 1-5 kan? Selain tu kawan Walid pernah kongsi dengan kami boleh juga baca surah al insyirah dan tiup pada ubun anak2 masa depa tidur. Ini especially untuk anak yang hyper active. 

Ini pula tips dari MM;



Credit:Mingguan Wanita.

Moga bermanfaat ye.
Sekarang pun kita dah berada di sepuluh malam terakhir Ramadhan, jom kita perbanyakkan berdoa di bulan yang mulia ni. Moga Allah memakbulkan DOA kita. Aamiin.


Thursday, 15 June 2017

Popia Coklat Oat pulak...


Nampaknya mood buat kuih raya dah menular di kalangan komuniti maya hehe... Raya pun lebih kurang 10 hari je lagi kan. Sana sini semua menayang kuih raya ye. Kak Nom yang selalu okje pun nampaknya dah tak senang duduk bila semua orang dok tayang kuih raya masing2. Terus dibakarnya berbalang-balang kuih raya. Kan akak? 

Lepas buat Popia Nestum Horlicks hari tu, Umi try pula popia coklat oat. Resepi Umi ambil di SINI. Resepi asal salut dengan nestum tapi Umi ganti dengan oat.

Stepnya sama juga macam buat popia nestum; gulung, gunting, goreng. Then cairkan coklat masakan, celup popia ke dalam coklat tersebut. Lepas tu salut dengan oat/nestum. 

Kali ni Umi potong 4 popia tu then gulung pastu gunting 2 pula. Lebih rangup sebab gulungannya lebih nipis. 

Cantik sikit hasil gorengan kali ni :)

Satu bar coklat ni (250gm) ni cukup2 je untuk lebih kurang 25 pcs (separuh) popia yang belum dipotong & digunting. Kalau buat satu bungkus popia tu, kena double the choc. 

Tapi, w/pun nampak senang je tekniknya perlu juga betul. Kalau tak jadi macam Umi :(  konon lepas celup dalam coklat tu naklah salut popia tu seketul seketul dengan oat. Nak bagi sama rata cantik bersalutlah konon. While doing this, tak sedar pula coklat dah mengeras! Sudahnya compang camping jugaklah kuih Umi ni. Sebab coklat yang dah mengeras tu taknak bergaul dengan oat tu. Redha je la... 


Inilah hasilnya yang tak seberapa berbanding hasil tangan cik puan Eirah Abraham, empunya resepi. 

Credit :Mingguan Wanita /Eirah Abraham.

Selamat mencuba! 

Wednesday, 14 June 2017

Popia Nestum Horlicks



Ini projek kuih raya Umi yang ke-2. Nampak tak Umi ni pilih kuih yang senang2 je dibuat. Sebabnya nak buat dengan anak2. Biarlah yang simple je. Umi pun malas nak susahkan diri sendiri hikhik. Nak layan karenah depa lagi, nak fokus pada kuih lagi. Baik kita buat yang straight forward je. 

Time Umi kerja dulu selalu order dengan member je kuih ni. Tak tahu pulak senang je nak buat nya. Lagipun tak terfikir nak buat sendiri time tu. Tau order dan makan je.

Umi ambil resepi Popia Nestum Horlicks ni dari blog K.Amie. Terima kasih banyak ye K. Amie. Kita copy & paste here your recipe for future reference ya. 

Credit : K. Amie.

Popia tu Umi potong dua bahagian dan gulung begitu sahaja. Umi takde chopstick. Try guna straw tapi melekat pula bila nak cabut straw tu. 


Tukang gulungnya Abang. 
Boleh tahan juga hasil kerja Abang :)


Setiap gulungan tu Umi gunting kepada 3 bahagian. Sekali ngap je bila makan nanti :p


Tetiba teringin nak makan laksam pula bila tengok gambar ni. Macam laksam kan?  

Untuk bahan yang hendak digaul, Umi guna Nestum & Horlicks 3-in-1 je. Dah puas cari tak jumpa yang serbuk, Umi ambik je 3-in-1. Jadi tak perlu tambah gula dan susu tepung. 

Nestum tu blend dulu ye.

Alhamdulillah kejadiannya sangat memuaskan hati. W/pun kurang cantik di mata tapi sangat sedap di tekak. Hahaha. 

Untuk resepi penuh, sila klik SINI. 
Again, tqvm K.Amie. May Allah bless you and your family always.