Wednesday, 20 January 2021

Sesi Persekolahan 2021 bermula...

Semalam 20/1/2021 sesi persekolahan 2021 dibuka. Kalut juga rupanya walaupun ianya dibuka secara maya bagi hampir semua sekolah. Hanya certain group of students yang akan ambil peperiksaan besar yang belajar secara bersemuka.
Ummi pagi semalam, lepas solat Subuh kejutkan Adik dan terus turun ke dapur untuk sediakan breakfast. Adik request nak makan sosej, telur dan air Milo. Kakak pula Ummi minta tolong siapkan Adik. Dah siap sarapan, turn Ummi bersiap. First day anak sekolah wajiblah Ummi hadir sekali :D

Dah dekat pukul 8, jomlah cepat! Dari jauh nampak pagar sekolah dibuka, tapi tak nampak murid-murid. Lagilah kalut. Takut semua dah masuk kelas. 

Posing dekat luar sekolah dulu. 

Tiba-tiba cikgu keluar... Sekolah tutup Kak... Hah???? Rupanya cikgu texted parents lepas Subuh. Ummi pula tak tengok phone langsung sebelum keluar rumah tadi.



Balik gitu je lah haha... 

Episod kalut sampai ke hari ni berterusan. Cikgu-cikgu sekolah Angah & Kakak pakat buat online classes (OC) via Google Meet. Campur dengan OC Abang lagi, back to back classes. Semua info masuk ke phone Ummi... Kenalah Ummi sentiasa alert. 

Untuk Angah & Kakak ok, sebab perhubungan guna WA Group kelas. Cikgu-cikgu pun mostly Ummi kenal. Senang nak berkomunikasi jika ada sebarang kesulitan. 

Yang mencabar ialah PdPR Abang. Medium komunikasi guna WA dan Telegram. Telegram ni Ummi kurang cekap, masih terkial-kial nak guna. Then, setiap subjek ada group-nya sendiri sama ada WA @ Telegram. Baru 2 hari sekolah bertambah-tambah group sembang Ummi di kedua-dua applikasi tersebut ๐Ÿ˜… Esok lusa bila bertambah subjek, bertambah lagilah nampaknya... Inilah gaya belajar di zaman 2021 ni :D 

Buku teks belum dapat. Print dulu buku teks digital sebagai rujukan anak-anak. Print Topik 1 je dulu dengan harapan tak lama lagi diberi kebenaran untuk ambil buku teks di sekolah. 

Ummi nampak tahun ni masing-masing lebih bersedia; guru dan ibubapa. Kalau dulu cikgu-cikgu hanya bagi latihan 1-2 muka surat, now cikgu-cikgu buat OC dulu. Ada interaksi antara guru dan murid-murid sepanjang kelas. Kemudian disusuli dengan latihan. Bab latihan Ummi boleh tunjuk ajar, bab explanation (mengajar) ni Ummi kurang mahir (kurang sabar sebenarnya ๐Ÿคญ)... Anak-anak pun bila cikgu yang terangkan, kemain senang depa faham. Itulah gunanya bergurukan? 

Jadual kelas. 


Sama-samalah kita kuatkan semangat untuk bantu anak-anak belajar. Banyak kekangan dan cabaran tapi sekurang-kurangnya hati tenang bila anak-anak di depan mata. Risau sebenarnya nak melepaskan mereka ke luar hatta ke sekolah pun sekarang ni sebab Covid-19 ni makin menular. 3-4 ribu kes sehari sangat membimbangkan apatah lagi sekarang ni banyak pula kes tanpa simptom. 

Moga dilindungi diri dan keluarga kita dari wabak ini, ุฃู…ูŠู† 



12 comments:

  1. Makin banyak mesej dan notis masuk dalam WA dan Telegram.
    Harap tidak pening kendalikan 4 orang anak secara serentak.

    ReplyDelete
  2. Semoga anak-anak kita dapat sesuaikan diri dengan cara pembelajaran ini. Mudah-mudahan urusan Puan Hazel untuk pantau kelas-kelas & tugasan mereka pun berjalan lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tak nak kena juga adapt dgn norma baharu dalam kehidupan sekarang termasuk dlm pelajaran.

      Delete
  3. Memang pdpr sungguh mencabar. Bukan sahaja murid, malah ibu bapa dan guru-guru juga. Saya sendiri macam mabuk urus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu-cikgu lagilah kan...
      Moga dipermudahkan buat semua.

      Delete
  4. semoga anak-anak semua sentiasa di dalam perlindungan Allah swt, aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin aamiin aamiin
      Moga kita semua dalam lindungan & rahmat-Nya ๐Ÿ‘

      Delete
  5. Sangat mencabar nak adapt dengan PdPR ni. Boleh bayangkan kekalutan semua parents. Apapun semoga dipermudahkan. Aaminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Fiza.
      Cabaran untuk murid, guru & ibu ayah.

      Delete
  6. 1 subjek 1 grup WA kn? Ada jgk telegram.. mmg stress jugak bila dh kt ofis then cikgu br assign mcm2.. bila dh wfh br lega sikit dpt memantau anak2.. kakmim pn 4 org jugak tp sorg di pasti xperlulah pdpr.. tp ttp kalut sbb jadual pdpr sehari ada 2 subjek.. semoga lps ni kta semakin terbiasa dgn pdpr baru ni

    ReplyDelete
  7. Izin promo ya Admin^^

    Bosan gak tau mau ngapain, ayo buruan gabung dengan kami
    minimal deposit dan withdraw nya hanya 15 ribu rupiah ya :D
    Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa x-)
    - Telkomsel
    - GOPAY
    - Link AJA
    - OVO
    - DANA
    segera DAFTAR di WWW.AJOKARTU.COMPANY ....:)

    ReplyDelete