Showing posts with label Home. Show all posts
Showing posts with label Home. Show all posts

Sunday, 12 April 2026

Cukup Korum

Khamis lepas Ummi ajak Abang cuci beranda. Dia nak ajak kawan² datang beraya. Abang basuh lantai, meja dan kerusi. Bersih berkilatlah, berbanding dengan mop dan lap seperti selalu. 

Bila dah kemas dan bersih tu, ramailah yang melepak...

Peah menunggu hari...
Doakan rezeki Ummi luas, nak sunat (mandulkan) dia. Dia ada kes sebelum ni, jadi Ummi rasa cukuplah dia beranak. 

Emon, satu²nya anak Peah yang survive selepas 2x dia beranak. 

Loyo, bapak tiri kesayangan Emon :D 
Bulan puasa hari tu duduk di surau. Abang Angah selalulah nampak dia. Dah raya ni baru rajin balik rumah kami. Lepas makan, menghilang. Dia dah tua, dah ada kucing jantan lain yang dominan, terpaksalah bawa diri. Ni kira cukuplah korum. Bahagia hati Ummi 😁


Tuesday, 7 April 2026

Unifi Problem

Pagi Ahad tu tiba² Unifi lost signal. Ada satu button dekat router tu merah & blinking. Biasa kalau gitu adalah something wrong. Ahad malam barulah Walid called Unifi. Siangnya dibuka beraya :) Katanya takde masalah pada connection, tunggakan bil etc. Dia dah restart dekat sana tapi still merah. Bila case gini depa kena hantar technician la untuk inspect. Mungkin ada kerosakan pada kabel. 

Isnin technician datang. 
Setelah diperiksa semua kabel dalam rumah elok. Jadi kena tengok kabel luar rumah, kena panjat tiang kata adik tu. Ada kabel luar rosak. Sekejap je dia betulkan/ganti. 

Back to normal alhamdulillah. 

Ummi:  Berapa (caj) dik? 
Technician: Free Kak. Kalau kabel luar kita tak caj. Kalau kabel dalam baru caj. 

Baru tahu... Sebelum ni pernah jadi kabel dalam pecah memang kena bayar. Mungkin dikira kecuaian kitalah tapi bila di luar tu, tanggungjawab Unifi la. 

Bagus technician Unifi ni, mesej bagitau nak datang pukul 1030-1130 gitu alhamdulillah pukul 1100 dia sampai. Takdelah kita tertunggu². 

Thursday, 22 January 2026

Cuci Freezer

Alhamdulillah kita dah masuk bulan Syaaban. Makna kata, tak sampai sebulan Ramadhan akan menjelma. Mudah-mudahan ada rezeki kita semua bertemu dengan bulan penuh barakah ni 🤲🏻

1 Syaaban kelmarin Ummi minta Abang tolong cuci chest freezer. Banyak ais berkumpul di dinding freezer, jadi sempit pulak freezer tu. 

Selam² Abang jumpa ketupat palas frozen. Ummi ingat ada seplastik je, rupanya berplastik² juga.

Cantik lagi warna daunnya tu...

Kumpul² dapat 2 bekas tipuware bulat ni. 
Cukuplah stok untuk raya nanti, tak perlu Ummi buat lagi. 

Alang² tu, kukus 6-7 biji yang dalam plastik kecik. Takde rendang pun onz, cicah je dengan susu pekat 😋

Simpan semula dalam freezer


Hari ni pergi market top up barang basah.
Mas Tauke Ikan kata harga ikan dah mula naik, menjelang CNY.  Sampai la puasa, raya gitulah trend-nya. 

Apa yang tak naik harga sekarang ni? 






Monday, 5 January 2026

Tukar Decoder Astro


3.1 technician Astro (3rd party) datang tukar Astro Box yang lama (4 segi) tu dengan Astro Box baru jenis bulat ni. Namanya Ultra Box @ Astro Ulti Box. Astro Box lama tu dah tak boleh guna katanya lepas 31/12/2025. 

Remote Astro yang baru
So far Ummi tak sempat explore lagi, tunggulah sekolah buka nanti barulah Ummi boleh conquer TV :p 

Sunday, 12 October 2025

Rezeki dari Kebun

Bukan dari kebun sendiri, tapi dari kebun jiran ☺️

Mula² Bik bagi Pisang Tanduk 2 biji. 

Kemudian esoknya Bik hantar pula kacang botor dan limau kasturi. Segar² ye, buah baru dipetik. Juicy

Kacang botor ni Ummi buat kerabu, campur bersama pucuk ulam raja. Tumbuk bawang merah, cili merah/padi, biji lada hitam dan isi ikan rebus hingga lumat. Masukkan kelapa sangai dan tumbuk lagi serta perasakan dengan garam. Masukkan bahan tumbuk ke dalam bekas dan gaul bersama hirisan ulam raja dan kacang botor. Dah sebati semuanya, cukup rasanya perah limau kasturi dan gaul sebati. Seronok dapat manfaatkan pemberian jiran. 

Hasil kebun Ummi pun ada ye... 

2 biji cili merah benih campak² :) 

Sebut pasal jiran ni, semalam kami ada mesyuarat jiran². Tahniah kepada Pengerusi dan AJK yang baru dilantik. Terima kasih kepada AJK lama yang telah berkhidmat dengan cemerlang. 


Kami suami isteri tak dapat hadir, ada program lain di sekolah Abang. Apapun kami support mana yang perlu dan patut. 



Sunday, 24 August 2025

Karpet Mur Je :)

Bahana scroll TikTok pepagi lepas selesai breakfast tu, terjebak dengan iklan jualan murah 😇

Tengok vtt ni macam meriahnya... Tapi bila sampai di sana biasa je. Takdelah menarik sangat bagi Ummi. Lain orang lain taste kan. Yang murah ada, yang mahal pun ada. Yang berkualiti ada, yang kurang berkualiti pun ada. Terpulang kpd bajet, keperluan dan pilihan masing². 

Ummi cadangnya nak beli cadar, buat salin² tapi takde yang berkenan. Ada karpet yang mur² angkatlah satu. 

RM39 je, bolehlah buat raso² :3 
Masa beli plan-nya nak letak sudut tepi/bawah tangga tapi ubah fikiran, letak dekat ruang tamu. Karpet ruang tamu alih ke sudut tu. 

Just enjoy every little thing in life, In Sha Allah kita akan rasa happy selalu 🫰🏻

Wednesday, 20 August 2025

Tangkap Ular

Baru je petang semalam up entry Petting Zoo @ SRAI yang ada ular tu... Tup² malam tadi kejiranan kami kecoh dengan kehadiran Sang Batik aka Ular Sawa. 

Mula tu ada jiran lorong belakang maklumkan dia nampak ular sawa masuk ke longkang depan rumah jiran² selorongnya. Sekitar jam 8.45 mlm dan ular tu anggaran sebesar lengan dia katanya. Dan dia kata lagi, lengan dia tak besar, lebih kurang besar kucing. Lega sikit dengar tapi tetaplah suruh Adik tutup segala tingkap² bilik semua.

Tak lama kemudian dapat ditangkap ular tu! 

Dia masuk dalam enjin kereta Uncle Jepp. 

Panjang adalah 2-3 meter. 
Ummi yang lurus bendol ni dok ingat kecik je la bila kata saiz kucing tu 😓 

Besar! 

Sempat lagi nak belit lengan En M yang tangkap dia. Berani EM ni. Ummi tengok video ni pun serammmmm

Selamat masuk dalam guni. 

Diserahkan kepada APM untuk tindakah seterusnya. Katanya akan dilepaskan di habitat semulajadi yang selamat. 

Terima kasih dan tahniah jiran² yang sepakat dan berani 👍🏻👍🏻👍🏻 
Walaupun masing² sibuk dengan urusan harian tapi bila ada musibah begini semua turun padang. Semoga semangat kejiranan kita sentiasa utuh. Jiran sepakat membawa berkat In Sha Allah. 

Friday, 15 August 2025

Sales @ Karcher Batu Caves

Ahad balik dari melawat Abang di asrama tu kami ke Batu Caves. 


Walidlah nak ke outlet Karcher Batu Caves tu. Ummi puncanya haha ... Share info dengan Walid, Karcher ada buat sale, 10.8 tu last day. Itu yang member nak juga pergi :D 


Walid sorang je masuk dalam kedai tu. Ummi takde nak beli apa², plus gegirls tidur dalam kereta. Jadi Ummi temankan diorang la dalam kereta. 

Antara yang ada sale... 

Tak keluar tangan kosong ye, ada juga yang ikut balik 👇🏻

Handheld vacuum
Sesuailah nak vacuum sofa, seat kereta....Harga RM149. Suction tak kuat sangat sebab ianya rechargeable/cordless. Kalau vacuum jenis kabel cucuk dekat soket tu lagi kuatlah power-nya kan. Tapi, berkesan jugalah untuk bersihkan habuk² atau pun bulu kucing esp dekat sofa tu... Kawasan kecik² dan light duty tu bolehlah guna vacuum jenis ni. Ianya ringan dan mudah nak digunakan. Sambil² tengok TV pun tangan tu boleh je men-vacuum karpet ke sofa ke. Ada warranty juga setahun. 

Cuma Ummi mengharapkan ianya lebih power sebab jenama ni bukan kaleng². Supposedly performance dia mantap tapi itulah, so-so je untuk item ni. Apapun useful juga sebab senang nak bawa or simpan dalam kereta.  

Dapat juga free gift; windshield, pen 2 batang  dan 3 pcs microfiber towels. 
Freebies ni Ummi suka 😁


Sunday, 10 August 2025

Bergegas > Breakfast > Bunga Segar

Sabtu, lepas solat Subuh terus bergegas hantar gegirls ke sekolah. Perlu berada di sekolah by 6.30 am. Keduanya ada program di Rawang. 

Nampak nau kalut, sampai snapped gambar pun 'bergegau' 😅

Selesai bab gegirls, jom la breakfast
Sekali sekala dapat dating, best :) 

Makan dekat Jemuju Kasih, untuk ke sekian kalinya. 

Selesai makan, balik rumah semula. Sambung kemas rumah. Ada tetamu yang nak tumpang bermalam. Ummi potong bunga pokok pisang ni buat hiasan. Nak bagi bunganya kekal segar, campur bahan² 👇🏻

Air, gula, baking soda dan cuka. 
Petua ni dapat bila tengok TT Natasha Hudson. Sukatan tu agak² je cuma nisbahnya ±  2:1:2 (gula, baking soda dan cuka). 

Dah larut bahan² tu, masukkan bunga. 
Bunganya nampak kekal segar tapi daun layu :D 

Monday, 30 June 2025

Shopping @ Aeon AU2

Ahad lepas kami ke Aeon AU2 atau kami biasa sebut Aeon Keramat. Tujuan utama semestinya nak beli periuk baru, setelah periuk lama dah tak selamat digunakan akibat coating nya terkopek, tercalar.

Alhamdulillah dapat yang dihajati. 
Periuk lama warna maroon ni tapi kali ni Ummi pilih emerald green. Memang nak yang 2 saiz ni je. Sebab yang lama tu saiz 28 dan 32cm tu jarang sangat guna dan masih elok. Harga saiz 20cm RM39.90 dan yang saiz 24 pula RM49.90. 

Picnic set
Comel je... 
Berkenan dengan tong minuman tu tapi tak beli. Beli tumbler je 2 biji utk gegirls...

Berkenan juga dengan pinggan Luminarc ni... Tapi tak beli. Satu set tu 4 biji je. Kalau 6 ngam la untuk kami 6 beranak. 

Banyak juga sales yang best dekat sini. Minggu gaji agaknya kan...

Produk baru katanya, import dari Indonesia. Ummi belum try, Walid dah. Sedap katanya. 

Sebelum ke sini, kami singgah dulu di Surau Jabal Nur, dropped pakaian terpakai. Sekarang ni asal ada masa lapang buat spring cleaning. Bila ada surau/masjid buat program pengumpulan baju, kami terus hantar. Sekarang Ummi dah mampu buang rasa sayang pada baju² lama 😅 Dulu simpan juga sebab sentimental value la, nak perturunkan kpd Kakak la ...tapi fikir² balik, baiklah derma je. Simpan pun belum tentu Kakak nak pakai pun. Budak² sekarang pun ada taste sendiri. 

Malam tu terus rasmikan piyok baru. 
Bergegarlah pulak gambar pun, excited sangat Ummi ni pun 😆


Monday, 16 June 2025

Clearance Sale @ H&A Craft

5 tahun lepas kami tempah curtains cantik ni dengan H&A Craft. 

2 tahun kemudian bilik ni terbakar jadi tinggal kenanganlah sofa dan curtain cantik ni ☺️

Selepas kebakaran tu, H&A Craft tampil bantu kami dengan sponsored  curtain untuk semua pintu bilik dan tingkap rumah kami. Memang tak expect langsung tapi rezeki Allah aturkan alhamdulillah. Dan Allah sajalah yang mampu balas jasa baik mereka. 


Berbalik kepada tajuk, sekarang ni H&A Craft tengah buat clearance sale sebab depa nak renovate kedai. Depa nak pindahkan kedai di ground floor dan move ke tingkat 1. Fokus business lepas ni interior design, yang akan diterajui oleh anak perempuan beliau. Puan Halina nak berehat katanya :) 

Seronok bila tengok business berkembang dan diteruskan oleh generasi seterusnya. And the best part, new generation ni bawa idea dan perubahan baru, which will make the business sustain, survive & progress.

Pn Halina kata nak clear semua 😍
Perabot² dalam ni mostly wooden furniture, deco items pun banyak, mostly English style


Ummi plan nak pergi semula sebab that day dah lewat petang kami pergi, lepas Asar. Nak cari small items untuk deco rumah. Ada few lukisan yang menarik perhatian Ummi juga. 

Ada rezeki nak pasang diamond mirror ni. 
Belum ambil ukuran, kemudian nak minta quotation dulu dengan Pn Halina. Dah ada anggaran kos tu bolehlah pelan² menabung. 

Ini cash & carry je.
Berkenan tapi itulah, tak tau la jadi rezeki Ummi ke tidak. Tiba² ada komitmen lain pulak 😅 Takpelah kita yakin dengan aturan rezeki dari-Nya. If it's meant to be yours, it will be yours. Gitewww :D 

Clearance sale ni sedang berlangsung. Dalam masa yang sama renovation pun depa dah slowly start dekat tingkat 1 tu. Bahagian renovation suami Pn Halina yang handle. All under one roof; reno/build, ID, furnishings semua depa boleh buat 👍🏻

Kata Pn Halina nanti ofis baru dah siap, takdelah offer murah² ni. Alamak, kena cepat² la grab mana yang berkenan tu :D 

Boleh la cuci² mata dekat TT diorang (H&A Craft) atau datang terus ke kedai depa. Sebelah² Maybank Sri Gombak tu je. Kot la ada yang berminat 🤗