Wednesday 20 November 2013

Let's Shopping!



Macam menarikkan? Nasib baik saya masih dalam pantang...he he...selamat duit...:) uols yang berkelapangan jangan lupa...saya teringin nak ke MICF tu sbb banyak aktiviti utk kids... dengarnya ada disediakan nursery juga utk kids 3-5 years. Senang hati ibu ayah nak bershopping kan.


Enjoy! 

Saturday 16 November 2013

Sayangkan Balqis Tinggal-Tinggalkan...


Kesian  Balqis, baru je 18 hari dah ditinggalkan Walid. Actually kesian kat Umi dia...:p. Ini first time hubby outstation masa saya dalam pantang. Alhamdulillah ada Mak yang sudi meneman dan membantu esp bab menguruskan Abang & Angah.

This time hubby outstation 3 hari je.. Kali ini ke Sarawak & Sabah. Cuak dan bimbang juga saya bila dengar ada kes pembunuhan dan penculikan warga Taiwan di Semporna. W/pun jauh dari KK bimbang tetap ada. Bertambah risau bila hubby wassap gambar flight MasWing yg dia nak naik. Teringat pulak tragedi pesawat milik MasWing yg terhempas baru2 ni.

Alhamdulillah hubby dah pun selamat sampai. Macam-macam buah tangan yg dibawa - baju utk anak2, kain batik utk Mak, stock ikan bilis dll. Alhamdulillah rezeki...





Tuesday 12 November 2013

Happy 5th Birthday Abang!


Alhamdulillah genap usia Abang 5 tahun. Syukur hanya pada Allah yang menganugerahkan Abang buat kami suami isteri.

Kek Ben 10 ni Abang beli dengan Walid di kedai kek Hidayah. Umi kan tengah berpantang...:p Kalau Umi ikut Umi mesti cari kek lain sbb sblm ni dah pernah beli kek Ben 10 utk bday Abang.

Apapun Umi doakan Abang sentiasa dilindungi Allah, membesar sbg anak yg soleh, pandai mengaji, jaga solat dan berakhlak mulia.

Last but not least, Umi love Abang till Jannah!

Saturday 9 November 2013

Balqis Sufya


Alhamdulillah, hari ni genap 14 hari usia anakanda Balqis, puteri pertama kami. Izinkan saya mencatat sedikit sebanyak pengalaman melahirkan Balqis sebagai kenangan di hari tua.

"So, dah pilih tarikh?" tanya Dr S ketika kami berjumpa beliau ketika kandungan mencecah 36 minggu. Dr S kami pilih menggantikan Dr D yang kebetulan bercuti hari tu. Dengan penuh confident, hampir serentak saya dan suami bersuara "ikutkan 8/11 la Dr" sambil merujuk kepada EDD saya.

"Tak boleh tunggu, nanti kalau berlaku contraction kita khuatir jahitan lama tu terbuka" terang Dr S.
.
"kita set 28/10 la ye" sambung Dr S sambil nenunjuk kpd kalendar di atas mejanya. "oklah doktor", celah suami saya pantas. Amboi semangat betul...:p Sedangkan dlm hati saya dok berkira2 lagi, kalau boleh nak nego lagi...he he... sempat jgk saya mencelah "1/11 xleh ke doktor?". " kita khuatir kalau u start contraction, nanti parut lama tu pecah, bahaya utk u & baby", jelas Dr S. 

Setelah mencapai kata sepakat, saya dinasihatkan oleh doktor utk berpuasa bermula jam 12 t/mlm sehingga selesai pembedahan. 

Selepas mendaftar masuk wad, nurse mula menyiapkan saya utk pembedahan - ambik tekanan darah, pasang tiub kencing dll. Sekitar jam 10 pg saya disorong ke OT. Kali      ini saya lebih tenang & bersedia jika nak dibandingkan dgn 2 proses kelahiran sebelum ini. 

Alhamdulillah tepat jam 11 pg lahirlah puteri saya disambut laungan azan dari kaset yang dipasang. Tercapai hajat kami suami isteri utk menimang anak perempuan kali ini. Syukur pada Allah. 

Pengalaman mengandungkan Balqis adalah yg paling mencabar buat saya setakat ini. Berminggu-minggu saya MC, cuti tanpa gaji, masuk wad serta dehydration yg sgt teruk hingga berpuluh botol air & vitamin yg dimasukkan ke dlm badan. Hingga hari kelahirannya saya masih mengalami alahan . Namun segala keperitan itu seolah2 hilang tatkala menatap wajah comel Balqis. 

Angah & Balqis

Abang & BalqisS

Semoga anak-anak Umi membesar sebagai penyejuk mata Umi & Walid.