Friday 31 May 2019

Iftarc@ The Intercontinental Hotel, KL II


Untuk tahun kedua berturut-turut kami sekeluarga memenuhi jemputan Mr A untuk berbuka di Hotel Intercontinental. Rezeki jangan di tolak, musuh jangan dicari :)


Tahun lepas the traffic was so bad that 
we took almost 2 hours to reach the hotel. This year, we decided to board the LRT. Lagipun the 'gathering' was on Tuesday. Lagi haru kalau nak drive after office hours. Seronok sungguh the kids bila sesekali dapat naik train. 

Seronok berdiri dalam train. 

After one year, we met again. The kids were so excited, obviously for two reasons; meeting Uncle A who is forever friendly and welcoming and the food served of course. They still remember how good the iftar session with A last year and definitely (and eagerly) looking forward for this one.


Seperti biasa, juadah yang disediakan di hotel bertaraf antarabangsa ni tak pernah tak sedap 😄. Rasa nak makan semuanya. Lagi pula orang belanja. Bertambah sedap rasanya haha... The food, ambiance and the excellent host made the night one a memorable one. 



So nice of A, sharing with us his customised ala-carte fried kuey tiau

For dessert, he served this ABC for me 😋

Jumpa Kak Ros dan Boboiboy :) 

Thanks a lot A for the treat 💐💐💐. Hope to see you again. 

Thursday 30 May 2019

Cerita Orkid dan Teman Sejati.



Ahad lepas Ummi bersama bff Ummi, Fang ke Banting menziarahi seorang teman rapat kami, S yang kini bergelar ibu tunggal. Selain nak bertanya khabar, bertemu muka tujuannya juga nak menyampaikan sumbangan hari raya hasil sumbangan rakan-rakan se-uni dulu. Asalnya ramai yang nak join but at the end only two of us with our family je yang available. Alhamdulillah Walid pun tak banyak soal bila Ummi ajak temankan sebab S pun kawan Walid juga.

Tapi itulah nak buat baik pun ada juga ujiannya 😅 elok je nak gerak, Fang call bagitau tukar program. Jumpa S pukul 11, bukan pukul 9. S ada urusan di luar. Alang-alang dah start enjin kereta, kita jalan je kata Walid. Berpusing-pusinglah kami tanpa haluan just to kill the time. Dari pukul 8 ke pukul 11 berapa jam tu?

Hah ini dekat Showroom Rahman Brothers, Batu 3 Shah Alam. Ahad kedai katup rupanya. Patutlah tak ade salesman datang entertain kitorang. Ingatkan depa taknak layan kami 😆😆😆


Hitam ka putih? 
Dua-dua Ummi suka 😍


Sampai di Banting belum pukul 10. Nampak ada pasar pagi, singgahlah sekejap. Since semua kelengkapan raya dah almost complete, tak beli apapun. Except for the boys, depa beli Beyblade seketul sorang. Banyak masa lagi. Masuk kedai bunga ni. Adoi memang cari pasal! Rambang mata Ummi tengok bunga cantik-cantik belaka especially orkid hiasan. Sekarangkan orkid tengah 'in'. Harga pun jauh lebih murah dari online. Material/kualiti  maybe lain tapi Ummi tak kisah pun. Janji cantik di mata Ummi. Dan harga mampu milik.


Dah dapat bunga cantik macam ni terus lupa kena 'game' dengan diorang berdua tu 😆


Finally, pukul 12 lebih baru S sampai. Dah tu boleh pula terlupa house key dalam kereta dia. Dia balik naik kereta member dia. Bertuah sungguh kawan Ummi sorang ni. Lepaklah kami di surau berhampiran rumah sewanya. Kalau kami bertiga berjumpa memang masing-masing berebut-rebut bercakap. Pastu pakat ketawa.

Pukul dua barulah berpisah. Sekali imbas, rasa macam lamanya masa kami terbuang that day. But, when I looked back it was a well spent time. Syukur I'm able to make myself available for her. A friend in need is a friend indeed. Moga ukhuwah kami kekal till jannah. Salah satu golongan yang beroleh naungan di hari kiamat ialah mereka yang bersahabat kerana Allah Taala. Doa Ummi kami bertiga termasuk dalam golongan tersebut aamiin.

Friday 24 May 2019

Adik turned 3 years old 🎈🎈🎈


Nak cakap "cepatnya masa berlalu... " so cliche right? Tapi itulah hakikatnya. Sekejap je Adik dah 3 tahun. Dari baby sekarang dah toddler. Mulutnya pun dah petah sangat dan makin panjang akalnya. Cayang Adik 💝💝💝

Sambutan birthday Adik kali ni lebih istimewa. It was celebrated outside KL. Sejak 2 hari lepas kami berada di luar kawasan, ikut Walid outstation. Kemana tu? I'll share later insha Allah.

On that special night, Walid made a reservation at one of the top restaurants here for iftar-cum-birthday celebration. Asal ada birthday cake tu dikira 'celebration' for us :)

Hadiah dari Abang, Angah dan Kakak.


Kakak used her 'expertise' to make a lovely birthday card.



Abang bagi buku tulis sebab Adik suka melukis/mewarna. Bolehlah Adik mencurahkan ideanya dalam buku tu hihi... Angah pula bagi buku cerita, which was nicely wrapped by him with Walid's instruction. He brought along the wrapper all the way from Gombak. So sweet 😍😍😍

The celebration was more meaningful to us because the restaurant staff gave us a surprise when they noticed that we brought a birthday cake. They played a birthday song and sang the song together. Adik was overjoyed. Her Ummi? She was so delighted until she forgot to take pictures of the moment. Sorry guys :( but I managed to record the moment. Here are the screenshot from the video;




Thank you Horizon Garden Seri Manjung for making Adik's birthday more meaningful and special. Definitely we are honored and touched.


To Adik dearie;
Ummi Walid doakan adik sentiasa jadi penghibur keluarga, sentiasa dilindungi dan dirahmati setiap langkahmu, berjaya, bahagia dan selamat di dunia dan akhirat aamiin.

Sunday 19 May 2019

Persiapan Raya pt 1


Sekejap je kan, dah masuk pertengahan Ramadhan. Tak lama lagi dah nak raya. Rasanya ramai yang dah mula buat persiapan raya kan? Ummi pun sama. 

Jom tengok persiapan raya kami;

1. Baju raya pertama
Yang ni memang top of the list. Every year, before Rejab (guna bulan Islam, senang nak refer sebab tak berubah. Puasa tetap bulan Ramadhan hikhik) baju melayu Walid dan Abang dah siap hantar tailor. Once dah beli kain baju melayu Walid tu, kira confirmlah warna tema for that year. Kalau beli kain untuk Ummi dulu, ada possibility untuk berubah haha... Baju Ummi pula depends, kalau nak tempah hantar time ni juga. Kalau rasa nak beli ready made, tunggu bulan Syaaban kita beli. Sebab time ni butik/kedai dah mula keluarkan stock baju raya. Begitu juga baju untuk Angah and his sisters. Jaranglah kami nak shopping di bulan puasa kecuali accessories pelengkap gaya. 

2. Booking homestay/hotel
Apa daya, rumah pusaka dah jadi milik orang. Jadi, untuk bermalam di kampung Ummi kami kenalah book homestay atau hotel. Sejak anak-anak dah makin besar ni, kami prefer homestay. Selesa, bak beraya di rumah sendiri. Kadang tu jadi tempat kami berkumpul adik beradik juga. Ini pun done. Dua bulan sebelum puasa dah booking. Bukan apa, demand tinggi untuk homestay di musim raya ni jadi kena awal. Nak tumpang bermalam di rumah saudara mara pun faham lah, time raya anak cucu depa pun pakat balik. 

3. Duit raya
Duit raya pun Ummi dah tukar. Biasanya habis minggu pertama puasa tu, dah boleh tukar duit. Bab yang melibatkan pihak ketiga ni, Ummi memang pantas. Tak suka last minute nanti kena ke sana ke mari nak tukar duit.

3. Baju kasual
Jumlah baju kasual ni bergantung kepada jumlah hari kami akan spend di kampung nanti. Biasanya 3-4 helai. Untuk anak-anaklah ni. Tapi tidaklah Ummi beli serentak untuk 4 orang permata hati tu. Beli bila ada sale, then simpan. Kalau ada keperluan untuk pakai awal, contoh kenduri dsbnya pakai je. Untuk raya beli ganti semula .Means depa sentiasa ada baju baru untuk special occasions. Yang murah-murah je. 

Dulu Ummi suka ke warehouse sales. Banyak choice and affordable price. But after some times, Ummi tengok harganya makin tak berbaloi. Dan pilihan pun limited. So, in recent years Ummi kembali membeli di shopping malls. Biasanya di Aeon. Selain offer yang berbaloi, lately Aeon (Ummi baru tau since late last year, during Xmas sale) akan lelong baju  serendah rm5 hingga rm20. Akan ada rak khusus yang diletakkan di ruang yang strategic untuk dilihat pelanggan. Cubalah ushar. Ada placard besar depa letak; rm5, Rm10, Rm15 dan rm20. Time nak bayar tu, minta cashier check dulu price. Sebab adakala, tercampur juga dengan not for sale items. Ummi dah banyak kali shopping items ni. Last year, Ummi dapat grab baju kurung brand Puteri dengan harga Rm15 je sepasang! Harga asal rm75. Blaus pun sama, Rm15 je from harga asal rm60 plus. Biasanya offer ni depa buat during festive season. Lagi satu in between raya puasa and raya haji (bulan Zulkaedah) pun ada offer best juga. Nak clear stock baju raya. Time ni baju kurung, dress are offered at 50% discount. 

Seluar Adik ni hanya rm5 sehelai. 

Tengoklah harga asal, close to rm50.
Harga offer hanya rm10 dan rm15 for seluar dan baju respectively. 

Catch of the day!
Dress Adik ni rm10 je 😍

4. Kuih raya
Bab ni kena tunggu ada mood dulu. Biasanya last 10 days of Ramadhan. Orang sibuk kejar Lailatul Qadar, Ummi sibuk buat kuih raya 🙄 Macam tak tahu, kuih raya Ummi kan simple je semuanya; popia cheese, popia nestum itu je... Tak banyak masa pun nak sediakan. Insha Allah malamnya masih punya tenaga untuk beribadah. Pandai-pandailah manage our time ye ibuk-ibuk. Eh, lupa. Ummi dah beli kuih tunjuk-tunjuk 2 balang 😊

5. Aksesori raya

Kasut raya untuk Adik.
Beli di jualan Poney last week.
Aksesori ni termasuklah songkok, kasut, tudung, brooch, butang baju melayu dsbnya. Ini last minute biasanya. Malam raya ke... Sambil jalan-jalan cuci mata dekat bazar raya, kadang tu 'ter'beli juga kalau 'ter'berkenan. Cuma kasut, tudung tu beli awallah kalau perlu. Takdenya malam raya baru gigih nak cari tudung matching dengan baju raya. Kalau tak jumpa, tak ke naya pagi raya pakai baju & tudung tak matching color? Confirm mood beraya ke laut. Hah, lagi satu masuk kategori aksesori ni handbag raya. Ish, macam-macam kan orang pompuan ni.

Kalau dah begini, memang kena beli barulah kan?

6. Perabot raya
Tahun ni tak tukar langsir huhu.. Sofa pun tak tukar. Tapi nak juga benda baru haha... Beli je kerusi meja ala garden set tu. Janji ada item baru kat ruang tamu tu. Alhamdulillah Walid penyabar orangnya. Layan je karenah Ummi ni. 


7. Kereta raya
Kalau dapat yang ni memang raya sakanlah. Tapi, belum rezeki kami lagi nak beli kereta baru raya ni. Tapi pernah merasa pakai kereta raya few years back. Time tu, kembang kuncup hidung bila saudara mara asyik tegur kereta baru je haha... Memang raya sakan tahun tu. Ziarah sana, ziarah sini sebab seronok naik kereta baru. 

Seronok bercerita pasal raya ni kan. Tapi, jangan dilupa. Ramadhan bakal meninggalkan kita. Harapnya kita dapat mengisi ruang dan peluang yang ada dengan sebaik-baiknya. Banyak juga berita sedih yang kita dengar; pemergian Ust Hassan Din Al Hafiz beberapa hari sebelum Ramadhan, pemergian bekas rakan sekerja Ummi, pengasas Dnars, Hjh Faziani Rohban Ahmad dan Chef Adamdidam di bulan mulia ni. Semuanya mengingatkan kita bahawa kematian itu satu kepastian. Dan ianya sangat dekat :(
Al fatihah untuk mereka. 


Thursday 16 May 2019

Daun lengkuas pun boleh...rupanya


Nama je orang kampung Ummi ni... Tapi tak tahu pun daun lengkuas tu boleh dijadikan pembalut/alas/pelapik untuk bakar ikan. Kalau daun pisang tu tahulah Ummi. Kalau tahu dah lama togel pokok lengkuas belakang rumah tu hihi...

Kangkung dan daun lengkuas. 

Ini pun semalam Ummi teringin nak makan ikan bakar untuk berbuka. Carilah resepi... Aduh, nak bakar ikan je pun tanya Google 😊 Berkenan dengan air tangan Puan Zuhaida. Ikan bakar simple garam kunyit macam ni memang kegemaran Ummi. Menurut Pn Zuhaida, daun lengkuas pun boleh digunakan untuk bakar ikan. Terus onz la buat ikan bakar. Jika daun pisang agak mudah terbakar, tapi daun lengkuas lebih tebal dan liat. Bila ikan dah masak pun, ada bahagian daunnya yang masih hijau. Cuma aromanya tak seharum daun pisang. Takpe, yang penting rasa :D 


Lepas ni, Ummi dah tak payah 'fenin' cari daun pisang buat bakar ikan. Ambil je daun lengkuas belakang rumah tu. Nak guna untuk mandi masa berpantang (satu lagi kegunaan daun lengkuas) dah tak kot :p

Tuesday 14 May 2019

Al Fatihah ~ Bro Najib



Terkedu Ummi bila mendapat perkhabaran bahawa seorang bekas rakan sekerja kami, Bro Najib telah kembali ke rahmatullah menjelang Maghrib semalam (8 Ramadhan 1440). Baru pagi ni berita pemergiannya di maklumkan. Muda lagi arwah, belum 40 pun usianya. 

Perginya dalam keadaan mudah, meninggal di dalam tidur sewaktu menunggu waktu berbuka. Allahu! Mulianya pengakhiranmu, pergi dalam bulan puasa yang mulia. Menitik air mata Ummi bila ex-boss mengucapkan titipan berbunyi "syurga firdaus insha Allah aamiin ya rabb" Dalam sebak ada rasa cemburu, cemburu untuk beroleh pengakhiran semudah dan semulia ini. Apalah agaknya amalan arwah yang membolehkannya mendapat keistimewaan ini.

Sepanjang mengenali arwah, orangnya biasa-biasa je. Tapi bibirnya sentiasa dihiasi senyuman. Suka bergurau, gurau bertempat pastinya. Bicaranya santun dan lembut. Arwah ni suka makan. Selalu diajak Ummi dan rakan sekerja lain keluar makan. Sanggup arwah jadi driver asalkan ada teman makan.

Suatu ketika, arwah bersama seorang lagi rakan sekerja, Bro Hafiz ditugaskan ke Langkawi mengendalikan satu program high level bertaraf international. Para peserta pun terdiri dari bosses berpangkat GM ke atas. Cerita arwah, suatu malam mereka diajak oleh seorang peserta dari Middle East untuk menikmati seafood di sebuah restoran mahal. Lepas habis makan, datanglah waiter membawa bil. Ummi ingat lagi kata arwah " saya dah berpeluh dah kak... Takde duit nak bayar. Saya pandang Hafiz, dia pandang saya..." Haha... Itulah time makan tak ingat, time nak bayar baru cuak :D rezeki depa malam tu, peserta tu yang bayar. Apalah sangat 400 ringgit tu bagi orang berpangkat macam Pak Arab tu kan. He treated them sebab dia seronok dengan layanan first class team kami agaknya. 

Seronok berborak dan bertukar fikiran dengan arwah. Dia tahu banyak benda; general knowledge, politics, sukan semua perkara boleh sembang. Tak pernah nampak dia marah. Kalau tertekan pasal kerja pun, arwah lebih suka mendiamkan diri. Jujurnya Ummi hanya teringat perkara baik tentang arwah. Semua orang mengenang arwah sebagai insan yang baik.

Coretan sahabat arwah. 
 Memang arwah insan terpilih. 

Ya Allah! Ampunilah dia, tempatkan dia bersama para solehin. Berilah kekuatan, kemudahan dan perlindungan kepada isteri dan anaknya serta keluarga yang ditinggalkannya. Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.

Sunday 12 May 2019

Selamat Hari Ibu, Ummi 💝💝💝


Berbunga-bunga hati Ummi hari ni bila anak-anak pakat bagi hadiah sempena Hari Ibu hari ni. 

Jumaat lepas Abang dengan Angah minta duit lebih sebab nak beli hadiah. Beli dekat kedai buku sekolah je. Kakak pula macam biasalah, buat kad ucapan. Sebab dia takde duit poket juga tak ke kedai. Di Pasti tu ada jual honey stick je. Boleh je bagi duit untuk Kakak beli, tapi dia nak buat kad. Sajalah Ummi tak bawa depa ke kedai sebab Ummi nak depa usaha sendiri dapatkan hadiah tu. Tak kisah hadiah apa pun, biar depa decide dan plan sendiri. Adalah element surprise sikit untuk Ummi hehe...


I love this card wholeheartedly. Gambar Ummi dengan Kakak ni was taken during raya 2014. She was born in Oct 2013, so next raya tu terus tempah baju raya pink haha... Dah lama Ummi teringin nak pakai pink for raya. Tapi Walid not so keen sebab depa bertiga kan satu geng, lelaki. Tapi bila Kakak lahir je, hah terus setuju. Excited la tu dapat baby girl.
Pencil bunga ros tu dari Angah. Biru pun birulah Angah. It's the thought that counts.

Abang bagi pen. Ummi memang suka pen ni. Selalu Ummi 'rembat' pen dia. Actually dia pernah belikan Ummi  2-3 batang pen ni untuk kegunaan Ummi sebelum ni. Untuk Mothers Day ni pun dia bagi lagi.

Adik? Bila Ummi tanya, mana hadiah dari Adik, dia cakap "Adik kan kecik lagi..." OK Adik, Ummi tunggu hadiah Adik bila Adik besaq nanti :D


Ya Allah peliharalah anak-anak ku ini. Jadikan mereka penyejuk mata hati kami selamanya. Aamiin.

Saturday 11 May 2019

Ada bakat nampaknya 😍


Kusyuk sungguh Ummi tengok Adik mewarna  semalam. Mula tu dia minta tolong Ummi lukis (Robocar) Poli haha... Ummi hantam sajalah kekdahnya. Mujur juga Adik tak kisah walaupun tak berapa nak iras langsung dengan Poli. Janji dia boleh color. 


Bukan setakat Poli, Amber dan Heli pun Adik minta Ummi lukis juga. Apadahal, Ummi dia serba boleh 😆😆😆. Yes, as a mother I'm wearing many hats. Semua mak-mak gitulah kan. Selagi boleh dipenuhi permintaan anak2, selagi itulah kita usahakan ye dak? 

Boleh tahan juga Adik mewarna. Dah nampak rupa apa yang diwarnakannya dan dah kurang banyak color terkeluar line. Syabas beti!
 

Tuesday 7 May 2019

Tuai pahala dengan pucuk ubi, buah belimbing


Dua tiga malam sebelum Ramadhan, Abang dan Angah bawa balik pucuk ubi seorang seberkas. Ada hamba Allah yang pemurah sedekahkan untuk jemaah surau. Selain pucuk ubi, dibungkus bersamanya beberapa batang serai. Agaknya hasil dari kebun sendiri ni.


Mula tu ingat nak sedekahkan seberkas tu pada Mak Bee tapi asyik tertangguh je. Jadinya, Ummi ambil kesempatan untuk panjangkan sedekah hamba Allah tu dengan memasak pucuk ubi tu. Buat masak lemak dan kongsi hasilnya dengan jiran-jiran untuk berbuka. Lagi ramai dapat merasa, lagi banyak harapnya pahala yang mengalir. Lagipun memberi makan kepada orang yang berpuasa, pahalanya seperti orang berpuasa tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut (dari HR Al Tirmizi). 
 

Bagi sekali dengan Puding Susu Oreo Ummi tu. Resepi rujuk SINI ye. 

Pucuk ubi tu ada lagi seberkas. Hujung minggu ni Ummi dah plan nak buat masak lemak sekali lagi. Kali ni nak hantar ke surau pula. Moga berpanjangan pahala orang yang sedekahkan pucuk ubi ni.

Anak-anak pula cuti sambut awal Ramadhan jadinya Ummi tugaskan depa sebagai runner hihi... Adik pun kalut juga nak ikut abang kakak hantar makanan kat jiran-jiran. Seronok tengok gelagat anak-anak. Teringat kenangan Ummi kecik-kecik dulu. Time hantar juadah kepada jiran-jiran paling dinanti. Paling seronok bila dapat balasan hehe... Dulu-dulukan amalan bertukar juadah tu jadi kelaziman. Yang bestnya, kalau buat kuih tu sejenis je, tapi time berbuka nanti berjenis-jenis jadinya. Masing-masing 'balas bekas'. Biasanya kuih muihlah yang di sedekahkan sebab lauk pauk limited... Lagi pun kami sekampung masing-masing hidup tak berapa nak senang, berbuka ala kadar je. Takde yang istimewa pun kecuali kuih muihlah yang extra & special bila tiba bulan puasa. Kuih muih popular di kampung Ummi that time was agar-agar merah dengan buah melaka. Memang hari-hari ada je yang membuatnya. 


Ini pula 'kerja' Maksu 😁
Masak sambal hitam kemudian sedekahkan pada geng sekolah dia. Untuk kami pun ada juga. Katanya dah di pos :) 
Buah belimbing buluh untuk sambal hitam tu depa anak beranak kutip di kebun Tok Ayah. Harapnya mengalir pahala pada Tok Ayah juga. 


Geram tengok buah belimbing yang chubby tu 😆

Ummi share ni sekadar nak kongsi. Manalah tahu, ada yang nak bersedekah tapi segan, teragak-agak dsbnya sebab sedekah benda biashe-biashe je bolehlah ambil inspirasi. Dengan yang biasa tu, kita cuba jadikan luar biasa, dengan bersedekah 🤗 

Tak perlu risau dengan pandangan manusia, pandangan Allah yang utama. Jomlah kita rebut peluang sempena bulan mulia ni untuk melakukan sebanyak mungkin kebajikan.

Monday 6 May 2019

Puding Susu Orea


Resepi 15/2019 
Puding Susu Oreo 


Hari ni Ummi nak share resepi pencuci mulut yang sesuai untuk berbuka. Anak-anak mesti suka sebab guna biskut Oreo. Resepi ni Ummi salin dari portal Dari Dapur. 

Mudah je, macam buat puding susu juga. Cuma tambah biskut Oreo untuk kelainan, sesuai dengan namanya.

Bahan-bahan pun mudah didapati. 

Credit Sumber: Dari Dapur 

Caranya:
1. Basuh dan rendam agar-agar lebih kurang 30-40 minit. 
*Ummi rendam 45 minit. 

2. Didihkan air. Toskan agar-agar dan masukkan ke dalam air yang mendidih. Kacau hingga agar-agar larut. 

3.Masukkan susu pekat, susu cair dan gula batu. 
*Ummi tambah gula pasir sebab kurangkan susu pekat dan gula batu juga tak mencukupi. 

4. Kacau hingga gula larut. Tutup api. Tapis ke dalam jug/bekas bermuncung agar senang di tuang ke dalam acuan pilihan. 
Patahkan dan susun biskut Oreo dalam acuan dan tuang agar-agar tadi diatasnya. *untuk bekas kecil ni Ummi letak 1 biskut satu bekas. 

5. Biarkan sejuk sekitar 15-20 minit baru masukkan ke dalam peti ais. Simpan 3-4 jam sebelum di makan. 

Ummi masukkan dalam bekas plastic kecil supaya senang anak2 nak makan. Terpulang pada kreativiti masing-masing 😁


Selamat mencuba!

Sunday 5 May 2019

Nostalgia Ramadhan ~ Menanti Pengumuman Puasa.


Hanya beberapa jam lagi, jika diizinkan-Nya akan bertemulah kita dengan Ramadhan, bulan yang penuh rahmat. 

Dulu-dulu masa Ummi masih di alam sekolah rendah, waktu paling dinantikan menjelang ketibaan Ramadhan ialah pengumuman tarikh puasa oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. 

Sebelum adanya bekalan elektrik di kampung kami, pengumuman hanya diperolehi dengan mendengar radio kecil yang berfungsi menggunakan bateri. Itu pun hanya beberapa orang sahaja yang mampu memiliki radio ketika itu. Salah seorang darinya ialah Wan Lang, sepupu merangkap jiran terdekat Tokwan. Bila dengar kata puasa, Wan Lang akan 'mengeloi' (melaung) memaklumkan kepada jiran-jirannya tentang tarikh puasa. Bila bekalan elektrik disalurkan di kampung kami pada pertengahan tahun 80-an (kalau tak silap), Wan Lang juga satu-satunya penduduk yang memiliki TV. TV hitam putih. Bila dah ada TV, kami beramai-ramai akan berkumpul di rumah Wan Lang menonton pengumuman puasa.

Waktu tu memang thrill nak tahu tarikh puasa/raya sebab bergantung sepenuhnya dengan pengumuman Penyimpan Mohor Besar. Disebabkan itu, nama, wajah dan suara beliau terakam dalam ingatan hingga kini. Al fatihah untuk Allahyarham Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah. Dari Ummi kecil sampai dewasa memang beliaulah the one and only Penyimpan Mohor Besar yang dikenali sehinggalah beliau kembali ke rahmatullah beberapa tahun lepas. 

Kalau hari hujan atau mendung, kami biasanya mengagak bahawa anak bulan tak kelihatan. Tak pernah terfikir bahawa jika di puncak Gunung Jerai (salah satu tempat melihat anak bulan) tak kelihatan anak bulan, bukan satu Malaysia tak nampak anak bulan. Mungkin anak bulan muncul PD! Maklumlah keterbatasan maklumat, komunikasi dsbnya memberi ruang untuk berspekulasi. 

Bila tiba waktu berbuka pula, kami akan menadah telinga mendengar paluan gendang raya dari masjid. Ianya dipanggil gendang raya kerana saiznya yang besar. Hari raya hari besar, gendang raya gendang besar 😁 Rumah Tokwan paling hampir dengan masjid, jadi bila dengar paluan gendang yang sayup-sayup je bunyinya, Tokwan akan 'keloi' Wan Lang "Boleh buka (puasa) dah". Wan Lang pula akan memanjangkan info kepada Wan Kob dengan cara yang sama. Masalah akan timbul jika hari hujan. Tak dengar bunyi gendang! 

Zaman sekarang maklumat semuanya di hujung jari. Nak tahu tarikh puasa/raya, waktu solat dsbnya sangat mudah. Just a click away. Tarikh puasa/raya tahun depan pun dah 'confirm' 🤭

Selamat berpuasa buat semua teman pembaca blog Ummi. Jom tingkatkan amal, perbaiki puasa kita serta berazam untuk 'graduate' dari madrasah Ramadhan dengan cemerlang. 

Credit source. 


Saturday 4 May 2019

Sambutan Hari Guru 2019


Semalam hari terakhir persekolahan sebelum masuk bulan puasa. Sekolah Abang Angah dan Pasti Kakak buat sambutan hari guru hari semalam. 


Sekolah Abang Angah sebenarnya sepanjang minggu lepas ada aktiviti sempena hari guru. Jumaat ni kiranya kemuncak sambutanlah. Isnin lepas semua murid mengundi, pilih pemenang (di kalangan cikgu2) untuk anugerah hari guru. Tahun ni buat ala GE. Siap celup jari dengan dakwat. Tapi bukan dakwat betul, air sirap je haha...

Dan 'colan-colannya' ... 


Guru paling popular dulu selalunya Muallim. Sekarang muallim dah Muallim dah pindah, Rezeki Ust Hafiz pula.

Pasti Kakak pula ada jamuan. Ummi buat kek coklat kukus dengan sediakan fruit platter. Sambil sambut hari guru, ada juga sambutan birthday anak2 dari bulan 1 - 6. Jenuh makan kek lah hari ni :D tapi sayangnya Kakak tak sihat. Asyik demam, muntah. Tapi pergi jugalah sekolah semalam, nak jumpa cikgu2 bagi hadiah.



Biasalah bila ada acara kat sekolah anak2, Ummi lah orang paling sibuk hihi... Sibuk sediakan hadiah, food dsbnya. Takpelah, setahun sekali je nak raikan guru2. Bukanlah lain hari tak hargai jasa cikgu , cuma this is their special day. Put effort sikit. Moga berkat ilmu anak2 dapat.

Ada yang dapat stationery, ada yang dapat kurma, ada yang dapat dua-dua. 

Kek Kukus Coklat Ummi buat dalam bekas plastic. Sebab tahu banyak food, nanti tak termakan. Budak2 kan banyak mana sangat makannya. Letak dalam bekas macam ni senang cikgu nak tapaukan untuk murid-murid.


Selamat Hari Guru!
Terima kasih cikgu-cikgu 
💖💖💖