Wednesday 28 February 2018

I'm cute, I'm adorable, I'm montel... I yam mee 😝


Nampak tak si montel tu? 

Tak tahulah ini yang ke berapa dah menyinggah tumpang rezeki kat sini. Umi ni jenis kesian, hati tisu. Kadang tu bila geram Umi buang juga. Kadang tu tangkap bagi anak2 bela/main. Bila dapat kat angah nanti diletaknya atas lori pasir, tolak ke sana sini. Bila tanya nak bawak ke mana tu? "Pegi zoo lah, mana lagi" 😊

Pernah je Umi biarkan je dia meratah pokok limau Umi sampai togel pokok tu dikerjakan 😇 kadang dilemma juga sebab budak2 ni lah. Umi janganlah buang, nak belalah...nak tunggu jadi rama2 lah...sebab tu in most cases Umi biar je. At least they could learn about a butterfly life cycle. Belajar untuk sayangkan binatang, care about environment, belajar kaitan hidup antara makhluk. 

Biarlah dah rezeki dia kat pokok limau Umi ni. Tambah2 kalau dah bulat montel macam ni memang Umi tak buang. Rasa sayang pulak 😆 


One more thing yang Umi pun belajar juga dari ulat beluncas ni...once dia dah jadi rama2 dia akan datang balik kat sini. Selalu Umi nampak rama2 cantik2 terbang kat pokok ni. Rasanya dari beluncas yang Umi 'bela' ni agaknya. Wallahua'lam. Yang pasti anak2 akan jerit "rama2 kita...rama2 kita" so excited :) 


Sunday 25 February 2018

Mexico ~ Hotel-hotel yang disinggahi...


Lama terperam akhirnya up juga sambungan cerita Walid ke Mexico. Kali ni Umi nak share pasal hotel2 yang disinggahi sepanjang 2 minggu di sana. Singgah sebab transit, menginap sepanjang outstation juga semasa melancong di Merida & Cancun. 

1) Courtyard by Marriott
 Mexico City International Airport



Walid stay semalam di hotel ni sementara nak tunggu flight ke Carmen next morning. Domestic flights ke Carmen tu twice a day, morning and evening flight. 

Hotelnya biasalah macam hotel kat sini juga. Facilities semua lengkaplah. 

2) Hampton Inn
Ciudad del Carmen








Di hotel ni lah Walid stay sepanjang di Carmen. Cantik hotel nya. Jadi pilihan expat sebab lengkap dengan swimming pool, gym, laundry selain standard facilities yang lain. 

Dapat lepak tengok sunset best ni 👍👍👍



Pilihan breakfast includes roti, cereal, kentang, buah, camtulah for Muslim guests. Since Fad dah several years there, dia banyak guide on the food selection. 


3) Hampton Inn by Hilton
Merida


Punyalah banyak  rangkaian hotel Hilton dekat Mexico ni. Mana2 pegi je mesti ada 'Hotel X by Hilton'. Lagi satu yang glamour Marriott hotels. Sampaikan Walid pun dah signed up as their member. Adalah points yang diberi bila kita check in dekat rangkaian Hilton ni around the globe. 

Dah namanya Hilton, complete lah segalanyakan... 

4) Hilton Hotel
Mexico City  International Airport




Hilton lagi 😊

Agaknya dah selesa dengan jenama hotel ni kot di samping nak collect point itu yang check in sini pula before flew back. Walid booking for day-use je sementara tunggu afternoon flight ke Amsterdam sebab depa dari Carmen pagi. Baik lepak hotel dulu dari melangut je dekat airport tu. Sempat lah tido seround :D 


Wednesday 21 February 2018

Kenduri 06/18 ~ kenduri sabtu bukan ahad awok 😊



Bila k.ani datang menjemput tu, dia ada sebut "datang ye awok, kenduri 17/2 ni...hari ahad". Umi angguk je sebab excited jumpa k.ani ni sebenarnya. Dah lama tak nampak kelibatnya. Rupanya dia kurang sihat lately. Moga diberi kesihatan yang baik ye k.ani...

 Lepas k.ani balik tu Umi terus sambung kerja di dapur hinggalah telefon berdering. Rupanya k.ani, nak betul kan info pasal kenduri tadi. "Kenduri hari sabtu ye awok. Satgi awok gi hari ahad ssian ke awok, kenduri dah habis" Hahaha... Punyalah concern k.ani. Actually kad jemputan dah ditampal di surau. Suami k.ani pun dah jemput Walid tapi k.ani sendiri nak juga 'jemput mulut' untuk kenalannya. Itu yang dia datang juga ke rumah. 

Lately suka pulak Umi snap gambar pelamin 😉


Tengah menjamu selera, pengantin tiba diiringi pasukan silat. Punyalah excited budak2 ni tengok orang bersilat sampai kan lepas makan semua nak bersilat 😅


Tahniah buat mempelai dan k.ani sekeluarga. Moga bertambah meriah dengan kehadiran ahli keluarga baru.


Perkara paling Umi suka bila pergi kenduri kahwin is bila dapat bunga telur. Berbunga-bunga hati Umi tau. Sekarang orang dah jarang bagi bunga telur sebagai door gift kan. So bila dapat tu rasa special sangat 😆. 

Tuesday 20 February 2018

Tradisi cuti raya cina 😆


Sejak beberapa tahun kebelakangan ni sekolah mungkin kami elakkan untuk keluar dari lembah klang ni bila CNY break. Malas nak hadap traffic yang super duper jam. 

Bila ramai yang travel, jadi lenganglah kl ni. Bukan lengang dengan manusia tapi kenderaan. Manusia tetap ramai, meriah dengan warga asing 😉 

Tradisi cuti CNY kami ni bermula 2 tahun lepas. Alang2 tak travel, kami ambiklah kesempatan jalan2 pusat bandaraya. Sekali 'tersinggah' di Jakel Mall. Apalagi terus lah shopping. Tahun pertama tu memang tersinggah, masuk tahun ke2-3 memang sengajalah haha... 


Kami sampai pukul 10. Ingatkan dah lewat, rupanya kedai pun belum buka 😂

Apa yang dibeli? 
Ni hah...Kain baju melayu untuk Walid dan baju melayu siap jahit untuk Abang. Untuk raya ni! Kemain awal belinya. Beli je dulu, tempahnya kendian. Eh, tahun ni raya bulan 6 kan? Baik cepat2 pergi Jakel 😝


Ini je pun yang dibeli. Untuk Umi takde pun. Umi kureng sikit dengan kain pasang kat sini. Takde yang berkenan.  Selain tu, sebab utamanya, Umi kurang selesa dengan SA yang sentiasa mengekor je kita. Kita baru pegang je kain tu, depa terus promote (or rather push) to buy. Nak beli kain baju melayu untuk Walid oklah sebab memang banyak choice lah dekat sini kan. Color, material kain, harga semua OK. Kami pun memang buat lawatan tradisi ke jakel ni hanya untuk ini je; kain baju melayu Walid & baju melayu siap jahit untuk Abang for raya. Memang jelas niatnya. Terpesong niat kang lari pulak bajet 😁

Taste umi lebih kepada Nagoya or Tewah. Lebih banyak pilihan dan harga pun lebih mampu milik. Yang seronoknya boleh belek2, pilih2 kain tanpa SA mengekor. SA depa biasanya follow dari jauh je, on standby. Bila kita panggil baru datang. Kalau tak jadi beli pun, depa ok. I would just say thanks & walk out. No pressure at all. Lain ceritanya di Jakel, kalau tak beli tu rasa bersalah juga sebab SA depa beria sungguh promote :( 

My catch of the day; terjumpa sepasang baju kurung siap jahit dengan harga super murah. Boleh lah buat pakai kenduri Ah next month, insha Allah. 


Sunday 18 February 2018

Riadah di Taman Layang-Layang



Dekat je Taman Layang-Layang @ Taman LL kata Abang dengan rumah tapi nak ke sana sebulan sekali pun payah :(

Anak2  memang suka datang sini, boleh lepas bebas lari sana, panjat sini, main itu ini... Tarikan pun banyak kat sini. Kereta sewa mainan, basikal sewa, bubble, kites semua ada. Pandai2lah elakkan ye, kalau tak nipis poket mak ayah hikhik... 


Bekal simple je pagi tu; nasi goreng, sosej & sandwich telur dengan air kosong je... Sampai sana baru beli air manis. Masa sampai situ around 8.00 pagi tu tak ramai lagi yang 'bentang tikar'. Umi pun segan2 je bawak bekal bagai. Satgi orang confuse depa ni mai nak riadah ke nak piknik. Orang nak bakaq kalori depa top up kalori haha... Tapi makin lama makin ramai yang bentang tikar piknik bawah pokok. Siap bawak bantal tido baring sambil layan henfon lagi. Amboi bang, anak2 tu bini je ke tengok 😜



Dah puas main, kita brisk walking pula. Kasi chance la Umi exercise sama. Since Tok ada tolong jaga barang, jomlah kita pusing jauh sikit. Tak pernah Umi sampai kat sini. Jauh ke bawah jeti (?) ni. Masa turun lajulah sebab cerun, masa naik adoi mengah! 



Umi on the way nak turun ke bawah tiba2 Abang & co berlari datang ke Umi. "Umi! Ada binatang macam buaya, tapi kecik! Lidah macam ular" . Sudah! Umi ni terus terpikir naga kot hahaha... Tinggi betul imaginasi 😂 Bila Walid cakap biawak tu, baru lah Umi kembali ke alam nyata hikhik... Bukan apa, tengok tasik yang terbentang luas tu memang naga pun boleh hidup 😉



Speaking of the tasik tu, pernah sekali Walid jogging keliling tasik ni hampir sejam Umi tunggu tak muncul2. Punyalah cuak Umi. Rupanya memang luas tasik ni, ambik masa untuk complete satu round tu especially for novice jogger. Entah bila le Umi dapat pusing tasik ni. Dengan kanak2 riang ni memang taklah. Satgi ada yang nak suruh dukung ke tak ke naya :p 

Wednesday 14 February 2018

Permulaan yang kurang baik...


Nampaknya pembukaan tirai 2018 ni sedikit 'kurang baik' untuk Abang. 

Episode kurang baik tu bermula bila dapat berita rombakan kelas beberapa hari sebelum buka sekolah. Ikutkan result final exam tahun lepas Abang sepatutnya kekal di kelas pertama. Masa ambik report kad dgn Cg Hamidah pun Umi tanya, katanya ye. Tapi itulah rupanya bila hampir buka sekolah, pihak pentadbiran rombak semula, selari dengan hasrat kementerian yang melarang pengasingan kelas berasaskan keputusan peperiksaan. Abang frust sungguh awal tu. Kononnya dia dah pulun study untuk kekal dlm kelas pertama. Memang itu pun target Umi pun untuk dia. Jenuh jugaklah Umi nak terangkan & tenangkan dia sebab dah set in mind kelas yang dia dapat tu kelas kedua kalau ikut kedudukan sebelum ni. Bukan Abang sorang je yang frust, classmates dia pun sama. Kebanyakannya dah sekelas since darjah 1. Bukan setakat anak2 je yang tak dapat terima hakikat, mak2 depa lagi lah susah nak move on hahaha... Masing2 dah rapat kan...

Kisah kurang baik yang kedua pula melibatkan aktiviti ko-korikulum (koko). Since Abang dah tahap 2, kenalah join koko. Setiap pelajar perlu join unit beruniform, kelab dan sukan/permainan. Abang memang minat nak join pengakap dari dulu lagi but on the regi day, punyalah ramai berebut nak join pengakap sampai bertolakan. Rupanya setiap satu unit/kelab/sukan ni ada kuotanya. Bila dah cukup kuota terpaksa lah join yang lain. Selama ni Umi asyiklah encourage Abang, join ikut minat dia. Tapi sebab kan kuota, terpaksa join yang lain. Same thing happened untuk kelab & sukan juga. Dari nak join bola, Abang pilih takraw sebab itu je yang available. Untuk kelab oklah dapat join kelab alam sekitar. Not bad. Tapi bila dah hadir perjumpaan setiap aktiviti tu Abang nampaknya dah suka. Tapi still cakap masuk sekolah menengah nanti dia nak join pengakap juga 😏




Satu lagi khabar duka bila kelas tuition BI yang diadakan since last year tak dapat diteruskan tahun ni. Tak dapat approval dari GB. W/pun ada inisiatif yang dibuat oleh parents di luar sekolah tapi Abang tak join sebab weekend. Umi Walid kalau boleh taknak kacau weekend...


Last but not least, sebelum habis sesi persekolahan tahun lepas setiap murid diberi borang untuk bantuan uniform sekolah. Alhamdulillah dapatlah semua orang. Malangnya masing2 dapat tak ikut size yang kita nak, as ticked in the form. Inisiatif dari kerajaan negeri ni dah bagus tapi tak tercapailah matlamatnya. Sudahnya ramai yang sedekah je uniform tu pada yang berminat. Umi pun sebenarnya dok tunggu juga uniform percuma ni sebab tu kiv dulu beli uniform baru untuk Abang masa awal tahun dulu. Nampak gaya memang kena beli jugaklah 😅

Ini ke kawan Walid tanya Abang bila kami cakap kawan Walid ada nama "Azmin Ali" 😁
  
Apapun usah bersedih ye Abang. Pasti ada hikmah semua ni. Segak je Umi tengok Abang pakai baju KRS 😜


Monday 12 February 2018

Kenduri 05/18 ~ giliran cikgu pencen pula sambut menantu...



Alhamdulillah makan kenduri lagi kami sabtu lepas. Kali ni majlis diadakan di Dewan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi. 



Tetamu belum ramai, pengantin pun lepas zohor baru nak sanding sempat lah Umi snap gambar pelamin yang cantik ni. 

Awal juga kami sampai. Sekarang kan zohor dah lambat. Selalu pergi kenduri dekat2 ni  lepas zohor tapi sekarang pukul 1.30 baru masuk waktu. Mak lapaq nak 😅

Adik dapat aiskrim sebatang diamlah dia :) 

Dah namanya jiran kenduri, jumpa tetamu pun jiran2 juga. Pi mai pi mai tang tu haha... Kami duduk semeja dengan jiran yang juga jemaah surau. Rupanya haji ni pun nak buat kenduri kahwin anaknya bulan 3 nanti. Terus dapat jemputan. Alhamdulillah rezeki :D 

Sebelum keluar rumah tadi, K.Mek dah datang menjemput kenduri anaknya sabtu ni. Pagi tadi pula, pakdin driver hulur kad jemputan untuk walimah anaknya. Memang tak sunyi kami sekeluarga dengan jemputan kenduri. Kalah pokjib nampak gayanya 😁

Inilah agaknya yang dipesan oleh Baginda Rasulullah SAW, kalau nak murah rezeki selalulah bersilaturrahim. Dapat jemputan kenduri ni pun bagi Umi rezeki juga. Bukanlah jamuan@hidangan tu je rezeki, tapi peluang bertegur sapa, berkenalan dgn rakan2 setempat pun rezeki juga. 

Cenderamata dari tuan rumah.
Terima kasih Cikgu sekeluarga. 

Alhamdulillah 'ala kulli hal. 

Thursday 8 February 2018

Repair & Reno (R&R) 2nd bathroom & 3rd bedroom...


Sepuluh hari terakhir 2017 yang lepas, kami buat repair & reno project untuk second bathroom dan third bedroom. 

Actually bilik air tu dah lama leaking (paip dalam dinding) tapi sebab kan takde bajet (kononnya) kita kiv dulu. Makin lama makin teruk keadaannya sampai tile pun dah tertanggal kat tempat bocor tu. Maybe pressure dari air kat dalam dinding tu. W/bagaimanapun bil air taklah melambung even air kat tempat bocor tu asyik mengalir je (slowly) itu yang kami lagi rilek macam takde apa2 haha...

Leaking ni dah merebak pun ke bilik no 3 tu... Tapi since bilik tu tak digunakan sangat, takdelah urgency nak repair pun. Parquet pun ada yang dah reput kena makan dengan anai2 sebelum ni. Dinding pun dah berkulat sampai Umi pun takde hati sangat nak jaga/kemas bilik tu. Macam stor terbiar pun ye juga 😓 

Tapi, bila leaking tu mula menampakkan kesan di syiling dapur, Umi mula cucuk jarum haha... Risau Umi kalau air start menitik ke dekat dapur tu. Umi geli sebenarnya haha... Ingat cerita Dark Water? 

Yang lebih scary, rupanya dapur jiran sebelah air dah menitik 😑 mujurlah time Umi dapat tahu tu kerja R&R ni dah start, even baru sehari but at least we already took the necessary action. Tak seronok lah kalau sebab kita jiran pula menanggung akibat. 

Asalnya memang kami takde budget...yelah dengan budak2 ni bersunat lagi, balik kampung, kenduri, nak buka sekolah lagi tapi alhamdulillah rezeki tu ada. Bila dah setel semua tu, baru nampak jalan nya mana nak cekau duit 😉

Kami engaged contractor (tukang) yang sama yang buat porch dulu. Alhamdulillah kami puashati sangat dengan hasilnya. Kalau nak tengok kenalah stay tune ahaks! 

For the start, Umi nak share gambaq working progress from day 1. Saja nak abadikan dalam blog. 


Hari pertama Wak ketuk parquet kasi buang. Angah tu mulanya berborak je dengan Wak tu, sekali tengok dengan dia sekali buat keja tolong Wak 😁 


Hari ke-2.
Setel ketuk parquet dalam bilik. Wak start ketuk tiles dalam bilik air pula. 



Hari ke-3.
Dah setel ketuk mengetuk semua dalam bilik air tu. Segala barang lama termasuk toilet bowl dah ketuk. Memang nak make over terus bilik air ni, bukan setakat repair. 


Hari ke-4.
Dah start pasang tile dalam bilik tidur tu. Kami pilih plain white tiles nak bagi bilik nampak luas. 


Hari ke 5, 6 & 7
Untuk 3 hari ni tukang cuma buat water proofing kat bilik air je. Satu hari satu layer. Buat 3 layers nak bagi tahan lama. By this time bilik air dah kosong, tiles and barang2 semuanya dah clear. 



Asalnya siling bilik air ni tinggi tapi bila renovate ni tukang suggest buat siling baru, which is tutup separuh dari siling asal. Separuh lagi jadi attic-cum-store. A brilliant idea which we immediately agreed with him. 


Hari ke-8.
Dah start pasang tiles bilik air. Excited Umi nampak bendul ni. Sebab bilik air lama takde bendul so every time especially when the kids use the bathroom,  there was always water spill outside the bathroom which eventually damaged the parquet outside the bathroom. Bila ada bendul tinggi macam ni boleh lah prevent air dari terpercik keluar. 


Hari ke-9.
Setel dah pasang tiles lantai & dinding bilik air. Again, kami pilih tile putih bercorak and light grey untuk lantai. Kat belakang toilet bowl kami letak grey tiles untuk nampak contrast. 


Hari ke-10
Nampak tak tiles grey belakang toilet bowl tu? Macam feature wall sikit kat situ. Theme color white & grey untuk bilik air ni. That's why bila beli water heater pun kami beli warna metallic grey. Tak nak banyak color, nanti serabut.  


Untuk siling bilik air ni tukang letak cornish bagi nampak lawa hehe. Ini yang kami suka dgn tukang ni, banyak idea 👍👍👍 yang sudut ala segitiga sebelah toilet bowl tu pun idea dia juga. Umi letak pokok hiasan kat situ. Fefeeling hotel gitew.


Tile depan bilik air pun pasang siap hari last ni. Berkilat-kilat tile Umi hehe... Tapi menurut SA kedai tiles ni plain white tiles ni kembali jadi pilihan especially new houses sebab bila letak plaster siling & lampu akan reflect lantai so nampak lagi elegant ruang. 


Dah siap pasang semua kelengkapan dalam bilik air ni. Seriously Umi Walid suka sangat dan puashati sungguh dengan hasilnya. 


Nanti Umi share gambaq full. Ini baru share working progress. Nak tengok hasilnya kenalah setia menjenguk ke sini :) 

Pintu ni order dari JB katanya.
Seminggu baru siap.
Memang ngam coraknya dengan tile dalam bilik air tu.
Pandai Umi pilih 😜