Wednesday 30 December 2020

Planner 2021 ~ Tanda mata untuk cikgu ❤️

Tahun ni tiada majlis perpisahan mahupun majlis graduasi untuk Abang dan rakan-rakan T6-nya. Jadi, peluang berjumpa guru-guru sewaktu pemulangan buku teks tempohari kami ambil peluang untuk bertemu guru-guru.

Inilah hadiah Abang untuk guru-guru SRAI sebagai tanda terima kasih dan hadiah perpisahan juga. 


Planner 2021 ni Ummi tempah dari Hayyan Creative (hayyancreative.com) milik Abe, rakan lama Ummi & Walid. Urusan hanya melalui WhatsApp. Senang berurusan dengan member sendiri. Ummi hantar gambar dan beri gambaran idea yang Ummi nak, kemudian designer-nya contact Ummi untuk approval. 

Alhamdulillah Abe & team berjaya merealisasikan kehendak kami. Walaupun ada sikit 'drama' sebab tersalah faham tapi semuanya berjaya disiapkan sebelum hari terakhir Abang ke SRAI.

Bolehlah usha website Hayyan Creative. Pelbagai souvenir dan printing job yang ditawarkan oleh Hayyan Creative. 

Tahun lepas kami beli planner Abe dari Shoppee tapi tahun ni katanya belum ready lagi sebab depa, sibuk nak pindah office. Bukan setakat printing business tapi Abe ni nak buka Muslim mart pula. Moga usaha Abe dipermudahkan أمين

Jom kita sama-sama sokong usaha anak muda kita 💪 

4 comments:

  1. Wah buka pasaraya. Harap dipermudahkan.

    ReplyDelete
  2. Cantik, tentu cikgu2 tak lupa abang sbb selalu boleh tengok muka dia kt planner tu😁

    ReplyDelete
  3. menariknya hadiah untuk cikgu. OKay baik, nanti nak tengok tengok juga kat Hayyan Creative ni.

    ReplyDelete
  4. nanti bebila boleh jenguk ziarah cecikgu..
    sayu kan macam xde majlis perpisahan semua.. unik anak2 tahun penuh ujian ni..

    ReplyDelete