Sunday, 31 January 2021

Resepi ~ Muffin Telur

Cedok dari resepi geng diet :) Tapi Ummi olah sedikit. Contohnya Ummi guna 4 biji telur kesemuanya berbanding resepi asal yang menyarankan untuk guna 3 telur putih & 1 telur kuning. Ikutkan garam pun tak perlu tapi Ummi letak juga, sekadarnya sahaja. 


Resepi: Muffin Telur 
Olahan: Puan Hazel 

Bahan-bahan 
4 biji telur - dikocok
Cendawan shitake - hiris nipis 
Carrot - sagat nipis 
Bayam - cincang/hiris kasar 
Cili padi - hiris halus
Tomato ceri
Lada hitam

Ummi tambah:
Capsicum 
Garam 
Cheddar cheese 

Cara-cara 
1. Ummi chopped semua bahan sayuran menggunakan chopper.

2. Satukan telur dan sayuran. 

3. Masukkan lada hitam dan garam.
4. Ambil muffin cups dan sapu sedikit minyak dalam cups tersebut. Tujuannya agar muffin tidak melekat.
5. Tuang adunan 3/4 cups. 
6. Taburkan cheddar cheese 
7. Bakar pada suhu 170°C selama 20 minit. Sebelum bakar tu, panaskan dulu oven ye. 

Sedap dimakan bersama sos cili. 

Resepi ini juga boleh dikukus. Tapi Ummi tak pasti berapa lama tempohnya sebab resepi asalnya sangat ringkas, tidak disebut pun tempoh masa mengukus/bakar.

Resepi ni sangat mudah, mengenyangkan dan sihat. Sesuai untuk breakfast tapi tak kisahlah, buat lauk lunch pun boleh hihi...

Selamat mencuba 🤗

Saturday, 30 January 2021

Hotel Emerald Puteri, Sungai Petani Kedah

Dari Baling, kami tidak terus balik ke Jitra. Sebaliknya kaki singgah bermalam di Sungai Petani. Sengaja taknak tergesa-gesa sebab hajat Ummi nak selesaikan segala urusan berkaitan arwah Tok. Lagipun sejak pagi kami berjalan; dari Kilang Tamin & Kraftangan Perak kemudian menempuh perjalanan sekitar 3 jam untuk sampai di Baling. Ke sana, ke sini biarlah rehat cukup-cukup dulu, esok pagi bila dah fresh kita balik Jitra pula.


Kami pilih untuk menginap di Hotel Emerald Puteri di Sungai Petani (SP). Hotel ni kawasan Taman Sejati Indah, berhampiran Plaza Tol SP (Selatan). Tak jauh pun dengan Laila Homestay yang kami diami pada tahun 2018 dulu. 

Hotel Emerald Puteri ni bukan hotel baru. Penataan gaya agak retro. Saiz bilik pun agak kecil terutama untuk kami 6 beranak :D 

Lampunya alahai romantik sungguh 😁


Tapi, yang seronoknya hotel lama macam ni selalunya ada bath tub dalam bilik air. Advantage bagi kami sebab anak-anak boleh berendam dalam tub mandi ni. Tak perlu ke pool hotel. Time Covid ni tak berani sangat nak ke pool. Tengok tempat, tengok keadaan juga... Kalau rasa selamat, baru bagi green light kepada anak-anak. 


Adik dah tak sabar nak berendam tu... 

Nasi lemak royale... Tapau makan dalam bilik je. Semua dah kepenatan...

Harga bilik untuk semalam (deluxe twin) ialah RM158 (w/out breakfast).  Pool kami tak check pula sebab checked in dah senja. Esok pagi around 9 am checked out. So, ini sajalah yang boleh dikongsikan. 


Friday, 29 January 2021

Ayu oh Ayu

Cuti Thaipusam 28/1/2021 tiada PdPR. Harapnya dapatlah bermalas-malasan di atas katil lepas Subuh. Tapi, budak bertiga tu; Abang, Angah & Kakak (2A1K) tu punyalah bising., berlari-lari naik tangga. Adalah tu kerja depa.

Rupanya si Ayu dah beranak! Budak-budak bertuah ni angkat dia masuk rumah. Sudahnya Ayu delivered depan TV 🤦‍♀️ Maunya Ummi tak migraine 😬 Apalagi, dengan karpet hijau tempat main Adik tu Ummi suruh depa angkat keluar. Ummi ni walaupun suka kucing tapi Ummi takut dan geli dengan hal-hal beranak bersalin ni :( 

Masa nak keluar ke kedai tu Ayu meneran, keluar lagi seekor. Sampai ke petang, dua itulah anaknya walaupun Ummi pelik juga. Biasa kucing beranak 3-4 ekor sekali... Rupanya Ayu tinggalkan lagi 2 baby dia bawah pokok kari jiran. Lewat petang ni baru jiran tu pun perasan. Mujur sihat elok kittens tu. Ini kes baby dumping ke kes tak sempat masuk rumah terus bersalin ke tak tahulah. 

Ayu ni sebenarnya ada history tinggalkan anak dia haha... Pindah ke rumah kami ni pun tinggalkan anak-anak dia yang first born dulu di rumah tuannya, Cik Leha. Jangan kali ni dia lari lagi tinggalkan new borns dia dekat Ummi sudah!

Budak-budak ni very excited in welcoming the kittens. Adik tengah korek tabung nak belikan Ayu rumah (sangkar) 😁

So sweet 🤗

Thursday, 28 January 2021

Balik Kampung Hujung Tahun 2020

Dari Kuala Kangsar kami meneruskan perjalanan ke Baling. Perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam dengan melalui Lenggong, Gerik dan Pengkalan Hulu.
Berhenti sekejap meninjau Resort Tasik Raban. Ada rezeki nak menginap di sini kata Walid... 


Jambatan Raja Muda Nazrin dari arah Resort Tasik Raban. Sebelum adanya jalan bypass ni, kita akan melalui jalan berliku-liku berhampiran Tasik Raban. Cuak betul Ummi kalau lalu jalan tu dulu. Tapi pemandangannya cantik. 

Ada 2 misi utama kami balik ke Baling sebenarnya. Satunya Ummi nak uruskan tuntutan khairat kematian Tok dan yang keduanya Ummi nak sampaikan amanah arwah; sedekahkan kain batik kpd beberapa orang saudara-mara di kampung iaitu Maklang Di dan Tokcik. Mereka ni rapat dengan Tok dan bila Tok jatuh sakit depa rajin telefon Ummi mahupun Tok sendiri untuk bertanya khabar. Terharu sangat Ummi dengan keprihatinan depa. 

Sebelum tu, singgah dulu di rumah Makngah untuk makan tengahari. Awal-awal lagi Makngah dah jemput. 

Airtangan Makngah tak pernah tak sedap 😋

Barangan peribadi Tok untuk Makngah dan anak-anak... 

Baju-baju Tok ni Makngah muat rasanya. Jika tidak pun, simpanlah untuk kenangan. 

Rumah pusaka yang katanya sedang dibaik pulih... 

Besar harapan Ummi kami dapat berkumpul semula di rumah pusaka ni. Moga Allah kabulkan doa Ummi yang satu ni. أمين 

Tuesday, 26 January 2021

Genap setahun.

Masih segar di ingatan dan masih basah air mata ini setiap kali mengimbau kembali kejadian setahun lalu.

Moga kami terus kuat.. Moga diberi kesabaran dan moga beroleh ganjaran yang dijanjikan. أمين 



Monday, 25 January 2021

Casuarina @ Kuala Kangsar

Sebenarnya kami suami isteri sangat excited bila tahu ada hotel Casuarina di Kuala Kangsar. Sebab kalau dah namanya Casuarina, pasti sangat berbaloi untuk ditempah. 

Lokasi Casuarina @ KK ni sangat strategik dan menarik. Letaknya di atas bukit berhampiran Sg Perak. Dari hotel nak ke taman awam, medan selera dan jeti bot adalah walking distance sahaja. Walaupun dekat, penat juga terutama bagi yang jarang exercise 🤭

Gambar dari Dataran Sayong... Tinggi di atas bukit... Angin dia best! 

Bilik kami yang sangat selesa, bersih dan luas!  Harga bilik deluxe double ni RM160 w/out breakfast. Puashati sangat. 

Balkoni luas... 
Boleh dijadikan lapang sasar 😂

Selain bilik, kawasan hotel juga cantik. Seakan resort... Patutlah Abg Mamat Khalid dan geng Kampung Pisang Bersiri-siri pun stay sini. Nampaklah hari tu Abg Mamat, Ropie and few others. 

Dulu namanya Lanai kalau Ummi tak silap. Sekarang diambil alih oleh Casuarina.

Sebab hotel best, mood pun best juga haha... Ummi lanjer dinner dari coffeehouse... 

Order sandwich and fries je... Sebab main dish dah tapau dari luar. Saja nak fefeeling orang have-have sesekali ahaks!

Clubhouse sandwich ni sangat sedap. Please try if you happen to be here.

Jalan kaki je ke sini... 

Rasanya banyak gambar Ummi ambik di taman awam tu... Tapi mana perginya entah :(

Apapun sangat puashati stay sini. Ummi rekemen hotel ni untuk korang juga 🤗

Boleh baca sini pengalaman kami menginap di Casuarina @ Meru 2019 dan Casuarina @ Meru 2014

Sunday, 24 January 2021

Resepi ~ Kerabu Pegaga + Bayam Brazil

Sedap pulak Kerabu Pegaga + Bayam Brazil yang Ummi buat untuk lunch tadi. Sendiri masak sendiri puji 😅


Resepi ni Ummi petik dari buku Resepi Ibu Berpantang karya Chef Fazalina. Bila masa Ummi beli buku ni pun tak ingat dah. Tiba-tiba datang mood nak mencuba... 


Resepi asal Kerabu Pegaga tapi Ummi olah dengan menambah bayam Brazil dan daun selom. Semuanya Ummi petik dari belakang rumah je alhamdulillah. 

Sengaja Ummi tak potong daun pegaga dan bayam Brazil tu... Ikut Chef, pegaga tu dipotong kecil. Terpulang... 


Resepi: Kerabu Pegaga + Bayam Brazil 
Sumber: Buku Resepi Ibu Berpantang karya Chef Fazalina 

Bahan-bahan 
Pucuk pegaga 
Daun bayam Brazil 
Daun selom - dihiris 
1 biji cili api - Ummi tambah 
Ikan masin - bersih, potong kecil, tumbuk

Bahan tumbuk  
Bawang merah 
Bawang putih 
Lada hitam 

Cara-cara  
1. Nyalakan api kecil dan panaskan kuali. 
2. Masukkan bahan tumbuk dan ikan masin. Sangai hingga sedikit kering especially bawang-bawang tu. (Ummi tak suka bawang mentah). Tutup api. 
3. Di dalam bekas, satukan dedaun, cili dan bahan yang disangai. Gaul sebati. Siap. 

Tak perlu garam sebab dah ada ikan masin. Terpulang jika nak menambah gula atau jus limau. Kalau Chef marah, jangan cari Ummi haha... 

Simple, sedap dan sihat menu ni. 

Selamat mencuba 🤗


Saturday, 23 January 2021

Periuk Tanah in da House

Dah lama Ummi berminat untuk memiliki periuk tanah. Rileks je Ummi tengok Pavithra masak kari kambing menggunakan periuk tanah... Walaupun mengambil masa yang lebih lama untuk masak tapi hasilnya nampak sangat mengancam!

Ada beberapa sebab Ummi simpan niat ni. Satunya Ummi tak tahu nak beli di mana. Definitely not via online shops sebab Ummi bukan online shopper and secondly takut tertipu. Arwah Tok ada pesan, periuk tanah ni kalau tak pandai pilih, ada yang tiris (air meresap dalam periuk). Macam mana nak guna kalau jadi begitukan?

Akhirnya kunjungan Ummi ke  Kuala Kangsar menemukan Ummi dengan pengusaha dan penjual periuk tanah. Memang Ummi tak lepaskan peluang untuk membeli sebiji periuk tanah. Walaupun ada sedikit keraguan tapi memandangkan harganya tak sampai 40 ringgit pun, Ummi belilah. Lagipun periuk tanah keluaran Mehans Enterprise 
ada coating, seakan electric rice cooker. Ada disebut bahannya tapi Ummi lupa. Chances untuk tiris mungkin tiada, pada pandangan Ummi. 

Buah tangan untuk diri sendiri :D Pasu kecil tu free gift dari Hanis. Buat simpan brooch katanya. 

Labu sayong yang Ummi beli tu namanya labu gelugor. Baru ku tahu... 

Si empunya kedai, Hanis juga meminta Ummi menghubunginya terlebih dahulu sebelum menggunakan periuk tersebut untuk pertama kali. Ada petua yang ingin dikongsi. Wah, bagus ni! 

Balik ke Gombak, Ummi hubungi Hanis. Caranya ialah memasak air di dalam periuk tanah tersebut hingga mendidih hingga ada seakan kesan hitam dibawah periuk. Malangnya kali pertama Ummi cuba tips Hanis, periuk tanah Ummi seakan tiris. Ummi masak air secawan, tunggu punya tunggu, airnya tak mendidih. Tapi, makin lama air makin kurang. Dari secawan tinggal suku cawan. Tambah lagi air... Pun sama. Dari sebelum Maghrib hingga lepas Isyak Ummi renehkan air atas api, tak mendidih-didih. Give up dah Ummi :(

Ummi text semula Hanis dan dia minta Ummi cuba petua kedua. Ummi diminta masak kanji (bubur nasi) dengan periuk tanah ni. Ummi pun buatlah seperti diminta. Alhamdulillah berjaya haha... 

Esoknya terus masak kurma ayam dalam periuk ni :D 

Terus dapat title best kurma ayam ever dari diri sendiri ahaks! But seriously rasanya lebih sedap dan tekstur ayam lebih lembut tapi still kenyal. Mungkin sebab proses memasak lebih lama jadi rempah dan ayam bergaul sebati. Memang sedap. 

Ini pula masak lemak pucuk ubi + ikan masin. Sedap weyh! 

Selain untuk memasak, Ummi juga suka guna periuk tanah ni untuk menghidang... 


Ada rezeki Ummi nak singgah lagi ni Mehans Enterprise... Nak tambah koleksi periuk tanah 😉