Lembaran ke-26, Bab 1, Hikayat 2020 (Ahad) / 1 Jamadil Akhir 1441H
Pagi tu arwah keluar rumah seperti biasa. Kali ini destinasinya ke Gong Badak, Terengganu. Menjadi rutin arwah sebagai Regional Manager bagi Kelantan, Terengganu & Perak untuk berulang-alik di ketiga-tiga negeri ini. Biasanya selang 2 minggu sekali arwah akan keluar samada ke Kelantan atau Terengganu selain tugasan harian di Perak. Adakalanya arwah memandu kereta, tapi kebanyakan masanya beliau akan menunggang motorsikal kesayangannya, Si Tiger. Jika diimbas kembali, arwah memang banyak menghabiskan masa di atas jalan, sedari muda arwah suka mengembara.
Si Tiger, peneman setia arwah. Moga kau jadi saksi arwah terkorban dalam musafir untuk menyara keluarga. |
Dikhabarkan sekitar jam 10 pagi arwah memintas sebuah konvoi 4 kereta yang dalam perjalanan untuk ke sebuah majlis perkahwinan. Ditakdirkan, sejam kemudian rombongan inilah yang menemui arwah terbaring tidak bergerak di atas jalan, dihempap Si Tiger. Bagaimana, bila ianya terjadi, hanya Dia yang Maha Mengetahui.
Terima kasih dik, kerana post yang viral ni kami dapat gambaran kejadian, dapat lihat apa yang terjadi kepada arwah. Ianya membuatkan kami percaya bahawa arwah telah ditimpa musibah, telah dijemput kembali kepada Pencipta-Nya. Kerana post ini juga berita kematian arwah diketahui oleh rakan taulan, sahabat handai jauh dan dekat. Moga Allah membalas jasa adik sekeluarga. Begitu juga kepada geng motor dari Kelantan yang kebetulan lalu dan menemani arwah sehingga pihak berkuasa dan pasukan perubatan tiba. Moga kebaikan hati kalian akan menyelamatkan kalian dari musibah seperti yang dialami arwah.
Jauh di tengah hutan Hulu Terengganu ajal arwah. |
Terima kasih Insp Syukri dari Balai Polis Hulu Terengganu yang menguruskan kes serta Dr Hafifi dari Hospital Besar Hulu Terengganu yang mengendalikan post mortem untuk arwah. Terima kasih kepada keduanya kerana membenarkan mayat arwah dituntut oleh rakan sekerjanya dan memahami bahawa jarak perjalanan yang jauh dari Ipoh ke Hulu Terengganu akan melambatkan urusan akhir arwah. Terima kasih Suzy, rakan sekerja arwah yang sanggup menggalas amanah sebagai wakil keluarga dalam membuat pengecaman jenazah, menuntut jenazah dan menguruskan segala urusan berkaitan kes arwah di tempat kejadian. Pastinya ia menuntut komitmen dan kekuatan yang besar. Juga kerana kesanggupan Suzy dan kawan-kawan mengiringi van jenazah dari Hulu Terengganu ke Ipoh sebagai syarat pelepasan jenazah. Pastinya perjalanan dari jam 9.00 malam hingga 5.00 pagi tersebut adalah perjalanan yang panjang, sarat dengan emosi. Jazakallahu khairal jazak.
Semalam, sekitar jam 10 pagi telah sempurna urusan akhir arwah. Selamat disemadikan di sebuah tanah perkuburan di Lahat. Melihat kehadiran ramai sahabat handai dan rakan taulan, tahulah kami arwah sangat disenangi dan disayangi ramai. Terima kasih Sdr Wazi Abdul Hamid, lagenda motor negara yang sudi hadir ke perkuburan, rakan-rakan dari Perak Bikers Club, rakan-rakan alumni SMS Sultan Muhammad Jiwa, alumni UiTM, bekas rakan sekerja, rakan-rakan sekerja dan kakitangan Marry Brown juga saudara mara jauh dan dekat. Terima kasih kerana berkongsi kesedihan.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. |
Khusus untuk kakitangan Marry Brown, terima kasih atas kasih sayang yang ditunjukkan. Terima kasih kerana menguruskan jenazah dari awal hingga akhir. Thank you so much Pn Halina & team. Khas untuk Ku dan isteri, Diana jasa kalian akan kami kenang selamanya. Terima kasih kerana bertindak sebagai pendamping, peneman setia kepada balu arwah. Terima kasih Ku kerana menjadi sebagai perantara antara keluarga, pihak berkuasa dan pihak Marry Brown. Dari arwah hidup hingga arwah tiada, Ku setia sebagai orang kanan arwah. Terima kasih.
Terima kasih Pit, rakan sekerja arwah sewaktu di Cinta Sayang dan kemudian bersama di Marry Brown. Susuk tenang ini nampak sangat sedih, berdiri setia di tepi perbaringan arwah. Saat beliau mengucup pipi arwah, mengalir air mata ini. Bertuah arwah memiliki sahabat sesetia ini. Terima kasih kerana menemani anak-anak arwah di dalam van jenazah, saat arwah dibawa ke kubur. Terima kasih segalanya. Jazakallahu khairal jazak.
Akhirnya, buat saudara mara jauh dekat. Kalian telah memaknai sebuah ikatan yang dinamakan sebuah keluarga. Walau kita jauh dari segi jarak dan suasana, saat hiba begini kita kongsi bersama. Kehadiran dan sokongan kalian meringankan beban kami. Terima kasih kepada saudara mara, sahabat-sahabat yang bertanya khabar, mengutus takziah dan doa. Kami amat menghargainya.
Syukur ya Allah, atas segala kemudahan yang diberikan dari awal hingga akhir urusan. Cantik aturan-Mu. Arwah dijemput pulang pada hari Ahad (cuti hujung minggu) yang bersambung pula dengan cuti umum Tahun Baru Cina (Isnin) memudahkan urusan semua. Yang dalam perjalanan dari kampung di Kedah dapat singgah menziarahi arwah. Yang tinggal di Lembah Klang juga ada cukup masa untuk turun ke Ipoh. Semasa hidup, arwah sentiasa memudahkan urusan orang. Alhamdulillah hari akhirnya dipermudahkan pula oleh-Nya.
Ya Allah! Berilah kami kekuatan, kesabaran dan kemudahan untuk menghadapi hari-hari mendatang tanpa arwah.
"You look like him. Exactly!" kata rakan arwah.
"Ye, sebab arwah Abang saya"
😭😭😭
Al fatihah untuk arwah Pakcik.
Pakcik saya meninggal malam Isnin. Semalam dikebumikan sebelum Subuh. Al-fatihah untuk mereka yang dah pergi.
ReplyDeleteAllahu... Senasib kita NA
DeleteTakziah juga utk NA sekeluarga.
allahuakhbar.. salam takziah.
ReplyDeleteinsyallah ditempatkan dalam kalangan baik.
Terima kasih Siti.
DeleteAamiin
Salam takziah...
ReplyDeleteSemoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg soleh..
Terima kasih Ira.
DeleteAamiin
salam takziah..
ReplyDeleteTerima kasih Zie.
DeleteAllahu Akbar. Innalillahiwainnailaihirojiun. Moga abg chik tenang di sana....moga Allah lapangkan kuburnya dan jadikan ia salah satu tmaan taman syurga...ameen 😔
ReplyDeleteTq Yang
DeleteAamiin aamiin aamiin.
Allahu Akbar. Innalillahiwainnailaihirojiun. Moga abg chik tenang di sana....moga Allah lapangkan kuburnya dan jadikan ia salah satu tmaan taman syurga...ameen 😔
ReplyDeletesalam takziah
ReplyDeleteTerima kasih MT.
Delete