Sunday, 21 January 2024

Tahlil Arwah Abe

Petang semalam (Sabtu) Ummi & Walid menziarahi keluarga Abe. Sewaktu pemergian Abe, Walid nun di sempadan negara atas tugasan. Selain nak berziarah dan bertanya kabar, Walid juga nak sampaikan amanah kawan² batch mennyerahkan wang kutipan/sedekah kawan-kawan kepada keluarga arwah. 
Alhamdulillah lega nampaknya balu arwah, D kembali mengukir senyum menyambut kedatangan kami. Masih ada ahli keluarga dan sahabat² yang menemani dan menziarahi keluarga Abe. Jiran-jiran pula sibuk membuat persiapan untuk majlis tahlil selepas Maghrib. Ramai betul orang sayang Abe ☺️

Alhamdulillah ada beberapa berita gembira yang D kongsikan dengan Ummi. Alhamdulillah bukan setakat pemergian yang ditangisi tapi juga dicemburui. Mudah-mudahan husnul khotimah buat kita semua 🤲

Atas jemputan keluarga, Walid hadir bersama Angah ke majlis tahlil anjuran jiran-jiran mereka. 

Semoga Abang tenang di sana 🤲


7 comments: