Saturday, 20 January 2024

Motivasi & Lawatan T6 @ Laman Cikgu 21, Tg Karang

5-7.1.2024 | Jumaat - Ahad
Program Motivasi & Lawatan T6 
Laman Cikgu 21 Tg Karang, Selangor

Jumaat
Bertolak ke Laman Cikgu 21 selepas solat Jumaat. 

Kiri: Bersedia dengan segala kelengkapan sebab tak balik ke rumah dah lepas sekolah. 
Kanan: Ummi hantar nasi dan ambil beg sekolah dia. Dah siap mandi di sekolah 👍 Baju kelas tu dapat sebelah pagi, nak pergi program terus pakai reramai. 

Ini kali ketiga Angah bermalam di sekolah/tempat program jadi Ummi chill je :D Dia pun happy je, cakap seronok sebab semua kawan-kawan ikut. Bayaran utk program ni RM170 seorang. 

Bermalam di sekolah: KESUSRAI 2023
Bermalam di tempat program: Mukhayyam Perdana PRS

Sampai sana dalam pukul 6, ada sesi taklimat. 

Makan malam. 
Tempat ni luas kata Angah. Diorang pun tidur di dorm. Mandi di kolah macam asrama Ummi dulu pulak hehe ... Diorang tidur di dorm ramai² dalam 30 orang satu dorm tu. Dorm pun ada kipas, ada aircond kata Angah. 

Malam tu sepatutnya ada night walk tapi hujan, terpaksa ditunda. Bila tengok balik aturcara program pun tak ikut asal sebab faktor cuaca. Takpelah, janji anak² happy. 

Sabtu

Pagi² diorang dibawa bersiar-siar keliling kampung naik tram. Best ! 

Lepas tu lagi best acaranya...
Tangkap ikan! 

Selamba je depa pegang ikan keli tu kan... 

Rupanya ikan tu dah dibuang sengatnya kata Angah haha ... Ikan tu pun dilepaskan ke dalam petak sawah tu, bukan ikan yang hidup semulajadi dalam sawah tu. Patutlah berani benar depa pegang hihi ... Tapi Angah cakap dia tak dapat tangkap. Tau dah, dia tak suka comot² ni haha....

Lepas main selut, depa dibawa mandi paling. Rupanya tali air jenis ni dipanggil palong... 

Masa pergi area Sungai Besar nampak banyak palong ni di kawasan sawah padi. Kami panggil tali air je. 

Ikan² yang ditangkap tu dibuat lauk makan tengahari. Acik dewan makan masak lauk keli + sambal ijo dengan sayur kangkung. Sedapnya 😋 

Petangnya depa sambung LDK. Malam tu baru ada aktiviti night walk.

Ahad

Lepas kuliah dan sarapan, depa buat CSR; kutip sampah keliling kampung :D 

Alhamdulillah satu pengalaman manis untuk anak² bandar ni :p Seronok semuanya bercerita pengalaman masing-masing. 

Esoknya sekolah, tapi UASA utk T6 ditiadakan hari tu. 

Makanya 27/33 murid kelas Angah cutiiiii hari tu 😂 Penat sebenarnya sebab malam baru sampai... Pakat qadha tidur katanya :D 











14 comments:

  1. Seronok la budak2 dapat jalan ramai-ramai dengan kawan.

    ReplyDelete
  2. Menarik aktivitinya. Kita zaman sekolah dulu tak berapa join apa² aktviti sebab lemahhhh.. hahaha.

    ReplyDelete
  3. Menarik aktivitinya. Kita zaman sekolah dulu tak berapa join apa² aktviti sebab lemahhhh.. hahaha.

    ReplyDelete
  4. Aktiviti macam ni buatkan anak-anak teruja nak ikut. Kekadang kita sebagai ibubapa takut nak lepaskan dorang, padahal dorang ok je.

    Bila dah balik rumah pasti tak habis² bercerita pasal aktiviti dorang. Kan? 🤭

    ReplyDelete
  5. Anak-anak memang suka aktiviti macam ni. Pengalaman baru bagi mereka.

    ReplyDelete
  6. Seronok nya aktiviti anak2, macam2 pengalaman dapat.

    ReplyDelete
  7. seronok dorang. aktiviti bagi dorg berdikari juga

    ReplyDelete
  8. masa kecik2 mmg itu lah acara wajib linda dengan sepupu2...tp time tu bukan nak tangkap ikan pun benonye..lebih kepada nak main je...hahaha...tp memg best lah..dpt ikan puyu, sepat , satu tong ..siang2 lepas tu goreng buat lauk tengah hari...sedapnya...skang nk jumpa ikan2 tu payah betul

    ReplyDelete
  9. Seronoklah angah dapat buat lawatan macam tu.
    Prektis juga untuk duduk asrama nanti.

    ReplyDelete
  10. Aktiviti yang bagus dan bermanfaat

    ReplyDelete
  11. Bagusnya, anak-anak dapat join aktiviti macam ni.

    ReplyDelete
  12. Pengalaman yang berharga buat anak- anak ni semua...

    ReplyDelete
  13. Seruuu pengalaman mereka 😍😍. Rasanya dulu saya tak ada kegiatan seseru ini dengan teman2 sekolah 😅. Seronok pengen coba yg tangkap ikan tuh 😄

    ReplyDelete