Beli sepeket Terung Bulat Hijau ni cadangnya nak rebus buat ulam. Tapi, banyak sangat jadi elok dijadikan menu sayur untuk dinner.
Takde idea nak masak apa, jadi Ummi Google-ed dan jumpa resepi Tumis Terung Hijau olahan blogger Indonesia; Dapur Kobe. Makasih ya 🌷
Sumber: Dapur Kobe
Bahan-Bahan:
Terung Bulat Hijau - potong 4, rendam dalam air garam supaya terung tidak kehitaman
Cili hijau - potong 2cm, belah Dua
Tomato - potong 4
3 ulas bawang putih - dicincang
Sos tiram
Minyak untuk menumis
Sedikit air
Garam, gula, perasa
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih cincang hingga naik bau
2. Masukkan terung dan cili hijau, gaul sebati hingga sedikit layu
3. Masukkan tomato, sos tiram dan air. Kacau sebati.
4. Perisakan dengan garam, gula dan serbuk perasa sekiranya perlu. Tutup api. Siap!
Dah siap masak, baru teringat dulu Ummi pernah masak Terung Telunjuk Goreng Berlada. Terung Bulat ni pun boleh je masak berlada kan... Takpe, kita cuba resepi baru, adalah kepelbagaiannya dalam memasak. Gitewww...
Selamat mencuba 🤗
Waktu kami kecil dulu, teringat Bonda suruh petik terung hijau bulat yang ditanam di belakang dapur. Bonda suka buat sambal terung.
ReplyDeleteBest!
DeleteDulu² semuanya petik belakang rumah je Kak Amie kan...
tak pernah nak terbeli terung cam ni. selalunya yg purple tu la kan. nnt boleh cuba.
ReplyDeleteSama je rasa dia MY, cuma yg ini banyak biji compared to terung bulat purple tu ...
DeleteDah jarang2 jumpa terung hijau bulat ni
ReplyDeleteSini banyak Wak, selalu ada di pasaraya atau pasar biasa...
Deletesusah nak jumpa terung bulat hijau nie...baca tajuk,linda terbayang terung pipit pulak...hihihi
ReplyDeleteKat sini selalu akk jumpa Linda... Cuma jarang beli sbb x ramai peminat dekat rumah hihi ...
Deletesedap buat ulam terung ni..saya selalu juga beli makan mentah cicah sambal belacan
ReplyDeleteSy x reti makan mentah, tapi arwah Mak suka buat ulam mentah. Kalau rebus, sy suka :D
Deletenampak sedap.sejujurnya LM belajar makan terung panjang sejak kahwin. yg hijau dan bulat purple tak pernah makan,rasa dia mirip ke?
ReplyDeletesedapnya.. busyra pernah beli terung ni buat ulam.. rasa lemak-lemak gitu
ReplyDeleteRajin pelbagaikan lauk, belajar cara baru. Hehe ada tukang makan mesti semangat.
ReplyDeleteKalau saya masak air sahaja.
sedapnya..
ReplyDeletetak reti pulak nak makan terung...
ReplyDeleteKalau kat rumah ammi terung mmg masak balado + belacan jelah. Anak2 tak makan sgt jdi kita pedaskan je ikut selera abahammi. Terung hijau ni tak pernah lagi beli.
ReplyDeleteSuka makan terung bulat ni sedap je kalau masak apa pun :D
ReplyDeleteTerung ni tak pernah cuba masak lagi. Selalu terung purple tu. Boleh la cuba masak terung yang ni pulak.
ReplyDeleteYa Allah sedaaap. Saya suka terong bulat hijau. Biasanya kalo tak untuk gulai, pasti jadi lalapan atau sayur dimakan mentah dengan sambal belacan , ðŸ¤. Sedaaaap lah. Kapan2 saya nak coba ditumis macam ni
ReplyDeleteSuka...
ReplyDeleteterung ni manis dan lunak