Wednesday, 17 January 2024

Al Fatihah ~ Abe Mazran

16.1.2024 (4 Rejab 1445H)| Selasa

Menggigil badan Ummi bila Aunty Shad called pagi tu... 

Z, hang dah tau ka? 

Allah, lemah semangat Ummi dengar ayat ni... Bila disebut nama, menggigil Ummi. Berita yang tak diduga sama sekali. 

Memandangkan berita ni masih fresh dan tiada siapa di kalangan kami yang dapat sahkan, Ummi bergegas ke rumah Abe. Benar bagai dikata, Abe telah kembali kepada-Nya 😭😭😭

Memandangkan arwah tiada sebarang masalah kesihatan (tiada rekod kesihatan) dan meninggal secara mengejut di rumah pula dan umur juga relatively muda (mid-40), maka dikehendaki buat post mortem. Sebelum Zohor jenazah dibawa ke HKL untuk post mortem dan usai solat Asar, jenazah tiba di Masjid Al Khairiyyah. Alhamdulillah Allah permudahkan untuk arwah. Tiada kata untuk gambarkan baiknya peribadi arwah ni. Tak banyak cakap tapi senyum sentiasa menguntum di bibir. Sosok tubuh yang buat kita rasa senang dan tenang dengan kehadirannya. 

Ramai jemaah solat Asar semalam. 

Usai solat jenazah kali pertama, rakan-rakan ALMA adakan tahlil ringkas dan bacaan Yasin untuk arwah. Rezeki arwah, diimamkan oleh anakanda sulongnya sendiri, yang juga seorang Al Hafiz. Baru berusia 18-19 tahun, syukur arwah tinggalkan anak yang soleh. 

Rezeki arwah, disolatkan sekali lagi selepas Maghrib. Balasan yang baik Allah bagi untuk orang yang baik. Nampak mudah dan baik² saja segala urusan akhir arwah. Syukur. 

Sungguh! Dari awal Ummi ziarah di rumah hingga selesai dimandi dan dikafankan, wajah arwah tetap tersenyum. Bak kata Cik Ani, "Macamana kita tengok dia masa hidup, macam tu juga kita tengok masa dia dah takde ni

Damailah di sana sahabat...

Insha Allah kami akan terus support MTM Mart, legasi yang arwah tinggalkan. 

# Bagi yang selalu baca blog Ummi pasti perasan yg Ummi selalu cerita pasal Abe ni. Mohon doakan arwah tenang di sana ye, serta diberi kekuatan kpd insan² terdekatnya. 







14 comments:

  1. إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
    اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ
    Semoga arwah Abe Mazran ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman 🤲🏻 salam takziah..

    ReplyDelete
  2. إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
    اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ
    Salam takziah Ummi... Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin...

    ReplyDelete
  3. Innalillahiwaiinailahirajiun.

    ReplyDelete
  4. salam takziah, semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman...cemburunya dgr kematian yang begitu mudah, dipermudahkan segala urusan...Allahuakbar

    ReplyDelete
  5. Innalillahiwainnailaihirojiun...salam takziah.Al-Fatihah

    ReplyDelete
  6. إنالله وإنآاليه راجعون

    ‎اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

    " Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmat Mu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia " ..

    ‎أمين يا رب العالمين

    Salam takziah buat keluarga arwah.

    ReplyDelete
  7. Moga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Untunglah arwah ada anak yang solleh....

    ReplyDelete
  8. Innalillahiwaiinailahirajiun

    ReplyDelete
  9. Allahu!! Innalillahiwaiinailahirajiun... ni owner yg MTM mart tu ke? muda lagi... semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yg beriman... salam takziah PH dan keluarga abe

    ReplyDelete
  10. Terima kasih semua atas doa dan ucapan utk sahabat kami 🤲

    ReplyDelete
  11. Innalillahiwainnailaihirojiun... Salam takziah, Puan Hazel.

    ReplyDelete
  12. Innalilahi wainnailaihi rojiun .. semoga almarhum selalu diterangi dan dilapangkan kuburnya . 🙏. Al Fatihah untuk beliau

    ReplyDelete