Tuesday, 16 January 2024

Perihal Kereta ~ 1 Breakdown, 1 Tayar Pecah

12.1.2024 | Jumaat

Walid otw balik ke rumah Tok Umi, setelah berpusing² sekitar Pekan Jitra untuk cari kedai dobi, nak hantar dry cleaning baju² kerja. Tiba di satu simpang, kereta breakdown; enjin mati tiba² dan keluar signal di dashboard...

System fault. 

Makanya terpaksalah kereta Walid di-tow ke Service Center di Alor Star. 

Bermalam di SC sebab SC dah tutup. Besok pagi baru boleh check dan tahu apa yang tak kena. Syukur kejadiannya hari Jumaat, Sabtu off day. Kalau kerja, nak kena ambil EL dsbnya. Sehari sebelum dah ambil EL, ziarah nenek Uncle Akmal di Kubang Rotan. Sepagian juga menunggu hingga selesai jenazah dikebumikan. 

Sabtu pakai naik Grab ke AS. 

Rupanya bateri besar kong! Takde apa² signal terus enjin mati. Ghisau! Tapi syukur sebab kejadian di kawasan kampung, memang tak bawa laju. Kalau tengah highway, tengah speeding entah apa akan berlaku، nauzubillahi min zaalik. 

Total Damaged: RM5** (tukar bateri besar)

15.1.2024 | Isnin

Jam 9 lebih Ummi ke sekolah semula, sebab Cg Syafiqah mesej kata Adik tak sihat. Pagi tadi cuma dok sok-sek²,  berhingus je... 

Sampai di bonggol terakhir nak ke parking belakang sekolah, bunyi macam benda meletup, tak kuat dan bunyinya 'lembut' je. Turun kereta, Ummi tengok tayar depan dua² okay, ingatkan takde apa² lah. Terpandang tayar belakang, Allah dah flat dah 🥴

Call Walid, minta tolong call Uncle Shah, Uncle Apai ke sesiapalah member dia. Member Ummi semua pompuan haha ... Semua jenis tau bawak kereta je, isi angin tayar pun tak reti, inikan pula nak tukar tayar 😆

Uncle Shah came to the rescue 👍

Bukan pancit ni, pecah dah! 
Rupanya ada paku tertanam dekat tayar tu. Ikut kata US, paku ni bukan baru kena, jadi angin keluar slowly dari situ, sebab tu lama² tayar kempis dan meletup. Bukan kena terus meletup. Maybe juga sebab masa meletup tu bunyi slow je. 

Tayar spare pulak takde angin 😅
Syukurlah US ni part time mechanic, laju je dia buat kerja; pergi cari bengkel isi angin tayar spare ni. 

Alhamdulillah tqsm US. Dah tukar tayar tu terus Ummi bawa ke workshop. Mana lagi, bengkel Ayah Angkat Walid hihi... Confident pergi sendiri sebab dah biasa dengan bengkel ni. Kenal Tauke Leong since 2004. 20 tahun dah ye .... Tapi, tauke maintain muda je :D 

Minta tukar tayar terus sebab yang pecah tu tak boleh tampal dah. Tukar 2 biji tayar sebab tayar depan belah driver tu problem juga. Selalu keluar angin... Lagipun usia tayar⁴ kereta Ummi ni dah lama; 2019 & 2020. Memang sampai masa untuk ditukar. 

Ikutkan US kata boleh je guna tayar spare tu dulu, weekend ni baru bawa ke kedai. Eh takpelah, takut pisang berbuah 2x :) Kereta ni hari² guna untuk hantar/ambil anak³ sekolah, jadi keselamatan tu yang utama. 

Total Damaged: RM4** (2 biji tayar Good Year + Alignment).

Redha sajalah...
 Kalau Allah dah takdirkan jadi, jadilah kan... Semoga Allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik, lebih lumayan lagi berkat 🤲







8 comments:

  1. alhamdulillah, semua kejadian di tempat yang selamat..lagi2 kereta skang semua pkai sistem, mmg bateri tu boleh tahan 1-2tahun je...

    ReplyDelete
  2. kadang tu kan dia tau je time kita ada duit...kesian duit tak boleh nak duduk diam sekejap ada je nk berjalan keluar

    ReplyDelete
  3. dugaan awal tahun...nasibaik tk meletup kuat..pernah juga terjadi tayar pecah tp alhamdulillah dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  4. Innalillahiwainnailahirajiun.
    Alhamdulillah syukur PH sekeluarga sihat, tidak ada apa-apa perkara uruk berlaku.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah...semua dipermudah. Seram juga kan breakdown kat kawasan yang sunyi ke....nasib baik juga breakdown kat tempat yang ramai orang.....pernah juga kereta breakdown. Satu kat jalan busy depan Bandar Sunway. Satu lagi kat tempat parking masa tengah breakfast. Sekarang ni kalau warning sign naik dah suspens.....

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah selesai... Allah pancitkan tayar kereta kite sebab ade rezeki orang lain di situ.. rezeki mekanik dan tukang jual tayar.. itula yg selalu ldy fikir kalau ade ape2 kerosakan.. supaya kite x tertekan..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah takde perkara x diingini berlaku...SA next nak byr roadtax dan insuran keta Dania...alahaiiiii..mcm baru je lagi amik keta...tau2 dh nak renew mcm2 dh

    ReplyDelete
  8. Allahu.. Alhamdulillah semuanya di dalam kereta selamat dan tiada apa² kejadian lebih teruk.

    ReplyDelete