Monday, 8 January 2024

Majlis Bacaan Yasin UPKK 2023/24

5.1.2024 | Jumaat
Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat UPKK 2023/24 @ SRAI

Ada kawan² terkejut bila Ummi up status pergi majlis ni. Bukan ke Kakak baru darjah 4? Angah pun dah darjah 6 haha... Sebenarnya ada orang ajak, Ummi follow je la. Pergi majlis agama, bukan acara makan². Yang itu seganlah nak menempel jika tak dijemput. 

Kami sampai di sekolah, ngam² orang habis baca Yasin. Tapi, sempatlah dengar tazkirah dari Cg Danish. Antaranya Cikgu pesan; jangan banyak menonton video di YT, TT sebab semua tu buat otak kita leka, sebab otak dalam keadaan relax. Kalau nak buat otak kita berfikir, kita kena banyak membaca. Sebab bila membaca, ianya buat otak kita berfikir. Sebab tu ramai orang pandai², hebat² rajin membaca. 

Berani anak soleh ni, Cg 'open mic' untuk sesiapa nak azan Isyak, terus ke depan πŸ‘ Semoga dapat 8A ye dik! 

Walid dapat bihun sebekas. 
Kami bawa ke Nas Bistro, lepak situ sambil ngeteh. Order roti tisu untuk gegirls, lambat pulak sampainya. 
Last² tapau je roti tisu, perabih bihun goreng ni dengan kuih karipap dan seri ayu. Done supper 😁

8 comments:

  1. Nampak sedap pulak mihun makan dengan telur goreng. PH memang rajin hadir majlis ilmu, kita kagum tau.

    ReplyDelete
  2. Seronok sebenarnya hadiri majlis² ilmu ni. Selain boleh menambahkan ilmu, kita dapat bergaul dengan ramai orang. Anak Fiza yang sulung ambik UPKK tahun ni. Moga² dia perolehi kecemerlangan hendaknya. Aamiin...

    ReplyDelete
  3. join majlis imlu seronook utk santapan rohani kan akak hehe.. adehhh lapar pulak tengok bihun tu hehe

    ReplyDelete
  4. Cuya membaca.. dan tengok youtube jugak... hah cane tu? kikiki

    ReplyDelete
  5. setuju bab YT tu, anak mudah hilang fokus kalau kerap tengok short video

    ReplyDelete
  6. Membaca tu yg anak2 tak rajen.. Haisyh.. Penat ibu bebel2... Semoga yg baik2 je utk anak2 kita... Aamin

    ReplyDelete
  7. YT ni ada buruk dan baiknya kan..Anak- anak buah SA pun suka sgt tgok video2 dari YT, ibu ayah memasing pantau apa content yang ada..sesuai ke tak..kalau tak sesuai diorang blocked..x tau la SA macam mana diorang buat..tapi satuyang SA x berkenan..diorang leka

    ReplyDelete
  8. Bihun telur mata , tambah cili potong dengan kicap memang laju je makan

    ReplyDelete