Di sinilah kami menginap sewaktu menghadiri Reunion KHJ Sabtu minggu lepas.
Setiap unit ada pendingin hawa, TV, tuala, sejadah dan beberapa kelengkapan lain. Walaubagaimanapun, 1 unit chalet ni tak dapatlah nak menampung ahli keluarga kami seramai 6 orang, jadi Ummi tempah 2 bilik. Harga untuk sebilik RM120/semalam. Nego dengan owner, dapat diskaun RM20 alhamdulillah. Terima kasih daun keladi Pn Zurina 🌹
Di D'Dusun Raudhah Chalet ni ada 4 unit chalet sebegini dan 1 unit chalet double yang boleh muat 4-6 orang. Tapi, bilik airnya di luar bilik.
Chalet double dan bilik airnya bersebelahan. Sebelah tu unit baru sedang dalam pembinaan dan dijangka siap sebelum raya.
Tidur dalam iman haha...
Kawasan kampungkan, sejuk. Ditambah dengan hujan malam tu, bukak aircond pula, memang nikmatlah tidur...
Selain baru dibuka, tempat ni dalam kawasan dusun, bersebelahan jalan utama. Lokasinya tak jauh dari Lata Bayu, tempat pelancongan terkenal di Kedah. Jadi memang ianya jadi tumpuan. Selain faktor lokasi, chalet ni ada kolam renang! One of its kind in this kampung, semestinya ia jadi pilihan.
Sesuai sangat kalau nak berkumpul bersama ahli keluarga. Kawasan ni luas dan berpagar. Ada rezeki boleh ajak Geng Jitra gathering di sini. Dengan pekan Baling pun tak jauh, dalam 15 minit pemanduan. Sebelum sampai di pekan Baling, jumpa dulu Batu 42. Kalau setakat nak makan², di Batu 42 pun meriah dengan pelbagai kedai makan. Sambil makan tu bolehlah mendobi pakaian, ada 2-3 laundry mart kat Batu 42 ni.
Puashati sangat bermalam di sini. Owner sangat mudah bekerjasama, fasiliti baru, dan pekerja yang jaga tempat ni pun ramah. Patutlah bila Ummi texted semula untuk booking raya nanti, dah fully booked semua unit yang ada!
Semoga terus sukses bisnesnya.
Ada rezeki kami menginap lagi di sini, Insha Allah.
D'Dusun Raudhah Chalet
01, Kediaman Lot 7864
Kg Charuk Kelian
09100 Baling
Kedah Darul Aman
No Tel: 013 471 8141 (Pn Zurina)
Selamat Tahun Baru PH 🎉 nampak selesa dan menarik je chalet tu. Mesti seronok dan meriah berkumpul ramai2 kat sini kan.
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru sis 🌷
DeleteSelesa sebab ianya baru, luas dan tenang dlm dusun hehe...
Tu ada unit baru tengah build tu PH..booking sesiap untuk rayam..hihihi
ReplyDeleteMula tu dah pre-book MC, tapi dapat tmpt lain ambik hat tu la :)
DeleteLuas kawasan chalet ini meman sesuai untuk aktiviti reunion
ReplyDeleteAah sesuai sangat esp kalau kita book the whole chalet, puashati la nak ber-gather² :D
DeleteSelamat tahun baru sis..
ReplyDeleteMenarik dan cantik chaletnya..