Thursday, 4 January 2024

Jam Untuk Abang

Banyak kali dah belikan jam untuk Abang. Pernah beli dengan duit Makcik bagi RM50 sempena 8A UPKK. Tak silap Ummi beli di Mydin Meru. Mana hilang jam tu Ummi pun tak pasti. 

Bila dia masuk form 1, Ummi belikan lagi jam sebab nak masuk asrama kan... Tapi Ummi beli dekat Mr DIY ja sebab tahu dia tak pandai jaga barang. First time pula nak duduk asrama. Kalau hilang ke tak ralat sangat. Tak hilang, tapi rosak! Biasalah barang murah kan... 2-3 utas juga Ummi belikan sebab kesian dengan dia, baru nak belajar hidup berdikari. Jam loceng pun Ummi belikan juga. Pun sama, asyik rosak! Sejenis yang gopoh, asyik jatuh je jamnya pun 🤦 
 
Pergi KT bulan dua tahun lepas dia minta jam masa shopping di Pasar Payang. Ummi pun belikan, yang copy ori. Tahan jugalah tapi masih pendek umurnya di tangan Abang 😇 Tali putuslah, skru tercabutlah.... 

Lepas tu sejak sebulan lepas, dia pinjam jam tali besi Walid. Lepas 2 minggu pakai, eh skru tali jam tercabut! Alahai anak, macam-macam. Dah dibaiki yang tu , tak lama kemudian, jarum jam pula loose. Sebab jatuh!  Balik cuti sekolah ni tak tahulah apa pula masalahnya, Walid dah hantar ke dealer untuk repair. Tangan dia besar dari tangan Walid . Muat jam tu tapi ngam², agaknya bila pulun juga nak pakai itu yang skru pada tali longgar/tercabut. 

Alhamdulillah rezeki dia, Walid beli jam baru. 


Jagalah elok² Abang ye, Ummi pun tak larat nak pesan dah 😅

9 comments:

  1. Cantik jam baru abang. Jaga elok² tau. 😊

    ReplyDelete
  2. Hmm... sama macam anak2 saya jugak. Kadang2 tak faham sbb masa umur dieorg dulu, kita tau susah sangat mak ayah cari duit nak belikan barang utk kita jadi kita pun jaga dgn cermat supaya tahan lama. Atau mungkin barang skrg dah tak sebagus kualiti mcm dulu, memang sengaja dibuat supaya cepat rosak huhu. Nampaknya kena belikan jam yg tahan lasak utk abang.

    ReplyDelete
  3. Hihihi.. sama macam Iman zaman sek dulu. Dr sek rendah smpi menengah, ada aje masalah dgn jam dia. 😆

    ReplyDelete
  4. sabar jelah tara nk besaq...kikiki

    ReplyDelete
  5. Cuya pon jam dulu banyak hilang..orang kata bukan rezeki kita...

    ReplyDelete
  6. Basala tu PH...sama macam.my Dania ni...dh berpuluh2 jam...ni unclenya belikan smart watch..baru nampak boleh pakai lama skit...

    ReplyDelete
  7. Berbaloi belikan jam untuk abang.. pakai sampai lunyai.

    ReplyDelete
  8. Mujur walid beli jam baru . Benda rosak kalau boleh dibaiki boleh la pakai lagi kan . Kalau dah tak boleh baiki memang tak boleh buat apa .

    ReplyDelete