Minta Walid belikan bawang besar. Ummi biasa masak pakai bawang besar je, jarang beli bawang merah.
Beli seguni macam ni... Memang sekali beli, seguni. Tahanlah 2-3 minggu, bergantung pada kegunaan ketika memasak.
Balik je dari kedai, Walid cakap,
Ish mahal betul bawang ni...16 ringgit!
Hah?
Terkejut besar Ummi pun. Last beli 2-3 minggu lepas tak sampai RM10 pun, dalam 8-9 ringgit. Ini naik berganda terus.
Segala benda dah naik harga ni, tapi setakat ni tak nampak sebarang penyelesaian yang tuntas dari pihak berwajib. Banyak isu bekalan makanan sebelum² ni pun seolah takde tindakan. Dulu beras 10kg dlm RM25, sekarang RM25-26 baru dapat 5kg beras :( Kes telur pun sama, sepapan dekat RM20. Janji kata bila bekalan stabil, harga boleh diturunkan. Entahlah, rasanya harga barang apa pun kalau dah naik tak turun² dah.
Bukan nak condemn, tapi susah hati juga memikirkan banyak mulut perlu disuap. Semuanya tengah membesar, selera tengah naik. Bila makan macam ada pertandingan; berlumba-lumba menambah nasi dan lauk 😂
Mahallah kalau dari kurang RM10 terus jadi RM16. Sy pun suka guna bawang besar masa masak, senang nak kupas, hihi. Kalau ahli kleuarga ramai dan berlumba² masa makan, memang kena guna banyak bawang la. Makanlah anak², hati ibu puas tengok anak makan banyak, kan.
ReplyDeleteItulah tiada penyelesaian yang bijak untuk jangka masa pendek dan panjang.
ReplyDeletekejap naik kejap turun ek
ReplyDeleteadoii bawang2 ni dah la keperluan harian
Yer ni minggu ni belum beli stock bawang
ReplyDeletemgu lepas beli rm8 sekilo
da mcm rega ayam ikan da
beras 10 kg rm38
xtau la pemantauan depa macamana
barang tetap naik rega ...sadisss bethol
Jangan susah hati sis. Rezeki anak2 semuanya Allah dah tetapkan 😊 Saya pun baru je beli bawang besar semalam tapi tak banyak la. Hari ni nak blend bawang tambah stok bawang blended dalam peti sejuk. Dah 2 minggu tak pegi grocery shopping, byk brg dah nak habis.
ReplyDeletememang mahal dah bawang sekarang. bawang kecil selalu beli untuk buat bawang goreng je. kalau masak banyak guna bawang besar.
ReplyDeletesaya baru je beli bawang besar semalam..1labu bawang besar RM1.10...huhu
ReplyDeleteSaya pun sekarang lebih suka guna bawang besar. Senang kupas.
ReplyDeletebetul PH...lagi2 ura2 gomen servant nak naik gaji, kang belum pape hal harga brg naik dulu...x taw dah nk beli barang jimat cmne...hahaha
ReplyDeleteSaya baru beli bawang merah dan putih hari tu. Yang sudah pack dalam plastik berjaring. Harga RM8 untuk dua-dua. Secoet je pun, adalah dalam 10 biji bawang merah kecik, dan bawang putih, 4 biji. Sabor je la kita. Insya-Allah, yakin dengan rezeki Allah bagi. :)
ReplyDeleteMrs. A bawang besar ada bawang kecik ada tapi beli sikit-sikit je. Ada yang naik tu lambat adalah gaji macam Mrs. A yang bekerja ni huhuuhu sedih!
ReplyDeleteNasib baik juga kita guna bawang besar untuk masak lauk saja..Ada yang makan bawang besar macam makan apple tu lagi la terkesan🤭🤣
ReplyDelete( sekadar hiburan)
Betul tu PH...memang harga x turun- turun pun..x konsisten pun ye jugak...kadang rasa macam takut nak membeli...SA guna bawang besar dan bawang kecil..memang perlu ada kat rumah..
ReplyDeleteSamalah, kalau beli bawang, en. hb akan beli seguni terus, senang tapi saya tak pernah belek harga, yang penting saya dapat bawang.. hehehe..
ReplyDeleteBarang keperluan ada yang naik ada yang turun sedikit . Nak tak nak benda nak guna hari-hari terpaksa lah beli
ReplyDelete