Setelah bertahun² lamanya tak berkesempatan ke Pekan Ahad, balik kampung kali ni Ummi tak lepaskan peluang menyelusuri jalan-jalan kenangan :D Pekan Ahad ialah pekan sehari yang beroperasi setiap hari Ahad (pagi hingga tengahari). Dulu, kami ada Pekan Khamis, di Parit Panjang. Namun, seiring perubahan masa, dengan pelbagai jenis kedai, pasaraya dsbnya, Pekan Khamis hilang ditelan arus kemodenan.
Nampaknya Pekan Ahad juga mengalami perubahan. Dulu, tapaknya besar, luas melimpah berhampiran stesen teksi Baling, Poliklinik Azhar dan tapak parkir berhampiran Pejabat Pos baru. Sekarang, ianya beroperasi di tapak pasar tani, berhampiran pasar. Keluasannya mengecil dan kemeriahannya juga turut berkurang :(
Waktu ni hujan, tapi Ummi turun kereta juga. Abang, as usual jadi bodyguard aka tukang angkat barang :D
Nak beli untuk Cik Leha tapi kami nak balik ke Jitra semalam dua. Cancel.
Inilah yang jadi idaman Ummi; ubi keling @ ubi kemili. Sekilo RM12. Sedap direbus bersama garam dan dimakan umpama makan ubi rebus atau dimasukkan ke dalam kari ayam, pengganti kentang. Kalau Ummi, Ummi rebus dan cicah bersama sambal belacan, buat ulam.
Bakaq cicah ayaq asam sedap ni....
Ikan-ikan segar...
Satu lagi hajat Ummi, kami panggil pulur (empulur) jagung. Ada juga menyebut sodek jagung. Tak silap, sebelah Kelantan disebut ketiak jagung. Pulur jagung ni sedap direbus bersama kulit dalamnya yang nipis dan dibuat ulam. Sedap juga dibuat masak lemak putih + suhun. Makngah pernah masak kari bersama ikan temenung. Walah!
Eh, Gulai Batang Pisang pun depa jual dah sekarang. Dulu tunggu kenduri baru dapat makan ☺️
Hujan makin lebat, jadi kami terpaksa berpatah balik. Apapun satu kepuasan bagi Ummi dapat ke Pekan Ahad yang dirindu :)
Sebelum tu kami singgah sarapan di kedai berhampiran pasar ni...
Murtabak panas-panas ni baru 4 ringgit. Jumlah keseluruhan kami 6 beranak makan nasi lemak bungkus, roti canai dan air pagi tu tak sampai RM30 pun! Itu yang seronok bila singgah makan di pekan kecil macam Baling ni.
Kacang poi tu lah kot linda jumpa kt nat perlis hr tu...
ReplyDeleteBetul PH, kalau balik kg.. Seronoknya p pasar... Semua fresh2.. Makan pun murah2 lagi
Ya, akk ada baca entry Linda tu.
DeleteSesekali layan juga kacang poi tu...tp akk lagi suka ubi keling:D
biasa dgr pekan rabu...kalini dgr pekan ahad...sronok dpt ke pasar tu....mcm2 nk di bli kn
ReplyDeletePekan Rabu tu hari² ada MT :)
DeletePekan Ahad ni Pekan sehari, hari Ahad je beroperasi
waahhhhh ikan segarrrr petaaaiii! ana pun suka pegi Pasar Pagi mcm ni puas hati nak beli brg basah hehe
ReplyDeleteKan?
DeleteIkut hati semua nak angkut 😆
Wah seronokkan tengok barang segar macamni.kadang pi pasar cmni bukan nak beli sgt tapi syok ronda tgk ikan sayur fresh...
ReplyDeleteBetul tu Mama3A...
DeleteSeronok tengok semua segar dan murah!
PH dah rebus semua ka ubi keling tu..Saya ada beli juga balik Kedah baru ni...Saya try buat pengat ikut cara orang siam...eh,sedap la dapa tekak saya..
ReplyDeleteKalau ada stok lagi..moh la try PH..nanti share
Ubi keling tu try buat pengat tengok PH...
ReplyDeleteSaya pun baru ni beli ubi keling ni & try masak pengat ikut cara orang Patani..sedap pada tekak saya..Try la kalau masih ada stok ubi keling tu
Habis dah ubi kelingnya pun MC :D
DeleteTapi first time ni dengaq ubi keling bole buat pengat. Ada rezeki nak buat la
sedapnya ubi keling rebus,lepas makan minum air kosong rasa manis je mulut
ReplyDeleteRatah gitu ja Mama Pia kan...sedar2 habis semangkuk 🤭
DeleteBaru tahu empulur jagung buat lauk. Macam batang pisang juga ya cara masak.
ReplyDeleteLain sangattttt cara masaknya NA but boleh dibuat lauk juga.
DeleteHaruslah teruja mengimbau kenangan silam kan PH heheheee...
ReplyDeleteAah Mrs A...sesekali dapat peluang, kita ambil sepenuhnya ahak!
DeleteKombinasi terbaik tu - murah dan sedap! Terliur tgk nasi lemak tu.
ReplyDeleteSedap nasi lemak tu sis ...nasi lemak style kampung 😋
Deleteubi kemili tu sha pernah beli online di shopee.. menarik rasa dia..
ReplyDeleteSeronok kalau pergi pasar pagi ini.. macam macam ada..
Gulai batang pisang tu . Sedappp .
ReplyDelete