Saturday, 2 July 2022

Nasi Kandar Beratur 786, Prai

Headed to Prai, Penang after solat Jumaat. semalam. 

Sampai Prai 6.30 ptg, terus ke Nasi Kandar Beratur 786 Prai. Rindu betoi dengan Nasi Kandar Beratur ni haha... Last time makan di sini masa staycation di The Light tiga tahun lepas. 


Kakak pulun haha .. ambil ayam goreng, sotong...

Angah & Adik as usual, makan satu lauk je. Ada ayam goreng, itu je lah pilihan depa. 

Kami panggil kedai ni nasi kandaq Melayu :) Sebab pekerja semua orang Melayu, bukan mamak macam kebanyakan kedai nasi kandar lain. Kalau ikut tagline pun 'Original Parit Buntar Recipe'. Rasanya Parit Buntar tu kawasan Melayu kan... Actually Nasi Kandar Beratur ni ada beberapa cawangan lagi. 

Nasi kandaq di sini memang menepati citarasa kami. Kuahnya tak terlalu berempah. Tapi, pedas! Makin lama makin pedas. Walaupun Ummi ni 'kuat pedas' @ tahan pedas tapi berpeluh juga makan nasi kandaq depa ni. Tapi, itu yang makin nikmat makan tu :D 

Harganya sangat berpatutan...

Alamat kedai ada di resit.. 

Walid & Angah solat Jumaat di sini, Masjid Al Hidayah Bandar Behrang 2020

Manakala Ummi dan gegirls solat di surau Plaza Tol Behrang. Ummi share info ni di sini... Bagi yang mencari masjid untuk solat Jumaat jika menggunakan Lebuhraya PLUS, boleh singgah di masjid ni. Jaraknya sekitar 1.5km dari Plaza Tol Behrang. Boleh nampak masjid berwarna biru ni dari highway (sebelah kanan menuju Utara). 

Kami tak berhenti lunch. Ummi bawa bekal nasi goreng dan sandwich. 

Nasi goreng vodo-vodo je, nak habiskan nasi sejuk semalam... Itu pun belum keluar sempadan Selangor dah yillek :D 

Saja 'simpan perut' sebab nak layan nasi kandaq beratoq ni :D 




5 comments:

  1. Banyak juga Kakak makan.
    Kalau harga berpatutan bolehlah cuba lagi pula makanan pedas.

    ReplyDelete
  2. Wahhh.. lain kali kalau balik utagha, boleh terai.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya nasi kandar. Kalau saya, suka yang berkuah banyak... banjir gitu. Tambah pedas tambah sedap!

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaaaaa...suka makan nasi kandar Kuddu kat KL...

    ReplyDelete
  5. kita tk suka sgt nasi kandar tp kalu pi penang mmg terkenal menu nasi kandar..byk sgt tmpt pilihan kan

    ReplyDelete